JEWELS HOTEL, HOTEL DI TENGAH BANDAR KOTA BHARU

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Cuti Deepavali 2019 mek tak ke luar negeri memandangkan #travelbuddy mek nak datang bercuti di Kelantan. Walaupun dalam setahun kami saling bergilir hampir tiga [3] kali untuk berkunjung ke negeri masing-masing namun setiap kali kunjungan semestinya mek kena rancang untuk bawa #travelbuddy mek ke satu tempat yang baharu. Barulah dapat mengenali Kelantan dengan menyeluruh. 

Selaku blogger yang ke arah niche travelling, mek dan #travelbuddy memang akan rancang dengan teliti tempat-tempat yang akan kami kunjungi. Maksudnya potensi tempat yang kami akan pergi itu bukan semata-mata untuk mengenali bahkan untuk memberi info kepada orang ramai mengenai manfaat dengan berkunjung ke tempat tersebut. Terasa tanggungjawab seorang blogger untuk berkongsi cerita yang dapat memanfaatkan orang lain juga.


Kata kunci untuk tempatkan #travellbuddy pada kunjungannya pada kali ini adalah hotel di tengah bandar Kota Bharu memandangkan mek nak dia merasai suasana bandar Kota Bharu pada waktu malam dan juga siang. Biasanya kami memilih spot dipinggir bandar untuk menginap. Maka pada kali ini dengan pemilihan amenities dan kadar harga bilik semalaman yang mengena dengan bajet kami, Hotel Jewels merupakan yang paling sesuai.

Amenities Jewels Hotel, Hotel di tengah Bandar Kota Bharu

Pemilihan amenities kali ini mek menolak swimming pool memandangkan jadual yang dirangka agak tidak mengizinkan untuk sesi mandi kolam anak-anak. Maklum sahajalah cuti perayaan semestinya jalan sesak dan kami perlu keluar lebih awal untuk menuju ke destinasi yang telah dirancang. Kalau tak, melepas lah peluang kami nak menikmati apa yang telah dirancang. Maka amenities free parking dan free wifi menjadi pilihan utama.



Namun apa yang mengejutkan mek adalah dengan RM130 (harga promosi sempena cuti perayaan, harga asal RM160) amenities yang disediakan oleh Jewels Hotel adalah sangat diluar jangkaan mek. Jujurnya, laluan ke Jewels Hotel adalah laluan mek setiap hari untuk ke pejabat. Pada sekilas pandang amenities yang ada mungkin empat [4] sahaja iaitu free parking, free wifi, free breakfast dan restaurant. Baca di bawah amenitis yang ada di Jewels Hotel.

#1 Free Parking. Ini perkara yang wajib dipilih memandangkan bila bercuti mek dan #travelbuddy menggunakan kereta instead memilih grab. Tentunya kami nak ruang parkir kenderaan yang selamat dan terjaga oleh pihak hotel. Ruangan parkir Jewels Hotel agak terhad namun sepanjang keberadaan mek di sini, walaupun kami kerap keluar dan masuk, pihak Jewels Hotel tidak gagal untuk reserved ruang parkir untuk tetamu mereka.

#2 Free Wifi. Seperti yang mek sering katakan, wifi pada mek adalah satu kemestian memandangkan mek menggunakan laptop setiap hari bagi tujuan blogging dan anak-anak juga punyai rancangan youtube yang mereka gemari. Wifi yang ada di Jewels Hotel sememangnya laju dan dalam mood yang sangat baik untuk digunakan bagi tujuan blogging dan streaming youtube. Bolehlah mek buat kerja tanpa perlu bertangguh.

#3 Free Breakfast. Dengan lima [5] pilihan menu (buffet style) yang ada untuk sarapan pagi, sudah memadai bagi mek untuk alaskan perut mek dan keluarga sebelum kami keluar untuk meneroka Kelantan. Sarapan pagi di Jewels Hotel bermula jam 7.30 pagi sehingga 10 pagi dan makanan akan sentiasa ditambah sekiranya tidak mencukupi. Jadi tiada masalah jika korang terbangun lewat atau korang datang bersama keluarga yang besar, makanan akan tetap ada untuk tetamu di Jewels Hotel.

