Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..
Usai check in di Kuantan, mek siap-siapkan anak dan juga diri untuk keluar makan malam pulak. Untuk pengetahuan korang, mek memang jenis pantang sikit kalau Maghrib berada di luar. Kalau boleh Maghrib tu nak berada di tempat yang boleh mandi dan solat. Mungkin terbawa-bawa dengan rutin seharian mek. Jam 7 petang adalah waktu untuk mandi dan solat Maghrib. Tempoh untuk bertenang dari segala benda. Lebih seronok dengar alunan al quran dari masjid atau TV Al Hijrah.
Pemilihan tempat untuk makan malam memang dipersetujui oleh mek dan spouse (sebab kadang mek jenis lost idea dan memang ikut apa yang dia nak makan sahaja). Sebelum mek ke Kuantan, memang dah ramai yang cakap kalau berkunjung ke Kuantan rugi lah kalau tak pekena Ana Ikan Bakar Petai, Tanjung Lumpur. Bukan sorang dua malah lebih sepuluh orang yang beri cadangan begitu. Maka, haruslah mek mencubanya bila ke Kuantan.
Maka maps ke Ana Ikan Bakar Petai Kuantan dan ini adalah pandangan mek terhadap kedai ni :
Kedai yang penuh dengan pelanggan
Kalau korang tak suka dengan kesesakan orang ramai, Ana Ikan Bakar Petai Kuantan bukan untuk korang. Sepanjang lebih kurang 1 jam mek di sana memang penuh je meja makan. Bangun je sini, dah ada orang datang nak duduk. Mek sendiri semasa sampai pun nasib ada sekeluarga ni baru nak beredar maka rezeki kami dapat duduk di meja terus. Waiting time untuk satu-satu masakan up to 20 minutes. Kalau tersangat lapar diharapkan korang alas dulu dengan roti atau apa-apa. Takot dalam kelaparan itu timbulnya emosi yang tidak stabil.
Menu speciality yang sedap
Untuk kunjungan pertama, mek semestinya akan memesan menu speciality Ana Ikan Bakar Petai Kuantan iaitu Ikan Bakar Petai. Lain-lain lauk mek tak pesan disebabkan keramaian pelanggan, takut lambat pula pesanan sampai. Maka sup kosong dan Ikan Bakar Petai bersama sos asam dan juga kicap menjadi santapan kami sekeluarga pada malam itu. Dan mek tak menyesal lansung dengan menu yang mek dan spouse pilih tu kerana :
Ikan Bakar Petai seperti biasa sahaja (maksudnya sama juga di Kelantan cuma kami tak bakar bersama petai). Sedap jugaklah. Mengena dengan selera Kelantanese mek ni.
Sos asam dan kicap untuk di makan bersama Ikan Bakar Petai memang gabungan yang sedap, menaikkan lagi selera untuk kita makan. Berjayalah makan dua pinggan nasi.
Sup kosong. MasyaAllah. Ini kalau semangkuk dia caj RM2 pun mek sanggup bayar sebab sedap sangat. Kalau pergi sana tolong lah pesan sup kosong ni. Memang sedap sangat-sangat. Tak pernah jumpa lagi sup kosong sesedap ini.
Harga yang so so
Untuk semua yang mek makan di atas bersama air teh o ais dan nescafe o ais, jumlah RM45. Bagi mek tak mahal sangat and tak murah sangat. Standart makan ikan bakar. Setakat yang mek pergi kedai ikan bakar, hanya di Kuala Besut sahaja yang betul-betul murah sehinggakan mek dan spouse macam tak percaya dengan harga yang diberitahu. Tapi di sana ikan bakar mereka tidak dibakar dengan rempah. Hanya bakar kosong sahaja. Berlainan dengan Ana Ikan Bakar Petai Kuantan.
