Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..
Oktober dah pun menjengah kita semua. Istimewanya pada setiap Oktober ini adalah kita akan menyambut dua aktiviti / program yang besar, disambut pada peringkat kebangsaan. Apa yang mek maksudkan adalah Bulan Sukan Negara dan juga Bulan Kesedaran Cancer Payudara. Tapi hari ini mek nak senaraikan apa aktiviti yang korang boleh buat bersempena Bulan Sukan Negara 2019. Sekurang-kurangnya kita menyambut baik acara yang dianjurkan ini.
Sebelum mek senaraikan kepada korang apa aktiviti yang menarik untuk kita sertai, korang perlu tahu asal usul Bulan Sukan Negara yang saban tahun kita sambut dengan meriah ini. Bulan Sukan Negara di Malaysia ditetapkan pada Oktober 2015 dengan usaha YB Khairy Jamaludin (Mantan Menteri Belia dan Sukan). Sehingga sekarang program ini masih lagi diteruskan bagi memupuk semangat kesukanan dalam kalangan masyarakat.
Pada asalnya, Bulan Sukan Negara ini diperkenalkan oleh negara Jepun pada tahun 1964. Ianya bersempena dengan hari memperingati Pembukaan Sukan Olimpik di Tokyo, Jepun. Bermula daripada kejadian itu terus negara Jepun mengamalkan Oktober adalah bulan sukan dan Kesihatan Negara mereka. Dan akhirnya Malaysia juga mencontohi untuk adalah Bulan Sukan Negara. Yang baik perlulah ditiru, kan?
5 [LIMA] Aktiviti Bulan Sukan Negara
#1 Hari keluarga. Acara ini kalau tak kerana bulan sukan Negara pun boleh buat juga tapi alang-alang ada Bulan Sukan Negara maka office korang atau keluarga korang sendiri boleh rancang untuk adakan aktiviti semasa hari keluarga. Biasanya acara tarik tali, lari dalam guni, bola tampar pantai, bola sepak kelapa dan pelbagai lagi yang mungkin mek tak tahu. Apa-apa pun hari keluarga ini akan meransang untuk korang buat aktiviti ‘outdoor’.
#2 Fun Run. Ini pun sama. Tak semestinya tapi mek perasan pada Oktober memang banyak Fun Run dianjurkan. Kalau tengok website yang ada jadual Fun Run ni, hampir setiap minggu ada pada setiap negeri. Memang syok habis kalau korang boleh sertai Fun Run ni. Banyak manfaat disamping menyahut seruan negara untuk kekal sihat dan aktif. Acara ini korang boleh sertai dengan ahli keluarga yang lain juga.
#3 Hiking. Antara program yang mek nak sertai tapi belum berkesempatan. Hiking nampak mudah tapi banyak juga peluh boleh berderai. Tambah pula hiking memerlukan kekuatan otot. Dalam erti kata lain, program ini dapat membantu korang kuatkan lagi otot seperti korang pergi gym. Antara keseronokkan lain yang kita dapat ketika hiking adalah panorama yang kita takkan dapat daripada kaki bukit. Itu sangat mahal ! So jom lah kita hiking.
#4 Fun Ride. Aktiviti berbasikal ini pun salah satu cara untuk kita menyambut Bulan Sukan Negara. Mek sendiri tak pernah sertai mana-mana Fun Ride tapi bos mek memang sertai jika berkesempatan. Fun Ride ni seronoknya lebih kurang sama dengan Fun Run. Manfaatnya pun lebih kurang sama dengan Fun Run cuma tinggal lagi mereka berbasikal. Untuk dapatkan otot yang pejal, elok juga diamalkan aktiviti Fun Ride ini.
#5 Lumba perahu. Acara ini bukan semua negeri ada. Beberapa negeri sahaja yang adakan pertandingan lumba perahu. Kelantan adalah salah satu negeri yang adakan pertandingan ini tapi mek tak pernah hadir untuk melihat. Kata orang memang best sebab perahu yang didayung sendiri, bukan yang pakai enjin. Mek pernah tengok kat Melaka acara lumba perahu, di Kota A Famosa. Diaorang pun lumba perahu mendayung juga. Seronok tengok tukang sorak yang kat depan.