Untuk bilik yang mek ambil iaitu Superior King sudah termasuk dua [2] sarapan untuk dewasa. Kanak-kanak berumur lima [5] tahun ke bawah adalah percuma. Tapi jika korang ada tambahan ahli keluarga contohnya satu bilik ada anak yang berumur enam [6] sehingga dua belas [12] tahun, caj tambahan sebanyak RM9 akan dikenakan. Jika korang datang bersama rakan atau ahli keluarga yang dewasa pula, caj RM12 akan dikenakan bagi mereka yang extra.

#4 Restaurant. Ini juga salah satu amenities yang mek pilih pada kali ini memandangkan semasa check in, mek bercadang untuk terus makan tengahari di Jewels Hotel kerana ingin jimatkan masa dan inginkan masa lebih untuk berehat. Tahu saja lah anak-anak mudah nak meragam kalau diaorang tak dapat rehat yang cukup. Meragam yang tak boleh bincang lansung. Baiklah mek bersedia lebih awal lagi.


Pilihan mek untuk makan tengahari di Jewels Hotel tidak salah sama sekali kerana harga yang ditawarkan untuk menu makan tengahari hanyalah RM18 sahaja termasuk air. Ada enam [6] pilihan menu untuk dirasai dan mek memilih Chicken Chop dan juga Spaghetti Lamb untuk berempat. #travelbuddy mek pula pilih Chicken Chop, Spaghetti Lamb dan juga Oxtail Asam Pedas (ekor lembu masak asam pedas). Di bawah adalah komen mek mengenai setiap daripada menu tersebut :


Chicken Chop : portion ayam yang besar so boleh kongsi sehingga dua atau tiga orang dewasa. Mek dan anak-anak memang makan chicken chop tu je. Kuah black pepper yang tak berapa pedas sesuai untuk kanak-kanak. Rating 4 / 5.


Spaghetti Lamb : kambing yang dibakar memang lembut yang amat sehinggakan kalau boleh order kambing aje nak ratah. Makan pula dengan kuah black pepper memang padu !. Spaghetti kira okei jugak, tak keras sangat. Rating 4 / 5.


Oxtail Asam Pedas : ini betul-betul kena dengan nama. Pedas. Tapi portion dia memang banyak. Semangkuk Oxtail Asam Pedas ni boleh makan sampai tiga [3] orang dewasa cuma korang kena minta nasi extra jika nak berkongsi. Rating 4 / 5.



Untuk pengetahuan korang juga, restaurant Jewels Hotel yang diberi nama Suasa Restaurant ini juga terbuka kepada orang awam. Jika tak menginap di Jewels Hotel pun masih korang boleh ke Suasa Restaurant untuk menikmati hidangan yang disediakan. Ruangan berhawa dingin sememangnya memberikan ketenangan dan keselesaan kepada tetamu untuk menikmati hidangan makan tengahari mereka.

#5 Fitness Centre. Pada awalnya mek tak tahu pun ada fitness centre di Jewels Hotel. Masa pemilihan hotel pun tak masukkan fitness centre sebagai salah satu amenities. Bila mek dah check in di Jewels Hotel barulah mek mengetahui yang Jewels Hotel mempunyai tempat fitness untuk tetamu yang check in di sini. Maka tempat fitness ini dijadikan sebagai tempat me time mek dan #travelbuddy lah.



Fitness centre Jewels Hotel agak terhad tapi memadai untuk korang gunakan. Ruangan di fitness centre Jeweles Hotel hanya boleh memuatkan tiga [3] hingga empat [4] orang dalam satu masa. Toleransi antara tetamu amat diharapkan. Untuk mek dan #travelbuddy kami sempat memanfaatkan fitness centre Jewels Hotel selama tiga puluh [30] minit untuk bakar kalori. Maklumlah road to 55kg masih lagi berlansung sehingga ke hari ini.




#6 Authorised Gift Shop. Ini pun salah satu tarikan di Jewels Hotel. Kebanyakkan hotel ada gift shop masing-masing akan tetapi bukanlah gift shop yang ada signature daripada hotel tersebut. Berlainan di Jewels Hotel yang significant dengan Habib Jewelry, mereka menawarkan jam tangan berjenama Ice Watch (authorised di Kelantan) untuk dijadikan cenderahati / tanda kenang-kenangan ketika berada di Jewels Hotel.

Tempat menarik sekitar Jewels Hotel, Hotel di tengah Bandar Kota Bharu

Di bawah ini mek senaraikan tempat-tempat yang mek lawati bersama #travelbuddy (ada juga selit beberapa tempat lain yang berdekatan dengan Jewels Hotel) untuk cadangan / info kepada korang untuk ke mana bila berkunjung ke Kota Bharu. Jarak yang mek sediakan adalah jarak daripada Jewels Hotel untuk ke destinasi tersebut. Tak jauh dan tak memakan masa yang lama untuk menikmati apa yang ada di Kelantan.


