DRAW BRIDGE TERENGGANU

Salam alaikum sahabat blogger mek ..

Sambung lagi kisah #mekyunietravel #jalanjalanterengganu September 2019. Selepas je check out dari Grand Puteri Hotel sepatutnya mek dan spouse heading terus ke tempat brunch kami yang telah ditunggu oleh #travelbuddy namun disebabkan lokasi untuk susur keluar dari Grand Puteri Hotel amatlah dekat (dekat pun kena guna kereta lah) dengan Draw Bridge Terengganu maka mek dan spouse pusing dulu ke sana untuk tangkap gambar.

Pada #jalanjalanterengganu Ogos 2019, kami memang sempat lalu Draw Bridge Terengganu ini namun waktu ketika itu jam 7.45 malam. Memang teramatlah mengejar masa sebab nak dinner dan nak balik Kelantan pula. Maka lalu sahaja di Draw Bridge Terengganu. Pada ketika itu, nak ambil gambar bersama-sama pun macam tak lawa sebab dalam keadaan mengejar masa. Akhirnya pulang begitu sahaja tanpa rakam sebarang kenangan.


Bila September 2019 berkunjung lagi ke Terengganu, tentunya kali ini tak nak lepaskan peluang untuk rakam keindahan Draw Bridge Terengganu. Bagi mek, ianya salah satu lambang negara kita maju kedepan. Walaupun ianya terbina di negeri Terengganu namun tetap satu pembinaan yang patut seluruh rakyat Malaysia banggakan kerana hasil tangan anak Malaysia, gah berdiri kukuh di situ. Walaupun mungkin yang betul-betul menjadi buruh adalah Bangladesh mari.


Latar belakang Draw Bridge Terengganu

Draw Bridge Terengganu mula dibina pada Ogos 2014 dan mengambil masa lebih kurang 5 tahun untuk disiapkan sepenuhnya. Draw Bridge Terengganu ini adalah salah satu projek yang dianjurkan oleh ECER (Ekonomi Wilayah Pantai Timur) bagi menghubungkan bandaraya Terengganu ke Kg Seberang Takir. Korang perlu tahu yang Draw Bridge Terengganu ini telah dinobatkan sebagai Jambatan Angkat terpanjang di dunia dengan jarak 638 meter. Dua menara yang menjadi pendokong dan mercu tanda Draw Bridge Terengganu itu berketinggian 15 tingkat.

Apa yang ada di Draw Bridge Terengganu

Draw Bridge Terengganu bukan sahaja Jambatan Angkat yang digunakan semata-mata untuk laluan kereta dan bot. Tapi kedua menara yang ada di Draw Bridge Terengganu ini sebenarnya menyediakan perkhidmatan restoren untuk kita nikmati sambil melihat muara Sungai Terengganu. Selain daripada itu, pada September 2019, Sky Bridge Gallery juga telah dibuka secara rasmi untuk pengunjung dan harga tiket untuk masuk Sky Bridge Gallery ditetapkan RM5 bagi pengunjung dewasa. Next visit mek akan masuk Sky Bridge Gallery ni.

**


Korang yang berada di sekitar Terengganu agak menguntungkan. Kalau yang jauh pun untung juga jika ke Terengganu dan singgah di sini. Pada dasarnya satu jambatan bukanlah memberikan hasil kepada negeri tapi ianya mampu menarik orang ramai untuk ke sana disamping memudahkan orang ramai untuk ke seberang sana. Apa-apa pun, satu signature baharu telah dibina pada Terengganu, Malaysia. Banggalah sikit gaiss ..

Korang yang pernah ke Draw Bridge Terengganu, any komen? Kot ada cadangan untuk bina apa-apa disekitar bagi memudahkan dan membangunkan lagi kawasan situ. Komen anda amat dihargai.

Sekian ..

23 comments

  1. Dah setahun lepas egi Terengganu takde lagi bridge ni. Nak pegi lagi la nak jugak tgk drawbridge ni.

    ReplyDelete
  2. Tak p lagi pun. Sbb tak balik kg lagi. kalau balik pun belum tentu pegi. kemaman ke KT 2 jam jugak la haha

    ReplyDelete
  3. Cantiknya draw bridge ni. Tengok ala ala kat luar negara pulak. Satu hari nak kena tengok secara dekat la...

    ReplyDelete
  4. ikon negeri terengganu baru ni. time raya lepas BBL dah naik jambatan ni, pendek je pun tapi rasa bangga satu-satunya jambatan terangkat kat asia ni. tak sabar nak tunggu nama offcial draw bridge ni

    ReplyDelete
  5. Dah lama tak ke Terengganu dan kalau pergi..lokasi yang pasti dijengah mestilah kat Drawbridge ni...macam kat oversea pun ada

    ReplyDelete
  6. Dah macam kat oversea dah. Walhal kat Terengganu je. Tempat wajib singgah kalau bercuti ke Terengganu nih.

    ReplyDelete
  7. Lama dah tak ke terengganu. Last gi x wujud lagi bridge ni. Nampak gaya kena cari masa utk ke sana lagi. Boleh le nanti berfoto foto kat bridge tu

    ReplyDelete
  8. Awal tahun aritu ada ke terengganu. Draw bridge ni tak siap lagi. Nanti nak repeat lagi gi terengganu

    ReplyDelete
  9. Bangga jap jd org Terengganu. Haha.
    Dah kerap lalu tapi belum berkesempatan nak ambil gambar cantik-cantik. Nanti lah sis play tourist.Hihi.

    ReplyDelete
  10. owh. baru tau ada bridge ni dekat terengganu. boleh la nanti pergi tengok jugak. dah duduk pahang ni senang la nk ke terengganu.

    ReplyDelete
  11. Kebanggaan terbaru rakyat Terengganu dan juga Malaysia. Nak sgt pergi. In shaa Allah 1 fine day dapat juga repeat pergi Terengganu. Boleh ambil gambar puas dekat Draw Bridge Terengganu...

    ReplyDelete
  12. Dah lama teringin nak pegi! Bestnya

    ReplyDelete
  13. Baru2 ni saya naik River cruise, lalu bawahh jambatan ni, mmg cantik. Kagum dengan hasil senibina ni. Sure akan dtg lagii nnti ke sini.

    ReplyDelete
  14. Hari tu time fam trip dgn gaya travel n tourism terengganu pun sy gi sini tp kami naik cruise. Memang cantik!

    ReplyDelete
  15. Baru hari tu singgah samnbil bawa mertua. Tak tahu pula ada restoran kat dalam menara tu. Lain kali bolehlah singgah lagi. Mertua pun duduk Kerteh je. Hehe

    ReplyDelete
  16. geram je tengok orang bergambar dekat draw bridge ni sebab cantik sangat view dia. Untung orang Terengganu dapat tengok keindahan senibina dan view muara.

    ReplyDelete
  17. Pernah g ganu 10 tahun lalu hahaha.. Lama sangat ganu dah banyak berubah

    ReplyDelete
  18. kalau dtg malam lagi lawaaa, dgn lampu lampuu diaa tu, sangat menarik

    ReplyDelete
  19. Wah Mek dah sampai dah. Kita orang KL ni belum sampai lg tau. Nak pi masa bukan musim jerebu. Barulah cun nak bergambar kan. Hehehe

    ReplyDelete
  20. bangga jadi orang ganu.lawa gambar yang mek ambil

    ReplyDelete