47 METERS DOWN UNCAGED REVIEW

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

#jalanjalanterengganu pada September 2019 membawa mek sekeluarga dan #travelbuddy menonton cerita yang bagi kami memang agak best. Kena pula dengan trip kami pada September 2019 adalah #jalanjalanpulaukapas lansung movie 47 Meters Down Uncaged menjadi pilihan untuk #moviereview pada kali ini. Tiket untuk menonton kali ini dibeli ketika kami tengah berendam dalam air pantai di Pulau Kapas. Dapat je kata putus dari pasangan masing-masing, terus paid.


 47 Meters Down Uncaged adalah cerita nombor dua selepas 47 Meters Down yang dikeluarkan pada 2017. Cerita 47 Meters Down ini mek dah menonton sebanyak dua kali di TV2. Pada kali pertama, menonton tak habis kerana ketiduran dan pada kali kedua tengok sehingga habis siap ajak Sis Gee tengok bersama lagi. Dan kerana itulah kami semua bersetuju / bersepakat untuk tengok 47 Meters Down Uncaged. Dalam kepala dah terbayang dengan kejutan-kejutan yang bakal kami tengok nanti.




Sinopsis 47 Meters Down Uncaged

Watak dalam cerita ni tak ramai. Sama macam 47 Meters Down jugak. Hanya ada 9 watak namun yang aktif hanyalah 5 watak. Watak yang korang kena aim dalam cerita ni adalah : Mia, Sasha, Alexa, Nicole dan ayah Mia dan Sasha. Yang lain kalau tak ingat sangat pun takpe. Kisahnya bermula bila ayah Mia berkahwin dengan Mak Sasha dan berpindah ke Mexico untuk pekerjaan ayah Mia. Ayah Mia ni macam seorang engineer yang nak buka terowong bawah tanah.

Nak dijadikan cerita, Alexa ni bawa Mia, Sasha dan Nicole pergi tempat yang ayah Mia dan Sasha ni buka untuk buat terowong. Tempat tu macam zaman purba Mexico yang ada mayat-mayat. Sekali tengok macam tempat Firaun simpan hamba dan barang berharga mereka. Jadi mereka berempat ni diving ke dalam gua untuk tengok tempat yang diceritakan oleh Alexa tu. Tapi dalam cerita ni spoilernya adalah Nicole. Yang jenis degil tak nak dengar cakap orang.

Cerita ni start suspen bila Nicole ternampak kelibat ikan jerung yang buta namun mencari mangsa untuk dimakan. Dari situ adegan suspen bermula dan dari situlah mereka mula turun ke bawah dasar laut untuk cari jalan keluar dan selamatkan diri. Namun sepanjang itu jugalah seorang demi seorang mati dibaham jerung. Cerita ni suspen sehingga ke penghujung cerita. Kalau korang alah dengan adegan suspen, cerita ini bukan untuk korang.

Rating 47 Meters Down Uncaged

Untuk rating ni, ada empat orang yang memberi personal rating :

Mek : 4.5 / 5
Cerita ni okei mengena dengan suspen yang dia buat dan agak logik dengan kehadiran jerung buta dan penemuan 'kerajaan lama' di dalam air. Cuma ada dua adegan yang tidak logik bila arus laju tetiba yang berlaku dalam gua dan juga bunyi muzik yang kuat di dalam air semasa kerja-kerja kimpalan dilakukan. Overall, boleh repeat untuk tengok kalau jantung sihat.

SisGee : 6 / 5
Best sangat sebab setiap adegan yang berlaku memang mengejutkan dan semua kelihatan logik walaupun ianya sekadar cerita rekaan semata-mata. Boleh tengok lagi dan boleh recommend untuk orang lain menontonnya.

Spouse : 4 / 5
Sama juga dengan mek. Semuanya okei kecuali part bunyi muzik dan juga aliran deras di dalam gua yang berlaku secara tetiba. Sesuai untuk ditonton. Berbaloi tiket RM15. Kalau movie ni main kat TV boleh tengok lagi.

Roomate Sisgee : 2 / 5
Cerita terlalu direka. Dikekah jerung pun boleh dilepaskan lagi. Arus deras dalam gua sememangnya tak logik sebab gua adalah kawasan tertutup dan perlukan daya yang deras juga untuk hasilkan arus yang deras di dalam gua. Watak-watak lain agak senang nak mati sebab dimakan jerung. Hanya win pada suspen sahaja.



**

Kalau korang dah tengok yang pertama mungkin korang akan nak tengok yang kedua. Penilaian atas kefahaman diri masing-masing. Mungkin ada yang tak bersetuju dengan mek dan mungkin sependapat dengan mek. Yang penting korang boleh lah tengok terlebih dahulu sebelum menyokong / menyangkal pendapat mek ini. Kalau korang dah tengok, boleh komen di bawah pendapat korang tentang 47 Meters Down Uncaged.

Sekian ..

19 comments

  1. wahhhhhh saya pun dah tengok filem ni. memang best tapiii tu lah terlalu banyak suspens. sampai penat. hahahahaha

    by the way, if you dont mind boleh tak pergi blog saya, unfollow blog saya lepastu follow balik? sebab saya tukar link blog baru. takut tak masuk dalam reading list. thankyou in advance. if awak tak kisah lah

    ReplyDelete
  2. Masa tgok 47 meter down tu, xde saspens sgt.. Tapi mmg x berapa suka sgt tgok cter saspens cmni sbb blh terbayang kalau masuk air. Hahaha

    ReplyDelete
  3. Anak-anak akak tak takut ka? haha. Apapun cerita saspen ini memang buat dentupan jantung menjadi laju. Terima kasih review, lepas ini Naim nak pergi menonton

    ReplyDelete
  4. Cerita seram macam ni bawa kanak-kanak mereka tak takut ke? Kita yang dewasa ni oun tutup mata bila sampai bab yang nampak ngeri. Terbaiklah keluarga ni...

