KEDAI REPAIR SCREEN LAPTOP MURAH KL

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Screen laptop, satu bahagian komputer yang kadang kita tak berapa nak ambil berat sangat. Takat screen, apalah sangat yang perlu difikirkan. Lebih-lebih lagi bila beli laptop. Paling tidak kita hanya fikirkan berapa inch screen laptop yang bakal kita miliki. Ada yang suka bersaiz besar dan ada juga yang nak minimalis. Untuk mek screen laptop 14 inch dah cukup puas untuk mek gunakan laptop bagi tujuan blogging.

Tapi untuk mereka yang kerjanya melibatkan editing, screen laptop perlulah lebih besar inch-nya supaya lebih ‘luas’ pandangan kita terhadap paparan di screen. Tapi tidak cukup dengan besar sahaja, screen laptop juga datang dengan graphic kad untuk paparan lebih terang dan ‘nyata’. Perasan tak yang laptop kita paparan screen-nya adalah tidak sama (berlaku jika berlainan jenama dan processor). 

Kesedaran mengenai penjagaan screen laptop dan pemilihan screen laptop juga adalah penting selain daripada keinginan untuk ada laptop bagi setiap tujuan kerjaya. Melabur dalam pembelian laptop bukan sahaja memakan ribuan ringgit malah tentunya kita mengharapkan laptop yang kita beli itu berkekalan dan tahan lasak dengan cara penggunaan kita. Nah, sekarang korang dah tahu kan betapa pentingnya screen laptop.

4 [EMPAT] Masalah yang sering timbul pada screen laptop

Screen laptop juga tidak terlepas daripada menjadi rosak. Kes macam ni mek dah lalui sekitar tahun 2012. Sakit hati hanya tuhan saja yang tahu. Elok-elok nak buat kerja lepas tu padam. Elok-elok buat kerja tetiba keluar garis. Kemain dia rosak ikut suka dia. Tapi waktu itu mek naif (tak berilmu sangat tentang laptop, kuasa google pun tak high pitch macam sekarang) maka bila dah rosak terus tukar baharu. 

Di bawah ini mek senaraikan tanda-tanda screen laptop korang mengalami kerosakan / menghampiri kerosakan :


#1 Screen laptop jadi gelap tapi sistem laptop hidup aje. 
#2 Screen laptop bergaris-garis.
#3 Screen laptop pecah atau cracked.
#4 Screen laptop berkelip-kelip.







Jika laptop korang mengalami masalah begini jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama makin parah pula penyakit screen laptop korang. Untuk mek, mek pernah hadapi yang #4 screen laptop berkelip-kelip. Tindakan awal mek adalah dengan mengetuk screen laptop. Mula-mula ketuk secara perlahan. Tapi bila dah banyak kali jadi macam tu, terus hempuk kuat je lah nak suruh laptop tu ‘sedar’. Sudahnya masuk ICU dan tamat riwayat disitu sahaja. 

Teruskan pembacaan korang untuk ketahui kedai repair screen laptop murah KL atau tekan Link Whatsapp kedai repair screen laptop murah KL

Punca screen laptop rosak

Mungkin korang agak teruja nak tahu kenapa agaknya screen laptop ni boleh rosak walhal screen laptop adalah satu part laptop yang bukannya perlu ‘running’ sistem dengan berat. Tapi sangkaan kita salah. Screen laptop juga mempunyai peranan yang sama berat seperti motherboard. Pencahayaan dan juga setiap apa yang dipaparkan itu akan ‘menggerakkan’ screen laptop. Dengan penggunaan yang ‘overload’ tentunya akan menyebabkan kerosakkan kepada screen laptop.

Pun begitu, screen laptop juga boleh rosak jika berlakunya 4 [empat] perkara seperti di bawah :

#1 Laptop terhentak / terhempas. Ini biasanya berlaku dengan cara tidak disengajakan. Pun begitu, jagalah laptop korang daripada terhentak / terhempas. Bak nasihat in english ‘handle with care’. Sekali jatuh mungkin tak rosak terus tapi tetap akan memberi kesan kepada screen laptop korang. 

