Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..
Alhamdulillah September 2019 mek sekali lagi kembali ke Terengganu Darul Iman untuk fulfill album #mekyunietravel . Jika bulan lepas #jalanjalankemaman so pada September 2019 ini jadinya #jalanjalanpulaukapas . Cadangan nak ke Pulau Kapas ni rasanya daripada awal tahun ni kot. Dah bincang dengan spouse dan juga #travelbuddy untuk cari satu tarikh dan juga satu quotation harga yang kami mampu. #travelbajet lah katakan.
Pada mulanya memang mek dan Sis Gee mencari qoutation untuk bermalam di Pulau Kapas. Alang-alang dah ke Pulau Kapas jom lah kita merasai matahari terbit dan matahari terbenam di Pulau Kapas, Dan boleh juga menikmati rasa sejuk malam tidur di Pulau Kapas. Tapi selepas mengambil kira pandangan kawan-kawan dan juga dapat quotation yang agak tidak kena dengan bajet maka kami batalkan untuk bermalam dan bercadang untuk ber-picnic sahaja di Pulau Kapas.
13 September 2019, tarikh yang mek dan spouse pilih untuk ke Pulau Kapas memandangkan pada minggu tersebut kami mengambil cuti sempena Sambutan Hari Malaysia yang jatuh pada Isnin. Alang-alang dah nak bercuti so kami bercuti panjang sikit (standart percutian adalah 3 hari 2 malam). Untuk segala tempahan mek dah buat 3 minggu sebelum nak pergi memandangkan hujung minggu tersebut ramai yang akan bercuti bersama. Maka, persiapan perlu dari awal.
Bertolak dari rumah kira-kira jam 8.15 pagi, pada awalnya mek dan spouse merancang untuk bertolak pada jam 7 pagi. Bila namanya hujung minggu, memang tak bangun seawal nak pergi kerja. Jam 6.30 pagi bangun untuk solat dan bersiap untuk ke Pulau Kapas. Alhamdulillah tiba di Jeti Marang pada jam 11.40 pagi. Walaupun dah agak tengahari tapi waktu itu agak ramai juga yang nak ke Pulau Kapas. Dan waktu tengahari memang korang kena paham sendirilah bagaimana teriknya.
Perkhidmatan bot yang mek tempah untuk ke Pulau Kapas adalah dari Mak Cik Gemuk Boat Services. Harga tanpa snorkeling, hanya bawa kami ke Pulau Kapas sahaja berharga RM39 untuk dewasa dan RM20 untuk kanak-kanak. Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah tidak dikenakan caj. Maka mek berdua hanyalah RM78. Ini adalah harga yang paling murah mek pernah jumpa untuk ke Pulau Kapas. Kalau yang lain mahu beratus juga untuk kami 4 beranak.
12.10 tengahari bot dari Mak Cik Gemuk Boat Services datang menjemput kami di Jeti Marang. Pada waktu itu keluarga mek dan keluarga Sis Gee sahaja yang menaiki bot tersebut. Life jacket disediakan dan semua perlu pakai demi keselamatan penumpang. Perjalanan untuk ke Pulau Kapas dari Jeti Marang hanya mengambil masa lebih kurang 15 minit sahaja. Mek akui bot yang kami naik tu memang laju namun tidak lah membahayakan.
Nampak sahaja daratan Pulau Kapas yang putih bersih, air laut yang hijau dan membiru memang keterujaan kami semua bertambah-tambah. Dah dapat rasakan satu perkelahan yang menarik bakal kami nikmati sepanjang hari ini. Turun je dari bot, kami mencari port untuk berteduh dan untuk buka bekal yang dibawa. Bekal-bekal ini semuanya disediakan oleh Sis Gee. Betullah kata cerita Istanbul Aku Datang, 'food is always better under the sky'. Dan di sini mek akan kongsikan beberapa aktiviti yang korang boleh bila ke Pulau Kapas :
Picnic / Berkelah
Ini memang amat dialu-alukan memandangkan harga makanan di pulau agak mahal. Tapi kalau korang tak kisah untuk membeli dan berbelanja di sana, okei sahaja sambil bantu pendapatan mereka. Tapi kalau korang datang ramai rasanya elok sediakan makanan secukupnya. Makanan dibenarkan untuk dibawa dari daratan tapi sila bersihkan sebersihnya selepas korang berkelah demi menjaga kebersihan Pulau Kapas yang pasirnya putih bersih itu.
Bermandi-manda
Aktiviti wajib. Kalau korang datang tapi tak mandi air pantai memang satu saat yang merugikan. Air pantai di Pulau Kapas begitu bersih dan coral yang ada di tepian pantai itu akan menarik korang untuk turut berendam di pantai Pulau Kapas. Untuk elak daripada sunburn korang boleh pakai apa-apa lotion atau foundation yang kandungan SPF nya tinggi. Ianya dapat mengelakkan daripada kulit korang daripada sunburn teruk.
Snorkeling ditepian pantai
Untuk mereka yang ada anak kecil mungkin untuk snorkeling ke tengah laut adalah membahayakan. Tapi kalau datang ke pulau dan tidak snorkeling, seolah-olah tidak lengkap pula. Tapi korang boleh sahaja snorkeling di tepian pantai. Pastikan korang bawa roti untuk umpan ikan-ikan supaya mereka datang dekat dengan kita. Mek agak beruntung sebab bila nak snorkeling ada orang yang turut sama, so tak adalah rasa takut sangat. Snorkeling berjemaah gitu.
