Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..
Mek percaya, dalam kalangan pembaca entry ini dan juga yang membaca blog mek seluruhnya semestinya mempunyai sekurang-kurangnya satu laptop ataupun desktop. Siapa boleh sangkal, teknologi yang canggih telah menciptakan ‘smartphone’ sehingga menggantikan kamera dan juga penggera jam namun masih tidak boleh menggantikan fungsian laptop secara seluruhnya. Kita masih lagi memerlukan laptop / desktop dalam kerja harian kita.
Apa jua laptop yang korang pilih semestinya didatangi dengan satu alat elektronik yang kita gelarkan motherboard. Bila mek adakan ‘kuiz’ di pejabat, tahu tak apa itu motherboard? Masih ramai yang tidak mengetahui apa itu motherboard. Walhal mereka bekerja dengan menggunakan laptop / desktop setiap hari. Nampaknya kesedaran untuk menjaga motherboard masih jauh untuk mereka ketahui.
Fungsi motherboard kepada laptop
Motherboard dianggap sebagai tulang belakang bagi setiap komputer. Malah setiap smartphone juga mempunyai motherboard masing-masing. Tanpa motherboard, komputer kita takkan dapat dihidupkan. Hal ini kerana motherboard adalah satu papan litar yang ada pelbagai komponen seperti slot RAM, port USB dan juga beberapa port lain seperti mouse dan keyboard. Boleh bayangkan jika ketiadaan motherboard? Sekarang mek hampir pasti korang dah nampak gambaran ‘gerak kerja’ sekeping motherboard kepada laptop.
Motherboard ini akan saling menghubungkan port elektronik yang lain bagi menghidupkan komputer atau laptop korang. Pada papan litar yang sekeping itulah yang akan menentukan juga ‘performance’ laptop korang. Kalau salah satu port pada motherboard tersebut rosak atau terkesan daripada apa-apa haba yang panas maka laptop korang akan memberi ‘signal’ bahawa ianya tidak berfungsi dalam keadaan optimum. Antara tandanya adalah laptop korang menjadi ‘hang’ dan terpaksa di ‘forced shut down’.
4 penyebab motherboard rosak
Motherboard bukanlah satu papan litar yang mudah untuk rosak dengan penggunaan seharian korang. Walaupun kadang mungkin kita dikategorikan dengan ‘heavy user’ yang mana menggunakan software graphic / resolusi yang tinggi atau mungkin juga menggunakan processor yang biasa untuk bermain game secara online. Kiranya seolah kita memaksa motherboard kita bekerja lebih daripada kemampuan papan litar tersebut.
Pun begitu ada beberapa lagi penyebab kerosakan kepada motherboard yang kita tak begitu perasan dan mengambil berat iaitu :
1. Overheating yang terdedah kepada motherboard.
2. Kipas laptop yang berhabuk.
3. Adapter / pengecas laptop yang tidak sesuai.
4. Thermal paste pada motherboard kering.
Mesti korang agak terkejut dengan 4 penyebab yang boleh membuatkan motherboard laptop rosak, kan? Dan mek sendiri akui antara 4 itu ada juga yang mek lakukan walaupun tidak kerap. Mek juga yakin yang korang sendiri ada buat 4 perkara di atas ini. Jom skrol di bawah untuk tengok apakah solusi bagi menjaga motherboard laptop supaya hayatnya lebih panjang dan tidak memerlukan kos yang lebih tinggi.
3 tip penjagaan motherboard
Penjagaan motherboard ini tidaklah begitu rumit untuk kita lakukan. Cuma memerlukan cara yang betul agar motherboard laptop tidak terusik menyebabkan bahagian lain pula yang mengalami kerosakan. Dalam kalangan kita semua, tak semuanya yang pandai dalam menjadi ‘mekanik laptop’ tapi secara mudahnya kita mampu untuk menjaga motherboard laptop untuk tahan lebih lama.
1. Jangan biarkan laptop korang berada di dalam keadaan overheating. Overheating ini boleh terjadi daripada dua perkara iaitu akibat habuk yang tebal pada kipas laptop atau akibat daripada pelapik laptop korang yang tidak menyerap haba. Dua perkara ini akan memerangkap haba di dalam laptop dan kemudian akan merosakkan motherboard korang. Untuk mengelakkan daripada berlaku overheating, korang perlu servis laptop korang secara berkala agar tiada habuk yang tebal pada kipas laptop dan juga jangan sesekali letak laptop korang semasa penggunaan pada atas tilam atau atas pelapik yang tidak menyerap haba. Bagi laptop korang ‘lawas’ untuk membuang angin panas yang dihasilkannya. Baru lah depa cool untuk berfungsi dengan optimum.
