TELUK CEMPEDAK BEACH

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Ke Teluk Cempedak merupakan destinasi terakhir mek di Kuantan. Kami check out dari Shahzan Inn lebih kurang jam 10 pagi. Kemudian ke pasar tani yang berdekatan untuk makan-makan. Baru mek tahu yang pasar tani ni sebenarnya menyeronokkan juga. Ingatkan hanya ada hasil pertanian sahaja. Sangkaan mek meleset. Gerai untuk makan-makan juga ada dan tentunya makanan tempatan yang dijual di sini. Cuma agak frust bila ke sana jam 10.30 pagi, banyak makanan kudapan seperti apam balik dah habis dijual.

Seterusnya mek ke Kuantan City Mall. Hajat dihati nak membeli sehelai dua baju untuk kenangan travel kali ini namun si Amzar dia buat mall tu macam dia punya balapan. Berlari sana sini, memang tak tenang jiwa untuk memilih pakaian. Mana nak tengok pakaian, mana nak tengok dia berlari ke mana. Dah la dia tu kecil, sekali orang dukung lari bawa masuk kereta, dah tak ada depan mata. Baru nak menangis menggigil, tak guna dah. So, operasi pembelian ditamatkan.

Pandu terus ke Teluk Cempedak untuk bawa anak-anak tengok alam semulajadi. Sebenarnya kalau ke Kuantan tapi tak singgah di Teluk Cempedak, seolah-olah rasa macam tak jejak Kuantan. Memang tiada apa daya tarikan lain di Teluk Cempedak namun pemandangan itu boleh jadikan tenang, hilang stress dan kena dengan mood percutian tu. Jadi, bila ke Kuantan, korang wajib singgah ke Teluk Cempedak. Dan ini apa yang korang boleh buat (aktiviti) di sini :

Photoshoot di Teluk Cempedak




Ini acara wajib bila ke Teluk Cempedak. Tangkap gambar banyak-banyak untuk dijadikan kenangan. Memandang view di Teluk Cempedak memang lawa, berbeza sedikit dengan pantai lain (Teluk Cempedak ada tempat berbatu-batu so tambah lagi kecantikannya itu), photoshoot produk korang mungkin akan jadi lebih cantik. Apa yang mek bayangkan adalah photoshoot untuk tudung ataupun baju. Memang nampak lawa untuk upload IG dan FB.

Tengok monyet dari jarak yang dekat



Tak sah kalau korang tak kena kacau dengan monyet di Teluk Cempedak. Monyet yang berkeliaran di sini memang monyet yang tinggal di bukit belakang sana (tak tahu apa nama bukit yang ada di Teluk Cempedak). Monyet yang ada sekarang ni dah tak se-agresif macam dulu. Sepanjang mek duk lalu and bergambar dengan diaorang, mereka agak berkelakuan baik. Tak ada dah rebut-rebut makanan dengan orang. Tapi kalau ada pun sekor dua yang tak belajar adab lagi.

Makan buah potong / air balang / keropok lekor Pahang



Ini seolah berkelah tanpa bersedia. Makanan memang banyak dijual di sekitar Pantai Teluk Cempedak. Korang boleh pilih mana-mana gerai yang korang suka. Paling syok sekarang depa dah ada perkhidmatan e-wallet Touch and Go (tak ambil pula gambar kedai yang ada perkhidmatan ni). Tak semua kedai namun kebanyakkan tu dah guna e wallet ni. Senanglah sikit kan. Ke arah digital gitu. Untuk yang singgah sekejap macam mek boleh lah beli apa yang ada untuk makan sambil angin pantai Teluk Cempedak.

Lepak di Starbuck / McDonald

Kalau korang malas nak lepak-lepak di kawasan pasir Teluk Cempedak, di sana pun ada cafe restaurant yang boleh korang duduk sambil menikmati makanan dan minuman. Sambil tu boleh juga tengok pantai dan gelagat mereka yang ada di depan mata. Macam mek yang ada anak kecil ni, McDonald lebih sesuai untuk lepak. Kalau mek dengan #travelbuddy sahaja mungkin Starbucks pilihan kami so boleh update entry sama-sama.

Bermain wau di Teluk Cempedak



Berkelah di Teluk Cempedak



Aktiviti ni pun best juga. Bawa bekal, kemudian mandi pantai and makan bekal yang di bawa. Semenjak balik dari Pulau Kapas ni teringin betul nak repeat sesi berkelah tu dengan kawan-kawan. Walaupun makanan bukanlah yang boombastic (hari tu goreng mee, buat sandwich, kerabu maggy and goreng nugget) tapi tetap berselera and seronok. Mungkin sebab pemandangan dan keadaan sekeliling yang tenang. Tambah lagi mek boleh luangkan masa untuk berborak dengan #travelbuddy

**

Korang yang pernah ke Teluk Cempedak boleh lah kongsi pengalaman korang di sini. Apa yang korang lakukan di sini dan apa kenangan korang di Teluk Cempedak? Mek yakin korang ada cerita masing-masing, kan? Kalau korang ada tips ke nak kongsi bila ke Teluk Cempedak, boleh juga isi diruangan komen. Mana tahu tips korang berguna pada mereka yang lain. Kalau korang tak pernah ke sini, boleh rancang percutian ke Kuantan.