#2 Motherboard rosak sepenuhnya. Tentang hal ini korang boleh rujuk artikel mek tentang punca motherboard rosak. Yang ni pun kena guna terma ‘handle with care’. Banyak sebab motherboard boleh rosak namun langkah pencegahan daripada kerosakan pun ada juga.

#3 Graphic kad laptop rosak. Penggunaan yang ‘overload’ contohnya laptop yang kita gunakan itu tidak begitu support untuk game di laptop namun kita tetap gunakan / paksa juga laptop kita untuk pancarkan cahaya mengikut spek game tersebut. Lama-kelamaan graphic kad laptop akan rosak dan menyebabkan screen laptop juga turut rosak.

#4 Screen laptop yang memang rosak. Hal ini mungkin disebabkan buka tutup laptop yang kita sering lakukan. Bila dah lama sangat laptop tersebut, wayar penyambungan itu mungkin terputus daripada dalam. Atau hal ini mungkin juga berlaku bila compartment screen laptop sendiri yang rosak.

Cara cegah daripada screen laptop menjadi rosak

Setiap masalah semestinya ada langkah pencegahan untuk mengelak daripada berlaku. Namun korang perlulah faham ianya hanya langkah pencegahan sahaja, kalau rosak juga memang kena rujuk kedai repair screen laptop murah KL lah (mek akan tulis secara terperinci di bawah). Selain daripada mengelak daripada terjadinya / berlakunya 4 [empat] perkara di atas tadi, korang juga boleh cuba 3 [tiga] cara lagi untuk mengelakkan daripada berlakunya kerosakan pada screen laptop :

#1 Buang adapter / charger daripada laptop bila tak digunakan.
#2 Handle laptop with care. Remember, a laptop is a fragile item.
#3 Jaga motherboard laptop.

Ketiga-tiga cara ini jika korang titik beratkan berkemungkinan laptop korang akan bertahan dengan lebih lama. Mek pasti korang sayangkan laptop korang dan kalau boleh nak menggunakannya dalam tempoh 10 tahun paling minima. Sekali dah guna laptop, dah masukkan data semuanya, rasa sayang nak dapatkan laptop baru. Mana taknya, nak kena pindah data lagi, nak kena biasanya diri pula. Kan?

Kedai repair screen laptop murah KL

Tapi kalau dah rosak juga korang tiada pilihan lain selain daripada merujuk mereka yang arif dan pakar bab screen laptop. Banyak juga tutorial yang mek tengok di youtube cara pasang screen laptop yang baru sebagai gantian namun anda yakin yang anda mampu menghidupkan screen laptop anda sendiri dengan cara D.I.Y? Kalau berani silalah tapi untuk mek lebih selesa menyerahkannya kepada mereka yang bertauliah untuk selesaikan.

Banyak tentang laptop mek suka rujuk FR Laptop Service, kedai repair screen laptop murah KL. Bukan screen laptop sahaja bahkan servis laptop juga mek dapatkan daripada mereka. Kedai repair screen laptop murah KL ni dah lama beroperasi di Kampung Pandan Luar, KL. Walaupun mek berada di Kelantan namun tiap kali mek berkunjung ke KL, mek takkan lepaskan peluang untuk dapatkan perkhidmatan di kedai repair screen laptop murah KL. 

Sampai jauh mek cari kedai laptop yang sediakan perkhidmatan bukan setakat murah malah the best servis yang mek pernah dapat. Sebagai pengguna laptop hampir 12 tahun, mek dah lalui pelbagai kerosakan pada laptop dan biasanya bila kita hulur untuk dibaiki, kedai laptop akan cadangkan untuk dapatkan laptop yang baharu saja. Jarang kedai laptop benar-benar nak tolong usaha untuk baikikan laptop kita. Bila dah jumpa kedai repair screen laptop murah KL ni, dah tak pandang yang lain.

