Assalamualaikum untuk semua sahabat blogger mek ..
Di Kelantan memang ada banyak masjid. Mek percaya di negeri-negeri lain juga banyak terbinanya masjid. Cuma di Kelantan, lately / kebelakangan ini banyak pula mek tertengok / ter-visit masjid yang cantik-cantik. Cantik itu diterjemahkan dengan ukiran senibina serta dekorasi di dalam masjid itu. Menarik minat para tetamu dalam dan luar negeri untuk datang dan singgah ke masjid ini.
Masjid Mukim Kubang Batang Tumpat Kelantan ini mek juga menjadi tetamu buat pertama kali bersama-sama #travelbuddy mek. Perancangan untuk singgah di Masjid Mukim Kubang Batang Tumpat Kelantan adalah cadangan daripada spouse mek memandangkan lawatan kami ke Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor adalah pada waktu Zohor. Setelah hampir dua [2] jam kami di sana, dalam perjalanan balik kami berhenti di sini seketika.
Salah silah Masjid Mukim Kubang Batang Tumpat Kelantan
Semasa mek di Masjid Mukim Kubang Batang Tumpat Kelantan, mek tak sempat untuk bertanyakan penduduk tempatan mengenai salah silah Masjid Mukim Kubang Batang Tumpat Kelantan. Bila di google juga tiada banyak info mengenai Masjid Kubang Batang Tumpat Kelantan. Pun begitu masjid ini telah pun wujud sudah lama di Mukim Kubang Batang Tumpat Kelantan dengan senibina masjid pada kebiasaan.
Pada sekitar 2017 atau 2018, Masjid Mukim Kubang Batang Tumpat Kelantan ini mula diubah suai, dibesarkan untuk memuatkan kapasiti penduduk yang semakin meningkat. Masjid Mukim Kubang Batang Tumpat Kelantan ini mula mendapat perhatian setelah internal / bahagian dalam masjid ini telah hampir siap 90%. Tentunya gambar-gambar dalam Masjid Mukim Kubang Batang Tumpat Kelantan ini tersebar melalui media sosial FB.
Dengan ukiran dan senibina dalaman yang menggunakan tona biru serta calitan keemasan memang menaikkan lagi aura Masjid Mukim Kubang Batang Tumpat Kelantan. Keluasan dalaman Masjid Mukim Kubang Batang Tumpat Kelantan juga mampu menampung jemaah dalam jumlah yang ramai. Pengalaman mek ke sini memang terasa kedamaian masjid yang hening dengan kedamaian rahmat dan keberkatan daripada Allah swt.
Sumbangan untuk Masjid Mukim Kubang Batang Tumpat Kelantan
Untuk pengetahuan korang, Masjid Mukim Kubang Batang Tumpat Kelantan ni masih lagi dalam pembinaan untuk ubah suai bagi menaik taraf supaya dapat menampung jemaah yang lebih ramai. Masih berbaki 30% untuk siapkan Masjid Mukim Kubang Batang Tumpat Kelantan ni. Untuk korang yang ingin menderma atau menyalurkan bantuan bagi pembinaan masjid ini boleh disalurkan melalui tiga [3] akaun bank ini :
#1 CIMB : 8602474114
#2 Bank Islam : 03148010005329
#3 Maybank : 553010608487
Kesemua akaun di atas ini di atas nama Masjid Ar Rahman Kubang Batang. Semoga setiap ringgit yang disalurkan di sini menjadi pahala akhirat bagaikan air yang mengalir tidak putus. Semoga juga dengan sumbangan ini dapat dilimpahkan lagi rezeki kepada mereka yang membantu. Dan doa mek pada mereka yang menderma semoga diharamkan kulit korang daripada dibakar oleh api neraka. Amin ya Allah.
Info lanjut untuk Masjid Mukim Kubang Batang Tumpat Kelantan
Disertakan di bawah ini google maps dan juga FB page Masjid Mukim Kubang Batang Tumpat Kelantan untuk pengetahuan korang. Semoga korang berkesempatan untuk melawati Masjid Mukim Kubang Batang Tumpat Kelantan ini bila berkunjung ke Kelantan. Semoga juga Allah swt merahmati kita semua dalam menuju ke jalan Allah swt. InsyaAllah.
Google Maps ke Masjid Mukim Kubang Batang Tumpat Kelantan
FB page Masjid Mukim Kubang Batang Tumpat Kelantan
Sekian ..