KELANTAN FLOATING MARKET PULAU SURI, TUMPAT

Assalamualaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Kelantan Floating Market Pulau Suri, Tumpat - mek pun tak tahu kewujudan tempat ini sehinggalah kawan office mek memberitahu tentang tempat ni. Mek pernah dengar yang Kelantan punyai Floating Market sendiri di kawasan Tumpat tapi mek sendiri tak pernah terasa teringin nak menjejaki Floating Market tersebut. Mungkin kerana bagi mek tak begitu menarik atau mek rasakan macam strugle betul kena pergi awal pagi untuk breakfast di sana.

Tapi bila kawan mek dah upload gambar di FB, nampak macam okei dan cantik juga Kelantan Floating Market Pulau Suri, Tumpat. Dalam gambar nampak macam bukan di Kelantan. Satu tempat lain. Bukan juga di Hatyai. Pada awalnya mek nak bawa #travelbuddy mek ke Rantau Panjang sahaja memandangkan Sis Gee teringin nak menjelajah kawasan bebas cukai tapi bila spouse mek cadangkan Kelantan Floating Market Pulau Suri, Tumpat mek terus on.

Sejarah Kelantan Floating Market Pulau Suri, Tumpat


Kelantan Floating Market Pulau Suri, Tumpat ini merupakan floating market yang pertama ada di Malaysia. Bermula pada September 2016, Kelantan Floating Market Pulau Suri, Tumpat mula mencuri tumpuan para penduduk tempatan dan juga pelancong luar untuk ke sini bagi menikmati floating market yang mirip dengan Floating Market Hatyai. Berita mengenai Kelantan Floating Market Pulau Suri, Tumpat ini mula tersebar melalui media sosial.

Pembukaan Kelantan Floating Market Pulau Suri, Tumpat adalah hasil usaha SuriMasseroja yang ingin mengetengahkan produk-produk penduduk setempat disamping membuka satu tempat yang boleh menarik para pelancong untuk hadir ke sini. Keunikan yang ada pada Kelantan Floating Market Pulau Suri, Tumpat ini mula mendapat perhatian daripada kerajaan negeri untuk diberi bantuan bagi menjadi salah satu tempat pelancongan di dalam Kelantan.


Untuk ke Kelantan Floating Market Pulau Suri, Tumpat korang perlu lah menaiki bot yang disediakan di Jeti Kuala Besar, Kota Bharu. Di sini bot yang disediakan adalah bot yang cover insuran jika berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini ketika perjalanan korang ke Kelantan Floating Market Pulau Suri, Tumpat. Perjalanan untuk ke Kelantan Floating Market Pulau Suri, Tumpat hanya memakan masa 15 minit sahaja. Harga tiket adalah RM6 bagi dewasa dan kanak-kanak bagi sembilan [9] tahun ke atas sahaja.

Pilihan menu di Kelantan Floating Market Pulau Suri, Tumpat

Menu yang ada di Kelantan Floating Market Pulau Suri, Tumpat pelbagai juga. Sepanjang keberadaan mek selama satu setengah jam, sempat lah kami mencuba kepelbagaian makanan yang ada di sini. Harga yang ditetapkan juga tidak begitu mahal bagi mek. Harga seperti makanan yang ada di daratan sahaja. Berikut mek akan senaraikan beberapa menu yang mek dan #travelbuddy sempat jamah berserta harga makanan tersebut :

#1 Bihun goreng : RM4
#2 Sosej pulut / cheese : RM1
#3 Teh Ais Cincau : RM2
#4 Boba Milkshake : RM2
#5 Ikan Pari Bakar cicah air asam : RM5 - RM6 
#6 Nasi Kerabu Ayam Bakar : RM4
#7 Udang / Ketam / Sotong Celup Tepung : RM5
#8 Sotong Bakar : RM5
#9 Lokan Bakar : RM5
#10 Pulut Mangga : RM4
#11 Laksam : RM3
#12 Kuih Kapit : RM10 - RM15 sebekas




Info lanjut Kelantan Floating Market Pulau Suri, Tumpat








Google Maps Jeti Kuala Besar :

Waktu pengoperasian : 
8.00 pagi - 12.00 tengahari
Setiap Sabtu sahaja.
Tutup bila musim tengkujuh (November - Januari)

FB Kelantan Floating Market Pulau Suri, Tumpat


Sekian ..

15 comments

  1. Macam menarik ja kak.. Lepas ini jika berpeluang ke negeri Kelantan. Naim akan cuba pergi Tumpat untuk merasai pengalaman dan makanan di sana. hehe

    ReplyDelete
  2. next trip ke KB nak repeat lagi sebab semua food sedap & murah gila!

    ReplyDelete
  3. Ooo saya tak pernah dengar la tempat ni. Ni hasil inspirasi daripada floating market di Hatyai la ni. Boleh la datang cuba next time. Pulau Suri pun saya tak pernah dengar. Haha. Thanks share Mek Yunie!!

    ReplyDelete
  4. Menarik gak ni. Tak pernah g Tumpat apatah lagi floating market ni... klu pg nanti nak lawat lah.

    ReplyDelete
  5. Mmg dah lama Tak balik kampung mak saya... So many happening things over there now Kan... For sure wanna arrange to go back

    ReplyDelete
  6. kalau namanya kelantan ni mesti banyak makanan menarik kan..syurga makanan

    ReplyDelete
  7. Dah lama tak jejak kaki pergi Kelantan. Last pergi masa sekolah rendah dulu. Sekarang ni macam macam ada di Kelantan. Ada pasar terapung lgi tuh

    ReplyDelete
  8. Menarik ya. Tak tau pulak dekat kelantan dah ada pasar macam ni. Last saya pergi kelantan like 3 tahun lepas.

    ReplyDelete
  9. Wahhh mcm2 dh ada kat Kelantan ya. Bestnya kalau dpt pergi floating market ni..sure makanan sedap2 kan. Harap ada peluang ke Kelantan lps ni

    ReplyDelete
  10. pernah pergi floating market di hatyai, memang best :)

    ReplyDelete
  11. yang selalu dengar dkt thailand ja. rupanya dekat kelantan pun ada! menarik. belum pernah lagi rasa pengalaman macam ni. terima kasih share ya.

    ReplyDelete
  12. Kelantan pun dah ada floating market menarik ni hurmmm kita nak juga lah cuba hehehehe kalau sampai sana best ni mesti makanan sedap-sedap dan juga halal untuk kita hehehehe....

    ReplyDelete
  13. wow.. dah ada floating market, so, karang tak payah pergi Bangkok kan hehe. Bestnya ! new place to go.

    ReplyDelete
  14. baru tahu ada program ni. nanti balik kelantan bolehlah join sekali naik bot. ala-ala kat vietnam dah

    ReplyDelete
  15. I truly appreciate basically perusing the majority of your weblogs. Essentially needed to educate you that you have individuals like me who value your work. Can you guess how much these celebrities are worth? Test your knowledge with Celebrity net worth.

    ReplyDelete