ISTIADAT PENGHORMATAN TERAKHIR ALMARHUM SULTAN ISMAIL PETRA IBNI ALMARHUM SULTAN YAHYA PETRA

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Merafak sembah takziah daripada mek dan seluruh rakyat Kelantan di atas kemangkatan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Almarhum Sultan Ismail Petra Ibn Alhamarhum Sultan Yahya Petra pada 28 September 2019 pada jam 8.11 pagi. Almarhum Tuanku Sultan Ismail telah menjalani rawatan sakit strok mulai Mei 2009 dan menghembus nafas terakhir pada September 2019 (tempoh gering adalah 10 tahun). Sebagai rakyat yang dilahirkan pada pemerintahan dan di bawah naungan tuanku, tentunya mek takkan sia-siakan detik penghormatan terakhir ini. 


Baginda Sultan Ismail Petra ditabalkan menjadi Sultan Kelantan yang ke 28 pada 30 Mac 1980 sehingga September 2010. Baginda Tuanku Ismail Petra tidak lagi mampu untuk menjalankan tugasan sebagai Sultan akibat penyakit strok yang dihadapi oleh baginda. Hal ini telah disahkan oleh 10 doktor pakar yang dilantik oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Pada September 2009 secara rasminya tugas Sultan Kelantan dipikul oleh Sultan Muhammad V, Tengku Muhammad Faris Petra (putera sulung Baginda Tuanku Ismail Petra).

Berikut adalah detik penghormatan terakhir Almarhum Sultan Ismail Petra :

8.11 pagi, Wad Diraja Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu 



Baginda Tuanku Ismail Petra menghembuskan nafas terakhirnya di Wad Diraja HRPZ II setelah mendapatkan rawatan selama beberapa minggu (tidak dapat kepastian tempoh almarhum dirawat di sini). Berita kemangkatan tuanku tular sekitar jam 8.45 pagi dari sumber dan info yang sahih melalui medium whatsapp terlebih dahulu kemudian melalui group di Facebook. Tentunya berita ini adalah berita yang mendukacitakan dan mengundang kesedihan kepada rakyat jelata. 

10.00 pagi, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan


Satu sidang media khas dijalankan di SUK Negeri Kelantan. YAB Dato Bentara Kanan Hj Ahmad Yakob (Menteri Besar Kelantan) bersama-sama YB Datuk Nazran Muhammad (Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan) mengumumkan kepada seluruh rakyat Malaysia melalui media menyatakan berita kemangkatan Sultan Ismail Petra. Menteri Besar Kelantan juga memaklumkan etika-etika berpakaian ketika menziarahi Almarhum Sultan Ismail dan mengisytiharkan Negeri Kelantan dalam tempoh berkabung selama 40 hari bagi agensi Kerajaan, 100 hari bagi kerabat Di Raja. 



Pada sidang media ini juga, Menteri Besar meminta untuk semua organisasi mengibarkan bendera pada separuh tiang selama 40 hari. Cuti peristiwa juga turut diberikan selama tiga hari bermula 28 hingga 30 September 2019. Segala acara keramaian, program-program berbentuk hiburan hendaklah diberhentikan selama 7 hari dari tarikh 28 September 2019 bagi menghormati kemangkatan Baginda Tuanku Sultan Ismail Petra.

2.00 petang, Istana Balai Besar, Kota Bharu



Pada waktu ini, jenazah Baginda Tuanku Ismail Petra telah pun selesai dimandikan dan dikafankan. Rakyat jelata dan juga para pembesar negeri serta kaum kerabat Di Raja yang lain mulai hadir dan memenuhi Istana Balai Besar bagi memberi penghormatan terakhir kepada Baginda Tuanku Ismail Petra. Antara tetamu dari negeri luar (kenamaan / Royal Family) yang turut hadir adalah :

YDP Agong dan Permaisuri Agong serta anak-anak
Sultan Brunei
Raja Perlis dan Permaisuri Perlis
Timbalan Perdana Menteri dan suami

Para pegawai kerajaan negeri dan EXCO Kerajaan Negeri Kelantan juga turut bersama di Istana Balai Besar, Kota Bharu dengan memakai pakaian kebangsaan (Baju Melayu dan Baju Kurung) dengan kod warna putih. Bagi lelaki, mereka perlu memakai songkok hitam dan di atasnya berwarna putih bagi tujuan mematuhi kod etika berpakaian bagi tempoh menziarah jenazah Baginda Tuanku Ismail Petra (setiap negeri mempunyai kod etika masing-masing).

