TIPS HILANGKAN KELEMUMUR MENGGUNAKAN SET SAFI SHAYLA

Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..

Kelemumur memang satu masalah kulit kepala yang boleh menyebabkan kegatalan dan juga keguguran rambut. Bagi mereka yang bertudung mungkin masalah ini dapat 'diselindungkan' namun tetap masalah ini tidak selesai dengan hanya melindungi. Bagi mereka yang tidak bertudung, masalah kelemumur ini mungkin menjadi lebih serius bila mana kelemumur dah mula berani untuk gugur, jatuh ke bahu. Bagi sesetengah orang, perkara itu dianggap menjengkelkan.

Kelemumur ini terjadi bukanlah kerana kita tak peka dengan kebersihan rambut. Mek percaya ramai dah sekarang yang peka dengan kebersihan diri. Come on lah, dah 2019 kot. Iklan bukan takat dalam TV je, di sosial media dah berlambak iklaneka untuk menjaga kebersihan diri. Sedikit sebanyak semestinya kita akan terikut untuk menjadi bersih, kan? Pada umumnya, kelemumur dikenal pasti menjadi masalah bila kulit kepala terlalu banyak mengeluarkan sebum seterusnya menyebabkan sel kulit mati di kepala menjadi kepingan. Pendek cerita, kulit kepala kita tak sihatlah bila ada kelemumur ni.

Cara - cara pencegahan memang banyak di kongsikan di media sosial dan laman sesawang. Ada yang mencadangkan untuk menghapuskan kelemumur secara alami dan ada juga mencadangkan beberapa shampoo untuk kurangkan masalah kelemumur ini. Tapi bagi mek, penjagaan dan pencegahan kelemumur ini tidak cukup dengan shampoo sahaja, ianya harus ada beberapa produk lain lagi untuk memastikan kulit kepala menjadi sihat. Barulah hilang segala penyakit kulit kepala, ye dak.

So, ini adalah perkongsian mek mengenai TIPS HILANGKAN KELEMUMUR MENGGUNAKAN SET SAFI SHAYLA :

Pertama : Minyak Rambut Anti Kelemumur Safi Shayla



Minyak Rambut Anti Kelemumur Safi Shayla ini bukan seperti minyak rambut yang lain. Ianya dirumuskan khas dengan ajen anti kelemumur untuk kurangkan penghasilan kelemumur serta ada unsur menthol bagi menyamankan kulit kepala daripada terus gatal dan tidak selesa. Cara gunanya senang sahaja, sebelum shampoo rambut, lumurkan Minyak Rambut Anti Kelemumur Safi Shayla ini di kulit kepala, urut dalam 3 - 5 minit (anggaplah macam spa rambut).

Kedua : Shampoo Safi Shayla Anti Kelemumur



Shampoo Anti Kelemumur Safi Shayla, mengandungi ajen untuk membasmi kulat-kulat yang boleh menjadikan kulit kepala tidak sihat seterusnya menjadikan kelemumur. Shampoo ini juga mempunyai unsur menthol bagi menyamankan kulit kepala dengan setiap basuhan. Selain daripada mengawal kelemumur, Shampoo Anti Kelemumur Safi Shayla dapat memberi kelembutan kepada rambut korang. Beralun elok je rambut tu nanti.

Ketiga : Refreshing Scalp Mask Dandruff and Itch Control Safi Shayla



Refreshing Scalp Mask Dandruff and Itch Control ni untuk penjagaan kulit kepala dengan lebih rapi. Maksudnya untuk 'lock' daripada sebum lebihan dan juga punca kegatalan kulit kepala. Best sangat pakai yang ni sebab ini pun salah satu rawatan ala spa dalam bilik air. Cara pakai senang jugak, sapu rata pada kulit kepala selepas shampoo. Urut kulit kepala dalam masa 3 - 5 minit jugak. Kemudian bilas dengan air bersih. Kemudian siap !

Mudah sahaja kan? Satu Set ANTI KELEMUMUR Safi Shayla ni korang boleh dapatkan di mana-mana pasaraya dan juga drugstore yang korang suka. Nak beli thru Shopee atau Lazada pun boleh. Cuma kalau korang beli di pasaraya yang terpilih, korang akan dapat Beg Bare Bears. Boleh lah digayakan pada anak-anak atau anak buah atau anak jiran atau anak siapa-siapa yang korang suka (sementara stok masih ada dan mengikut syarat pembelian). 

