BROWNIES KUALA TERENGGANU BY BAMREE

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Cerita #mekyunitravel #jalanjalanpulaukapas #jalanjalankuantan mek dah pun nak berakhir. Tapi sebelum mek akhiri cerita travel mek pada September 2019, mek nak bagi satu maklumat / info mengenai satu pemanis mulut / dessert / bakery yang mek suka. Pemanis mulut yang mek maksudkan ni hanya ada di Terengganu sahaja. Maka setiap kali mek ke Terengganu atau jika #travelbuddy mek ke Kelantan, pemanis mulut ini akan sentiasa menjadi 'santapan' kita orang sambil berborak.

Brownies antara pemanis mulut / dessert yang menjadi kegilaan orang ramai. Perkenalan mek dengan brownies ni adalah di Secret Recipe. Semenjak daripada hari itu, kek tidak lagi menjadi kegilaan mek. Kalau dengar aje pemanis mulut jenis brownies, terus berdesup mencuba. Setakat yang mek cuba (yelah, bila dah lama tu ramai lah yang buat brownies, tak perlu ke Secret Recipe dah nak makan brownies), dah banyak dah pun yang mek cuba namun yang lekat ranking top three hanya ada tiga bakers sahaja.

Brownies Kuala Terengganu daripada bakers bernama Bamree menjadi pilihan mek. Kenapa? Skrol bawah.

Aneka pilihan dessert homemade oleh Bamree


Tengok gambar di atas sahaja mek rasa korang dah boleh agak dessert yang dikeluarkan oleh Bamree ini betul-betul dijaga kualitinya. Dari segi packaging dan juga rupa setiap dessert yang dihasilkan oleh Bamree. Di bawah mek senaraikan dessert Bamree yang menjadi kesukaan ramai :

Vanilla Strawberry Cheese
Frambozen Kenari
Dark Choc Brownies Kuala Terengganu
Fudge Brownies Kuala Terengganu
Walnut Fudge Brownies Kuala Terengganu
Congo Bar
Birthday Cake (mengikut tema yang korang nak)
Choc Mousse Chunk

Dengar nama pun macam dah sedap. Dah terbayang kalau dapat cuba semua dessert daripada Bamree ni. Paling mek suka semestinya Dark Choc Brownies Kuala Terengganu dan juga Walnut Fudge Brownies Kuala Terengganu. Kalau korang tanya apa bezanya Brownies Kuala Terengganu ini dengan brownies di negeri lain, kata mek adalah disebabkan rasa yang dibawa oleh Bamree itu menjadikan kelainan pada Brownies Kuala Terengganu. 

Menggunakan bahan-bahan yang premium dalam pembuatan dessert, memahami kehendak pelanggan yang inginkan satu pemanis mulut yang sedap setanding dengan harga yang dibayar, disamping menjaga nama baik diri sendiri, Bamree sangat teliti dengan bahan yang digunakan. Macam mana mek tahu? Kalau korang follow IG Bamree, korang akan dapat lihat posting Bamree di dapur dengan bahan-bahan pembuat dessert.


Feedback pelanggan mengenai dessert Bamree

Antara feedback / pujian yang Bamree dapat untuk keenakan dessert yang dihasilkan. Feedback positif ini juga diluahkan oleh spouse mek bila dia mencuba kedua-dua Brownies Kuala Terengganu. Walaupun mulutnya sendiri tidak memberi pujian, namun dengan apa yang dimakan (jumlah Brownies Kuala Terengganu yang dia makan) mek pasti dia amat menyukainya padahal spouse mek bukanlah golongan yang sukakan kek dan brownies. Kalau birthday pun tak inginkan kek. Tapi Brownies Kuala Terengganu by Bamree ni dia boleh makan sehingga 3 - 5 petak brownies tu.

Korang jangan terkejut bila syarikat besar juga telah menempah kek daripada Bamree sebagai kek utama untuk satu majlis perasmian. Korang pun tahu kan untuk dijadikan kek perasmian sesuatu majlis, semestinya kek perlu kelihatan cantik untuk acara bergambar dan juga untuk dihidangkan kepada VVIP. Namun bukan sahaja rupa yang menjadi ukuran malah rasa juga perlu sedap untuk diberikan kepada tetamu terhormat. 

Dessert Bamree sesuai untuk dijadikan sebagai buah tangan 


Sebelum mek pulang ke Kelantan, #travelbuddy mek ada hulurkan satu box dessert baru daripada Bamree yang diberi nama Walnut Fudge Brownies Kuala Terengganu. Box yang memuatkan 9 biji Walnut Fudge Brownies Kuala Terengganu ini memang tampak sesuai untuk dijadikan sebagai buah tangan kepada saudara mara atau sahabat. Budaya memberi buah tangan ini dulunya mek fikir tak apa kalau tak carry on tapi bila dah semakin tua ni, buah tangan ni sebenarnya tanda ingatan kita pada saudara atau rakan dan ianya patut diteruskan.