5.15 petang, Istana Balai Besar, Kota Bharu



Selesai solat jenazah selepas solat Asar, jenazah Baginda Tuanku Ismail Petra diletakkan di atas pedati untuk dibawa ke Makam Diraja Kampung Langgar. Pedati ini akan ditarik dari Istana Balai Besar, Kota Bharu kira-kira 3km dengan iringan warga beruniform PDRM dan ATM serta diiringi juga oleh kaum kerabat Di Raja Kelantan yang lain. Di atas pedati bersama-sama jenazah Baginda Tuanku Ismail Petra adalah Mufti Negeri Kelantan. 










Bagi Sultan Muhammad V, Tengku Mahkota Kelantan, Adinda serta bonda Sultan Kelantan, mereka dibawa ke Makam Diraja Kampung Langgar dengan menaiki kenderaan masing-masing. Turut hadir ke makam adalah YDP Agong dan Permaisuri Agong. Pada sepanjang jalan yang dilalui oleh pedati, rakyat jelata juga turut hadir untuk memberi penghormatan terakhir kepada baginda. Suasana cukup sepi dan hening, hanya kedengaran tapak kaki para pegawai PDRM dan ATM yang berbaris sahaja.

Sepanjang 27 tahun mek hidup, ini adalah kali pertama majlis sebegini dijalankan. Pada kali terakhir diadakan perakan ini adalah sekitar tahun 1986 (kemangkatan Sultan Yahya Petra). Selaku rakyat, mek yakin setiap yang ada dibahu jalan menyaksikan istiadat ini mensedeqahkan al fatihah kepada baginda tuanku. Semoga Baginda Tuanku Ismail Petra di tempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Baginda Tuanku Ismail Petra begitu dekat dengan rakyat.

6.40 petang, Makam Diraja Kampung Langgar, Kota Bharu



Jenazah Baginda Tuanku Ismail Petra selamat tiba di Makam Diraja Kampung Langgar pada 6.40 petang. Istiadat pemakaman dijalankan dengan penuh lancar dan dihadiri oleh mereka yang mengiringi dari Istana Balai Besar, Kota Bharu. Pusara bagi Baginda Tuanku Ismail Petra disemadikan bersebelahan dengan pusara ayahandanya iaitu Almarhum Sultan Yahya Petra. Talkin dibacakan sendiri oleh putera sulung Baginda Tuanku Ismail Petra, Sultan Muhammad V.

7.20 malam, Makam Diraja Kampung Langgar, Kota Bharu




Istiadat pemakaman selesai sepenuhnya. Majlis Tahlil bagi kerabat Diraja diadakan di Istana Balai Besar, Kota Bharu manakala Masjid Negeri dan masjid di daerah-daerah juga mengadakan tahlil buat Baginda Tuanku Ismail Petra. Buat Baginda Tuanku Ismail Petra, damailah tuanku di alam yang baru, alam yang lebih nyata, alam yang dijanjikan oleh Allah yang tiada dustanya. Kami juga akan menyusul suatu hari nanti. Terima kasih tuanku untuk hayat tuanku yang memberi jasa kebaikan kepada kami rakyat jelata.

Sekian ..

FRIED WAFFLE STICK AND ZINGER DOUBLE DOWN KFC

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Iklan Fried Waffle Stick Choc dan Zinger Double Down KFC ini bukanlah baru sahaja keluar TV. Dah banyak kali dah iklan ini lalu lalang di TV dan juga social media mek. Mek berkesempatan secara tidak sengaja untuk mencuba kedua-dua menu KFC ini pada outing hujung minggu ini di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa. Lapangan Terbang Kota Bharu sememangnya tempat yang mek akan singgah untuk solat dan untuk indoor playground anak-anak.

