HI TEA DI GRAND RENAI HOTEL KOTA BHARU

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Hi Tea di Grand Renai Hotel Kota Bharu, bunyinya macam orang ada-ada sahaja yang boleh masuk ke sini. Dengar sahaja tentang Hi Tea pun dah seriau. Bukan seriau sebab berhantu tapi seriau sebab harga Hi Tea di Hotel mampu cecah puluhan ringgit. Tambah pula bila sebut sahaja Hi Tea terus terbayang dengan dessert, kopi atau teh dan sekadar itu sahaja. Berborak, bersembang tanpa ada aktiviti lain untuk dinikmati.



Tapi bila mek tengok iklan Hi Tea di Grand Renai Hotel Kota Bharu melalui FB Page mereka, menarik minat mek untuk merasai sendiri Hi Tea di Grand Renai Hotel Kota Bharu sebab tawaran mereka adalah buffet Hi Tea di poolside berserta boleh swimming di pool Grand Renai Hotel Kota Bharu. Memang berbaloilah sebab mek semestinya akan membawa anak-anak untuk menikmati hidangan Hi Tea ini sementara anak-anak pula boleh enjoy di swimmming pool.

Tentunya berita baik ini mek takkan pendamkan sahaja untuk dinikmati seorang diri. Memandangkan cuti hujung minggu ini bersambung dengan perayaan Deepavali, mek mengajak #travelbuddy mek untuk turut serta ke Hi Tea di Grand Renai Hotel Kota Bharu. Seronoklah kami dapat bersembang sambil anak-anak berenang di kolam. Sambil tu juga, bolehlah kami menikmati dan capture gambar sebagai kenang-kenangan.

Amenities Hi Tea di Grand Renai Hotel Kota Bharu

Dengan harga RM28 bagi dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak (5 - 11 tahun), berkonsepkan buffet style, harga yang ditawarkan adalah lebih daripada berbaloi. Pada kebiasaan, Hi Tea yang diketengahkan oleh pihak hotel adalah jenis hidangan di atas meja. Maksudnya dah prepare siap-siap atas meja yang kita reserved. Kalau habis, habislah. Semenjak itu mek tidak lagi menghadiri mana-mana Hi Tea memandangkan agak tidak kenyang dengan duit yang kita laburkan.

So jom baca review yang mek sekeluarga dan Sis Gee sekeluarga alami sepanjang Hi Tea di Grand Renai Hotel Kota Bharu :

#1 Hi Tea di poolside Grand Renai Hotel Kota Bharu. Hi Tea yang Grand Renai Hotel Kota Bharu tawarkan adalah di poolside Tingkat 8 Grand Renai Hotel Kota Bharu. Ini bertujuan untuk menyenangkan para ibu bapa memantau anak-anak mandi kolam selain mewujudkan suasana santai pada hujung minggu. Sekurang-kurangnya tidaklah kita terlampau berada di dalam restoren (setiap sesi makan sahaja mesti di ruangan restoren). 













Hi Tea di Grand Renai Hotel Kota Bharu menawarkan enam [6] main course dan dua [2] side course dengan lima [5] cycle menu. Bunyi sahaja Hi Tea namun makanan yang dihidangkan itu mengenyangkan juga. Contohnya Nasi Goreng Kampung, Mee Kari dan Mee Sup. Sampingan lain bagi mereka yang diet boleh ambil kerabu atau salad. Kek-kek pastri itu sememangnya wajib sebagai pencuci mulut. Kek-kek ni juga silih berganti dari jam 3 petang sehingga 6 petang. Bukan satu jenis sahaja. Sepanjang keberadaan mek disitu dapat rasa lebih lapan [8] jenis kek yang berbeza. Tak dilupakan kuih tradisional sebagai memikat selera pada waktu petang.