2. Sila guna adapter / charger laptop yang original. Ini salah satu perkara yang kita biasa pandang remeh dan juga rendah dengan alasan ‘asal masuk charge sudah’. Tapi sebenarnya perbuatan kita itu boleh menyumbang kepada kerosakan pada motherboard. Adapter / charger laptop yang tidak original ini membekalkan vot kepada laptop korang dengan kadar yang tidak cukup atau terlebih cukup daripada apa yang diperlukan oleh laptop korang. Bila laptop tak dapat aliran tenaga yang bagus / apa yang diperlukan, motherboard akan terkesan untuk melakukan fungsiannya.
Cara penyelesaiannya adalah korang haruslah dapatkan charger / adapter yang original di mana-mana kedai yang komputer yang trusted.
3. Sila pastikan laptop korang diservis secara berkala. Ini lebih kurang dengan point nombor 1 tadi tapi lebih spesifik untuk pastikan themal paste pada motherboard tidak kering. Fungsi thermal paste adalah untuk menyejukkan cip-cip yang ada pada motherboard. Kalau dah kering ianya tidak lagi dapat membantu cip-cip motherboard untuk berada dalam keadaan yang sejuk. Bila dah panas, motherboard tak kan berfungsi dengan baik lalu akan menyebabkan laptop korang kejung (hang), tak boleh on terus atau kalau on pun sekejap sahaja kemudian auto shut down.
Cara penyelesaian bagi masalah ini juga adalah dengan berkunjung ke pusat servis laptop untuk mereka servis laptop korang supaya motherboard korang okei. Yang berada di sekitar KL, Lembah Klang, Selangor atau Melaka dan Negeri Sembilan - boleh ke KEDAI REPAIR LAPTOP MURAH KL.
Motherboard boleh dibaiki?
Sedikit pencerahan kepada korang semua selaku pengguna laptop. Dulu mek tidak tahu yang motherboard laptop boleh dibaiki. Bila laptop rosak dan dibawa ke kedai repair laptop maka yang dicadangkan oleh mereka adalah untuk membeli laptop yang baharu sahaja. Sedangkan kita kalau boleh nak jimatkan perbelanjaan dan juga sayang dengan fail-fail yang ada di dalam laptop yang rosak tadi. Jadi, korang perlu lebih berhati-hati dan perlu sedikit berilmu mengenai motherboard yang rosak.
Motherboard kebiasaanya akan rosak pada chipset. Chipset ini adalah penghubungkan arus kepada komponen yang lain untuk menghidupkan seluruh laptop. Jika korang tanya samada motherboard boleh dibaiki ataupun tidak maka jawapannya adalah ya, motherboard boleh dibaiki sekiranya kerosakan pada motherboard tersebut adalah tidak major. Kos untuk baiki motherboard tentunya adalah jauh lebih rendah berbanding menukarkan motherboard yang baru atau membeli laptop yang baru.
Skrol bawah untuk info kedai repair motherboard laptop murah KL.
Kedai repair motherboard laptop murah KL
Untuk menukar motherboard laptop harganya memang kalau tak kena bincang, mahu menangis nak bayar. Kalau tak tukar motherboard, laptop lansung tak boleh on sedangkan segala file ada dalam laptop. Nak dibeli yang baru rasanya harga tinggi dan mungkin agak susah juga kalau nak dalam keadaan tergesa-gesa. Maka, jalan terbaik untuk selamatkan perbelanjaan bulanan dan selamatkan file dalam laptop, haruslah kita ke kedai repair motherboard laptop murah KL.
Untung mereka yang sekitar KL, Selangor, Negeri Sembilan malah Melaka dapat terjah kedai repair motherboard laptop murah KL dalam masa yang sekejap je. Macam mek agak jauh juga namun mek akan ke kedai repair motherboard laptop murah KL bila mek berkunjung ke KL untuk dapatkan khidmat servis laptop daripada mereka. Mana taknya, servis yang disediakan memang tip top habis sebab tulah ramai pelanggan sanggup datang walaupun dari jauh.
Perkhidmatan yang ada di kedai repair motherboard laptop murah KL
Motherboard boleh dibaiki dengan beberapa cara. Tentunya di kedai repair motherboard laptop murah KL akan berusaha untuk menjimatkan kos pembaikian korang. Sifat untuk berjimat namun servis yang optimum sentiasa diterapkan di kedai repair motherboard laptop murah KL. Antara perkhidmatan yang disediakan untuk repair motherboard adalah :
Menukarkan chipset yang baharu.
Membaiki motherboard secara keseluruhan.
Tukar motherboard seconhand.
Tukar motherboard baru.
Piagam pelanggan bagi kedai repair motherboard laptop murah KL
Bagi setiap pelanggan, mereka hanya mahukan yang terbaik untuk laptop mereka. Sama seperti kita, duit yang kita laburkan perlulah seiring dengan kualiti yang kita dapat. Di kedai repair motherboard laptop murah KL pula, mutu perkhidmatan dan harga yang rendah menjadi keutamaan mereka. Motherboard korang tidak akan ditukarkan sewenang-wenangnya oleh kedai repair motherboard laptop murah KL. Mereka akan pastikan motherboard korang berada di tahap kerosakan yang mana terlebih dahulu sebelum menasihati korang untuk baiki atau tukar pada motherboard yang baru.