3 [TIGA] langkah mudah di kedai repair screen laptop murah KL

Bila mana korang dah dapat rasa yang screen laptop korang sedang bermasalah, #1 langkah pertama korang boleh ambil adalah dengan dua cara. Pertama korang boleh berkunjung ke kedai repair screen laptop murah KL (alamat nanti mek letakkan di bawah). Atau pilihan kedua korang boleh call kedai repair screen laptop murah KL untuk datang dan pickup laptop korang untuk di-diagnose tindakan apa yang perlu diambil oleh mereka.

#2 Setelah di-diagnose penyakit screen laptop korang, kedai repair screen laptop murah KL akan maklumkan pada korang apa yang perlu diambil tindakan samada screen masih boleh dibaiki atau tukar sahaja screen yang baharu. Bab costing, korang jangan risau sebab kedai repair screen laptop murah KL takkan buat sebarang penggantian tanpa persetujuan daripada pemilik laptop dan harga yang ditawarkan pun takkan buat korang menangis sendu.

#3 Bila korang dah bersetuju untuk dibaiki mahupun tukar screen laptop, masa yang diambil untuk membaiki atau tukar screen laptop adalah tidak begitu lama. Pada kebiasaannya akan siap pasang pada hari yang sama juga. Kedai repair screen laptop murah KL amat memahami yang laptop adalah satu keperluan pada masa kini lebih-lebih lagi jika korang adalah penuntut institusi pengajian tinggi ataupun designer yang mana kerjanya adalah melibatkan laptop. Jangan risau, kedai repair screen laptop murah KL takkan mengecewakan korang.

Lain-lain perkhidmatan di kedai repair screen laptop murah KL

Di kedai repair screen laptop murah KL bukan sahaja menawarkan perkhidmatan pertukaran / pembaikian screen laptop malah beberapa perkhidmatan lagi disediakan di sini. Di bawah ini mek kongsikan apa lagi perkhidmatan yang kedai repair screen laptop murah KL sediakan :


Hampir semua perkhidmatan yang berkaitan dengan laptop dapat diselesaikan di kedai repair screen laptop murah KL ini. Disebabkan itu yang jauh dari Melaka pun sanggup datang untuk dapatkan perkhidmatan mereka. Itu yang Melaka, mek yang Kelantan ni pun sanggup setahun sekali dapatkan perkhidmatan servis laptop di sini. Murah dan puas hati dengan consultation mereka untuk pelanggan dalam penjagaan laptop.

Info kedai repair screen laptop murah KL

Telefon / Whatsapp :
0172882349

Website :

FB :

Alamat :
508 Jalan Kanan 1 Kampung Pandan
55100 Kuala Lumpur.

Waktu Pengoperasian :
9.00 pagi - 9.00 malam
(kecuali cuti AM)

Waze / Google Maps :

Sekian ..

25 comments

  1. Thank you sharing this info sis. Laptop Ty consider masih baru. Setahun jagung lagi. Netbook lambat tu memang macam dah arwah , tapi kalau nak try pi repair kat sini boleh kot kan.

    ReplyDelete
  2. Bagus ada kedai sebegini kan. Rawlins suka jika ianya trusted, memberikan perkhidmatan terbaik dan menyeluruh. Yang penting - harganya tidak melangit tinggi

    ReplyDelete
  3. Memang memudahkan pengguna kalau ada masalah nak repair screen laptop. Laptop Yaya pernah rosak sebelum ni susahnya nak cari kat google kat mana kedai terdekat. Nasib baik dah tahu lepas ni boleh pergi ke area kanmpung pandan KL hee dekat je dengan cheras

    ReplyDelete
  4. Screen laptop kalau dah buat hal memang haru. Lagi2 kalau masa ada urgent job nk kena setle. Ni dh tau mana kedai service laptop terbaik, senang lah sikit nanti. Dekat pun dekat.

    ReplyDelete
  5. Kebetulan pulak laptop sis dah ada simptom2 sakit, skrin lip-lap, pastu starting windows lembap. Pastu semalam tetibe CD drive entah apa yang patah. dah masuk CD tak boleh nak bukak pula. Bagus sangatla dapat baca entri ni.

    ReplyDelete
  6. Thanks for the great info. Kadang kadang repair laptop sangat mahal. Kalau ada yang pro dan murah best la. Thanks for the recommendation ya.

