GRAND PUTERI HOTEL KUALA TERENGGANU REVIEW

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

#jalanjalanterengganu pada September 2019 membawa mek kepada #jalanjalanpulaukapas tapi mek dan #travelbuddy tidak memilih untuk bermalam di Pulau Kapas kerana costing yang bakal kami hadapi. Seperkara lagi, Pulau Kapas pada waktu malam kurang tarikan maka kami bercadang untuk tidur di Kuala Terengganu sahaja. Boleh lah #moviereview sekali. Pilihan #moviereview kali ini memang tidak mengecewakan dan menepati citarasa kami yang dewasa ini.

Booking penginapan ini biasanya mek akan cari melalui google. Mek rasa korang pun expert dalam pencarian hotel yang sesuai dengan selera korang, kan? Untuk mek, free wifi, free parking dan pool adalah subjek wajib ada pada hotel untuk mek menginap. Selain daripada harga yang 'reasonable' dan menepati bajet yang mek peruntukan. Kali ini, memandangkan #jalanjalanterengganu mek jatuh pada minggu cuti Hari Malaysia, maka harga hotel agak mahal sedikit berbanding biasa.


Grand Puteri Hotel menjadi pilihan mek setelah melihat harga yang mengena dengan bajet mek dan tentunya setiap subjek yang mek nak itu ada pada Grand Puteri Hotel. Tempahan bilik di Grand Puteri Hotel mek dah siapkan sebelum ke Terengganu dan tempahan adalah melalui Agoda. Kebanyakkan hotel yang murah mek dapat di Agoda. Rasanya sepanjang mek tempah bilik penginapan, hanya sekali dua sahaja melalui Booking.com .

Bilik yang selesa / cukup ruang untuk solat


Bila masuk ke bilik, mek dapat satu katil king. Pada mek yang beranak dua ni katil king atau dua single bed adalah sesuai untuk kami. Mek tertarik dengan ruang disebelah katil yang agak luas, senanglah kami nak sembahyang. Sesetengah hotel, ruangannya agak sempit so kalau sembahyang pun cukup-cukup je ruang. Anak pun duk lalu lalang depan kita yang sembahyang. Jadi bila ruang luas, mereka sendiri ada ruang untuk bermain. Tak kacau ruangan solat.

Parking yang luas namun agak terhad

Parking kereta menjadi salah satu subjek wajib bila mek mencari penginapan sebab spouse mek lebih selesa jika keretanya di-parking pada tempat yang selamat / ada pengawal yang jaga. Kurang sikit risikonya. Kawasan parking Grand Puteri Hotel memang banyak tapi jika tetamu ramai menginap, ruangan parking mungkin jadi sedikit terhad. Mek menginap di sini ketika hujung minggu cuti Hari Malaysia dan tetamu memang ramai sebab bilik pun full. So parking tu ada cuma agak jauh sedikit.

Wifi yang boleh diakses dari bilik


Bagi mek yang suka menulis dalam blog, kalau tiada akses wifi rasanya boleh mati kutu kejap. Bila travel, walaupun data internet dah ada pada smartphone tapi tetap perlukan wifi untuk connect kepada laptop. Bagi mek dapat lihat pageview pun dah okei walaupun malas sangat nak menulis. Tapi kadang sebab teruja maka akan terhasil entry ketika bercuti. Apa-apa pun, Grand Puteri Hotel menyediakan wifi yang boleh diakses dari dalam bilik sahaja. Tak perlu ke lobi.

Berdekatan dengan Masjid Putih

Masjid Putih ini memang dah lama wujudnya. Tapi mek belum pernah sempat menyinggah di sini. Grand Puteri Hotel boleh dikatakan sepagar sahaja dengan Masjid Putih ni. Setiap waktu azan memang kedengaran jelas. Kalau tak bangun memang kuat benor lah syaitan kencing dalam telinga. Seperkara lagi yang mek suka adalah dengar kuliah Maghrib dan Subuh hanya dari tingkap bilik sahaja. Sambil hirup nescafe dan juga tengok-tengok entry. Sangat me time dan bermanfaat.

Berdekatan dengan beberapa signature Kuala Terengganu


Ini pun salah satu menjadi kesukaan mek bila mana semua tempat yang mek nak tuju hanya beberapa minit daripada Grand Puteri Hotel. Kalau bujang, mek boleh jalan kaki sahaja. Tapi disebabkan ada anak kecil, memang terpaksalah guna perkhidmatan kereta. Tapi dalam radius 3km sekitar, Paya Bunga Square (tempat nak tengok wayang), stesen bas, Dataran Syahbandar, Pasar Payang, Terengganu Waterfront, Pasar Cina - memang area situ je. Kemudahan lain seperti 7 Eleven, ATM memang jalan kaki je lah. Pendek kata, semuanya dekat.

