MAJLIS ASSYURA DAN PENTAKSIRAN HOMALEE

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger ..

Hari ni dalam entry mek nak kongsikan tentang program yang mek hadiri pada hujung minggu lepas. Satu program yang dianjurkan oleh tadika dan taska yang anak mek belajar sekarang. Petang bila entah mek dapat surat yang dikirimkan melalui anak mek mengatakan bahawa satu program Pentaksiran Pelajar dan juga Majlis Assyura akan dijalankan pada 21 September 2019. Jadi bila bincang dengan spouse, kita orang bersetuju untuk hadirkan diri.

Program bermula pada jam 8.30 pagi tapi mek sekeluarga sampai jam 9.00 pagi (biasalah melayu). Tapi bila sampai masih ramai lagi ibu bapa yang baru sampai seperti kami. Lega sikit rasanya. Beberapa program yang dijadualkan pun belum bermula lagi. Syukur jugak lah walaupun kategori lambat tapi masih sempat. Better late than never, tak gitu? Jadi sempatlah daftar situ dan sini kemudian mengikuti program seperti mana yang dijadualkan. So jom mek ceritakan :

Pertandingan mewarna Tadika Homalee dan Ambank Kelantan



Untuk pertandingan mewarna, Amani je yang dapat masuk sebab mereka ambil kanak-kanak di bawah jagaan tadika Homalee sahaja. Pertandingan mewarna ni anjuran bersama Ambank Kelantan. Dulu pernah mek ceritakan pengalaman Amani dalam pertandingan mewarna di McDonald Pasir Pekan, untuk kali ni memang kegusaran mek terhadap Amani tetap ada cuma bila dia nampak kakak guru yang menjaganya tu, dia macam okei untuk sertai so gusar mek tadi hilang.

Alhamdulillah Amani berjaya mewarna sehingga habis. Walaupun tak dapat nombor tetap mek bersyukur kerana dia dah tak menolak dengan acara sebegini. Sayangnya mek tak dapat lihat hasil warna yang Amani buat sebab ketika dia mewarna, mek berada di Parents Talk kat belakang. Bila kedepan balik, tengok mereka dah selesai so melepas lah peluang nak tangkap gambar kenangan Amani mewarna. Mungkin lain kali pula lah.

Parents Talk bersama penceramah jemputan Tadika Homalee



Parents Talk ni pada mulanya mek ingatkan forum ke apa. Sebab tak biasa dengan program sebegini so fikiran tu agak 'bebas' membuat andaian. Rupanya parents talk ni seolah-olah taklimat kepada ibu bapa dengan tajuk yang di bawah 'Kepentingan Pendidikan Awal Kanak-Kanak'. Pada taklimat ini memang menarik perhatian mek dengan hujah / justifikasi mengapa kita sebagai ibu bapa perlu menitik beratkan taska dan tadika yang kita pilih untuk anak-anak.

Kepentingan pendidikan awal kanak-kanak ini begitu mendalam kesannya. Mungkin nampak remeh nampak apa lah sangat budak 2 -6 tahun belajar. Tapi salah sebenarnya sangkaan itu. Contoh paling korang boleh tengok adalah kanak-kanak negara Jepun. Apa asas pendidikan mereka ketika umur 2 - 6 tahun dan apa kesannya pada anak-anak bila mereka dewasa nanti. Mek sangat bersetuju dan menerima justifikasi yang diberikan. InsyaAllah semoga anak-anak kita mendapat pendidikan yang terbaik walaupun di mana anak kita berada.

Kids Corner untuk kanak-kanak Taska Homalee











Kids Corner memang nampak sesuai dengan anak-anak taska Homalee. Mek begitu teruja dengan permainan yang disediakan di sini. Maklumlah mek tak pernah sertai aktiviti tadika dan taska anak-anak. Dan tak tahu apa aktiviti anak-anak kat taska. Bila keterbukaan sebegini, mek nampak Amzar 'pandai' adapt dengan kawan-kawan, dengan mainan yang ada dan paling penting dengan kakak guru. Amzar tak kekok, boleh 'blend' dengan situasi so itu dah cukup membuktikan yang Amzar okei dengan persekitaran taskanya.

Pentaksiran anak-anak Tadika dan Taska Homalee




Pentaksiran, pada mulanya mek tak faham apa itu pentaksiran. Zaman mek sekolah dulu ada juga majlis ibu bapa ambil report kad anak-anak tapi rasanya tak dipanggil pentaksiran. Biasanya pada majlis PIBG je yang ambil report kad anak-anak. So pentaksiran ni sebenarnya macam itulah juga kaedahnya. Ambil report kad anak-anak untuk tengok prestasi pembelajaran dia di tadika dan taska mengikut garis panduan JKM dan JPN tetapkan.

Alhamdulillah dengan perkembangan dua beradik ni. Dari satu semester ke satu semester ada perkembangan yang positif dan mengikut apa yang diajari. Kiranya dapat mengikut silibus semasa pembelajaran. Semoga Amani dan Amzar dapat kekalkan momentum untuk mengikuti apa yang diajari dan juga dapat terapkan akhlak yang baik demi masa depan yang harmoni. Saham untuk masuk syurga tu. Tak boleh dipersiakan.

