Assalamualaikum untuk semua sahabat blogger mek ..
Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor, Tumpat merupakan salah satu destinasi pelancongan yang ada di dalam negeri Kelantan. Kiranya kalau korang tak ke sini, seolah tidak lengkap lawatan korang ke Kelantan. Untuk pengetahuan korang, Kelantan mempunyai tiga [3] kawasan bebas cukai iaitu Rantau Panjang (daerah Pasir Mas), Bukit Bunga (daerah Tanah Merah) dan juga Pengkalan Kubor (daerah Tumpat).
Kawasan Bebas Cukai ini wujud kerana tiga [3] daerah ini merupakan pintu masuk ke Malaysia daripada Thailand. Paling popular semestinya Kawasan Bebas Cukai Rantau Panjang pun begitu disebabkan radius Kawasan Bebas Cukai Rantau Panjang lebih luas berbanding kawasan bebas cukai yang lain maka pada musim cuti sekolah ataupun perayaan, keadaan akan menjadi sesak ditambah dengan mereka yang ingin ke Thailand.
Cuti Deepavali 2019 mek rancang untuk bawa #travelbuddy mek mengenali Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor memandangkan dia tak pernah jejakkan kaki di sini. Malah mek sendiri juga jarang untuk ke Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor kerana barangan jualan di sini hampir sama sahaja dengan Kawasan Bebas Cukai Rantau Panjang. Standart lah, penduduk tempatan ni dah terlampau dekat tidak lah menjadi tempat keutamaan.
Barangan yang wajib dibeli di Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor
Pun begitu ada beberapa barangan yang mek rasakan bila ke Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor harus dibeli barangan ini kerana di Kawasan Bebas Cukai Rantau Panjang tidak dijual produk yang mek maksudkan. Walaupun nampak macam biasa-biasa je namun dua barangan ini paling sinonim dengan Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor. Barangan yang wajib korang ‘hunting’ yang mek maksudkan adalah :
#1 Coklat. Di Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor harga coklat hampir separuh harga setiap satu berbanding harga di pasaraya. Malah, ada beberapa coklat di Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor yang tidak dijual di pasaraya. Kiranya kalau korang datang ke sini dapat beli coklat dengan harga macam jual di Langkawi lah. Paling mek suka adalah coklat keluaran Ritter Sport dan Daim (semestinya).
#2 Colek Buah Bismillah. Ini pernah viral sekitar tahun 2015 / 2016. Sebelum korang berkerut dahi, colek buah itu rupanya seperti rojak buah. Diberi gelaran Colek Buah Bismillah itu adalah kerana pak cik yang menjual itu selalu ucap bismillah. Masa potong buah ucap bismillah. Nak tuang kuah rojak tu pun ucap bismillah, bungkus rojak pun ucap bismillah. Ambil duit daripada pelanggan pun bismillah. So korang nak makan tu ucap bismillah jugak. Tahap kesedapan 4 / 5.
Info lanjut Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor
So korang yang datang Kelantan boleh lah datang ke Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor untuk marked / checked satu tempat di Kelantan yang korang must visit. Kalau korang bawa passport bersama, boleh juga ke seberang Thailand melalui Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor ni. Tentunya makan tengahari di Tak Bai, Thailand akan memberikan satu pengalaman yang akan dikenang sampai bila-bila.
Google Maps ke Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor
Waktu pengoperasian Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor
Setiap hari
9.00 pagi - 5.30 petang
FB Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor
Sekian ..
wah bestnya..shopping sambil makan-makan..hehe
ReplyDeletebanyak borong coklat terr..:)
ReplyDeleteIt's nice! I think bebas cukai stuff it's pretty cheap depends on what you need. But I realize I don't need a lot of things.
ReplyDeleteIt's always nice to travel & dapat shopping with such great offers.
ReplyDeleteLama dah duk rancang nak ke Pengkalan Kubor tapi tak sampai-sampai lagi. Hihi. InsyaaAllah soon!
ReplyDeletesaya orang kb pun tak pernah sampai pengkalan kubor ni. tahun 2011 kot last. tu pun sebab ada event. bukan membeli belah pun. banyak plak tu borong cokelat. isk, tak boleh jadi. kena pergi jugak. berjaya menggoda i
ReplyDeleteWow!!!!!!! A shopping paradise! Memang sronok shopping sakan kat Kawasaki bebas cukai kan. Tq for sharing your story.
ReplyDeleteBolehlah nanti saya masukkan tempat ni dalam senarai tempat perlu dilawati bila ke kelantan nnti. setakat ni kelantan belum pernah saya jejakkan kaki lagi.
ReplyDeleteTak pernh jejak ke sini lagi..ya ampun banyak nya coklat..kalau kita ni memng borong habis..thank you bgatau tempat ni..rasa jarang orang dtg ke sini sanagt..
ReplyDeletebaru tahu kawasan nie bebas cukai. banyak tempat dekat kelantan x explore lagi. nanti nak terjah buat road trip dekat sana lah. nampak emnarik dan ebst
ReplyDeleteI didn't know theres a duty free zone in Kelantan will definitely visit when I'm there again
ReplyDeleteKelantan memang ada dalam bucketlist untuk di explore tahun 2020. Dengar criter barang-barang kat sana murah-murah
ReplyDeleteBaru tahu Pengkalan Kubor ni temoat bebas cukai. Lepas ni kalau pergi sana bolehlah shopping sakan. Sebelum ni tahu kat langkawi je yang bebas cukai. Barang kat sana pun murah murahkan
ReplyDeletesyoknya. saya suka jalan2 ke sini. tapi bukan selalulah boleh pegi. hihi
ReplyDeleteQiss tak pernah dengar tempat ni sebenarnya. Tapi best juga barangan kat sini. Nak kirim coklat tu...harga murah betoilah. Boleh masukkan tempat nak singgah kalau ke sana nanti.
ReplyDeleteOkay noted this place! Nanti kalau sampai ke kelantan dah tahu dah antara destinasi menarik untuk shopping, hehe!
ReplyDeleteDah macam kat Langkawi pulak ekk..ada tempat barangan bebas cukai. Sis kalau masuk tmpt mcm ni sure terjah coklat dulu..murah2 tuuu. InsaAllah kalau ke Kelantan nak singgah jugak le kat sini
ReplyDeleteWah bestnya kalau dapat borong coklat. Memang kena masukkan dalam list la ni tak sabar nak datang sana
ReplyDeletebestnya dah lama makan yang coklat daim tu hehe
ReplyDeleteCleaning Service
ReplyDeleteOffice cleaning
Cleaning services Malaysia
Pool cleaning service
Office cleaning service