#2 Free Swimming di Grand Renai Hotel Kota Bharu. Seperti yang mek katakan tadi, RM28 dan RM10 itu sudah pun termasuk akses tetamu untuk bermandi-manda di kolam renang. Mek tersangat suka dengan konsep ini memandangkan bukan sahaja anak-anak yang teruja untuk mandi kolam malah mak dan ayah juga terasa nak mandi kolam, bonding bersama anak-anak. Untuk mek dan Sis Gee, selepas kami selesai makan dan menyuap anak, kami juga turut berendam bersama anak-anak di dalam kolam. Kemudian makan lagi dan terjun kolam lagi sehinggalah waktu Hi Tea di Grand Renai Hotel Kota Bharu tamat.







#3 Free Jacuzzi di Grand Renai Hotel Kota Bharu. Ini pun satu port yang mek dan Sis Gee sangat suka. Lepas dah berendam sejuk dalam kolam renang, kami ambik masa lima [5] minit untuk berendam dalam Jacuzzi pulak. Nak hangatkan badan sebelum mandi siapkan diri. Ruangan Jacuzzi agak private so boleh lah sembang santai (sambung cerita dari meja makan tadi). Di ruangan Jacuzzi ini juga ada bilik wap. Pada awalnya mek memang nak ber-wap sekejap tapi fikirkan mandi kolam dan Jacuzzi lagi best maka mek lepaskan ber-wap di bilik sauna. 

So korang lepas tengok amenities Hi Tea di Grand Renai Hotel Kota Bharu ni berkenan tak nak luangkan masa di Grand Renai Hotel Kota Bharu pada hujung minggu? Berbaloi tak dengan RM28 dan RM10 yang korang laburkan tu? Bagi mek teramatlah berbaloi dengan tiga [3] amenities yang disediakan ini. Mana nak dapat sebegini amenities untuk Hi Tea di hotel bertaraf lima [5] bintang. Skrol bawah untuk dapatkan info Hi Tea di Grand Renai Hotel Kota Bharu.

Lain-lain acara Hi Tea di Grand Renai Hotel Kota Bharu

Selain daripada bersantai Hi Tea di Grand Renai Hotel Kota Bharu, korang juga boleh untuk adakan beberapa aktiviti lain di Grand Renai Hotel Kota Bharu. Antaranya :

#1 Sambut Birthday di poolside Grand Renai Hotel Kota Bharu. Korang boleh juga tempah pakej Hi Tea di Grand Renai Hotel Kota Bharu untuk tujuan sambutan hari jadi diri sendiri, kawan-kawan mahupun anak-anak. Bab nak surprise, nak tempah kek ikut tema, korang boleh berbincang terus dengan pihak hotel untuk set-up majlis hari jadi yang korang inginkan itu. Barulah seronok korang capture moment hari jadi tu nanti.

#2 Family Day di poolside Grand Renai Hotel Kota Bharu. Aktiviti ini juga salah satu trend baru yang kian popular dalam kalangan masyarakat. Biasanya sambutan hari keluarga pejabat atau hari keluarga sendiri berlokasi di tepian pantai. Tapi tahukah korang di tepian kolam juga dapat dijadikan pelbagai aktiviti untuk sambutan hari keluarga. Malah di kolam rasanya lebih selamat berbanding di tepian pantai yang memerlukan penjagaan lebih rapi. Apa-apa pun, sambutan hari keluarga di tepian kolam patut dicuba lebih-lebih lagi dengan pakej Hi Tea di Grand Renai Hotel Kota Bharu yang amat berbaloi.





Info lanjut Hi Tea di Grand Renai Hotel Kota Bharu

Waktu pengoperasian Hi Tea di Grand Renai Hotel Kota Bharu 
Start 3.00 petang - 6.00 petang
Jumaat dan Sabtu

Maps ke Hi Tea di Grand Renai Hotel Kota Bharu

Call untuk reservation Hi Tea di Grand Renai Hotel Kota Bharu
@097462233

FB Page Grand Renai Hotel Kota Bharu

IG Grand Renai Hotel Kota Bharu

Sekian ..

23 comments

  1. murah lah harga tu.buffet style pulak tu.puas makan...

    tapi tu lah, jauh nun ke KB sana. kalau KL selangor, kim salam la nak dapat harga gini

    ReplyDelete
  2. OH MY MY! I think I saw yummy hi-TEA! Tapi why kat Kota bahru! Veronica dari KL ni.... next time introduce yang kat kl okay? :) thank you thank you!

