SAMBUTAN HARI MERDEKA DI HOMALEE 2019

Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..

Sambutan Hari Kemerdekaan negara yang ke 62 tahun dah tak lama lagi. Dulu-dulu mek seronok bila nak sambut hari kemerdekaan negara. Maklumlah, setiap sekolah mesti akan ada majlis sambutan masing-masing, kan. Walaupun dulu tak adalah sampai pakai kustom tapi menyanyi sambil kibar jalur gemilang tu dah cukup buat mek rasa patriotik dan sayangkan negara. Di tambah pula dengan kuis-kuis yang dianjurkan oleh Kelab Sejarah sekolah, lagi 'hangatkan' suasana. Walaupun mek gagal dalam sejarah dari tingkatan satu hingga lima.

Bila dah kerja ni, korang pun tahu kan, tak ada dah sambutan kemerdekaan mengikut organisasi masing-masing. Paling patriotik adalah menggantungkan jalur gemilang di organisasi. Itu je lah. Menyanyi tak ada, berarak merdeka lagi lah tak ada (sebab bukan jabatan kerajaan yang wajib turun padang). Tapi tahun ni, mek saja-saja buat kuis sejarah pada ofismate mek, 36 orang yang mek tanya, hanya seorang sahaja jawapannya betul. Memang kita sebenarnya patut masuk kuis sejarah setiap tahun untuk ingat balik kisah sejarah merdeka.

Bila anak dah masuk taska dan tadika, kena pulak tadika yang aktif buat program, menyabut Hari Kemerdekaan adalah semestinya. Bila balik rumah tengok ada notes daripada kakak guru Amani yang menyatakan pada hari Khamis 22 Ogos 2019 adalah Hari Sambutan Kemerdekaan peringkat Taska dan Tadika Homalee, mek sangat teruja ! Bila dapat tahu yang anak-anak perlu pakai baju Jalur Gemilang pada Hari Sambutan Kemerdekaan, terus dalam kepala keluar macam-macam idea.

Mek bagitahu spouse tentang hal ini tapi dia kurang menyambut baik pada awalnya. Katanya anak-anak masih kecil, bukan tahu apa pun. Tapi disebabkan mek dah lama pendam perasaan nak sambut Hari Kemerdekaan pada usia sekarang namun tak dapat-dapat (bukanlah tak dapat, tapi tak semeriah waktu persekolahan dulu), terus mek justify sehingga spouse akur dan bersetuju untuk beli bendera dan terus ke tailor untuk jahitkan baju.


Well, ketika kanak-kanak ni lah kalau nak bagi peluang pada anak merasai nikmat sambut Hari Kemerdekaan. Bila dah tua, dah bekerja macam kita sekarang ni mana ada dah nak menyanyi lagu Jalur Gemilang, nak kibar Jalur Gemilang kat jalanan, nak tengok perarakan. Yang tahu, 31 Ogos adalah hari cuti umum, best rehat di rumah atau best rancang percutian ke mana-mana. Sebenarnya mek dah tak seronok dengan budaya itu.

31 Ogos adalah hari betul-betul nak sambut Kemerdekaan. Kalau boleh pagi nak tengok perbarisan, balik rumah nak tengok filem Kemerdekaan je semua. Lebih seronok kalau dapat adakan majlis Solat Hajat atau Solat Syukur sebab diberi Kemerdekaan. Susahnya orang dulu-dulu minta kemerdekaan dengan British. Susahnya nak dapatkan Malaysia pada hari ini. Disebabkan kesenangan yang mudah, kita lupa dan kita rasa tak perlu ambil tahu lah dengan sekeliling, yang penting hidup aje.


Amani dan Amzar memang teruja juga bila tengok baju Merdeka diaorang. Bangun pagi tu pun gembira je nak ke sekolah. Mummynya apatah lagi, memang dah lama tunggu saat macam ni. Berapa duit habis pada baju Jalur Gemilang pun tak kisah asalkan ada memori anak pakai baju Jalur Gemilang. Asalkan nanti boleh buat album kenangan, boleh tunjuk pada mereka bila dah besar nanti. Mummy work hard okei nak dapatkan baju korang ni. Do appreciate it.




Disebabkan mek terlebih patriotik tahun ini, maka mek rasa mek nak raikan Hari Kemerdekaan ke 62 ini dengan korang. Disebabkan mek rasa kita semua patut menghargai Malaysia dengan lebih, maka mek nak taja siapa yang jawab dengan betul soalan mek ini. Tapi pemenangnya hanya seorang sahajalah. Mek akan guna perkhidmatan random.org kalau jawapan yang betul lebih dari satu. Faham, kan? Kalau tak faham boleh DM mek kat IG.

Sekian ..