Apa yang mek nak sampaikan sebenarnya adalah dessert daripada Bamree ni juga sesuai untuk dijadikan sebagai buah tangan dengan pek mini yang comel dan harga yang tidak begitu mahal. Yang penting apa yang kita berikan perlulah dengan seikhlas hati dan apa yang kita rasa sedap untuk dikongsikan bersama barulah dapat nilaian pahala untuk kita pada setiap kebaikan itu. Dan sebarkanlah juga setiap kebaikan yang kita ketahui untuk mengajak orang lain turut sama dalam membuat kebaikan.

Cara order dessert Bamree


Tekan pautan di bawah 


**

Kalau korang datang ke Terengganu, jangan lupa untuk dapatkan dessert daripada Bamree ini. Bagi mek, rugi jika korang tak mencuba dessert yang Bamree buat dengan bahan-bahan premium. Selera kita memang mungkin berbeza tapi jika korang mencuba yang Terengganu boleh lah bandingkan dengan the best brownies yang negeri korang ada. Tak salah mencuba, kan? Bagi korang yang tak minat brownies sekali pun, boleh juga cuba yang ni sebab mek yakin korang akan repeat order macam spouse mek.

Jangan lupa tekan link whatsapp di atas untuk order dessert daripada Bamree.

Sekian ..

19 comments

  1. Nampak sedap brownies tu..akak kalau brownies suka yang baru2 ni yang ada choc indulgence, yang macam ni pun suka jugak..cumanya kalau makan brownies akak susah nak stop sebab sedap...kalau dapat yang ada melt choc pun akak suka

    ReplyDelete
  2. nampak sedap betul browniess tu !! terus rasa nak order brownies kedut. alaaaaa knp mcm nie. mana nak dapat dekat area serdang nie. nanti nak carilah.

    ReplyDelete
  3. ala sedapnya brownies. lama dah teringin nak makan. macam kena cari jugak je ni. tapi yang ni kita tak boleh nak order la sebab jauh.

    ReplyDelete
  4. Kita baca je sebab jauh kan. Hahahaha but serious kalau brownies panas2 lagi paduuuu. Minum dengan susu sejuk. Ha combo! Yg penting brownies kena ada crunchier and soft kat tengah pergghhhh sedap!

    ReplyDelete
  5. Kalau brownies memang salah satu fav Lia.H .tapi jauh sampai Ganu tu. Kalau boleh posting ke penang boleh lah order 😂🤣

    ReplyDelete
  6. Alamak. Bahaya sungguh nie sebab Rawlins memang penggemar dessert - kalau dapat nie mau boleh habis sengsorang sekali hadap nie. Kemudian mesti rasa bersalah hahaha

    ReplyDelete
  7. Nampak sedap je...boleh cuba nanti time balik ganu....

    https://yamanaimy.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. Sedapnye brownies. Dah lama tak makan brownies ni

    ReplyDelete
  9. bahayala post ni, menyebabkan perutku menggeletis nak makan brownie. hahah serius nampak sedap. kalau ke terengganu boleh cuba order ni

    ReplyDelete
  10. Perut dahlah tengah lapar baca entry ni trus jadi lapar. Brownies memag sedap. Tapi kalau terlalu manis sangat tak sedap kan. Kalau oergi Terengganu boleh try brownies ni

    ReplyDelete
  11. Kalau orang yang tak suka makan kek pun boleh makan 3-5 petak, ni kan pulak memang hantu brownies. Tapi jauh la pulak nak ke Terengganu.. Untung orang Terengganu dapat rasa brownies yang sedap ni

    ReplyDelete
  12. Antara brownies dengan kek, brownies no 1. Sekali beli confirm licin. Nampak sedap Bambree punya. Kalau naik KT boleh cari. Hehe

    ReplyDelete
  13. Sedapnya brownies tu... Tengok gambar pun dah terliur dah... Baca menu pun dah menggigil teringin... Hehehehe... Memang favourite kami brownies ni, lebih-lebih lagi brownies kedut... Yummehhhh...

    ReplyDelete
  14. Brownies kacang dia pun nampak banyak giler. Nampak sedap sangat. Ikalau dekat mmg nak borong beli hehe

    ReplyDelete
  15. Omg kena try ni sy slalu turun ke Terengganu sbb outstn haha adoi rugi la slama ni x cari bammbree ni mmg nmpk mnyelerakan!

    ReplyDelete
  16. Wah. Berapa harga brownies ni ? Mesti mahal ni kan. Tunjuk dkt wife kek brownies, mesti dia nak nanti haha. Nanti la balik ganu kita cari kek ni

    ReplyDelete
  17. Fuhhh chocolate brownies memang kesukaan saya jugak. Boleh habiskan sorang-sorang je. So kalau pergi ke Terengganu, inginkan brownies, wajib la beli yang BamRee ni punya.. hehehe

    ReplyDelete