Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..
Fun Run, satu aktiviti yang masa kini agak meniti bibir ramai orang. Dulunya acara Fun Run ini tidak begitu disambut baik dalam kalangan masyarakat. Yang menyambut hanyalah mereka yang betul-betul berminat dengan acara larian sahaja. Fun Run dikategorikan sebagai marathon atau nama pada masa sekolah adalah merentas desa. Bila dah ditukar kepada Fun Run, ramai pula yang menyertainya. Eyhh cop ! Kenapa ya?
Jangan salah sangka. Korang kena tahu beza marathon dan juga Fun Run. Marathon adalah acara larian yang punyai masa untuk dihabiskan larian tersebut dengan jarak yang diberikan. Kiranya marathon adalah acara larian yang agak serius (perlu diberi perhatian semasa berlari atau korang akan kalah). Manakala Fun Run pula dengan jarak 3km, 5km atau mungkin 8km tapi berlari dalam keadaan santai. Habis larian dapat medal tak kisahlah jam berapa korang habis (tapi jangan melampau pulak masa yang korang ‘santai’ tu).
Fun Run lebih seronok untuk mereka yang dah berkeluarga kerana ianya satu acara yang mana korang boleh bawa anak bersama-sama untuk sertai Fun Run. Walaupun korang bawak stroller, orang takkan pandang dengan kepelikkan kerana Fun Run memang tiada syarat yang ketat untuk tidak itu dan ini. Ianya lebih kepada nak galakkan orang berlari bersama-sama dengan yang mereka kehendaki (tanpa mengira batasan umur).
8 [EIGHT / LAPAN] Benefit of Fun Run
Artikel kali ini mek nak kongsikan dengan korang apa manfaat / benefit / faedah yang kita dapat jika kita menyertai Fun Run. Mek tahu masih ramai yang menolak acara Fun Run ini dengan pelbagai alasan yang tersendiri. Namun disebalik penolakan itu jom baca 8 benefit of Fun Run untuk korang kenali benefit of Fun Run :
#1 Baik untuk jantung. Acara Fun Run walaupun korang nak berjalan adalah dibenarkan tapi sedikit sebanyak korang akan terikut juga untuk berlari bila tengok orang ramai berlari. Walaupun korang tak berlari macam marathon hanya berlari anak sahaja tapi perbuatan itu dah cukup untuk korang ‘push’ jantung korang untuk pump lebih supaya oksigen cepat sampai ke bahagian tubuh badan yang lain. Dalam erti kata lain, korang ‘mengaktifkan’ kembali jantung korang.
#2 Menurunkan berat badan. Mek akui yang mek sertai Fun Run adalah semata-mata untuk turunkan berat badan. Walaupun mek tahu yang Fun Run hanyalah pada waktu itu sahaja dan jarak pun dekat tapi mek tetap optimis yang Fun Run dapat turunkan berat badan peserta. Dengan sifir ‘its burn calories’ maka tetap lemak kita akan terbakar. Dengan menyertai Fun Run berterusan memang kita akan dapat berat badan yang ideal.
#3 Meningkatkan keyakinan diri. Ramai orang yang berpura-pura ada keyakinan diri dalam kehidupan seharian. Mereka aktif di sosial media dengan komen dan muat naik foto tapi bila realiti, kita masih ‘kosong’ dan tak berani untuk berada dalam kalangan yang ramai. Fun Run antara program yang patut korang cuba untuk ‘munculkan’ diri korang dalam kalangan orang ramai. Cuba untuk saling senyum dengan peserta lain. Mek pasti korang akan rasa hebat dan lebih yakin untuk kedepan selepas ini.