    ReplyDelete
  5. Tak pernah tgk lagi. Nanti boleh tgk kalau ada masa. Thanks for sharing! :)

    Ika datang singgah sini https://ikashoid.blogspot.com/2019/09/temporary-mini-library-2019.html

    ReplyDelete
  6. Mcm best je citer ni...mesti kena p tgk jgk ni hujung minggu depan ni...mesti anak bonda suka citer ni..

    ReplyDelete
  7. Mcm best trailer dia. Review pun oke tpi I takuttt 😂

    ReplyDelete
  8. Mmmm.... Sejujurnya kita rasa tertarik dan terus nak book nonton nanti pas baca sharing awak. Kita suka citer suspens. Makaseh tau share info dan pengalaman awak. Harap kita terkejut kejut tutup mata tapi enjoy masa ikan tu nak makan mangsa. Suspen tapi nak tengok! HAhaa

    ReplyDelete
  9. errkkkk... macam mana dalam gua ada jerung erk... Ada juga nampak title movie nie tengahari semalam di TGV... Tapi kami tonton filem Sangkar... Tak mengecewakan... ada unsur family, funny, dan ramai yang ketawa dalam panggung... kikikikiki...

    ReplyDelete
  10. Uish mati ke semua.. Nak sangt tengok tapi tu la ada anak2 ni payah sikit.. Mesti suspen sangt seb b cerota jerung ni mmg suspen je.. Hehehe.. Tengok mek bagi rating tu meati best sangt

    ReplyDelete
  11. kita nak tgk mula2.. asyik postponed.. lama2 terlupa.. hahaha

    ReplyDelete
  12. not bad rating dia...ingat nak pergi tengok jga..suka dengan cerita genre macam ni ..thriller and suspen...tapi dah nak abis kan dengan wayang huhuhuhu

    ReplyDelete
  13. Tak sempat lagi nak layan movie dkt pawagam. Mcm seronok cerita ni. Saya suka yg beergenre sebegini. Tapi kena tengok yg first dulu. Terima kasih atas review yg sangat jelas.

    ReplyDelete
  14. Nanti Izzat off baru boleh gi tengok movie ni..dia duk sibuk ajak dari haritu lagi.. Masa je takde. Mesti debor sepanjang tengok kan

    ReplyDelete
  15. Hahaha Mek ni jenis suka melulu ke caner ni! Kita baca Mek ni suka beli tiket ke apa on the spot ya bila terus rasa nak beli tu. Tapi bestnyaaa pasangan family pun ONZ je! Ha dah jadi nengok. Kadang2 plan2 tak menjadi pun.

    But baca review pun rasa nak gelak. Paling tak suka senang sangat nak mati. Macam eh apa ke benda nak tadah badan di makan jerung situ. Hahaha. Dah confirm2 boleh mati tak mati pulokkkkkk.

    ReplyDelete
  16. seram nak ktengok cerita macam ni, jap lagi mula jerit dalam wayang.

    ReplyDelete
  17. Thuthuatvietnam là website xem tin tức bóng đá, xem bóng đá trực tiếp các trận đấu đỉnh cao và vô cùng hấp dẫn nhất cập nhật kết quả trực tiếp, xem bong da truc tiep k+ lịch thi đấu bóng đá, hãy đến website thuthuatvietnam để theo dõi các trận đấu nào.

    ReplyDelete

  18. Bóng đá là môn thể thao vua được nhiều người hâm mộ nhất ưu ái nhất và dành được sự quan tâm nhiều nhất có lượng fan đông đảo nhất. Việc theo dõi những cuộc chạm trán nảy lửa, gay cấn trực tiếp tại sân vận động là điều mà bất kỳ ai cũng mong muốn trải nghiệm. Thế nhưng điều này vẫn còn là khó khăn với nhiều người, thay vào đó họ lựa chọn hình thức xem bóng đá trực tuyến.
    Trang web thuthuatvietnam.com phát sóng bóng đá trực tuyến tốc độ cao ra đời để phục vụ các bạn web live bóng đá trực tuyến không lag giật gây thỏa mạn cho tất cả mọi người xem bao gồm cả những người xem khó tính nhất, còn chần chờ gì nữa hãy đến ngay website tỉ số việt nam để trải nghiệm các trận đấu nảy lửa ngay nào....

    ReplyDelete
  19. lịch thi dấu la liga là nơi chuyên cung cấp các thông tin và tin tức bóng đá, và phát sóng bóng đá trực tiếp hoàn toàn miễn phí với tất cả các giải đấu. Mục tiêu của chúng tôi là đem đến cho các fan hâm mộ bóng đá có thể xem bóng đá trực tiếp nhanh chóng và ổn định nhất. Chỉ cần có thiết bị kết nối với internet điện thoại di động, tivi hay laptop bạn có thể dễ dàng tận hưởng các giải đấu lớn như Champions League, AFC Champions League, Premier League, Serie A, Pháp A, European League, European Cup, bao gồm World Cup...v.v còn chần chờ gì nữa hãy mau đến với trang website thedolive để xem các trận bóng đá trực tiếp ngay nào...

    ReplyDelete