Sambil tengok anak-anak main dekat indoor playground KFC Airport Kota Bharu, mek pun order lah satu Zinger Double Down dan juga Fried Waffle Stick. Memang dalam hati dah niat nak bagi pandangan peribadi di blog mek. Mana tahu korang perlukan pandangan mek untuk mencuba kedua-dua menu ini. Tapi kalau tak perlukan pun, boleh lah sekadar baca untuk pengetahuan isi hati mek mengenai Zinger Double Down dan Fried Waffle Stick ini. So, berikut :

Zinger Double Down


Zinger Double Down bukan kali pertama diwujudkan. Sebelum ini pada tahun 2017 (BOLEH BACA SINI REVIEW DOUBLE DOWN 2017) dah pun sekali dikeluarkan oleh pihak KFC. Perbezaan antara 2017 dan 2019 seakan sama cuma yang dihidangkan pada mek kali ini masih lagi dalam keadaan panas dan ianya memang sedap. Dengan cheese dan cheezy dari KFC memang buatkan Zinger Double Down ni puas untuk dimakan. Kenyang sebab padu dengan isi ayam.

Fried Waffle Stick


Fried Waffle Choc, pertama kali dikeluarkan dan pertama kali juga KFC keluarkan dessert ber-signature sendiri (kot kalau mek salah bagi info, mohon maklum diruangan komen ye). Yang sebegini biasanya mek makan di Auntie Anne tapi ianya bread stick. Ini pula Fried Waffle. Bila makan pada waktu ianya masih panas, memang sedap. Choc-nya tidak begitu manis. Tapi Fried Waffle - ini tidak begitu mengena dengan mek memandangkan ianya deep fried, kandungan minyak dalam waffle agak tinggi. Mek lagi prefer waffle yang biasa di celup Choc. 

**

Korang pula macam mana? Dah mencuba ke belum dua menu ini? Kalau dah apa pandangan korang dengan dua menu ini? Sama dengan mek tak? Banyak betul soalan yang mek bagi ye. Kalau komen pendek lagi tak tahu ler. Semoga entry / artikel mek ini dapat membantu memberi gambaran bagaimana rasa kedua menu tersebut. Lebih afdal jika korang mencubanya sendiri kerana mek percaya selera anak tekak kita adalah mengikut selera masing-masing.

Sekian ..

PESTA LAMPU FANTASI DI RANTAU PANJANG KELANTAN SEPANJANG OKTOBER 2019

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Pesta Lampu Fantasi ni bukanlah kali pertama berlansung di Kelantan. Kalau tak silap mek ini adalah kali kedua berlansung di Kelantan. Pada kali pertama, Pesta Lampu Fantasi ini berlansung di Lembah Sireh, Kota Bharu, Kelantan (Tepi sungai Kelantan, berdekatan dengan Tesco Lembah Sireh). Masa tu entah kenapa mek macam tak berminat sangat lah nak ke sana. Mungkin sebab dah jangka ramai umat manusia yang akan memenuhi dan sememangnya tempat yang dibuat Pesta Lampu Fantasi itu sentiasa dipenuhi orang ramai walaupun tiada apa program di sana.

Bila mek dapat info yang Pesta Lampu Fantasi ini telah beralih pula ke Rantau Panjang yang mana ianya hanya mengambil masa 15 minit daripada rumah mek, keinginan untuk melihat 'ICT' portable ini membuak-buak. Jadi kami laki bini terus sahaja ke Pesta Lampu Fantasi yang kali ini memancarkan cahayanya dari Rantau Panjang selepas selesai makan malam. Kali ni bukan mak je yang teruja, anak-anak pun sama teruja nak tengok lampu 'ICT' portable ni.