Info Jewels Hotel, Hotel di tengah Bandar Kota Bharu


Di bawah ini mek dah sediakan link serta nombor yang korang boleh hubungi untuk buat tempahan atau untuk bertanyakan apa-apa mengenai Jewels Hotel. Jewels Hotel mengalu-alukan kedatangan korang walaupun dalam jumlah yang ramai. Mek harap dengan penulisan mek ini dapat membantu korang dalam memilih hotel penginapan yang terbaik untuk korang dan keluarga bila berkunjung ke Kota Bharu. Welcome to Kelantan !


Call untuk reservation @097474788



Sekian ..

20 comments

  1. Wah, bestnya - good food & nice hotel to chill & relax with family & friends.

    ReplyDelete
  2. Chicken chop tuuu! yummy!

    Haaa..boleh dah la nak rujuk kat mek kalau nti saya nak JJCM kelantan.hehe

    Masa cuti deepavali hr tu, mereput je kat rumah sebab nak jenjalan pun sesak sana sini org bercuti dengan budak cuti sekolah lagi..

    ReplyDelete
  3. wah.. nampak selesa je hotel nya.. amboih.. gadis-gadis siap rasmi pi gym lagi tu.. heheheh.. syok kalau ada geng.. kalau pi kota bharu boleh la singgah hotel ni .. kot nak bermalam kat sini ke

    ReplyDelete
  4. Boleh cari tempat ni kalau ke kelantan nanti.

    ReplyDelete
  5. Bestnya hotel dengan makanan semua nampak sedap. lepasni nak pergi Kelantan dah tahu la mana nak terjah

    ReplyDelete
  6. Menarik Hotel ni.. Next time Mat Drat ke sini, boleh try menginap di sini. Pakej dan harga hi tea pun nampak menarik

    ReplyDelete
  7. OK.. Xpernah dengar pasal Hotel ni.. Masa pi kelantan last year stay kt Perdana hotel tu... Best gak.. Not bad...

    ReplyDelete
  8. terbaiklah hotel ni. ada pelbagai kemudahan yang disediakan. in shaa Allah kalau saya ke sana, akan stay di hotel ni. terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  9. Kalau pilih hotel, memng tgkwifi dan kelengkapan lain.paling penting include breakfast..hehee..menarik hotel ni..restoran makana dia pun semua sedap..

    ReplyDelete
  10. Bestnya!! Nak pi cuti ni!!!! Dah lama tak holiday~

    ReplyDelete
  11. Wlupun hotel nmpak biasa2 je tpi kmudahan smua ada..terbaik la..jika brkesempatan dtg ke kelantan, nd nk juga menginap disni..thanks mek yunie atas peekongsian..

    ReplyDelete
  12. Nampak besar dan selesa bilik Jewels Hotel ni ye. Nanti pergi Kelantan bolehlah menginap di sini. Semua kemudahan pun ada memudahkan kita kan

    ReplyDelete
  13. Wah cantik la bilik hotel ni. Nampak selesa ja. Makanann pun nampak sedap. Boleh simpan dulu nanti nak pi Kelate rujuk entry ni

    ReplyDelete
  14. Menarik gak hotel ni. Harga pun not bad. Lama x pegi Kelantan. Kalau ada plan nanti boleh consider hotel ni gak.

    ReplyDelete
  15. jewels ni milik habib jewels ke? sbb promo ice watch dgn pandora ..

    ReplyDelete
  16. Menariknya hotel ni. Lepas ni kalau ke kota bahru memang yaya masukkan hotel ni dalam list tujuan yaya. Terima kasih atas perkongsian :)

    ReplyDelete
  17. Syoknya dapat stay kat hotel. Lama xmenginap hotel... Tengok hotel ni pun nampak best simple tapi selesa & nice deco dia...

    ReplyDelete
  18. bestnya hotel ni, hotel baru ya? simple and yet nampak selesa jugalah ni

    ReplyDelete
  19. Hotel yg best.. bab makan suka nampak sedap je

    ReplyDelete
  20. tak pernah tahu ada hotel ni kat kb..x sangka dia berkait dengan habib jewels juga...boleh jadi salah satu tempat penginpan blh dicuba kalau ke kelantan

    ReplyDelete