26 comments

  1. Wowww..menarik ni mek. Nak cuba la nasib. Tunjuk patriotik juga..hehe

    ReplyDelete
  2. comelnya kedua-duanya. baju tuh lagi tambah kecomelannya hhehehe.. Selamat hari merdeka 2019. tapi bila kita dah dewasa ni perkara2 ni selalu tak amik endah pun lah

    ReplyDelete
  3. cantiknya baju2 anak mek. Mmg semangat kemerdekaan sungguh.

    ReplyDelete
  4. Me also like Merdeka Celebration a lot. I still remember Merdeka 2017 celebration kat opiz dulu. I was the manager of the event and it was an awesome experience. I paling suka tulis speech.

    ReplyDelete
  5. Ada kawan pun siap jahit baju anak dia untuk merdeka sebab nak pakai kat sekolah. Nampak patriotik je pakai baju macam tu.

    ReplyDelete
  6. terkenang last year, semlman buat kan baju merdeka izzat. last minit.
    seronok kan anak.
    bagi diorang bersemangat bila tiba 31 ogos.
    biar anak tahu bhw 31 ogos hari yg penting :)

    ReplyDelete
  7. betullll. dah dewasa ni rindu nak sambut meredeka macam zaman sekolah dulu..

    ReplyDelete
  8. Seronoknya dapat tanamkan semangat cinta pada negara. Pada waktu yang sama ada pihak2 yang semai kebencian. haha. Sabar n doa sahaja

    ReplyDelete
  9. Comelnya 2 beradek ni berpakaian baju bendera heheh. Ayu tahun ni baru first time beli untuk ameer sbb dia excited nak sambut merdeka kat sekolah

    ReplyDelete
  10. Wahh.dh dm mekyunie dekat instagram. Nanti tengok ye. Semangat kemerdekaan kian terasa. Dulu sanggup keluar dgn kwn2 nak tengok bunga api. Tapi sekarang dh slown. Org kita ramai yg sambut dkt rumah tk mcm dulu2

    ReplyDelete
  11. Wow.. menarik ni.. nak cuba jugak la nanti if berkesempatan. Seronok tengok anak2 berpakaian dr jalur gemilang ni. Anak kak liez dekat kindergarden pun hari-hari buat aktiviti tentang hari merdeka. Semangat diaorng.

    ReplyDelete
  12. Ala comelnya dua beradik ni. Semangat nak merdeka ye. Bagus la dari kecik terapkan semangat kemerdekaan. Tahniah

    ReplyDelete
  13. Satu inisiatif menarik untuk semarakkan semangat kemerdekaan di kala semangat itu mula hilang dalam kalangan rakyat. Rindu masa sekolah, mmg sambutan hari merdeka sangatlah meriah.

    ReplyDelete
  14. Kita pun dh lama tak smbut merdeka.. Tunggu anak2 sekolah baru dpt rasa kemerdekaan ni kot.. Haaha.. Ayoyo.. Tapi bgus dari kecil ajar ape tu mefdeka.. Pakai baju merdeka.. Mesti diaorg excited.. Tengok muka dua beradik ni pun gembira habis. Cantik baju

    ReplyDelete
  15. Wah! semangat patriotik yang macam ni yang kita inginkan ehh!
    Menarik dan comel sangat tengok Amani dan Amzar pakai baju jalur gemilang tu.
    Macam best je GA ni macam nak joinlah ;-)

    ReplyDelete
  16. OMG so cute la their outfit, so creative. This really makes me miss my school day we even use to paint our faces.

    ReplyDelete
  17. Cute nya depa...
    Happy Merdeka Day Mek.. :)

    ReplyDelete
  18. Alala comelnya, tak sabar tunggu anak sekolah haha nak buat cantik2 juga

    ReplyDelete
  19. Semangat kemerdekaan bagus btl sematkan semangat tu kat anaj2 comel btl..

    ReplyDelete
  20. alahai comelnya baju kurung bendera malaysia. bersemangat nak sambut hari merdeka ye. mesti seronok budak-budak ni dapat berarak

    ReplyDelete
  21. Wah bersemangat mereka ye.. Cantik2 pakai baju kemerdekaan... Betul dh berumur ni kita bukannya aktif mcm masa kcik2.. So dgn anak2 la kita dpt merasai semangat merdeka lagi dgn semangat yg tinggi..

    ReplyDelete
  22. alahaii comel baju anak-anak... moga anak2 dpt belajar erti merdeka yg sebenar..:)

    ReplyDelete
  23. Done follow mek #323. Woww menariknya hadiah. Nak join lah InsyaAllah semoga ada kesempatan masa . Btw, sekolah anak saya pon buat sambutan merdeka n anak terpilih untuk join baju traditional. Seronok tengok dorang

    ReplyDelete
  24. Comel je Amani dan Amzar. Wah ada contest! Kalau hotel tu, kena pilih hotel yg ada harga siling ke? 😁

    ReplyDelete