Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..
Korang pernah tahu tak yang tayar kereta ada expiry date? Maksudnya, walaupun masih tebal bunganya tapi jika dah cukup masa ianya sepatutnya ditukar dan tidak boleh dipakai lagi. Sepanjang penggunaan kereta, mek tak pernah tahu yang tayar ada riwayat yang perlu kita tukarkan. Ingatkan, selagi bunga tayar masih tebal, boleh lah menggunakannya sehingga bunga tayar itu menipis. Sangkaan mek salah. Bahaya bila masih menggunakan tayar yang dah tamat tempoh.
Kesan jika masih menggunakan tayar expired
Satu-satu tayar akan tamat tempoh setelah 4 tahun dari tarikh ianya dibuat. Jika korang masih lagi berdegil untuk menggunakan tayar yang dah tamat tempoh, korang perlu menanggung risiko seperti ini :
Tayar pecah dengan tiba-tiba ketika bergerak / pegun
Tayar menjadi rekah dengan tiba-tiba
Tayar menjadi bengkak dan boleh menyebabkan kereta tidak stabil ketika speeding
Risiko ini tentunya akan mengundang kepada maut jika tidak diatasi. Memang betul maut di tangan tuhan. Namun pencegahan juga perlu diambil perhatian. Lebih-lebih lagi jika kita membawa penumpang bersama. Contohnya mek yang membawa anak kecil bersama. Tak berlaku memang okei je, kalau berlaku mahu menangis meraung, menyesal tak sudah.
Cara nak tengok expiry date tayar kereta
Setiap tayar akan ada tarikh pembuatannya. Korang perlu perhatikan tayar korang seperti di dalam gambar di atas. Nombor yang tertera di atas adalah 2519 bermaksud tayar ini dibuat pada minggu ke 25 pada tahun 2019. Maka, untuk mengetahui expiry date bagi tayar ini adalah dengan tambah 4 tahun menjadikan expiry date bagi tayar ini adalah pada minggu ke 25 tahun 2023. Kalau sebelum daripada tarikh ini bunga tayar dah habis, itu pun kena tukar jugak.
Harga tayar kereta
Harga tayar mungkin akan berbeza-beza dari satu kedai dengan kedai yang lain. Mungkin berbeza sedikit sahaja. Dan harga tayar juga akan berbeza bila jenama yang berbeza. Bagi mek, korang perlu juga survey dalam dua atau tiga kedai untuk mengetahui harga tayar kereta korang. Mungkin dapat menjimatkan sedikit kos pertukaran tayar tersebut. Untuk mek, 4 quotation yang mek ambil dan paling okei di Perodua Servis (quotation perlu termasuk dari segi warranty dan juga servis yang disediakan).
Apa yang perlu dibuat jika tayar kereta ditukarkan
Tukar tayar nampak mudah namun ada beberapa perkara yang korang perlu tahu. Lebih-lebih lagi kalau korang perempuan (kut lah macam mek jugak noob tak berapa nak tahu). Untuk tukar tayar, pastikan :
Tayar yang diletakkan pada kereta korang yang dibuat pada tahun ini dan minggu yang terdekat dengan korang. Jangan ambil tayar stok lama, cepat pulak nanti korang kena tukar tayar (unless korang willing to).
Setiap pertukaran tayar perlu dapatkan kepala bar (penutup tempat letak angin tayar) yang baharu. Pastikan korang dapat yang baru, bukan yang recycle dari tayar lama korang.
Setiap pertukaran tayar, biasanya tayar yang lama akan diletakkan dibelakang dan yang baharu diletakkan di depan. Sebab kereta biasa adalah 2 wheels drive yang mana menggunakan tayar depan untuk menarik beban. Jadi tayar yang tebal bunganya perlu berada di hadapan.
Pertukaran tayar juga akan diturut serta dengan balancing tayar serta alignment. Ini bertujuan untuk betulkan balik dengan tayar baru. Jangan keluar dari kedai tayar / tempat servis kenderaan korang kalau dia tak buat semua perkara di atas.
