Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..
Bila dengar aje ada colouring contest yang dianjurkan oleh pihak McDonald Pasir Pekan, mek terus daftarkan Amani untuk sertainya. Memandangkan Amani dah pun bersekolah dan dia agak dah pandai dalam mewarna (bila tengok buku mewarna dia macam okei lah untuk budak 4 tahun), mek yakin yang Amani boleh sertai pertandingan mewarna dengan kawan-kawan yang lain. Jadi, 07 September 2019, seawal pagi macam nak ke sekolah mek siapkan dua beradik tu.
Tiba di McDonald Pasir Pekan dalam jam 8.15 pagi. Nasib baik pertandingan tak bermula lagi. Tapi dah ramai yang hadir dan daftar untuk pertandingan mewarna ni. Ada dua kategori iaitu A dan B. Untuk A mungkin yang 5 tahun ke bawah dan B yang 6 tahun ke atas. Untuk Amani, kategori A. Masa daftar dah dapat goodies daripada McDonald Pasir Pekan untuk bagi anak-anak gembira. Lepas daftar, peserta perlu mengambil tempat masing-masing untuk mulakan mewarna.
Masa daftar tadi tak nampak sangat muka Amani macam 'tak nak' sertai pertandingan mewarna ni. Bila dah masuk tempat masing-masing, air muka dia dah berubah jadi nak menangis. Si Amzar macam okei pulak duduk di tepi kakaknya. Seolah-olah dia pula yang akan mewarna nanti. Amani dah mulakan 'drama air mata' bila kakitangan McDonald Pasir Pekan agihkan kertas mewarna padanya. Mek duduk di depan dia pun dia masih lagi menangis. Tahap kesabaran mek diuji.
Puas memujuk, akhirnya mek cakap simpan semua colour masukkan dalam beg. Peserta lain kemain sibuk mewarna wajah Ronald McDonald. Amani dah berada di tempat duduk ibu bapa. Mewarna juga tapi mewarna ikut suka dia. Pada masa ni, mek dah redha yang Amani tidak berminat dengan pertandingan walaupun dia dah di 'expose-kan' pada waktu persekolahan. Kiranya dia hanya akan memilih dan buat apa yang dia suka sahaja. Kalau paksa-paksa atau suruh ni, dia takkan buat.
Mek pun bukanlah mengharapkan dia akan menang pertandingan. Cuma dari gaya dia mewarna di rumah, mek dapat rasakan yang dia boleh sertai pertandingan mewarna untuk pengalaman / expose / kenangan dan cungkil bakat sekali. Tapi sangkaan mek meleset, Amani bukan yang begitu. Dia lebih suka privacy, buat bila hanya ada yang dia suka disekeliling. Contohnya ada kawan-kawan yang dia kenal. Kalau dengan orang baru, dia lebih suka privacy-nya tidak diganggu.
Walaupun dengan kehadiran Ronald McDonald ke acara ini, Amani masih lagi melihat dari jauh. Kawan-kawan yang menyertai pertandingan tadi memang seronok habis melayan karenah Ronald McDonald. Ada yang dapat hadiah daripada Ronald McDonald. Amani terhibur dengan persembahan itu namun dari jauh. Tak sikit cuba untuk mendekati Ronald McDonald. Amzar pun sama (tapi mungkin sebab dia mengantuk so tak berapa nak layan sangat).
Pertandingan mewarna ini selesai sepenuhnya jam 12.15 tengahari. Anak-anak yang menyertai pertandingan dapat Happy Meals setiap seorang. Yang menang dalam pertandingan pula dapat hadiah dan trofi. Semua kanak-kanak nampak gembira kecuali Amani yang tak senang dengan pertandingan ini. Untuk lain kali, mek akan fikir lebih 10x untuk daftarkan dia dalam mana-mana pertandingan. Teorinya senang sahaja, tiada kawan / kenalan, jangan cuba daftarkan dia untuk bertanding. Meraung nanti.
Korang ada pengalaman macam mek tak? Apa yang korang buat untuk hilangkan perasaan 'privacy' dalam diri anak korang. Atau elok dibiarkan begitu sahaja tunggu nanti dia masuk sekolah rendah baru betulkan balik dia punya emosi? Tolong bagi pandangan korang ye.