Jangan lengahkan lagi, selesaikan masalah kulit kepala korang dengan Safi Shayla. Mek sendiri memang berpuas hati dengan kesan yang diberikan oleh Safi Shayla. Bila kulit kepala kita sihat, rambut gugur pun dapat dielakkan. Jadi bestlah bila rapikan rambut, tak adalah tengok lantai penuh dengan rambut aje. Rimas, kan? Belum terlambat untuk korang mencuba Safi Shayla, 98% pengguna berpuas hati. Tak percaya, cubalah sendiri.

Sekian ..

21 comments

  1. Tq for the tips 😘😘😘😘

    ReplyDelete
  2. Ramai kenalan dan ahli keluarga perempuan pun gunakan produk ni sebab kata mereka memang selesa untuk yang bertudung. Kalau saya sendiri rasa rimas apatah lagi yang bertudungkan jadi memang produk khusus macam ni mesti banyak membantu.

    ReplyDelete
  3. Suka guna shampoo jenama ni Mek..mmg bagus utk yg bertudung..
    pekabar Mek :)?..

    ReplyDelete
  4. Cx pon dah ada dekat rumah koleksi safi shayla ni . Memang bagus sangat. Kepala pon sejuk je bila pakai. Elok sgt ntk orang yg ada kelemumur. Cx suka bau dia. Wangi sungguh!

    ReplyDelete
  5. Best lah orang perempuan ada produk untuk rambut mereka memang best lah hehehe banyak pilihan orang lelaki tak kisah sangat kecuali yang heterosexual hehehehe...

    ReplyDelete
  6. Serius best.. nampak beza kulit kepala lepas guna 2,3 kali.. bau wangi dan step tak banyak dan tak la susah sangat.. yg penting bila pakai jerawat yak tumbuh atas kepala..bag slig tu mmg habuan anak dara

    ReplyDelete
  7. Safi dah makin ke hadapan sekarang dengan design, strategi dan juga formulation dia. Makcik Rawlins suka pakai Safi nie - sampai dia pengaruhi mak Rawlins untuk pakai set yang sama

    ReplyDelete
  8. Marsha memang alami kelemumur yang teruk...alhamdulillah safi shayla ni bantu kurangkan masalah tersebut. Marsha konsisten je pakai 3 serangkai ni memang membantu.

    ReplyDelete
  9. Kalau kelumumur ada, memang gatal mereyam kulit kepala kan Mek.

    Stress betul kalo dia ada. Hehe

    Nanti nak cari lah masker safi ni.

    Sekarang guna yang shampoo safi merah tu

    ReplyDelete
  10. Sakit kepala, gatal2. Semua sebab kelemumur. Kadang2 boleh stress seharian di tmpt kerja garu kepala je. Bagus produk2 anti kelemumur seperti safi ni. Membantu mengatasi masalah kaum lelaki khususnya

    ReplyDelete
  11. Kak Yaya suka produk Safi..suci dan halal gitu. Syampu best, minyak rambut pun best, bau tak kuat sangat ..just nice.

    ReplyDelete
  12. Bestt rambut rasa lembut je lepas guna syampu ni

    ReplyDelete
  13. Walaupun tiada masalah kelumumur, rasanya mcam nak try pulak produk ni. Sbb packaging yg lawa. Thumbs up untuk safii sbb dah berjaya bawa design cantik mcm ni.

    ReplyDelete
  14. Baru tahu minyak ni eloknya dijadikan prewash. Macam muka lah, perlukan double cleansing untuk buang minyak-minyak atas kepala. Saya memang ada beli juga satu minyak safi shayla untuk masalah rambut gugur tapi macam tak ada hasil. rupanya salah cara. hahahahahha.

    btw thanks share ye. dapat ilmu baru.

    ReplyDelete
  15. Sis pun skrg gunakan produk safi ni. Bagus utk hilangkan masalah kelemumur dn gatal2 kulit kepala. Now anak pun dh pakai jenama ni gak..;)

    ReplyDelete
  16. Bagus kan shampoo safi shayla ni.. Nad pun pakai ni. Kurang dh kelelmumur.. Takde tergaru-garu. Hahaha.. Banyaaknrangkaian safi shayla ni.. Haritu beli dpt beg we bare bears

    ReplyDelete
  17. syampu safi ni memang best..sebab halal dan harga dia pun murah..apatah sekarang ada promosi apat beg lagilah ramai org yang nak beli and buat stok terus hehehe

    ReplyDelete
  18. Wah bagus produk ni. Boleh suggest kt kakak since die mmg ada masalah ni. Packaging pun cantik.

    ReplyDelete
  19. This shampoo looks really good to use! Not easy to find shampoo that is good and help prevent dandruff.

    ReplyDelete
  20. Klu untuk anak umur 9/10 Tahun sesuai tak guna syampu ni?

    ReplyDelete