#4 Mengatasi masalah kemurungan / mental illness. Penyakit murung ini kadang hadirnya tanpa kita sedar. Sedar-sedar kita dah ‘diselaputi’ dengan kemurungan yang boleh membahayakan diri sendiri dan juga orang sekeliling. Mek tak nak ulas kenapa kita boleh jadi murung (mungkin korang dah tahu ataupun tidak mengetahui punca murung). Cuma nasihat mek jika korang nak satu perasaan yang bebas (ye kita semua ada masalah kita sendiri) cuba untuk sertai Fun Run ini sebab melalui program ini banyak perkara yang korang boleh lihat dan dalam masa yang sama mengikut sains setiap hormon yang dirembeskan dapat membantu untuk memulihkan emosi kita. Daftar Fun Run sekarang jugak.
#5 Menajamkan minda menjadi lebih cerdas. Korang pernah tak masa sekolah dulu tanyakan pada cikgu ‘kenapa subjek Pendidikan Jasmani adalah subjek wajib bagi setiap darjah dan tingkatan?’. Kalau korang tak pernah tanya, ini jawapan cikgu mek ‘Pendidikan Jasmani (PJ) subjek penting untuk meransang otak pelajar supaya lebih cerdas dalam pembelajaran dengan melakukan aktiviti sukan’. Maksudnya, bersukan adalah salah satu inisiatif diri kita untuk cerdaskan lagi akal fikiran supaya lebih positif, lebih tajam / teliti dalam satu-satu perkara. Dan Fun Run juga adalah sebahagian daripada sukan.
#6 Mengisi masa lapang. Pada kebiasaan, Fun Run akan dilakukan pada hujung minggu. Kebanyakan orang memang ‘free’ pada hujung minggu. Disebabkan itu korang kena isi masa ‘free’ korang ini dengan perkara yang berfaedah, memberi impak kesihatan yang baik kepada diri korang dan memberi impak positif kepada mental / emosi korang. Tak nak ulas panjang sebab mek dah ceritakan semuanya di atas tadi.
#7 Dapat kumpul koleksi medal / baju. Ini juga telah menjadi salah satu trend sekarang di mana mek lihat ramai yang sertai Fun Run semata-mata untuk dapatkan medal dan t-shirt Fun Run yang lawa. Ini juga terjadi kepada spouse mek. Tapi hobi mengumpul ini dilihat dapat memberi banyak kebaikan kepada mereka. Jadi bagi mek mengumpul koleksi medal dan baju daripada Fun Run adalah wajar untuk dicontohi oleh masyarakat lain juga.
#8 Untung-untung menang hadiah. Fun Run tidak hanya menawarkan medal dan baju sahaja. Cabutan bertuah juga memang banyak untuk mereka yang sertai Fun Run. Rezeki kita datang pelbagai cara. Mana lah tahu dengan hobi nak kumpul medal semata-mata, dapat juga kesihatan yang baik dengan gaya hidup sihat yang mengena. Tambah pula kalau dapat hadiah daripada cabutan bertuah lagi lah syok nak sertai Fun Run.
Cara nak sertai Fun Run di negeri masing-masing
Korang yang dah teringin nak sertai Fun Run di negeri masing-masing, boleh rujuk link yang mek sediakan ini untuk dapatkan info Fun Run yang berdekatan dengan korang : @FunRunInfo
Sekian ..
Bestnya boleh join fun run ni. Last join masa fun run ni tak berapa famous lagi. Lama dah kot hehe.. Kita nak join tapi jadual kerja suami tak menentu. Kena fun run area rumah je la dengan anak huhu
ReplyDeleteAkak baru nak start join Fun run ni Mek.. dah tau nak bersenam mcm mana asyik busy..so kita joinlah Fun Run.. hihi
ReplyDeleteteringin juga..tp belum berkesempatan nk join ni lagi..
ReplyDeletekita suka tengok kawan2 join run run ni. kite support dari belakang eh hehe..
ReplyDeletek lily ada jugak join Fun Run tapi tak selalulah, bagus memang sangat bagus. selain menyihatkan badan dapat jugak meluangkan masa bersama keluarga tersayang
ReplyDeleteFun Run begini memang bagus untuk bawa family bersenam ringan. Sis teringin gak tetapi belum pernah ada kesempatan nak join. Tengah fikir2 nak join Ice Watch run bulan depan huhu...
