7 MENU PILIHAN UNTUK MAKAN TENGAHARI ATAU MAKAN MALAM

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Menjadi suri rumah bukannya satu tanggungjawab yang mudah. Tapi bukan sahaja suri rumah, ibu yang berkerja ni pun bermasalah juga dalam pemilihan menu makan tengahari dan makan malam untuk seisi keluarga. Mek menyedari kesukaran untuk memilih makanan ini bila mula berkerja. Walaupun di Pasar Siti Khadijah mempunyai aneka pilihan makanan, namun sampai satu saat (selepas 2 bulan berkerja) dah mulai 'blur' untuk makan apa pada waktu tengahari.

Masalah yang sama ini timbul setelah mek mengambil alih sepenuhnya sesi pemilihan menu untuk makan malam di rumah. Pada awalnya mek dan spouse hanya makan di luar sahaja. Tapi bila dah berbulan-bulan asyik makan kedai aje, dah rasa muak dan rasa macam 'kosong' sangat bila makan. Seolah-olah makan sekadar makan untuk kenyang. Tanpa rasa nak menikmati sebetulnya makanan yang terhidang. Jadi, mek come out dengan entry ini.

Menu 1 : Set Nasi Ulam

Sayur Lemak Putih
Set Ulaman Mentah / Celur
Budu dan Tempoyak / Sambal dan Tempoyak
Ikan Goreng / Ayam Goreng
Tembikai
Air Sirap

Menu 2 : Set Nasi Tomyam

Tomyam Merah Campur / Tomyam Putih Campur
Sayur Kailan Goreng Ikan Masin
Telur Dadar
Ayam Goreng Halia
Epal
Teh O Ais

Menu 3 : Set Nasi Sup

Sup Daging / Sup Ayam
Telur Dadar
Daging Goreng
Telur Asin
Tembikai
Air Kopi Panas / Teh O Panas

Menu 4 : Set Nasi Gulai Kuning

Gulai Kuning Udang / Gulai Kuning Ikan Masin / Gulai Kuning Telur Itik
Ikan Goreng
Ulaman Fresh / Ulaman Celur
Budu / Sambal
Tembikai
Air Jagung

Menu 5 : Set Nasi Goreng

Nasi Goreng Ikan Masin / Nasi Goreng Biasa
Ayam Paprik / Daging Paprik / Paprik Campur
Telur Mata
Oren
Air Laici

Menu 6 : Set Mee / Bihun / Kuew Teow Sup

Mee / Bihun / Kuey Teow Sup
Epal
Teh O Ais

Menu 7 : Set Nasi Bujang

Nasi Putih 
Telur Dadar
Sup Kosong
Tembikai
Air Nescafe O Ais

**

Semoga entry ini memberi manfaat kepada mek dan juga sahabat yang lain dalam memilih menu untuk dimasak atau untuk dibeli dari kedai. 'Blur' yang dihadapi hanya diri sendiri je yang tahu. Kadang terasa nak marah pada diri sendiri sebab jenis tak tahu nak makan apa. Jadi selepas ini moga tidak berlaku lagi seperti sebelum ini. Untuk makanan selain daripada ini, korang boleh juga drop diruangan komen untuk mek dan yang membaca entry ini dapatkan idea. 

Terima kasih korang untuk komen-komen yang positif dan membina.

Sekian ..

16 comments

  1. hari2 masak pening nak masak gapo sapa satu tahap tanya abe nak makan kuah gapo hahhaa

    ReplyDelete
  2. nak memikir menu apa untuk makan kejap lagi pun boleh migrain dibuatnya.hahaha

    ReplyDelete
  3. Memang pening kadang2 nak pikir kena masak apa Mek..hihi..
    last2 apa yg terlintas tulah yg di masak..
    menarik menu2 pilihan kat atas tu..

    ReplyDelete
  4. saya suka masakan yang simple tapi pakej mesti lengkap main course/ sayuran/ buah

    ReplyDelete
  5. KITA SELALU KAT RUMAH MAKAN SET NASI BUJANG TU JER LAH WAKAKAKAKA SENANG MUDAH DAN SEDAP JUGA KALAU MAKAN YANG KENA MASAK SUSAH-SUSAH NI KITA BUKAN PANDAI DAN NAK CARI BAHAN-BAHAN MASAKAN TU HEHEHEHE...

    ReplyDelete
  6. waa.. mek !! serius lah siap buat menu ? hahahaha~ akak dah lama tak jumpa dapo ni.. rasa macam tak tau nak start dari mana.. pinjam semangat jap !!

    ReplyDelete
  7. wah bagusni. dah ada senarai macam ni tak perlu nak fikir2 dah kan. yang penting gizi kena lengkap.

    ReplyDelete
  8. Wah. Siap ada set menu kan.
    Ada seorang rakan di pejabat nie pun sama - dia amalkan menu sebegini untuk famili dia dan mereka kena decide a week early agar dapat menyediakan bahan dengan tepat. Kagum!

    ReplyDelete
  9. Hehehe kita nak gelak! Kalau kita set menu ni bukan untuk 7 hari. Silap-silap dua hari je. Pagi petang malam semua makan set. Hahahaha. Dah lah kuat makan!

    Rajin sungguh buat per set ya and pergi pasar. I wish pasar segar dekat je, nak buat set nasi gulai ke tomyam kena bahan segar fresh kan. Baru sedapppp~

    ReplyDelete
  10. Nur kadang2 bila blur nak makan apa, nur order nasi bujang tambah sayur kailan ikan masin. Fuhhhh sedapppp tuh!! Boleh rujuk sini bila blur nak makan apa tu dtg lagii hahahaha

    ReplyDelete
  11. Hahaha kadang-kadang duk depan peti ais termenung sat xtau nak masak apa, padahal lauk penuh dalam fridge tu.

    ReplyDelete
  12. surirumah memng pening nak fikir menu apa setiap hari nak masak..kadang sama je..sambal, sambal dan sambal..hahaa..sebab laki kita suka sambal.tak pun kari..

    ReplyDelete
  13. wah terima kasih ya atas senarai macma ni. bolehlah ikut senarai mcm ni kalau tak asyik makan menu yg sama sahaja. haha ;)

    ReplyDelete
  14. such lovely sets of menu for lunch... great choices... wanna choose and eat.. hahaha.. this is so nice

    ReplyDelete
  15. Ini semua menu wajib kalau order dekat restoran dan kedai Thai tepi jalan. Masalahnya nape susah benor nak sediakan kat rumah. Mudah je semua tu kan. Asyik ikut selera ayam goreng anak-anak memang jemu. huuu. kena set rules ni. mak masak, semuaaaaaa kena makan.

    ReplyDelete