Jamuan makan tengahari


Dalam jam 12 tengahari jamuan makan disediakan. Lauk ayam gulai serta ulaman dan air sirap. Alhamdulillah kenyang ibu bapa dan anak-anak yang hadir. Seronok makan dengan kawan anak-anak sambil berborak sesama ibu bapa. Boleh lah kenal kawan anak-anak kita. Biasa dengar je apa yang dia ceritakan tentang kawannya. Hari ni dapat kenal. Oh ini lah Inas, inilah Ifaq, inilah Ismail, inilah Ajim. Dan anak-anak makin seronok. Alhamdulillah.

Agihan Assyura kepada anak-anak Homalee




Majlis tamat jam 12.30 tengahari. Sebelum balik sempatlah tengok orang duk kacau assyura secara berjemaah. Seronok tapi panas. Teringat zaman sekolah kami kacau satu kawah untuk satu blok asrama. Blok paling lama adalah blok mek disebabkan warden mek adalah cikgu tua maka ditambahnya air untuk bagi sedap. Dan akhirnya memang blok kami yang menang. Tapi, lepas Isyak baru siap ye gaiss. Yang di sini mek tak pasti jam berapa selesai. Assyura tu dapat pada keesokkan harinya. Sedap sangat sebab lembut, cukup rempah. 

**


Program begini bukan sahaja mampu untuk buat anak-anak gembira malah dapat mengeratkan juga hubungan antara ibu bapa, tenaga pengajar dan pihak pengurusan Tadika dan Taska Homalee. Mek mengharapkan program ini dapat dijalankan secara berkala dan insyaAllah dapat sambutan daripada ibu bapa yang lain juga. Semoga penglibatan dan usaha kerja pihak pengurusan Homalee dalam 'tracking' perkembangan anak-anak dapat dipertingkatkan dan memberi yang terbaik untuk semua.

Korang pernah hadir program macam ni di sekolah atau tadika anak-anak korang? Apa komen korang? Jom share kat bawah.

Sekian ..

18 comments

  1. Menariknya ada program mcm ni. Anak2 pin mesti happykan. Patut diteruskan semua aktiviti ni. Masa anak pun terisi

    ReplyDelete
  2. program macam ni best sbb leh kenal2 ngan parents lain. sharing session pasal hal anak2. bukan je anak2 kena berkenalan sesama rakan, mak ayah anak pun kalau boleh kena la saling mengenali supaya mudah nak berurusan apa-apa pun..

    ReplyDelete
  3. Bagus ada program-program macam ini. Boleh rapatkan silaturrahim antara keluarga kanak-kanak lain.

    ReplyDelete
  4. Memang menarik dan seronok bila ada program macam ni. Anak-anak pun happy dapat bergaul dengan masyarakat. Lagi best bila mek yunie dapat abadikan dalam blog. Mesti seronok bila akan datang nak buat throwback ^_^

    ReplyDelete
  5. Bagus ni.
    Ala2 mesyuarat pibg, mek.
    Guru & parents bersua muka.
    Ada plak pengisian rohani - topik yg best.
    Aida sejenis ibu yg akan mewajibkan diri join program sebegini.
    Menarik. Terbaik.

    ReplyDelete
  6. Seronoknya budak2 tu ada macam2 aktiviti..sedapnya suro kelate..lama dah x makan..

    ReplyDelete
  7. Nice event with so many activities for kids. Can see that your kids having so much fun attending the event.

    ReplyDelete
  8. Program sebegini harus di puji kerana ia dapat menjalinkan hubungan silatulrahim sesama ibu bapa. Dan memupuk satu kasih sayanng sesama kita. terbaik!

    ReplyDelete
  9. Meriah betul nampak event ni. Kanak-kanak pun happy sebab ada pelbagai aktiviti

    ReplyDelete
  10. Bagus program program berfaedah seperti ini diadakan. Mengeratkan lagi hubungan sesama parents dan anak anak. Macam macam aktiviti jugak ye yang dilakukan. Amani pun nampak seronok je join

    ReplyDelete
  11. Bagusnya ada pengisian sebegini bagi mengeratkan ukhuwah ibu bapa, para guru dan pelajar. Maka parents tu tau la serba sedikit pasal sekolah kan.

    ReplyDelete
  12. sama la kita, mana nak tahu pentaksiran tu apa rupanya sama je. Bagusnya bila nampak perkembangan positif lepas hantar ke taska/tadika. Bagus ada aktiviti macamni, parents kenal dengan guru & carakerja taska/tadika

    ReplyDelete

  13. Bagus management pihak homalee. Nampak teratur je aturan majlis. Aktiviti yg dsediakan pun bagus. Pengisian utk semua pihak baik anak2 mahuoun ibu bapa. Hari pentaksiran tu mcm hari terbuka ya? Yg mak bapak dtg sekolah amek report card jumpa dgn cikgu

    ReplyDelete
  14. menariknya!!! ramai pulak tu yang datang... meriah pun meriah sehhhh... dalam banyak-banyak aktiviti tu, saya paling minat pertandingan mewarna sebab memang selalu la dok bawa anak4 ke pertandingan mewarna... aktiviti greet and meet dengan cikgu tu pun bagus... yelah kan, kita memang kena mengenali antara satu sama lain, tak kenal maka tak cinta gitu... hehehehe...

    ReplyDelete
  15. Meriah majlis ni. Seronok tgk ibubapa datang dengan anak masing2. Dan ada macam2 aktiviti jadi xdelah anak bosan sgt

    ReplyDelete
  16. wah bagusnya ada program gini...pindoh kelate ah!hahhhhaha

    ReplyDelete
  17. majlis yang meriah dan mengeratkan silaturahim antara parents dan para pengajar.

    ReplyDelete