ReplyDeleteAaaa help... i need booster nak join fun run mcm ni ... huhuhu.. kalau tak ada geng mmg tak semangat nak berlari. Maybe i should event macam ni..
ReplyDeleteyang best kalau join fun run ni medal semuanya cantik-cantik. siap ikut tema lagi. boleh buat koleksi medal, yang utamanya dapat jaga kesihatan dan badan pun fit
ReplyDeleteSuka sangat kalau tengok orang pergi fun run tapi belum berkesempatan nak join lagi. Lepas ni nak usha fun run yang mesra nak bawa anak kecil sekali guna stroller hee
ReplyDeleteMemang kegemaran Qiss masuk Fun Run. Tapi Qiss memilih juga. Kadang2 bayaran mahal sangat. Suka masuk fun run sebab kemurungan and rasa nak lari rumah. So bila lari kat fun run ni hilang rasa nak lari dari rumah.
ReplyDeletemacam best fun run ni.. xpernah join lagi
ReplyDeletedone follow sini #341
AM pun suka join Fun run nie.. Best nak nak kalu larian berjemaah bersama rakan2.. Mmg kecoh n meriah abis kan.. AM setuju dgn kelebihan yg ada dlm Fun Run ini..
ReplyDeletebestnya dapat jpin Fun run.Asyik tengok oranglain je join.Amni tak tahu lah bila boleh join asyik bz je hehehe
ReplyDeleteala BBL pun rajin jugak join fun run. bukan apa..sebab nak kumpul medal. cantik-cantik designnya. yang penting dapat keluar peluh & badan sihat aktif!
ReplyDeletetak pernah lagi join kategori fun run ni. Larian pun jarang masuk.. adoiyaii bila la kesedaran nak exercise ni wujud dalam diri... kalau bab makan laju je.. hehe
ReplyDeleteWow menarik rupanya Fun Run ni. Baru sekarang saya kenali Fun Run tu apa. Selalu nampak marathon. Pastu ada yang jenis Virtual Run. Yg ni pun saya baru faham. Cam menarik je yg Fun run ni. Maklumlah stamina tak berapa kuat. Nak marathon tak larat. Fun run ni santai2 je so cam best la.
ReplyDeleteMek, abe kie mengayuh basikal je ptg2. Nak lari x larat sbb kena bawa perut nih. Tp ok je janji ada buat senaman. Maklumlah usia makin meningkat.
ReplyDeleteFun run ni dapat kurangkan rasa stress kan. Sy dulu sebelum ada anak kecil selalu join run mcm ni. Seronok betul hehe
ReplyDeleteSelalu nak join fun run ni ,tapi mesti ada prob sebelum nak join. Contohnya ada urusan penting tarikh dan waktu yang tak berapa nak sesuai and masalah kewangan. Haha. in shaa Allah target nak join jugak sebelum habis tahun 2019 ni.
ReplyDeleteAlways nak join fun run~ tapi kena tunggu anak besar sikit baru boleh join.
ReplyDeleteSedang tunggu ni! Hadiah tu menarik giler!
Memang best kalau dapat join Fun Run ni... Yang paling best ialah dapat kumpul medal yang cantik-cantik designnya... Ultimately of course la untuk kesihatan gitu... Kannnn...
ReplyDelete
ReplyDeleteشركة تنظيف فلل بالجبيل
شركة تنظيف بالجبيل
شركة المثالية لتنظيف المجالس بالجبيل
شركة المثالية لتنظيف الكنب بالجبيل
شركة المثالية لتنظيف الموكيت بالجبيل
Yes memang best join fun run, kadang kena ada geng baru best. Kat penang pun banyak dengan baju n medal yang cantik. just pilih je nak join event yang mana satu. ikut bajet juga sebab entry fee x sama kan.
ReplyDelete