**
Itulah sedikit sebanyak info yang mek dapat untuk dikongsikan bersama korang. Bila pakai kereta, istilah berjimat cermat tu jarang sangat boleh buat. Yang utama adalah keselamatan dan keselesaan. Bila pakai kereta yang high maintenance lagi banyaklah duit yang korang perlu spend untuk kereta korang. Kalau mampu, tiada masalah. Poket kita, kita sahaja yang tahu.
Sekian ..
sekali bila check tayar, nak tukar tayar, dengan parts lain pun kena tukar. rabak la duit.ahahahah
ReplyDeleteAM baru tahu rupanya tayar pun ada tamat tempohnya.. Ingatkan kena Just tgk bunga atau angin je.. Thanks ya atas perkongsian informasi ini
ReplyDeletegood sharing mek..:)
ReplyDeletetq for sharing info ni, almaklumlah biasanya suami yang ambik tahu pasal ni hahaha. memang setiap 2 tahun sekali akan make sure untuk tukar tayar kereta, masa tu dah siap-siap tabungan untuk tayar
ReplyDeleteAah. Memang ada expired. Sampai masa dia akan terkopak sendiri n pecah. Dh kena dah haritu. Ingat org buat, rupanya memang dh sampai masa dia. Kena alert jugak tu jangan tahu naik je hehe
ReplyDeleteBab bab tayar dulu time kwrja mmg sgt peka pasal slalu drive jauh sorang2betul every week .. dan time nak tukar tayar, mmg akan tengok date kat tayar tu.. lelaki n perempuan mmg harus peka n ambik tahu bab tukar2 tayar ni atas faktor keselamatan.
ReplyDeleteTerima kasih atas ilmu yg sgt berguna. Byk juga yg saya x tau. Mungkin sbb belum ada kereta sendiri. In shaa Allah akan ingat ilmu2 ini.
ReplyDeleteInsyaAllah ramai yang memerlukan maklumat nie sebab tak semua tahu yang tayar ada expiry date. Rawlins pun memang sejenis penakut dengan benda-benda sebegini makan akan sentiasa semak dan hantar ke mekanik
ReplyDeleteIyaaaa tayar mmg ada expired dy. So kene alert lebih dgn perkara ni. Especially kita yg perempuan dan drive sendiri ke mana2. Btw thanks sgt2 mek share ilmu bermanfaat ni :)
ReplyDeleteBaru tau tayar kereta pun ada expired date.. haha.. selama ni main guna kereta je kan.. lepas ni kena la check tayar kereta tu dah expired ke belum.. hihi
ReplyDeleteonce tahu sesautu ilmu opkos nak praktikkan ...ni baru tahu juga pasal tayar expired , nanti nak tengoklah tayar sendiri camner...good info
ReplyDeleteBila dah pakai kereta kene tau semua bab kereta.. Termasuk tayar semua.. Tayar mmg ade expired juga.. Ada terbaca dekat twitter.. Bgus info ni
ReplyDeletehusband pernah cakap dgn iza pasal ni. tak pernah terfikir nak tengok sendiri sebelum. bagus la info ni. actually kita perempuan pun kena tau jugak. tapi sejak duduk rumah je ni husband je la uruskan semua.
ReplyDeletetips yang bagus.. BBL sendiri baru tahu tayar ni ada expired date. elok jugak tukar tayar sebelum haus, tambah lagi bila nak travel jauh. tekanan angin dalam kereta pun kena jaga jugak. baru selamat time memandu kan
ReplyDeleteKereta sewa Langkawi termurah di Langkawi adalah Proton Saga dari Merge-Car-Rental. Harganya cuma USD15.74 sehari. Merge-Car-Rental dinilai oleh 5+ pelanggan dengan purata skor rating 9.1/10
ReplyDeleteI’m not that much of a internet reader to be honest but your blogs really nice, keep it up! I’ll go ahead and bookmark your site to come back in the future. Many thanks|
ReplyDeleteFeel free to surf to my page - 대구오피