PESTA LAMPU FANTASI DI RANTAU PANJANG KELANTAN SEPANJANG OKTOBER 2019

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Pesta Lampu Fantasi ni bukanlah kali pertama berlansung di Kelantan. Kalau tak silap mek ini adalah kali kedua berlansung di Kelantan. Pada kali pertama, Pesta Lampu Fantasi ini berlansung di Lembah Sireh, Kota Bharu, Kelantan (Tepi sungai Kelantan, berdekatan dengan Tesco Lembah Sireh). Masa tu entah kenapa mek macam tak berminat sangat lah nak ke sana. Mungkin sebab dah jangka ramai umat manusia yang akan memenuhi dan sememangnya tempat yang dibuat Pesta Lampu Fantasi itu sentiasa dipenuhi orang ramai walaupun tiada apa program di sana.

Bila mek dapat info yang Pesta Lampu Fantasi ini telah beralih pula ke Rantau Panjang yang mana ianya hanya mengambil masa 15 minit daripada rumah mek, keinginan untuk melihat 'ICT' portable ini membuak-buak. Jadi kami laki bini terus sahaja ke Pesta Lampu Fantasi yang kali ini memancarkan cahayanya dari Rantau Panjang selepas selesai makan malam. Kali ni bukan mak je yang teruja, anak-anak pun sama teruja nak tengok lampu 'ICT' portable ni.

Hasil 30 minit keberadaan kami di Pesta Lampu Fantasi, Rantau Panjang 

















Info mengenai Pesta Lampu Fantasi, Rantau Panjang 

Bermula 23 September 2019
Berakhir 30 Oktober 2019
Ada juga expo permainan dan makanan bersebelahan dengan Pesta Lampu Fantasi ini
Ruangan parkir yang banyak

**

Untuk korang yang berdekatan boleh lah datang. Satu tempat yang memang untuk photoshoot sahaja sambil makan-makan di expo. Korang tak boleh nak jangkakan yang Pesta Lampu Fantasi ini mengalahkan ICT yang sebenar. Bagi mek ini pun dah dianggap okei untuk luang masa dengan keluarga dan kawan-kawan. Rating 3.5 / 5 untuk Pesta Lampu Fantasi ini. Cukup untuk memberi pengalaman photoshoot bersama warna warni cahaya.

Korang ada pengalaman ke Pesta Lampu macam ni? Kalau ada boleh share di ruangan komen di bawah.

Sekian ..

23 comments

  1. Wohaaa! syok festival lampu. bab selfie la syok.haha

    harga Tiket masuk pun berbaloi la. mesti blink blink mata tu bila dah puas main lampu, lepastu keluar pergi tempat gelap.

    Nanti dtg la ke i-city selangor plak.pesta lampu sepanjang masa.hehe

    ReplyDelete
  2. Harga tiket memang berbaloi jika bawa anak-anak melihat warna-warni dari cahaya lampu. Terbaik

    ReplyDelete
  3. Sampai kelantan dah. Hehe hritu taiping. Sama la rasa mcm beshe2 je haha Jemput singgah baca hehe https://theathra.blogspot.com/2019/08/pesta-lampu-di-taiping-best-ke.html

    ReplyDelete
  4. Cantiknya Mek.. dah jadi trend kan skrg kat mana2 ada pesta lampu..
    kmi yg kat Lahad Datu & Tawau ni dpt juga merasa.. hihi

    ReplyDelete
  5. haritu pergi yang dekat sungai besar tapi pack sangat orang sampai takde mood nak bergambar. Yang mek pergi ni macam tak sesak je sebab boleh bergambar kosong macamni. Untungnya!

    ReplyDelete
  6. Wahhh.. cantik bila tengok lampu warna-warni mcm ni kan mek.. budak2 memang suka sangat la.. kan best kalau ada buat kat jb jugak..

    ReplyDelete
  7. Cantiknya mek. Warna warni.. Ni kalau anak kinah tau ni mau dia ajak ke sini haha. Dia suka tengok lampu-lampu macam ni. Mujurlah jauh hihi

    ReplyDelete
  8. Syiok oo layan lampu ni.. Hehe kat kelantan pun ada ekk tak pernah tau pun. Sng la nk tgk lampu cantik takysh susah turun kl / Putrajaya. Best best best!

    ReplyDelete
  9. menariknya mek!
    sure best if dpt gi ni.
    asben aida ada kerja di kota bharu next month.
    hmmmm ntah boleh ikut ntah kan x?
    sana dah musim hujan ke?

    ReplyDelete
  10. Alamak macam best je. Bilela nak ke sana lagi ni

    ReplyDelete
  11. Cantiknya. Dah nampak macam i-city dekat Shah Alam ni dah. Paling cantik yang bulan tu. Rare.

    ReplyDelete
  12. Cantiknya lahaiiiii... dah terbayang macam kat JB atau kat I-City dah ni... okaylah tu buat macam ni... selain daripada menjadi daya tarikan, ia juga boleh dijadikan sebagai sebab untuk pelbagai perjumpaan (pertemuan) dilakukan... keep it up...

    ReplyDelete
  13. Cantik! jauh pulak nak pergi Kelantan =__='

    ReplyDelete
  14. yang dekat bulan tu cantik sangat! tak pernah tahu pun ada pesta lampu fantasi. lamanya laaa hai tak balik kelantan. sejak arwah atuk pindah KL, jarang dah balik.

    ReplyDelete
  15. kena gi RP ni bele2 shopping mana yg patut..

    ReplyDelete
  16. Ermm jelesnya tengok, nak jugak g pesta lampu ni, Mek eh

    Tapi jauhhh sangat. Hehe

    Anak² mek seronok tengok lampu warna warni

    ReplyDelete
  17. sakanlah bergambarkan..semua gambar cantik2. saya tak pernah lagi pergi pesta lampu fantasi ni..baru ada kt temerloh, tapi tak berkesempatan nak pergi.

    ReplyDelete
  18. Seingat Nur belum ada pengalaman pergi pesta lampu kut? Kenapa ya. Maybe tak suka pergi tempat macam ni kut. Tapi ni dah ada anak, macam kene pergi juga kut? Bagi pengalaman best kat anak huhu

    ReplyDelete
  19. Seronoknya. Dapat tengok2 lampu, tak payah ke icity dah haha. Yg bestnya murahh pulak tu nk masul, rm5 je. Mmg jadii port bergambar la. Thanks share ya

    ReplyDelete
  20. Wahhh cantik juga ye ICT Portable ni. Ada la aktiviti kalau nak kuar malam-malam kat Kelantan tu. Budak2 la yang biasa paling suka kan.

    ReplyDelete
  21. canteknyaaaa....dah lama kita tak balik kelantan...rupanya ada macam2 aktiviti kat sana ya...kita suka kalau keluar mala kat kelantan cari makan...roti tempayan memang terbaik

    ReplyDelete