SHAHZAN INN KUANTAN REVIEW

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Selepas #jalanjalanterengganu yang berakhir di Draw Bride Terengganu, kisah #mekyunietravel pada September 2019 bersambung lagi ke #jalanjalankuantan . Kisah nak ke Kuantan, Pahang ini memang mek dah rancang dengan spouse untuk lajakkan perjalanan kami ke Kuantan sempena Cuti Hari Malaysia. Alhamdulillah spouse bersetuju dengan cadangan mek. Bagi mek, asalkan penuh memori #mekyunietravel kira okei je mana-mana tempat nak pergi.

Untuk penginapan di Kuantan mek dah tempah sebelum pergi lagi. Tempahan dibuat selepas sahaja tengok penginapan di Terengganu. Dan ciri-ciri hotel yang mek kehendaki adalah sama juga seperti di Terengganu iaitu mempunyai ruangan parkir, kolam renang dan juga wifi yang boleh diakses dari bilik. Bila dah filter semuanya, Shahzan Inn menepati citarasa mek memandangkan harganya pun tidak begitu mahal dengan facilities yang disediakan.

So ini adalah review daripada mek mengenai Shahzan Inn, Kuantan, Pahang :

Ruangan parkir Shahzan Inn yang limited

Ruangan parkir yang disediakan ada di bahagian tepi hotel dan juga basement. Yang bab tepi hotel mungkin dalam 10 buah kenderaan je lah yang muat dan basement ada dua tingkat. Satu tingkat mungkin 8 biji kereta yang muat. Masa mek sampai memang kami parking di luar sahaja sebab nak keluar dinner pulak malam nanti. Bila dah balik daripada dinner masukkan kereta di basement dan mek dapat basement paling bawah. Tempat parkir mereka agak pelik kerana seolah olah parking bertingkat. Di bawah parking ada laluan air yang mana bagi mek tempat nyamuk bersarang. Tak sempat nak snap gambar sebab mek dan anak-anak dah kena dua tiga gigitan nyamuk setiap seorang. Yang bagusnya ada lif untuk ke lobi.

Toilet bilik Shahzan Inn agak sempit



Gambar toilet mek tak ambil sebab rasa macam tak senonoh pula. Tapi memang agak sempit memandangkan tempat shower, pihak Shazan Inn Kuantan buat another gap yang pintunya boleh ditutup (sliding door). Bagi mek agak sempit and kalau mandikan anak memang riuh jugak lah sebab sorang nak ke sana sorang nak ke sini then terlanggar apa lah. Kalau pergi solo, mandi sorang-sorang could be no issue. Cuma bab toilet tersumbat tu mek dah complain pada receptionist. Harap depa ambil tindakan dengan membaikinya lah lepas ni.

Wifi Shahzan Inn yang low connection


Wifi yang tak boleh diakses dari dalam bilik memang buat mek jadi agak stress / tak selesa / tak berbaloi. Pada petang mek sampai, elok juga lah connectionnya tu walaupun wifi bar hanya ada dua sahaja. Tapi bila balik dari dinner terus tak boleh connect dan the only way korang nak buat kerja thru laptop kena turun ke lobi. Memang hmmm sangat sebab mek memang pilih untuk ada wifi yang boleh diakses dari bilik sahaja. So, sepi lah malam tu tanpa update any entry. Kerja menulis lain pun tergendala.

Lepak di tepi kolam renang Shahzan Inn


Kolam renang dia bagi mek agak menyeronokkan memandangkan anak-anak main pool, mak ayah ada ruang untuk duduk lepak dan perhatikan anak dengan jarak yang dekat. Lagi satu pool dia kat tingkat atas so boleh nampak pemandangan bandar Kuantan yang cantik. Memang breathtaking dan sangat membantu untuk tenangkan diri. Kiranya away dari segala gajet lah bila berada di kolam renang Shahzan Inn Kuantan (korang perlukan smartphone untuk bergambar sahaja).

Persekitaran Shahzan Inn yang menyeronokkan





Ini part paling mek seronok / suka / tak menyesal pilih Shahzan Inn Kuantan. Hanya berjalan kaki sahaja korang akan sampai ke Padang MPK 1, Masjid Sultan Ahmad Shah, Dataran Kerang (waktu malam ada macam pasar malam dan korang boleh beli makanan dari sini dan berkelah di padang MPK 1). Bila usia meningkat ni rasa seronok dapat hotel yang dekat dengan masjid. Memang tak juga perginya tapi sekurang-kurangnya bunyi juga tazkirah, azan dan aluinan bacaan al quran. Rasa sejuk sikit. Paling win bila mek sempat berkelah di Padang MPK 1 yang mana memang dari awal mek rancang nak berkelah di situ. Another keterujaan mek adalah melihat Menara Teruntum, Kuantan. Walaupun masih belum dibuka namun bangga dapat tengok dari dekat. Harap #jalanjalankuantan lagi sekali dapatlah naik dan tengok keindahan Menara Teruntum dari dekat.

**

Itulah antara pengalaman yang mek dapat sepanjang penginapan mek di Shahzan Inn selama dua hari satu malam. Untuk pengetahuan korang, bilik yang mek ambil ini adalah bilik yang dua katil single. Mek tak pasti jika korang ada pengalaman yang menarik atau tidak menarik bersama Shahzan Inn Kuantan. Bagi mek, bila berkunjung ke Kuantan, boleh sahaja untuk menginap di sini namun jika ada pilihan yang lebih baik, maka pilih yang terbaik.