Sekian ..
alolo..jangan paksa la mek..biar dia buat apa dia suka jer..huhu
ReplyDeleteBagus la akak didik anak mcmtu. budak2 ni jgn dipaksa.kita yg besar pun tak suka dipaksa kan hehe comel jeeee amani ni tauu
ReplyDeleteNisa masa kecik-kecik sukaa tau masuk pertandingan mewarna.. walaupun skill mewarna non hado je masa tu haha. tapi seronok ajar adik-adik atau anak kecil join.. takdelah hadap gadget je kan.. buat aktiviti macam ni.
ReplyDeleteWah!!!!!!!!!!!!!! Bagusnya you send your children's to participate in coloring contents. Coloring is a good hobby. Not just for kids, but adults too. It reduce anxiety. That's what scientist said. Have a good day.
ReplyDeleteYou know, I used to take part in all these contest when I was little. I'm really glad that they're still doing it now. I can't wait for my kids to participate when they're bigger. Thanks for sharing.
ReplyDeleteaktiviti yang tak luput dek zaman. peraduan mewarna memang sentiasa menceriakan anak2
ReplyDeletealaahai Amani.. Sabar je la ye. Anak kita 5tahun. Rasanya perangai macam Amani jugak kut kalau masuk pertandingan.
ReplyDeleteAnak kita dekat sekolah pun kadang jenis buat derk je.
Setakat ni tak try lagi masukkan dia dalam mana-mana pertandingan lagi..
Anak Sal pun sama gak..suh masuk contest coloring cukup payah tapi kat kat rumah ok je dia color. Susah nak paksa, biarla dengan kerelaan anak² kan sebab nanti kita balik yang pening bila dia buat perangai ..haru lak nanti
ReplyDeleteSERONOK TENGOK KANAK-KANAK NI KALAU DALAM PERTANDINGAN MEWARNA DAPAT HADIAH HEMPER PUN DAH OK YANG PENTING MEREKA HAPPY DAN SERONOK HEHEHEHE.....
ReplyDeleteTakpe boleh cuba lagi. Anak2 nak build confidence dia kena ajak join aktiviti macam ni. Lama2 dia akan ok 👌
ReplyDeleteSaya rasa mungkin bila Amani dah besar sikit baru okay kut. Mungkinlah. In sshaa Allah. Teringat pula masa sekolah, bila ada pertandingan mewarna & saya masuk mesti menang. Haha😅
ReplyDeleteBanyak ye acara anjuran mcd ni which is memang bagus la utk marketing dan juga kebajikan
ReplyDeleteanak kecil lagi tu, kadang2 mereka masih belum yakin dengan bakat sendiri di luar dan dikhalayak ramai. Jadi jangan paksa, mungkin boleh cakap, next time kalau dah ready boleh join.
ReplyDeleteAnak2 aida pemalu jugak, tapi, suka mewarna. So mewarna ok, naik pentas, x nak ha ha ha...
ReplyDeleteSlowly, diorang akan develop self confidence tu, mek. Tak boleh dipaksa...
Alahai tetiba teringat zaman kecik-kecik dulu join pertandingan mewarna. best la masing2 dapat happy meal ya.
ReplyDeletexpe mek jangan paksa dio... tengok dia apa yang dia suka buat.
ReplyDeleteWah bestnya ada pertandingan mewarna macam ni.Anak-anak dapat pengalaman dan paling penting dapat keseronokan.huhuhuhu. Teringat zaman kecik-kecik.Tapi dapat hadiah saguhati je.hahaha
ReplyDeleteThuthuatvietnam xem k+ miễn phí là một trang website phát sóng bóng đá tốt nhất Việt Nam, Website Live trực tiếp các trận lớn nhỏ trong nước và ngoài nước cho đến các trận đấu giải như Champions League, AFC Champions League, Premier League, Serie A, Pháp A, European League, European Cup, bao gồm World Cup. Thuthuatvietnam xem miễn phí tất cả, chất lượng video và đường truyền mạng đảm bảo thỏa mãn tất người xem.
ReplyDelete