Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..
Merafak sembah takziah daripada mek dan seluruh rakyat Kelantan di atas kemangkatan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Almarhum Sultan Ismail Petra Ibn Alhamarhum Sultan Yahya Petra pada 28 September 2019 pada jam 8.11 pagi. Almarhum Tuanku Sultan Ismail telah menjalani rawatan sakit strok mulai Mei 2009 dan menghembus nafas terakhir pada September 2019 (tempoh gering adalah 10 tahun). Sebagai rakyat yang dilahirkan pada pemerintahan dan di bawah naungan tuanku, tentunya mek takkan sia-siakan detik penghormatan terakhir ini.
Baginda Sultan Ismail Petra ditabalkan menjadi Sultan Kelantan yang ke 28 pada 30 Mac 1980 sehingga September 2010. Baginda Tuanku Ismail Petra tidak lagi mampu untuk menjalankan tugasan sebagai Sultan akibat penyakit strok yang dihadapi oleh baginda. Hal ini telah disahkan oleh 10 doktor pakar yang dilantik oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Pada September 2009 secara rasminya tugas Sultan Kelantan dipikul oleh Sultan Muhammad V, Tengku Muhammad Faris Petra (putera sulung Baginda Tuanku Ismail Petra).
Berikut adalah detik penghormatan terakhir Almarhum Sultan Ismail Petra :
8.11 pagi, Wad Diraja Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu
Baginda Tuanku Ismail Petra menghembuskan nafas terakhirnya di Wad Diraja HRPZ II setelah mendapatkan rawatan selama beberapa minggu (tidak dapat kepastian tempoh almarhum dirawat di sini). Berita kemangkatan tuanku tular sekitar jam 8.45 pagi dari sumber dan info yang sahih melalui medium whatsapp terlebih dahulu kemudian melalui group di Facebook. Tentunya berita ini adalah berita yang mendukacitakan dan mengundang kesedihan kepada rakyat jelata.
10.00 pagi, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan
Satu sidang media khas dijalankan di SUK Negeri Kelantan. YAB Dato Bentara Kanan Hj Ahmad Yakob (Menteri Besar Kelantan) bersama-sama YB Datuk Nazran Muhammad (Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan) mengumumkan kepada seluruh rakyat Malaysia melalui media menyatakan berita kemangkatan Sultan Ismail Petra. Menteri Besar Kelantan juga memaklumkan etika-etika berpakaian ketika menziarahi Almarhum Sultan Ismail dan mengisytiharkan Negeri Kelantan dalam tempoh berkabung selama 40 hari bagi agensi Kerajaan, 100 hari bagi kerabat Di Raja.
Pada sidang media ini juga, Menteri Besar meminta untuk semua organisasi mengibarkan bendera pada separuh tiang selama 40 hari. Cuti peristiwa juga turut diberikan selama tiga hari bermula 28 hingga 30 September 2019. Segala acara keramaian, program-program berbentuk hiburan hendaklah diberhentikan selama 7 hari dari tarikh 28 September 2019 bagi menghormati kemangkatan Baginda Tuanku Sultan Ismail Petra.
2.00 petang, Istana Balai Besar, Kota Bharu
Pada waktu ini, jenazah Baginda Tuanku Ismail Petra telah pun selesai dimandikan dan dikafankan. Rakyat jelata dan juga para pembesar negeri serta kaum kerabat Di Raja yang lain mulai hadir dan memenuhi Istana Balai Besar bagi memberi penghormatan terakhir kepada Baginda Tuanku Ismail Petra. Antara tetamu dari negeri luar (kenamaan / Royal Family) yang turut hadir adalah :
YDP Agong dan Permaisuri Agong serta anak-anak
Sultan Brunei
Raja Perlis dan Permaisuri Perlis
Timbalan Perdana Menteri dan suami
Para pegawai kerajaan negeri dan EXCO Kerajaan Negeri Kelantan juga turut bersama di Istana Balai Besar, Kota Bharu dengan memakai pakaian kebangsaan (Baju Melayu dan Baju Kurung) dengan kod warna putih. Bagi lelaki, mereka perlu memakai songkok hitam dan di atasnya berwarna putih bagi tujuan mematuhi kod etika berpakaian bagi tempoh menziarah jenazah Baginda Tuanku Ismail Petra (setiap negeri mempunyai kod etika masing-masing).