**



Rating untuk Grand Puteri Hotel mek bagi 4 / 5 . Semua yang ada pada Grand Puteri Hotel memang buatkan mek senang dan kalau ada rezeki lebih boleh repeat stay di sini. Untuk recommend kepada kawan-kawan pun mek rasa okei (tak rasa bersalah nak suggest pada korang). Cuma pintu masuk ke Grand Puteri Hotel agak mengelirukan dan korang kena betul-betul alert dengan papan tanda mereka. Untuk mek, 3x sesat nak masuk Grand Puteri Hotel. Dah la waktu Maghrib. Phewww.

Korang yang ada pengalaman yang stay di Grand Puteri Hotel, boleh drop komen apa yang korang rasa tentang Grand Puteri Hotel.

Sekian ..

22 comments

  1. Yang penting, memang tempat menginap tu nak dekat dengan tempat lawatan. penat jenjalan, dekat dapat balik hotel.hehe

    Memang kalau cuti panjang, mana2 tempat mesti sesak.adohaiii..tu yang x larat nak bercuti jauh bila cuti panjang ni...

    ReplyDelete
  2. Samalah lau nak booking hotel sure nak ada pool dan dkt dgn signature negeri tu..ada jugak tgok2 hotel ni..menarik lokasi dia..nti boleh try stay sini lau p trengganu

    ReplyDelete
  3. Betul2 kalau pegi hotel senang hati betul kalau bilik luaq nak boleh muat utk solat. Tenkiu review. kalau pegi boleh book sana since review pun best

    ReplyDelete
  4. Bilanak gi bercuti, perkara pertama yang kena ada pool sebab anak-anak sure nak mandi kolam. Boleh tahan menarik gak Grand Puteri Hotel KT ni ya. Ada rezeki nak kesana bercuti

    ReplyDelete
  5. Nampok selesa biliknya tu. Memang kemudahan wifi penting jugok bila check in hotel kan..

    ReplyDelete
  6. Ok nanti kalau kita ada outstation ker sini kita boleh lah duduk hotel ni hehehe sebab sebelum ni susah juga nak cari hotel best yang ada segala kemudahan macam ni kat sana. Bila tengok hotel cantik dan bilik luas best lak ada pool lagi hehehe...

    ReplyDelete
  7. menarik..klau nad pun cari yang free wifi ade swimming pool..hehee..takdela bosan kan..pastu dekat dengan town ke..boleh jalan2

    ReplyDelete
  8. Dah lama tak cuti ke Kuala Terengganu.. Last pergi tahun 2013...

    Tapi, tahun lepas ada juga terlajak ke Terengganu... Tapi lebih kepada sempadan Terengganu dengan Pahang je hahaha

    ReplyDelete
  9. Lamanya tak melawat ke KT. Teringin nak ke sana and try makanan serta melawat jambatan gantung. Thanks sebab share info penginapan nie. Boleh la nak try kelak.

    ReplyDelete
  10. Kalo keterengganu nanti boleh laaa menginap kt hotel ni....bagus jgk sbb berdekatan dgn bnyak tempan yg boleh jalan kaki je....xperlu bawak kereta...

    ReplyDelete
  11. Saya pun kalau bercuti dan menginap di hotel, mesti tengok pool. Pool yang lagi best, yang tu lah pilihan kami. hehehe.. Nampak bagus review Grand Puteri Hotel ni yer. Saya pun baru 1st time dengar ni sebenarnya...

    ReplyDelete
  12. Selesanya bilik dia, cantik pun cantik! Ee post ni buat i rasa nak pgi bercuti pulak.

    ReplyDelete
  13. so nice to have a staycation in this place... such a lovely and nice hotel... great stay with families..

    ReplyDelete
  14. wah.. ada kolam tu yang best tu.. untuk budak2 memang itu yang diorang paling suka kalau bawak pi bercuti kan

    ReplyDelete
  15. Wahh.. Baru je ke kuala Terengganu bulan lepas. Lepas ni kalau saya ke situ lagi bolehlah menginap di hotel ni. Terima kasih atas perkongsian ya

    ReplyDelete
  16. Cantik dan luas hotel ni. Kalau datang menginap dengan famili mesti best. Ok, masuk dlm list. Tq for sharing

    ReplyDelete
  17. Setakat ni tak pernah lagi sampai pantai timur.
    Kat sana banyak juga tempat menarik kan. Cuma kena pandai cari la.
    Sebelum ke sana kena rajin search dulu kan.

    ReplyDelete
  18. Bolehlah cuba hotel ni kalau ke Terengganu nanti. Bilik nampak cantik dan selesa. Nampak bawah tu dekat je dengan mall. Hehe...

    ReplyDelete
  19. Suka hotel ni buat palang antara dewasa dengan kanak-kanak punya swimming pool. Sebab budak ni memang tak erti bahaya, mouse mommy selalu jugak nampak kanak-kanak nak join kat swimming pool yang besar, bahaya sungguh.

    ReplyDelete
  20. Betul tu nak tempah hotel perkara penting kena tengok apa yg mek cakap tu betul hihihi..

    ReplyDelete
  21. wahhh nampak seronok betul menginap di grand puteri hotel nie. nanti bolehlah bawa satu family datang ebrcuti kat sini. mesti best

    ReplyDelete