Kedai repair motherboard laptop murah KL ini telahpun beroperasi lebih dari 9 tahun dan telah mendapat kepercayaan daripada para pelanggan. Ini korang boleh tengok sendiri di Facebook Page Kedai Repair Motherboard Laptop Murah KL berapa rating dan komen yang mereka dapat untuk satu-satu servis yang mereka lakukan. Mereka yang jauh pun sanggup datang untuk dapatkan perkhidmatan di kedai repair motherboard laptop murah KL.
Bagi mereka yang berdekatan (sekitar Lembah Klang, Bandaraya KL, Selangor, Putrajaya) jika korang tiada masa untuk ke kedai repair motherboard laptop murah KL, jangan risau. Rider kedai repair motherboard laptop murah KL sedia untuk mengambil dan menghantar laptop korang (servis delivery). Untuk tambahan caj delivery korang perlulah tanya pihak kedai repair motherboard laptop murah KL sendiri untuk kepastian.
Tempoh masa untuk pembaikian laptop juga menjadi salah satu punca pelanggan mempercayai dan memilih kedai repair motherboard laptop murah KL. Bagi tujuan pembaik pulih ianya mungkin mengambil masa dalam separuh atau seharian sahaja. Hal ini kedai repair motherboard laptop murah KL sangat memahami keperluan laptop kepada pelanggan lagi-lagi jika korang seorang student tentunya laptop adalah ‘jantung’ untuk siapkan assignment korang.
So, jangan lupa untuk ke kedai repair motherboard laptop murah KL. Info seperti di bawah :
Telefon / Whatsapp :
0172882349
Website :
FB :
Alamat :
508 Jalan Kanan 1 Kampung Pandan
55100 Kuala Lumpur.
Waktu Pengoperasian :
9.00 pagi - 9.00 malam
(kecuali cuti AM)
Waze / Google Maps :
Sekian ..
hehehe kipas laptop berhabuk tu memang punca utama tu.
ReplyDeletelaptop ida pun ada masalah sekarang..windows lambat start. aduh..nak kena g repair jugak ni
ReplyDeleteHmm rasanya laptop kinah tu dah lama tak servis huhu. Kena hantar pergi servis la nanti sebelum penyakit lain yang datang huhu
ReplyDeleteYa ALlah finally ada pun yg boleh repair mathoeboard dgn harga yg reasonable. Setakat ni kedai yg ain pegi semua suggest suruh berli baru sbb tak berbaloi nak repair. Tapi sayang la tu 1st laptop berbakti pula tu masa study 6 tahun :') Boleh consider ni nak p kl semata repair laptop. Thank you share mek!
ReplyDeleteterima kasih info bookmark siap-siap nanti masa perlukan boleh guna servis ni
ReplyDeleteWahh. Tak tahu pulak laptop kena hantar servis secara berkala. Abam dh guna laptop berapa tahun tk pernah servis. Risau jgk lepas baca byk penyebab motherboard rosak ni. Adeh.
ReplyDeleteMmg dapat th dengan kawan2 tempat repair best ialah FR ni.mmg nak pergi hantar laptop lama yg baru ki tetiba xboleh on..
ReplyDeletelaptop airah pun baru je rosak haritu tapi nasib baik la bukan kerosakkan teruk
ReplyDeleteBuat masa ni kita pakai handphone jer untuk semua urusan mahupun blogging. Boleh laaaa kita rekemen kat kengkawan kita yang lain, yang pakai laptop. Thanks sharing
ReplyDeleteLaptop nora pun tengah problem ni. Belum baiki lagi. Boleh juga cuba hantar dekat sini nanti. Mana tau blh cek apa mslh laptop nora.
ReplyDelete
ReplyDeleteشركة تنظيف المنازل بالجبيل
شركة تنظيف بالجبيل
شركة المثالية لتنظيف الفلل بصفوى
شركة المثالية لتنظيف المنازل بصفوى
شركة المثالية لتنظيف الشقق بصفوى
thanks info ni, boleh simpan maklumat ni untuk future use bila memerlukan
ReplyDeleteThanks for the information~but I am far away from this area. Will suggest to my friend that are around this area. Thank you :)
ReplyDeletePlease continue this great work and I look forward to more of your awesome blog posts. apple repairs
ReplyDeleteA couple of individuals sent in communicating enthusiasm for seeing more about the essentials of motherboards, and that is actually what this Tech Tip expects to address. MSI Mag B550M Mortar
ReplyDeleteGreat post! I am actually getting ready to across this information, is very helpful my friend. Also great blog here with all of the valuable information you have. Keep up the good work you are doing here. Printed Circuit Board
ReplyDelete