SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE 62, MALAYSIA

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Selamat Hari Kebangsaan yang ke 62 korang ! Alhamdulillah, dah 62 tahun kita merdeka. Dah 62 tahun bebas daripada penjajahan mana-mana negara ke atas kita. Tetiba mek rasa seronok nak baca buku teks sejarah tingkatan 3. Dulu masa sekolah tak adanya nak suka baca buku teks sejarah. Rasa mengantuk lah, tak best sebab tak boleh nak bayang orang dulu tu macam mana. Haa gitu. Bila dah meningkat dewasa ni, elok pulak boleh bayang perjalanan mereka.

Terlebih menjadi patriotik pada tahun ini bila anak dah mula masuk taska dan tadika yang mana mereka menyambut Hari Kebangsaan ke 62 tempoh hari. Walaupun mek tak menyertai sepenuhnya tapi bila anak balik dan nyanyi lagu merdeka, tengok bendera pun seronok, rasa 'its time untuk aku hidupkan balik suasana merdeka'. Sambutan merdeka yang last meriah adalah pada 2009 sebab tu tahun last sekolah. Since that, sendu.

Jadi tahun ni, alhamdulillah sokongan padu juga daripada spouse untuk sambut merdeka dengan betul-betul merdeka. Tapi kami tak adalah patriotik sehingga pakai sedondon. Cuma alhamdulillah spouse sanggup jugaklah tunggu malam ambang merdeka dengan mek dan anak-anak semata-mata nak merasai malam ambang merdeka yang pernah kami sambut meriah di sekolah dahulu. Dan memori di sekolah itu berputar kembali. Hargailah zaman sekolah anda.


Malam ambang merdeka di Kelantan tak kurang hebatnya. Ada juga nyanyian, ada juga bunga api dan ada juga tarikan-tarikan lain di sekeliling perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke IV. Orang makin ramai bila jam 10 malam. Mek yang dari waktu Isyak ada kat situ memang agak kremmm jugaklah kaki berdiri teman anak main kereta mainan. Yang sing along lagu-lagu ni mek tak minat sangat kecuali masuk lagu merdeka. Itu semangat lah nyanyi sama-sama dengan orang sebelah.

Sambutan Hari Kebangsaan kali ke 62 peringkat negeri Kelantan diadakan di jajahan Tanah Merah. Itu mek tak join lah sebab seawal pagi nak kena pergi. Dan tentunya memang akan ramai orang, nak parking pun susah, jalan banyak tutup. Daripada terseksa, mek memilih untuk tengok perarakan di peringkat kebangsaan iaitu di Putrajaya. Tapi menerusi TV lah. Sekurang-kurangnya tengoklah adik-adik pakai baju bendera berarak cantik, manis.


Bukan bendera terbalik ye, bendera tu sebenarnya bendera yang melintang ke bawah. Bila ambil gambar nampak pelik

Doa mek pada Malaysia, semoga tahun mendatang kita diterajui dengan kepimpinan yang hebat dalam agama dan bangsa. Jangan lupa janji-janji yang telah kita buat pada awal dulu. Tiada apa yang patut berubah dan tiada siapa yang boleh ubah. Kalau ubah juga maknanya kita tak hormat perjuangan orang dulu dalam menuntut kemerdekaan negara. Setiap perlembagaan, rukun harus diikuti oleh semua bangsa, mengikut hak masing-masing. Kalau tak suka, ya, sila berhijrah.

Semoga juga isu politikal di Malaysia menjadi lebih baik di masa hadapan, kalau boleh mula dengan sekarang.

Sekian ..

7 comments

  1. Selamat menyambut hari kemerdekaan.. sy dan keluarga duduk kat rumah je.. tgok perkembangan melalui news je..

    ReplyDelete
  2. kat tmpat CR dah takde buat sambutan ambang merdeka,,tgok dalam tv je..

    ReplyDelete
  3. Salam kemerdekaan dan salam maal hijrah

    ReplyDelete
  4. Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2019 dan Salam Maal Hijrah

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. happy independence day! bila tengok gambar gambar mek, tetiba rasa rindu pulak nak pergi pantai irama.. lama tak singgah.. tunggu si kecik besar sikit bulan 12 nanti.. tak sabar nak balik klate.. hehe

    happy blogging!

    ReplyDelete
  7. Sensitif tau bila ckp pasal bendera terbalik ni 😬

    ReplyDelete