5.15 petang, Istana Balai Besar, Kota Bharu
Selesai solat jenazah selepas solat Asar, jenazah Baginda Tuanku Ismail Petra diletakkan di atas pedati untuk dibawa ke Makam Diraja Kampung Langgar. Pedati ini akan ditarik dari Istana Balai Besar, Kota Bharu kira-kira 3km dengan iringan warga beruniform PDRM dan ATM serta diiringi juga oleh kaum kerabat Di Raja Kelantan yang lain. Di atas pedati bersama-sama jenazah Baginda Tuanku Ismail Petra adalah Mufti Negeri Kelantan.
Bagi Sultan Muhammad V, Tengku Mahkota Kelantan, Adinda serta bonda Sultan Kelantan, mereka dibawa ke Makam Diraja Kampung Langgar dengan menaiki kenderaan masing-masing. Turut hadir ke makam adalah YDP Agong dan Permaisuri Agong. Pada sepanjang jalan yang dilalui oleh pedati, rakyat jelata juga turut hadir untuk memberi penghormatan terakhir kepada baginda. Suasana cukup sepi dan hening, hanya kedengaran tapak kaki para pegawai PDRM dan ATM yang berbaris sahaja.
Sepanjang 27 tahun mek hidup, ini adalah kali pertama majlis sebegini dijalankan. Pada kali terakhir diadakan perakan ini adalah sekitar tahun 1986 (kemangkatan Sultan Yahya Petra). Selaku rakyat, mek yakin setiap yang ada dibahu jalan menyaksikan istiadat ini mensedeqahkan al fatihah kepada baginda tuanku. Semoga Baginda Tuanku Ismail Petra di tempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Baginda Tuanku Ismail Petra begitu dekat dengan rakyat.
6.40 petang, Makam Diraja Kampung Langgar, Kota Bharu
Jenazah Baginda Tuanku Ismail Petra selamat tiba di Makam Diraja Kampung Langgar pada 6.40 petang. Istiadat pemakaman dijalankan dengan penuh lancar dan dihadiri oleh mereka yang mengiringi dari Istana Balai Besar, Kota Bharu. Pusara bagi Baginda Tuanku Ismail Petra disemadikan bersebelahan dengan pusara ayahandanya iaitu Almarhum Sultan Yahya Petra. Talkin dibacakan sendiri oleh putera sulung Baginda Tuanku Ismail Petra, Sultan Muhammad V.
7.20 malam, Makam Diraja Kampung Langgar, Kota Bharu
Istiadat pemakaman selesai sepenuhnya. Majlis Tahlil bagi kerabat Diraja diadakan di Istana Balai Besar, Kota Bharu manakala Masjid Negeri dan masjid di daerah-daerah juga mengadakan tahlil buat Baginda Tuanku Ismail Petra. Buat Baginda Tuanku Ismail Petra, damailah tuanku di alam yang baru, alam yang lebih nyata, alam yang dijanjikan oleh Allah yang tiada dustanya. Kami juga akan menyusul suatu hari nanti. Terima kasih tuanku untuk hayat tuanku yang memberi jasa kebaikan kepada kami rakyat jelata.
Sekian ..
Alfatihah semoga roh almarhum di tmptkn di klangn orng2 briman..amin..
ReplyDeleteTakziah pada seluruh warga Kelantan..satu kehilangan pada rakyat..:(
ReplyDeleteinnalillahi wainna lillahirajiun..Al fatihah utk almarhum .semoga ditempatkan di kalangan org2 beriman. amiinn
ReplyDeletealhamdulillah selesai upacara pengebumian..
Al Fatihah! Moga roh Tuanku ditempatkan bersama kalangan beriman. Laporan lengkap ni mcm siaran langsung...kipidap!
