KATERING MURAH KELANTAN AMIBI CATERING

Assalamualaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Dewasa ini, gotong-royong untuk kenduri semakin tidak mendapat sambutan daripada anak-anak muda. Mungkin sebab masing-masing ada komitmen masing-masing maka untuk ‘berewang’ sebelum sesuatu majlis diadakan itu agak tipis untuk kumpulkan semua saudara-mara dan jiran tetangga. Kadang yang datang hanyalah makcik-makcik sahaja. Mek tak salahkan golongan muda kerana mek juga sebahagian daripada mereka.

Kadang terasa nak buat majlis keramaian di rumah. Mungkin majlis tahlil salah satu yang terbaik untuk kumpul sanak-saudara dan sahabat handai tapi bila mengenangkan memasak itu bukanlah satu tugasan yang mudah untuk dilaksanakan maka niat murni tadi terbatal dengan begitu sahaja. Terasa juga kerugian sebab bila buat majlis keramaian ini dianggap kita membahagikan rezeki dengan orang lain dan ianya disebut sebagai sedeqah.

Banyak impak positif bila kita buat keramaian / majlis salah satunya dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Tapi dalam masa yang sama kita juga tak nak kepenatan itu menjejaskan emosi diri kita sendiri untuk raikan tetamu. Penyelesaiannya yang terbaik setakat ini adalah dengan menempah makanan daripada pihak katering. Dapat lah kita lunaskan untuk berbahagi rezeki dengan yang lain dalam pada masa yang sama juga kita tidak begitu penat untuk siapkan menu kepada para tetamu.

Suka juga untuk mek ingatkan yang perkhidmatan katering ini adalah tidak terhad kepada majlis perkahwinan sahaja. Ianya juga melibatkan majlis-majlis lain seperti tahlil, majlis tahnik, sambutan hari jadi (kesyukuran) dan lain-lain majlis. Jika melibatkan organisasi, ianya juga memerlukan pihak katering untuk sediakan hidangan kepada para tetamu contohnya majlis sambutan Hari Raya atau mungkin majlis perpisahan kakitangan.

Lebih tujuh puluh [70] Jenis hidangan Katering Murah Kelantan Amibi Catering

Pun begitu, mencari pihak katerer bukanlah satu kerja yang mudah juga. Pelbagai aspek perlu dilihat dan dirasa supaya nilai yang dibayar menjadi berbaloi. Salah satu aspek yang menjadi pilihan mek adalah kepelbagaian menu yang boleh disediakan oleh pihak katerer. Syukur Alhamdulillah, Katering Murah Kelantan Amibi Catering mampu untuk menyediakan lebih tujuh puluh [70] menu yang bersesuain dengan majlis korang.

Mek faham yang kenduri atau sesuatu majlis tidak lah memerlukan sehingga lima belas [15] jenis hidangan dalam satu masa akan tetapi dengan kemampuan Katering Murah Kelantan Amibi Catering menyediakan tujuh puluh [70] jenis hidangan lauk, itu adalah satu petanda yang korang harus memilih Katering Murah Kelantan Amibi Catering. Tentunya hidangan pada majlis korang akan memikat selera tetamu yang hadir.

Harga serendah RM13 per kepala Katering Murah Kelantan Amibi Catering


Pada kebiasaan pihak katering akan meletakkan harga bagi satu kepala (per tetamu) untuk menyenangkan kedua-dua pihak. Bagi Katering Murah Kelantan Amibi Catering per tetamu hanya menelan belanja RM13 sahaja dengan dua [2] jenis hidangan lauk, satu [1] jenis nasi, appetizer, dessert dan juga tiga [3] jenis minuman berkordial sejuk. Harga ini juga termaktub untuk tempahan bagi tetamu berjumlah seratus [100] orang ke atas.

















Untuk korang yang memerlukan perkhidmatan usherette (pelayan tetamu) bagi membantu melayani tetamu VVIP, Katering Murah Kelantan Amibi Catering memberikan perkhidmatan tersebut secara percuma bila korang menempah katering untuk minima lima ratus [500] tetamu. Tentunya untuk majlis yang dihadiri dengan begitu ramai jemputan memerlukan usherette untuk membantu dalam menghidangkan lauk-pauk kepada VVIP.


Bagi hidangan kambing pula, harga yang ditawarkan per tetamu adalah bermula RM17 dengan tujuh [7] pilihan jenis masakan yang korang suka. Korang pun tahu kan yang kambing sememangnya agak mahal berbanding daging lembu biasa. Manakala untuk kambing golek pula berharga RM1,500 setiap seekor (siap diperap dan dibakar pada ketika majlis berlansung). Jangan risau, Katering Murah Kelantan Amibi Catering akan sediakan kambing bersaiz large atau extra large (mengikut stok kambing yang ada). 

Selain daripada menu yang agak berat, hidangan seperti laksa untuk jamuan ringan juga ada disediakan oleh Katering Murah Kelantan Amibi Catering. Harga untuk per tetamu bagi hidangan laksa bermula dari RM5 sahaja dan harga ini juga tersedia bersama minuman kordial. Bagi hidangan laksa, minima tempahan adalah seramai seratus [100] orang tetamu sahaja dan ianya perlulah diambil sendiri oleh korang. Pun begitu dengan minima tempahan seramai seratus lima puluh [150] orang, hidangan laksa ini akan dihantar terus ke rumah korang.