    ReplyDelete
  3. Bagus Hi tea ni dah kenyang makan bole pula mandi kat pool nya..murah lak tu and banyak pilihan makanan. Sayangnua jauh...

    ReplyDelete
  4. Dah kenapa harganya murah sebegitu? Kenapa jauh sangat? Kalau dekat, Rawlins dah pergi ke sana dan ajak kengkawan serang hi-tea tu.

    ReplyDelete
  5. Wow!!!!!!! Sedap nyer desert2 dia. Good post. Thank you for sharing and have a good day.

    ReplyDelete
  6. wow..bestnya banyak menu..krm salam kt en. hafiz..hihi

    ReplyDelete
  7. wahhh murah sangatttt lah hi-tea dia! jealousnyaa. haha makanan pun pelbagai jenis. nanti kalau singgah kelantan boleh la cuba minum petang kat sini.

    ReplyDelete
  8. memang boleh repeat bila pergi Kota Bharu!! berbaloi baloi!

    ReplyDelete
  9. Seriously murah sangat taw pakej ni. Tak payah pikir nak berkelah bawa bekal bagai. Tempat pon eksklusif santai dengan family. Tapi sedih hai nape jauh.

    ReplyDelete
  10. wah murahnya rm28 tu.. tempat pun nampai santai je dengan family... eh lama tak pergi kota bahru... rindu pula jeluarga di sana.. mana tahu kalai singgah sana boleh tempah hotel di sini

    ReplyDelete
  11. harga yang sangat berpatutan! kalau dekat saya dah pergi dah! haha. seronok nampak makanannya lazat, ada kolam lagi. bolehlah mandi! :)

    ReplyDelete
  12. harga berpatutan. pastu makanan dia semua cam sedap jer hihi..

    ReplyDelete
  13. murahnya harga buffet RM28 seorang.. boleh makan sampai kenyang kan. seronok bawa family mandi pool kat hotel. menarik promosi hotel nie

    ReplyDelete
  14. Heavennye tengok foid dia. Harga buffet pon berbaloi. Tepi pool lagi. Bulan 11 nak ke kelate. Kalau sempat bolehla singgah grand renai ni

    ReplyDelete
  15. wooot wooot ada kek rainbow. huurm rasa lapaq tetiba..

    ReplyDelete
  16. Wow, that's really a good deal for high tea buffet style at RM 28 per person. Good value indeed with so much food choices!

    ReplyDelete
  17. Murah sangat-sangt dengan makana yang bayak, dapat mandi swimming pool lagi.. Pergh.. Kalau hibtea mcm ni.. Hari2 pergi pun takpa.. Hahaha.. Makana pun semuannampak sedap

    ReplyDelete
  18. Wahh makanan nya menyelerakan. Lepas ni boleh lah Rabia menginap di sini

    ReplyDelete
  19. Memang murah betul harga hi tea nya. Banyak juga pilihan makanan yang sedap-sedap. Yang seronok anak-anaknla ye makan best, boleh terjun dalam pool lagi. Memang hotel pilihan keluarga ni

    ReplyDelete
  20. menariknya makanan kat sini. semua nampak menyelerakan. harga yang ditawarkan pun cukup murah dan berpatutan. kalau balik kg bolehlah singgah di sini

    ReplyDelete
  21. Waduhhh murah gila harga dia, mana nak dapat skrg harga mcm ni kat hotel sini. Kalau dekat mmg sis dah terjah dah ni

    ReplyDelete
  22. Murah jugak tengok harganya per person. Variety makanan pun pelbagai termasuk makanan berat dan dessert. Siap bleh mandi2 kolam. Org2 Kelantan bleh la buat family gathering ke kan.

    ReplyDelete
  23. Hi Tea dengan harga RM28 dan FREE mandi di swimming pool, siapa tak nak rugi. Haha. Bestnya hotel yang buat macam ni.

    ReplyDelete