    ReplyDelete
  7. Terima kasih untuk infornya. Lepas ni dah tahu kat mana nak repair kalau rosak. Susah ya kalau laptop rosak, nak buat assignment, kerja , nak tulis blog macam mana? Haha.

    ReplyDelete
  8. Kalau laptop rosak, memang huru hara..satu kerja tak boleh buat..tempat ni dekat dengan rumah nad..baru tau ade kedai laptop yang bagus ni..thank you..tau la man anak hantar kalau ade apa2 hal

    ReplyDelete
  9. Thank share tips on cara nak cegah screen laptop rosak

    ReplyDelete
  10. thanks sharing ilmu pasal laptop ni mek.. sebab selama ni tahu guna jer. dah rosak terus tukar baru.

    ReplyDelete
  11. kita biasa bab-bab ni serah kat husband je and dia yg tolong hantar repair.

    ReplyDelete
  12. oo laptop, tak tau kalau tab boleh juga tak? nanti saya call dia la. screen tab ni la dah calar

    ReplyDelete
  13. Terima kasih atas perkongsian, nanti kalau screen laptop sis ada masalah bolehlah terus hantar ke sini, tak payah susah susah nak survey tempat lain

    ReplyDelete
  14. Dah lama tak pakai laptop.Boleh dijadikan rujukan lepas ni kalau ada laptop balik.Harga servis dia mahal tak sis?

    ReplyDelete
  15. OK nak kena bookmark ni.. Sebab hri tu mcm kakak ada cari kedai yg boleh repair kan screen dia yg rosak tu.. Tq mkeyunie for sharing this

    ReplyDelete
  16. Terima kasih bagitau. Mesti tengah cari ni technician untuk repair laptop lama yang bermasalah sikit, hantar kedai caj mahal pulak. Nak cuba tanya yang ni. Tqtq tau.

    ReplyDelete
  17. alamak terima kasih atas cadangan. nanti ingat nak bawa komputer yang rosak kat sini. mana tahu boleh membantu memperbaiki untuk boleh berfungsi dengan baik semula

    ReplyDelete
  18. Terima kasih atas perkongsian.. Laptop AM nie dah mcm nyawa.. Mmg AM jaga takut rosak sbb semu kerja n dokumen penting dlm tue..

    ReplyDelete
  19. What a fantabulous post this has been. Never seen this kind of useful post. I am grateful to you and expect more number of posts like these. Thank you very much. Using Deskgram you can upload photos to instagram from PC/MAC, like and comment on post, follow unfollow profile, check news feed and many more.

    ReplyDelete
  20. Everything from an iPhone 2g lcd substitution to a complete motherboard substitution is conceivable, so don't get shook. Here are a few thoughts for taking care of the procedure easily. Display reparatur

    ReplyDelete
  21. We are really grateful for your blog post. You will find a lot of approaches after visiting your post. I was exactly searching for. Thanks for such post and please keep it up. Great work. apple repair Kansas city

    ReplyDelete
  22. We Can Fix Any Laptop Device - iPhone, iPad, MacBook Pro, MacBook Air Repair, Computer, Laptop, Networking, Data Recovery, IT Support, At Very Reasonable Rates. Our Trained and Expert Technicians Can Fix Any Faults in Your Apple Device. Call Expert Engineer 9594423645 laptop repair shop near me

    ReplyDelete
  23. Are You Looking for Laptop Repair and Service Centre in Mumbai? Then This Is the Right Place ✓ Professional and Trusted Laptop Repair and Service in Mumbai. Laptop Repair Hardware &, Software installation Support. We Can Fix Any Apple Device ✓ MacBook Pro Repair ✓ MacBook Air Repair ✓ iMac Repair ✓ iPhone Repair ✓ Call Expert Engineer ☎ 959-442-3645 Computer Repair

    ReplyDelete
  24. Oneself Checking Examination and Announcing Innovation (Shrewd) for hard plates advises the client regarding likelihood of a hard circle disappointment. hard drive recovery near me

    ReplyDelete