Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..
Iklan Fried Waffle Stick Choc dan Zinger Double Down KFC ini bukanlah baru sahaja keluar TV. Dah banyak kali dah iklan ini lalu lalang di TV dan juga social media mek. Mek berkesempatan secara tidak sengaja untuk mencuba kedua-dua menu KFC ini pada outing hujung minggu ini di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa. Lapangan Terbang Kota Bharu sememangnya tempat yang mek akan singgah untuk solat dan untuk indoor playground anak-anak.
Sambil tengok anak-anak main dekat indoor playground KFC Airport Kota Bharu, mek pun order lah satu Zinger Double Down dan juga Fried Waffle Stick. Memang dalam hati dah niat nak bagi pandangan peribadi di blog mek. Mana tahu korang perlukan pandangan mek untuk mencuba kedua-dua menu ini. Tapi kalau tak perlukan pun, boleh lah sekadar baca untuk pengetahuan isi hati mek mengenai Zinger Double Down dan Fried Waffle Stick ini. So, berikut :
Zinger Double Down
Zinger Double Down bukan kali pertama diwujudkan. Sebelum ini pada tahun 2017 (BOLEH BACA SINI REVIEW DOUBLE DOWN 2017) dah pun sekali dikeluarkan oleh pihak KFC. Perbezaan antara 2017 dan 2019 seakan sama cuma yang dihidangkan pada mek kali ini masih lagi dalam keadaan panas dan ianya memang sedap. Dengan cheese dan cheezy dari KFC memang buatkan Zinger Double Down ni puas untuk dimakan. Kenyang sebab padu dengan isi ayam.
Fried Waffle Stick
Fried Waffle Choc, pertama kali dikeluarkan dan pertama kali juga KFC keluarkan dessert ber-signature sendiri (kot kalau mek salah bagi info, mohon maklum diruangan komen ye). Yang sebegini biasanya mek makan di Auntie Anne tapi ianya bread stick. Ini pula Fried Waffle. Bila makan pada waktu ianya masih panas, memang sedap. Choc-nya tidak begitu manis. Tapi Fried Waffle - ini tidak begitu mengena dengan mek memandangkan ianya deep fried, kandungan minyak dalam waffle agak tinggi. Mek lagi prefer waffle yang biasa di celup Choc.
**
Korang pula macam mana? Dah mencuba ke belum dua menu ini? Kalau dah apa pandangan korang dengan dua menu ini? Sama dengan mek tak? Banyak betul soalan yang mek bagi ye. Kalau komen pendek lagi tak tahu ler. Semoga entry / artikel mek ini dapat membantu memberi gambaran bagaimana rasa kedua menu tersebut. Lebih afdal jika korang mencubanya sendiri kerana mek percaya selera anak tekak kita adalah mengikut selera masing-masing.
Sekian ..
I love waffle especially savoury one. Thank you for sharing this review and have a good weekend Mek Yunnie. XoXo.
ReplyDeleteLaaa baru nak excited bila ada fried waffle stick ni. Tak sedap lah kalau banyak minyak pastu makan dengan coklat pulak tu. Mesti kembang tekak lepas makan.
ReplyDeleteBelum pernah cuba ni lagi sbb selalu bila ke KFC mesti nk ayam goreng je... nk try lain dah kenyang lak tp akan cuba la satu hari nnt
ReplyDeleteHahahhahha mekkk. sarkastiknya bab komen tu hahahahah. Ain tak pernah rasa lagi sebab ntah mcm tak rasa nak makan, tpi tiap kali tgok org review tetiba teringin. tpi everytime keluar kfc bukan pilihan menu utama. Pelik kan. haha Tapi zinger double tu memang wajib try lah. Tapi tu la taktau bila. Bygkan makn burger tapi tanpa roti. Roti tu ganti dengan kepingan isi ayam yg tebal besar. Woww
ReplyDeleteNampak macam sedap ja gambar di atas. Nampak gaya nya selepas ini, kena pi KFC nak mencuba sendiri. hehe
ReplyDeleteZinger Double Down tu kita dah rasa memang suka sangat tapi harga boleh tahan mahal juga hehehe tapi yang wafer stik tu tak pernah rasa lagi baru jugakan ni hehehehe nak pergi KFC malam-malam macam ni...
ReplyDeleteMenarik menu baru dekat KFC nih, disebabkan dah lama tak makan dekat kfc wajiblah terjah untuk rasa menu baru ni
ReplyDeleteUntuk KFC, mouse mommy dan anak-anak MR MH ialah fans untuk original KFC chicken, mash potato dengan cheesy wedges! Yg baru ni x cuba lagi, nnt blh singgah. Thank you.
ReplyDeleteTak pernah cuba! Taapi~~~~~~~ nanti i akan makan~
ReplyDeleteYeszaaaaa,memang yummylicious ZDD ni... Kalau order, saya mesti amik yang Box Meal... Hehehehe... Sebabnya dapat ayam sekali... Waffle tu, saya makan sebab favourita de amour dengan rasa coklatnya yang sedap (dark chocolate gitewwww)...
ReplyDelete