Hasil 30 minit keberadaan kami di Pesta Lampu Fantasi, Rantau Panjang 

















Info mengenai Pesta Lampu Fantasi, Rantau Panjang 

Bermula 23 September 2019
Berakhir 30 Oktober 2019
Ada juga expo permainan dan makanan bersebelahan dengan Pesta Lampu Fantasi ini
Ruangan parkir yang banyak

**

Untuk korang yang berdekatan boleh lah datang. Satu tempat yang memang untuk photoshoot sahaja sambil makan-makan di expo. Korang tak boleh nak jangkakan yang Pesta Lampu Fantasi ini mengalahkan ICT yang sebenar. Bagi mek ini pun dah dianggap okei untuk luang masa dengan keluarga dan kawan-kawan. Rating 3.5 / 5 untuk Pesta Lampu Fantasi ini. Cukup untuk memberi pengalaman photoshoot bersama warna warni cahaya.

Korang ada pengalaman ke Pesta Lampu macam ni? Kalau ada boleh share di ruangan komen di bawah.

Sekian ..

MAJLIS ASSYURA DAN PENTAKSIRAN HOMALEE

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger ..

Hari ni dalam entry mek nak kongsikan tentang program yang mek hadiri pada hujung minggu lepas. Satu program yang dianjurkan oleh tadika dan taska yang anak mek belajar sekarang. Petang bila entah mek dapat surat yang dikirimkan melalui anak mek mengatakan bahawa satu program Pentaksiran Pelajar dan juga Majlis Assyura akan dijalankan pada 21 September 2019. Jadi bila bincang dengan spouse, kita orang bersetuju untuk hadirkan diri.

Program bermula pada jam 8.30 pagi tapi mek sekeluarga sampai jam 9.00 pagi (biasalah melayu). Tapi bila sampai masih ramai lagi ibu bapa yang baru sampai seperti kami. Lega sikit rasanya. Beberapa program yang dijadualkan pun belum bermula lagi. Syukur jugak lah walaupun kategori lambat tapi masih sempat. Better late than never, tak gitu? Jadi sempatlah daftar situ dan sini kemudian mengikuti program seperti mana yang dijadualkan. So jom mek ceritakan :

Pertandingan mewarna Tadika Homalee dan Ambank Kelantan



Untuk pertandingan mewarna, Amani je yang dapat masuk sebab mereka ambil kanak-kanak di bawah jagaan tadika Homalee sahaja. Pertandingan mewarna ni anjuran bersama Ambank Kelantan. Dulu pernah mek ceritakan pengalaman Amani dalam pertandingan mewarna di McDonald Pasir Pekan, untuk kali ni memang kegusaran mek terhadap Amani tetap ada cuma bila dia nampak kakak guru yang menjaganya tu, dia macam okei untuk sertai so gusar mek tadi hilang.

Alhamdulillah Amani berjaya mewarna sehingga habis. Walaupun tak dapat nombor tetap mek bersyukur kerana dia dah tak menolak dengan acara sebegini. Sayangnya mek tak dapat lihat hasil warna yang Amani buat sebab ketika dia mewarna, mek berada di Parents Talk kat belakang. Bila kedepan balik, tengok mereka dah selesai so melepas lah peluang nak tangkap gambar kenangan Amani mewarna. Mungkin lain kali pula lah.

Parents Talk bersama penceramah jemputan Tadika Homalee



Parents Talk ni pada mulanya mek ingatkan forum ke apa. Sebab tak biasa dengan program sebegini so fikiran tu agak 'bebas' membuat andaian. Rupanya parents talk ni seolah-olah taklimat kepada ibu bapa dengan tajuk yang di bawah 'Kepentingan Pendidikan Awal Kanak-Kanak'. Pada taklimat ini memang menarik perhatian mek dengan hujah / justifikasi mengapa kita sebagai ibu bapa perlu menitik beratkan taska dan tadika yang kita pilih untuk anak-anak.