Mini games
Permainan yang menjadi wajib kepada kanak-kanak adalah bermain pasir. Korang boleh beli di kedai DIY atau kedai ECO untuk dapatkan set permainan pasir. Ini memang anak-anak akan ralit disamping meningkatkan motor skill mereka. Selain daripada itu korang boleh juga bawa bola untuk adakan bola sepak pasir pantai atau mungkin bola tampar pantai. Memang seronok sebab aktiviti ini tidak terhad kepada dewasa atau kanak-kanak sahaja.
Photoshoot
Aktiviti ini memang dah menjadi kesukaan orang ramai. Tentunya dengan coral yang ada, pasir pantai yang bersih dan lighting yang cantik - teramat rugi jika korang tak mengambil peluang untuk photoshoot sepuasnya di Pulau Kapas ni. Korang boleh tengok contoh-contoh photoshoot di pulau melalui Pinterest atau korang gayakan sendiri sahaja bagaimana potret yang korang nak. Bila buat album nanti tentunya cantik untuk dikenang sepanjang hayat.
Berehat dengan tenang
Bila dah penat bermain, perut dah kenyang dengan makanan yang dibawa, berehat di atas tikar sambil mendengar deruan ombak dan ditiup oleh angin laut, nyaman sekali untuk berehat. Dapat hilangkan penat. Untuk mek dan Sis Gee kami mengambil peluang ini untuk 'me time' sementara anak-anak dan suami menikmati air pantai Pulau Kapas. Sungguh ianya satu terapi untuk pulihkan kembali minda kami untuk hadapi rutin harian selepas ini. Bila bersyukur, Allah akan permudahkan.
**
RM78 yang mek laburkan untuk ke Pulau Kapas dirasakan begitu berbaloi dengan kenangan dan pengalaman yang kami nikmati di sini. Bukan setakat kami yang dewasa, anak-anak juga begitu seronok dengan aktiviti yang ada di sini. Sambil bercuti rehatkan minda, belajar juga beberapa perkara yang baru. Jangan takut untuk sunburn, keseronokkan yang ada di Pulau Kapas mungkin tak sama dengan pulau-pulau dan pantai-pantai yang lain.
Jangan lupa kongsikan pengalaman korang ke mana-mana pulau diruangan komen. Mana tahu info / pengalaman korang mungkin berguna untuk mereka yang lain.
Sekian ..
Wah bestnya..tempat cntik dn menarik
ReplyDeleteBestnyaa! Tak pernah pegi terengganu.. bole picnic pulakk ni best sgt
ReplyDeleteNaim tidak berpeluang lagi ke sana. Melihat review akak terasa ingin ke sana.. Tak jerebu ka? Terbaik kak luang masa bersama suami dan anak-anak. hehe
ReplyDeleteTak pergi lagi Pulau kapas
ReplyDeleteGood write up and awesome photography. Kpd sesape yg Sukarela beach vacation sesuai la travel ke Pulau Kapas. Saya x minat water sports. Kalo bercuti ke beach stakat bersantai jer la.
ReplyDeleteMenarik ni... pergi untuk day trip je pun dah cukup untuk mencipta kenangan kan... boleh plan juga dah ni... thanks for the tips ye Mek Nie...
ReplyDeleteRindu nak ke pulau kapas. 2 tahun lps ada ke sana dan panjat bukit singa..memang lawa
ReplyDeleteala seronoknya pergi pulau kapas. kejap nak ingat bila last BBL datang sini..tak silap around 2014 macam tu kot. pulau kapas kalu buat daytrip memang sesuai sebab dekat je dengan jeti Marang tu. Kemain piknik kat pulau..
ReplyDeleteBestnya. Hari tu ke terengganu tapi tak singgah pulak pulau kapas ni. In shaa Allah kalau ada peluang lagi nk singgah sini.
ReplyDeleteSeronoknyaaaaaa. Even kg ain dkt terengganu still tak pernah jejak pulau2 dekat sana. sedih hahah
ReplyDeleteMek kalau nak mai perak, boleh pegi pulau pangkor. Nak baca experience ain dkt sana meh baca sini https://theathra.blogspot.com/2017/09/spent-my-2d1n-with-new-people-wehoooo.html hehe
Ada survey jugak kalau Pulau Kapas ni daytrip beebaloi, if nak beemalam macam takde aktiviti sangat kan, hee
ReplyDeletejom plan next pulau!hahaha!
ReplyDeletekalau pegi ganu, gi bandar je, belum try lagi pegi pantai. Orang kata, sana lautnya biru, cantik, haa cam kat gamba ni la. Pulau kapas famous dah kat malaysia ni, belum pergi lagi. Nak plan gi bercuti gi pantai pula la.
ReplyDeletePulau Kapas tak pernah pergi lagi hehehe bestnya kita tak sampai sana tengok pergi ngan keluarga bestnya seronok sangat hehehehe...
ReplyDeletetak pernah sampai lagi kat Pulau Kapas ni walaupun dah lama teringin nak pergi..hehe
ReplyDeleteTandas n surau mudah x kat sana? Sebab planing nak daytrip juga bersama keluarga. Tq info
ReplyDeleteBaru nak tanya benda yang sama..tandas dan surau mudah x disana..??
DeleteXem bóng đá trá»±c tiếp miá»…n phà full HD tại website Thedolive.vn, xem trá»±c tiếp bóng đá trá»±c tiếp tốc độ cao, âm thanh sắc nét rõ rà ng uefa nations league là gì , xem trá»±c tiếp các tráºn đấu bóng bị lag, giáºt...
ReplyDelete