Kawasan yang di ‘cover’ oleh Katering Murah Kelantan Amibi Catering

Untuk Katering Murah Kelantan Amibi Catering, mereka berpangkalan di Wakaf Bharu, Tumpat. Jika korang yang berdekatan boleh lah mendapatkan servis Katering Murah Kelantan daripada mereka. Pun begitu beberapa kawasan lain juga turut di ‘cover’ oleh Katering Murah Kelantan Amibi Catering antaranya seluruh kawasan Tumpat, daerah Pasir Mas dan juga Kota Bharu. Besar juga liputan Katering Murah Kelantan Amibi Catering ni.

Maksud liputan yang di ‘cover’ oleh Katering Murah Kelantan Amibi Catering ini adalah mereka boleh ke rumah atau tempat majlis yang korang adakan. Kiranya kalau korang nak adakan masakan secara live, boleh minta Katering Murah Kelantan Amibi Catering ke lokasi majlis korang. Kalau korang hanya nak dapatkan lauk pauk sahaja pun boleh juga. Mereka juga bersedia untuk menghantar hidangan ke ‘door step’ korang. 

Info lanjut Katering Murah Kelantan Amibi Catering

Di bawah ni mek sediakan info-info yang membolehkan korang untuk usha Katering Murah Kelantan Amibi Catering. Kalau korang rasa nak terus tanyakan quotation untuk majlis korang, boleh terus whatsapp chef / owner Katering Murah Kelantan Amibi Catering. Semoga perjalanan majlis korang berjalan dengan lancar, mengenyangkan perut tetamu dengan hidangan yang sedap-sedap daripada Katering Murah Kelantan Amibi Catering.



Whatsapp Katering Murah Kelantan Amibi Catering
@0132249201 (Chef Syam)
@0109061079 (Chef Amin)


FB Katering Murah Kelantan Amibi Catering


IG Katering Murah Kelantan Amibi Catering
@IG Amibi Catering

Sekian ..

18 comments

  1. Info sangat tepat pada waktunya...mek...sedap dan murah Katering nim...

    ReplyDelete
  2. sedap jer semua makanan tu. setting meja juga kemas cantik.

    ReplyDelete
  3. wah sedap dan menyelerakan.. butter prawn tu paling menarik perhatian saya

    ReplyDelete
  4. Katering akan mengambil peluang pabila cuti sekolah ramai akan buat kenduri khawin . Terbaik kak share satu katering yang bagus dari segi harga. memang bersesuai dengan makanan berikan

    ReplyDelete
  5. Murah kambing golek dia tu. Sesuai juga untuk majlis kan. Bagus ambil katering je sekarang. Tak ramai orang muda nak bergotong-royong macam zaman dulu-dulu. Pakej katering menarik pasti ramai orang nak mencuba kan. Tengok menu dia pun sedap

    ReplyDelete
  6. Banyak jugak pilihan menu yang disediakan. So senang la orang nak pilih ikut kesesuaian majlis. Semua makanan dia pun nampak macam sedap je.

    ReplyDelete
  7. berbaloi dengan harga! Pilihan menu pun banyak tuh!

    ReplyDelete
  8. Good service and good review. Sayang nyer jauh pada saya. Macam mana pun, thank you for sharing this review. Take care.

    ReplyDelete
  9. menariknya hidangan yang ditawarkan. kalau ada majlis kat kelantan..bolehlah amik katering ni..murah dan berbaloi dengan harga dan hidangan yang ditawarkan

    ReplyDelete
  10. Tempting pulak lauk lauk dia. Tapi jauh sgt pulak kat klate.. So org2 kelantan patut guna caterer ni. Mmg nampak berbaloi!

    ReplyDelete
  11. Nice nice! But it's far from my area and I do not need any catering for now or sooner , but I will share with my friends! Thanks for sharing!

    ReplyDelete
  12. Sekarang nak senang taknak nyusahkan orang guna katering je..pergh tengok menu dia moden sangat tu siap udang semua..yummy..boleh share dengan kawn2 dekat kelantan sanna

    ReplyDelete
  13. bagus ada khidmat camni kat Kelantan. selalu kat sana diorg suka gotong royong. tapi itulah zaman skrg kurang dah orang nak masak sendiri, sebab masing2 dah sakit2 kan. orang muda pula dah ramai di bandar, sbb bekerja.

    ReplyDelete
  14. Banyak jenis masakan yang Amibi Catering ni boleh sediakan ye. Musim perkahwinan pun bakal tiba. Lagi pulak sekarang musim hujan lebat.. senang pass ke catering je kan.

    ReplyDelete
  15. nampak sedap menu2nya. harga pun berpatutan. untunglah mereka yang berada di kelatan. terima kasih atas perkongsian ya. :)

    ReplyDelete
  16. Ambil katering tak pernah salah. Cuma nak pilih katering susah. Macam amibi ni ada 70menu senang untuk customer pilih lauk yg sesuai. Kalau pilihan menu terhad pun susah. Harga yag ditawarkan pun murah!

    ReplyDelete
  17. wah.. banyak pilihan menu disediakan. boleh la pilih lauk pilihan untuk sebarang majlis.. untuk kenduri sesuai sangat ambil catering ni.. harga pun berpatutan

    ReplyDelete