PHOTOSHOOT DI PANTAI IRAMA BACHOK KELANTAN

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Alhamdulillah, cuti awal Muharram 1441H mek tak ada merancang untuk bercuti ke mana-mana memandangkan mek dah rancang cuti pada minggu September yang lain. Maka pada cuti awal Muharram 1441H kami sekeluarga hanya buat aktiviti yang berada di sekitar je lah. Lama dah tak tidur sampai ke tengahari, tak fikir apa-apa selain tidur and buat daily routine (housewife routine). Sangat bersyukur sepanjang 4 hari cuti tiada apa-apa masalah emosi.

Selain daripada membuat kerja rumah dan juga qada tidur, spouse ada juga mengajak ke pantai untuk santai-santai. Sambil hirup udara segar dan menikmati pemandangan yang ada di negeri sendiri. Bagi mek tiada masalah selagi tempat yang dituju itu bersesuaian dan kena dengan jiwa mek. Kalau tak kena dengan jiwa, parah jugak nak mengikutnya. Alang-alang dia ajak ke pantai, mek pun timbullah idea nak photoshoot Amani dan Amzar di pantai. Kali ni di Pantai Irama, Bachok, Kelantan.


Pantai Irama Bachok ini memang menjadi sebutan dan juga favourite penduduk tempatan. Pantai Irama Bachok masih lagi ada tempat / kawasan yang boleh korang nikmati mandi pantai. Sesetengah pantai di Kelantan telahpun mengalami hakisan dan terjejas terus sehingga perlu ditambak. Antaranya Pantai Cahaya Bulan dan Pantai Sabak Pengkalan Chepa. Untuk penduduk tempatan, jika ingin berkelah di tepian pantai, Pantai Irama dan Pantai Dalam Rhu menjadi pilihan untuk tujuan tersebut.

Yang sempat di-photoshoot-kan oleh mek sendiri menggunakan camera phone sahaja. Gambar adalah sekadar suka-suka dan juga kenangan untuk anak-anak. 












Korang yang datang ke Kelantan boleh lah datang ke Pantai Irama Bachok untuk menikmati aneka celup tepung dan juga masakan panas yang lain. Boleh juga berkelah bersama rakan-rakan dan keluarga. Yang penting lepas berkelah jaga kebersihan tempat yang kita duduk. Jangan buang sampah merata. Sama-sama kita jaga alam sekitar kita untuk kekalkan kesihatan dan kehijauan bumi. Kalau korang pernah ke Pantai Irama Bachok, share lah juga pengalaman korang di ruangan komen.

Sekian ..

16 comments

  1. Pandai dua beradik tu pose kan...bestnya...minggu ni cuti nak pi pantai la...

    ReplyDelete
  2. Nampak papan tu sangat2 baru. Never been to Kelantan even suka gilosss dengan makanan Kelantan. And the pantai looks so clean and luas too. Ada aktviti pelancongan berpakej tak kat situ selain penjaja dan peniaga tempatan?

    ReplyDelete
  3. Besttt dapat spend time dgn seisi keluarga di tepi pantaiii kann. Terliur pulak tgk mknn yg ada tu especially abc ada ice cream tuu sedapnyaa time panas2 hehee

    ReplyDelete
  4. One of the place to go kalau kat Kelantan. Thanks for sharing. Dh lama tak pergi Kelantan. Makan nampak best๐Ÿ˜‹๐Ÿ‘

    ReplyDelete
  5. Ada peluang nak jugak bawak anak² berjalan ke sana. Lama jugak tak jejak Kelantan, plan nak ke sana cuti sekolah nanti..

    ReplyDelete
  6. Seronok bila dapat keluar bersama keluarga. Dah lama jugak x keluar dengan keluarga ke pantai dan laut. Best bila angin laut menerpa ke muka. Haha anyway thanks share ya.

    ReplyDelete
  7. Wahhh cantiknya pantai irama bachok nie ya. Sy belum pernah lg sampai ke sini. Siap boleh naik kuda. Best tu ! Pantai dia pon nmpk bersih terjaga. Nanti nk pergi jugaklah

    ReplyDelete
  8. Alaa.. rindunya nak jalan-jalan dekat pantai... asyik tengok orang berjalan di pantai je sekarang ni.. i is jeles ok.. hahaha.. cantik pantai irama bachok ni.. TB tak pernah sampai lagi sini..

    ReplyDelete
  9. best tempat ni untuk lihat kecantikan lautnya, pantai yang bersih sambil melepaskan tekanan HAHAHAHA. lama betul tak pergi jalan2 kelantan.

    ReplyDelete
  10. Wah!! Ikan goreng celup tepung.. Mmg favourite AM.. Bestnya leh jln2 ke Kelantan.. Tahun depan nak plan terjah Kelantan dgn geng buddies gak la.. Nak explore apa yg menarik d sana nnti

    ReplyDelete
  11. Seronok
    Bila cuti2 dan dpt ke pantai.. nyaman suasana.. InsyaAllah klu ke Kelantan mmg nak kesini..:)

    ReplyDelete
  12. Seronok Mek jalan-jalan menikmati pemandangan pantai sambil makan-makan..

    ReplyDelete
  13. Bestnyaaa jalan jalan pantai. Alah tetiba lapar pulak lepas baca blog mek tengah tengah malam ni. Hahah!

    ReplyDelete
  14. Pantai irama bachok!! Mcm best la tempat ni..ABC tu menarik

    ReplyDelete