Sekian ..

23 comments

  1. Pernah pergi dulu2 masa kecil lg hahaha teluk cempedak biasa2 jah waktu tu.. Gambar pun xde. Rindu dekat kuantan lama x jejak kuantan sejak aboh pencen askar.

    ReplyDelete
  2. Pernah singgah sini.
    Cantik pantainya
    tapi ombak kuat untuk mandi

    ReplyDelete
  3. rasa last yang saya datang TC ni few years ago. rindu pulak tengok gambar2 ni

    ReplyDelete
  4. Lamanya tak singgah Teluk Cempedak. Nanti mungkin bulan depan nak ke Pahang boleh singgah sini. Monyet pun ada tu haaa...jaga2 monyet ni pantang nampak plastik mesti dia tak senang duduk.

    ReplyDelete
  5. Banyaknya kenangan Rawlins kat TC nie. Dulu adik-adik Rawlins belajar matrikulasi di Kuantan, so sempat menyinggah kat sini. Kisah cinta terputus tengah jalan pun berlangsung di sini hahaha

    ReplyDelete
  6. lamanya tak datang TC. rindu baca aiskrim mekdi tepi pantai ni. kalu weekend meriah amat. boleh tahan berjerebu jugak je kuantan sekarang

    ReplyDelete
  7. Tak pernah sampai lgi
    Ke TC ni mek.. menarik ja tengok.. InsyaAllah suatu hari ada rezeki nak
    Ke sana jg:)

    ReplyDelete
  8. Comelnya satu family pakai pink. I love pink, orang kata teluk cempedak best, tengok gamba, mmg best pun kan? Belum sempat lagi ke sana. Mesti ramai orang ke pantai di hujung minggu. Wah, macam macam jual area situ.

    ReplyDelete
  9. Rasa macam tak pernah sampai Teluk Cenpedak ni atau dah lupa wallahualam! Tapi memang nampak menarik.

    ReplyDelete
  10. Nyaman je rasa tengok pantai dan pemandangan kat Teluk Cempedak tu... memang boleh mereleasekan tense gitu... dengan pelbagai kemudahan juga kedai-kedai berhampiran, memang ia merupakan antara destinasi percutian yang sesuai untuk seisi keluarga... okay, jom plan cuti sekarang... hehehehe...

    ReplyDelete
  11. Saya pernah pergi.. pantai teluk Cempedak ni, suka pantai ni, ada banyak monyet atas jambatan tu... suka tengok org beri makanan dekat monyet2 tu...

    ReplyDelete
  12. Masa kecik2 selalu dtg sini. Sbb pernah tinggal di kuantan dulu. Banyak perubahan nampk dah sekarang pantai ni

    ReplyDelete
  13. Cantik warna baju family mek :) Saya belum pernah lagi ke Teluk Cempedak ni. Area pantai timur banyak tempat tak jejak lagi. Boleh plan la singgah sini next time kalau ada trip ke sana. TQ mek for sharing

    ReplyDelete
  14. Pernah pergi sekali je ke Teluk Cempedak. Tak boleh disangkal memang view dia sangat cantik dan sangat rugi kalau tak ambil gambar banyak2 hehehe. Gerai pun banyak kat situ. Boleh laaa cuci mata

    ReplyDelete
  15. Sekali je jalan-jalan teluk cempedak ni..memang menarik apa ada dekat situ..cantik tepi pantai..wah sekrg ada lagi macm-macam ye..

    ReplyDelete
  16. Saya pernah ke pantai teluk chempedak masa tahun 2009, first timee ke pahang & ikut rombongan sekolah. Teruja sbb first time jejak laut china selatan, walaupun tkde beza dengan laut lain. Haha

    ReplyDelete
  17. Lama betul tak ke teluk cempedak..dah lupa dh rupa dia cam mana..hehehe. syiok betul kan dpt jenjalan cam ni..dh lama x jenjalam

    ReplyDelete
  18. Lamanya tak pergi Teluk Cempedak rindunya huhuhu tapi tu lah pantainya tak macam dulu nak mandi pun agak takut sekarang ni kat sana hurmmm harap ada pemeliharaan kawasan yang menjadi tumpuan orang Kuantan ni...

    ReplyDelete
  19. Saya pun pernah datang ke Teluk Cempedak. Aktiviti tengok-tengok pantai je. Pastu sama la, photoshoot. Jenguk-jenguk kedai makan yg ada. Hehe. Tapi tak jumpa pula monyet.

    ReplyDelete
  20. Cantik teluk cempedak ni eh... Rasanya last pi asa kecik dolu². Nanti boleh laaa plan bawak anak family cuti sekolah nanti . Kami suka pi pantai ambik angin laut

    ReplyDelete
  21. Seronok satu famili jalan-jalan cari makan. Suka adik perempuan ni senyum, ceria dan positif! Happy family!

    ReplyDelete
  22. Belum berkesempatan untuk berkunjung ke sini...pasti meriah bila dpt menghabiskan masa cuti bersama keluarga...

    ReplyDelete