Kepentingan pendidikan awal kanak-kanak ini begitu mendalam kesannya. Mungkin nampak remeh nampak apa lah sangat budak 2 -6 tahun belajar. Tapi salah sebenarnya sangkaan itu. Contoh paling korang boleh tengok adalah kanak-kanak negara Jepun. Apa asas pendidikan mereka ketika umur 2 - 6 tahun dan apa kesannya pada anak-anak bila mereka dewasa nanti. Mek sangat bersetuju dan menerima justifikasi yang diberikan. InsyaAllah semoga anak-anak kita mendapat pendidikan yang terbaik walaupun di mana anak kita berada.

Kids Corner untuk kanak-kanak Taska Homalee











Kids Corner memang nampak sesuai dengan anak-anak taska Homalee. Mek begitu teruja dengan permainan yang disediakan di sini. Maklumlah mek tak pernah sertai aktiviti tadika dan taska anak-anak. Dan tak tahu apa aktiviti anak-anak kat taska. Bila keterbukaan sebegini, mek nampak Amzar 'pandai' adapt dengan kawan-kawan, dengan mainan yang ada dan paling penting dengan kakak guru. Amzar tak kekok, boleh 'blend' dengan situasi so itu dah cukup membuktikan yang Amzar okei dengan persekitaran taskanya.

Pentaksiran anak-anak Tadika dan Taska Homalee




Pentaksiran, pada mulanya mek tak faham apa itu pentaksiran. Zaman mek sekolah dulu ada juga majlis ibu bapa ambil report kad anak-anak tapi rasanya tak dipanggil pentaksiran. Biasanya pada majlis PIBG je yang ambil report kad anak-anak. So pentaksiran ni sebenarnya macam itulah juga kaedahnya. Ambil report kad anak-anak untuk tengok prestasi pembelajaran dia di tadika dan taska mengikut garis panduan JKM dan JPN tetapkan.

Alhamdulillah dengan perkembangan dua beradik ni. Dari satu semester ke satu semester ada perkembangan yang positif dan mengikut apa yang diajari. Kiranya dapat mengikut silibus semasa pembelajaran. Semoga Amani dan Amzar dapat kekalkan momentum untuk mengikuti apa yang diajari dan juga dapat terapkan akhlak yang baik demi masa depan yang harmoni. Saham untuk masuk syurga tu. Tak boleh dipersiakan.

Jamuan makan tengahari


Dalam jam 12 tengahari jamuan makan disediakan. Lauk ayam gulai serta ulaman dan air sirap. Alhamdulillah kenyang ibu bapa dan anak-anak yang hadir. Seronok makan dengan kawan anak-anak sambil berborak sesama ibu bapa. Boleh lah kenal kawan anak-anak kita. Biasa dengar je apa yang dia ceritakan tentang kawannya. Hari ni dapat kenal. Oh ini lah Inas, inilah Ifaq, inilah Ismail, inilah Ajim. Dan anak-anak makin seronok. Alhamdulillah.

Agihan Assyura kepada anak-anak Homalee




Majlis tamat jam 12.30 tengahari. Sebelum balik sempatlah tengok orang duk kacau assyura secara berjemaah. Seronok tapi panas. Teringat zaman sekolah kami kacau satu kawah untuk satu blok asrama. Blok paling lama adalah blok mek disebabkan warden mek adalah cikgu tua maka ditambahnya air untuk bagi sedap. Dan akhirnya memang blok kami yang menang. Tapi, lepas Isyak baru siap ye gaiss. Yang di sini mek tak pasti jam berapa selesai. Assyura tu dapat pada keesokkan harinya. Sedap sangat sebab lembut, cukup rempah. 

**


Program begini bukan sahaja mampu untuk buat anak-anak gembira malah dapat mengeratkan juga hubungan antara ibu bapa, tenaga pengajar dan pihak pengurusan Tadika dan Taska Homalee. Mek mengharapkan program ini dapat dijalankan secara berkala dan insyaAllah dapat sambutan daripada ibu bapa yang lain juga. Semoga penglibatan dan usaha kerja pihak pengurusan Homalee dalam 'tracking' perkembangan anak-anak dapat dipertingkatkan dan memberi yang terbaik untuk semua.

Korang pernah hadir program macam ni di sekolah atau tadika anak-anak korang? Apa komen korang? Jom share kat bawah.

Sekian ..