**
Ana Ikan Bakar Petai Kuantan memang patut dikunjungi jika korang ke Kuantan, Pahang. Untuk mek, jika sekali lagi ke Kuantan pastinya mek akan ke sini lagi untuk mencuba menu lain pula. Tak salah dan memang mek recommend juga Ana Ikan Bakar Petai Kuantan ni kepada korang. Memang selera kita lain-lain tapi mek pasti akan ada satu menu yang akan buat korang teringat-ingat kat Ana Ikan Bakar Petai Kuantan ni. Belum cuba belum tahu.
Korang yang pernah singgah sini silalah beri pandangan peribadi korang diruangan komen.
Sekian ..
Wah...so yummy. I love ikan bakar. Nowadays very difficult to find tasty ikan bakar.
ReplyDeleteYeah, i’ve Tasted it in Kuantan last year. It was matshida-licious. Thank you for sharing. Have a good vacation and weekend. Take care.
ReplyDeleteAkk dah sampai sini, memang betul sangat ramai orang di sini, kena sabar menunggu kalo takde meja kosong.
ReplyDeleteTry buat sendiri tak jadi, hehe.
Nampak sedap dan menyelerakan
ReplyDeleteFavorite ni dpt makan masak petai. Tapi tulah harga agk tinggi jgk. Ayam bakar dia ada buat jgk ke? Ahad ni mmg plan nk ke kuantan, boleh singgah mane tahu melekat dkt tekak ni kan
ReplyDeleteBaca tajuk part ikan bakar dah terliur tapi part petai tu jadi kelu jap. Kedai ni ada option utk taknak letak petai tak? Klu ada baguslahhhh utk org yg tak makan petai mcm nur ni. Mana tahu ada rezeki dtg kuantan ke kan. Boleh dtg. Tq mek share
ReplyDeletepernah makan kat sini, memang sedap!! kedai ni banyak cawangan sebab kat bangi pun ada. sata ikan tu kalau pergi area pantai timur memang wajib cari. memang rasa asli dan banyak ikan :)
ReplyDeleteBaru tau ada kedai ni. Nanti kalau ke sana boleh cuba masakan kat sini. Nampak sedap betul. Ok juga harga tu. Memang standard kalau nak makan sedap.
ReplyDeletealaahh kecur air liur kita mek. hahaha sata pula ada hmm sedapnyaa
ReplyDeletesdap tu mek..:)
ReplyDeleteWah! Nampak sedapnya makanan ikan bakar kat sini...klu ke arah sana t nak cuba cari lah...
ReplyDeleteKat Bangi dan Kajang pun ada tapi Rawlins tak pernah pegi try makan situ lagi. Mungkin sebab selalu nak makan tetapi ada ramai pelanggan - meaning memang sedap la kan. Hehe
ReplyDeleteBestnye. Lama dah tak ke kuantan. Kalau ke sana bolehla try ikan bakar ni
ReplyDeleteTq mek review.. Dah lama teringin nak cuba makan kt sini namun masih belum berkesempatan lagi. In sha Allah klau ke Kuantan next time bolehlh try mkn sini.
ReplyDeleteTak pernah sampai sini lg.. Kalau jenis ramai gini selalu suami cik.ash cancel hihihi dia jenis x suka nak tggu lama ni
ReplyDeletesedapppnyaa
ReplyDeleteKalau gi Kuantan memang biasa pekena Ikan bakar.. maklumlah dekat dengan pantai kan. For sure ada banyak ikan fresh fresh. Mesti sedap hingga menjilat jari.
ReplyDeleteKita pernah makan yg cawangan shah alam
ReplyDeleteNot bad juga rasanya. Especially sambal dia Mmg terbaik
nasib mek bagitau awal2 ramai orang haha menangis la nak berebut tempat ni tapi harga dia murah. Mesti sedap sebab ramai yang menyinggah makan sana
ReplyDeletekita pernah makan dekat ana ikan bakar petai cawangan bangi. seriously sedap sangat2 walaupun harga dia agak sedikit pricey. tp puas dapat makan seafood segar
ReplyDeleteNyumsss.. Anything yang relate dengan petai is my fav... Huhuh.. Tiba2 rasa lamanya tak makan ikan bakar ni
ReplyDelete