ReplyDeleteAl fatihah. Digarhayu .. takziah diucapkan kepada kerabat kelantan, keluarga dan rakyat kelantan. Moga rohnya dicucuri tahmat
ReplyDeleteI am not an Islam~ I hope I don't write wrong things.
ReplyDeleteRest in peace
Allahu. 10 tahun ya tempoh gering. Lama tu. Salam takziah buat keluarga almarhum. Moga rohnya ditempatkan dlm kalangan org yg beriman
ReplyDeleteInnalillahiwainnailaihirrojiun... semoga roh almarhum dicucuri rahmatNya dan ditemppatkan di kalangan hambaNya yang beriman...
ReplyDeleteSemoga roh almarhum ditempatkan di kalangan yang beriman. Aamiin
ReplyDeleteLama betul tempoh gering. Takziah buat keluarga almarhum. Semoga ditempatkan dengan orang-orang yang beriman.
ReplyDeleteInnalillahiwainnailaihirojiuun..
ReplyDeleteAl fatehah . Semoga roh almarhum ditempatkan di kalangan yang beriman. Aamiin
Al Fatihah. Semoga roh almarhum ditempatkan dikalangan orang yang beriman.
ReplyDeleteAlfatihah.. Semoga rohnya ditempatkan dikalngan org yang beriman..
ReplyDeleteAlfatihah semohga ditempat dikalangan orang berbahagia
ReplyDeleteSalam takziah. I don't have an idea on what should I write here as I am not a Muslim and i'm afraid if I write it wrongly.
ReplyDeletetakziah dan al fatihah. semoga ditempatkan di kalangan orang beriman. Sememangnya negeri Kelantan pasti terasa kehilangan.
ReplyDelete
ReplyDeleteشركة تنظيف فلل بالجبيل
شركة تنظيف بيوت بالجبيل
شركة المثالية لتنظيف الفلل بعنك
شركة المثالية لتنظيف المنازل بعنك
شركة المثالية لتنظيف الشقق بعنك
Al fatihah.. Salam takziah dan semoga roh almarhum tenang dan dirahmati di sana.. InsyaAllah
ReplyDeleteno deposit bonus forex 2021 - takipçi satın al - takipçi satın al - takipçi satın al - takipcialdim.com/tiktok-takipci-satin-al/ - instagram beğeni satın al - instagram beğeni satın al - google haritalara yer ekleme - btcturk - tiktok izlenme satın al - sms onay - youtube izlenme satın al - google haritalara yer ekleme - no deposit bonus forex 2021 - tiktok jeton hilesi - tiktok beğeni satın al - binance - takipçi satın al - uc satın al - finanspedia.com - sms onay - sms onay - tiktok takipçi satın al - tiktok beğeni satın al - twitter takipçi satın al - trend topic satın al - youtube abone satın al - instagram beğeni satın al - tiktok beğeni satın al - twitter takipçi satın al - trend topic satın al - youtube abone satın al - instagram beğeni satın al - tiktok takipçi satın al - tiktok beğeni satın al - twitter takipçi satın al - trend topic satın al - youtube abone satın al - instagram beğeni satın al - perde modelleri - instagram takipçi satın al - instagram takipçi satın al - cami avizesi - marsbahis
ReplyDeleteinstagram takipçi satın al
ReplyDeleteinstagram takipçi satın al
takipçi satın al
takipçi satın al
instagram takipçi satın al
takipçi satın al
instagram takipçi satın al
aşk kitapları
tiktok takipçi satın al
instagram beğeni satın al
youtube abone satın al
twitter takipçi satın al
tiktok beğeni satın al
tiktok izlenme satın al
twitter takipçi satın al
tiktok takipçi satın al
youtube abone satın al
tiktok beğeni satın al
instagram beğeni satın al
trend topic satın al
trend topic satın al
youtube abone satın al
beğeni satın al
tiktok izlenme satın al
sms onay
youtube izlenme satın al
tiktok beğeni satın al
sms onay
sms onay
perde modelleri
instagram takipçi satın al
takipçi satın al
tiktok jeton hilesi
pubg uc satın al
sultanbet
marsbahis
betboo
betboo
betboo