Korang share lah juga pengalaman ke Shahzan Inn Kuantan jika korang pernah menginap disini atau rakan kenalan korang yang pernah menginap di sini. Kot tersama pula pendapat kita.

Sekian ..

23 comments

  1. Nampak kecik sikit bagi family dgn anak kecil, tapi kalau untuk single travelers mungkin dah cukup utk diorang kan. Yg penting utk anak-anak ada swimming pool tu hehe

    ReplyDelete
  2. I've never been to Kuantan, but will surely keep the option open for this accommodation.

    ReplyDelete
  3. Kuantan is a nice place to visit.. did u go teluk chempedak beach and hang around? very nice there....

    ReplyDelete
  4. anak-anak kalau pergi hotel memang sure nak mandi kolam. memang bilik kecik sikit tapi environment hotel tu buat kita rasa seronok je tinggal kat situ untuk sementara ;)

    ReplyDelete
  5. Hotel tgh bandar....senang nk kemana2...semua ada sekeliling...kalo p kuantan nnti xyah laa susah2 cari hotel...tuju sini jaaa

    ReplyDelete
  6. Rabia holiday dkt kuantan jgk tp Rabia bermalam di grand Darul makmur. Boleh baca di entry ini :

    https://rabiadawiyah21.blogspot.com/2019/08/grand-darul-makmur-hotel-kuantan.html

    ReplyDelete
  7. boleh tahan besar bilik shahzan inn ni ye. dekat pulak dengan pusat bandar, senang nak jalan-jalana rea bandar. oh BBL tak pernah tahu kuantan ada menara ala kl tower tu

    ReplyDelete
  8. Good hotel review. Shazan Inn NIe nampak macam lebih sesuai utk traveller bujang eh. Thanks for the review btw.

    ReplyDelete
  9. Yes Shahzan Inn kuantan ni kita pernah bermalam kat sini walaupun hotel ni nampak lama tapi selese giler sebab betul-betul tengah bandar dan juga depan padang Masjid hehehe parking banyak situ best...

    ReplyDelete
  10. Saya pun pernah ke Kuantan dan perlu cari tempat menginap, dan saya pun pilih Shahzan Inn ni. Yang terbaik dia dekat dengan Masjid so kita pun best senang dengar azan. Hotel yg agak lama kan so facilities dia ok ok je. Tapi saya tak kisah untuk datang ke sini lagi. Hehe. Thanks for the review Mek!

    ReplyDelete
  11. Tq mek share pasal SHAHZAN INN KUANTAN. So kalaubada ke kuantan, boleh lah pikir2 dulu nak amek hotel apa sbb dah ada review ikhlas dari mek sebagai rujukan. Tapi hotel ni dekat dgn masjid. Senang especially blh dengar azan. Manatau terleka main air...

    ReplyDelete
  12. Tak pernah lagi dok kat Shahzan Inn ni walau ada ke Kuantan beberpa kali. Selalu kalau dok sana..sis duduk kat luar town,

    ReplyDelete
  13. Meriah sangat orang dekat kolam renangnya... Lama juga tak singah ke Kuantan, selalu lalu je area sana.... Tapi menginap jauh sikit dari bandar Kuantan.

    Cuma, area sana.. banyak port makan yang sedap2

    ReplyDelete
  14. ada pro & contra juga Shahzan Inn ni ya Mek...belum pernah sampai ke Kuantan.. insyaAllah suatu hari nti.. :)

    ReplyDelete
  15. Terbaik. Terima kasih atas revies yg sangat jelas. Kali terakhir saya ke kuantan rasannya pada tahun 2009, ikut rombongan sekolah. In shaa Allah kalau ada rezeki nk pgi lagi nnti.

    ReplyDelete
  16. Tak pernah sampai lagi ke Kuantan. Tapi review sangat jelas. Bab wifi memang stress kan kalau tetiba slow then tak dapat terus. Meriah sungguh budak-budak mandi kolam.

    ReplyDelete
  17. Mybe bilik ni sesuai dengan family kecil yg baru kawen je kot.. Kalau ada ank memang tak muat. Hehe... Kalau kita sebelum menginap. Mmg akan test lime internet dulu. Kalau slow kt tmpt tertentu kita minta tukar bilik.

    ReplyDelete
  18. Menarik juga tmpt2 di sekitar shahzan inn nie.. Nnti turun Kuantan boleh la menginap kat sini.. Harap harga dia murah dgn servis yg ditawarkan..

    ReplyDelete
  19. Kat Kuantan eh? Not abd jugak ruangannya. Nak bookmark la entry ni, mana tahu nanti nak ke kuantan pulak kan.

    ReplyDelete
  20. menariknya mek... yg ptg anak2 leh main pool

    ReplyDelete
  21. Anak2 bab kolam.renang tu xleh berpisah hihihi

    ReplyDelete
  22. Bestnya dapat travel. Teringin nak travel. Tapi kita ni sejenis takut sesat. Haha..
    Dah sesat mula kecut perut sampai berpeluh.
    Teruk nau kan.
    Tengok map pun kalau dah tersalah masuk jln, cuak dia. Hahaha..

    ReplyDelete