Info Bulan Sukan Negara
Website @BulanSukanNegara 2019
Website @FunRun
Semoga kita semua berkesempatan untuk luangkan masa untuk Bulan Sukan Negara 2019. Kekal aktif, kekal sihat dan kekalkan BMI yang ideal untuk diri masing-masing. Kalau nak ikutkan mati, memang semua akan mati. Tapi sementara diberi peluang untuk dapatkan kesihatan yang baik, jomlah kita sama-sama berusaha untuk dapatkan kesihatan yang paling baik untuk diri kita sendiri dan keluarga. Majulah sukan untuk negara.
Sekian ..
Wow menarik.. Ku suka hiking tapi itulah takde kawan nak join.. Zaman belajar dulu suka follow program macam ni.. Sekarang ni nanti travel, baru ada bersukan (jalan kaki lebih 10k sehari), hahaa.
ReplyDeletewahh x tau plak oct ni bulan sukan negara! run tu mmg sy suka la cumanya ke perak la pulak ye.. nice sharing here btw!!
ReplyDeleteantara kelima-lima acara maybe Ty lebih kepada fun run sahaja. suka sebab suka collect new jersey n medal. boleh la try riki2
ReplyDeleteGood post. Thank you for sharing it. Have a good day and take care.
ReplyDeletesalam singgah 1 st time singgah sini. Wah suka bila komen sini ada dedaunan goblin luruh.. terus teringat oppa.
ReplyDeleteLooks fun! Thanks for sharing ! But unfortunately I am taking care of my daughter~ but somehow I will share this post~
ReplyDeletemajulah sukan untuk negara
ReplyDeleteSebenarnya banyak aktiviti sukan boleh buat masa sambutan bukan sukan negara ini kalau orang kampung tu tak ada semua aktiviti macam ni boleh buat sukan rakyat macam tarik tali atau lari dalam guni ker semua tu juga sukan kan baru meriah hehehehe...
ReplyDeleteGood event to promote a healthy lifestyle among Malaysian.
ReplyDeleteBanyaknya aktivoyi bulan okyober ni.. Semua nmpak menarik.. Fun run tu best.. Hiking klau ade geng syok la juga..kita tak tau pun bab ni.. Yang breast cancer pun tau dri kawan
ReplyDeleteBest dpt join aktiviti sepanjang bulan sukan negara ni . Meriah dgn aktiviti.barulah ramai rakyat malaysia sihat tegap. Hehe
ReplyDeleteTerlupa lak ada Bulan Sukan Negara setiap bilan Oktober.. siapa yg sedang mencari aktiviti sukan boleh pa join ya..
ReplyDeleteKat Penang ni pun banyak ativiti dah dirancang sempena bulan sukan negara. Ada nampak poster sana sini ttg aktiviti2 ni.
ReplyDeletemacam saya untuk bulan sukan negara ni, saya just bersenam di rumah sahaja. haha. nak join aktiviti lain in shaa Allah akan dilakukan jugak.
ReplyDeleteBestnya kalau dapat join run. Airah sejak ada baby ni memang mampu tengok jela orang lain join run
ReplyDeleteEvent yang ditunggu2 setiap tahun hehe. Selalu join Fun Run. Tapi tak run sangat pun, banyak walk je haha. Esok dah start banyak aktiviti. Selamat menyambut Hari Sukan Negara!
ReplyDeleteANAK2 JER JOIN ..MAKNYA MALAS ...HAHAHA...TAPI BAGUSLAH SEMUA ORANG BERSEMANGAT, SUKA TENGOK ORANG RAMAI KELUAR DAN BERSUKAN PASTU PALING BEST DAPAT TENGOK PELBAGAI DESIGN BAJU HARI SUKAN NEGARA KELUAR...KREATIF
ReplyDelete
ReplyDeleteشركة تنظيف منازل بالجبيل
شركة تنظيف شقق بالجبيل
شركة المثالية لتنظيف السجاد بالجبيل
شركة المثالية الدولية للنظافة بالجبيل
شركة المثالية للنظافة بالجبيل