Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..
Entry ini mungkin ringkas sahaja kerana mek hanya nak share satu tempat yang korang #mustgo #mustvisit bila #jalanjalanterengganu . Ini cubaan kali kedua mek untuk ke sini memandangkan pada cubaan mek yang pertama adalah gagal dek kerana terputus bekalan elektrik. Yang mek nak sangat korang merasai sendiri adalah Restoren Lempeng, Marang, Terengganu. Lempeng yang dibuat bukan lempeng biasa-biasa namun signature kepada Terengganu iaitu Lempeng Nyior.
Bila sebut lempeng nyior, mek ingatkan lempeng kosong dan dimakan bersama nyior / kelapa yang diparut. Alah, macam kita makan pulut pagi lah (ke korang tak kenal rupa pulut pagi cam mano?). Tapi sangkaan mek memang meleset terus bila dihidangkan di depan mata sehinggakan mek tanya Sis Gee, 'mana nyior?' . Terus berdekah satu meja. Haa jom lah tengok gambar-gambar yang sempat mek snap untuk kenangan dan pemberitahuan kepada korang.
Lempeng Nyior
Lempeng Nyior ni sebenarnya nyior / kelapa muda yang diparut dan diadun bersama lempeng kemudian baru dibakar untuk dihidang. Dimakan pula dengan kuah kari seperti roti canai. Tahap sedapnya tu boleh menggantikan roti canai dan tak cukup sebiji. Kena dua atau tiga biji sorang lah. Eyh, atau mek je yang overload bab makan roti-roti nih. Tapi serius, kalau korang ke Terengganu kena singgah sini untuk merasai sendiri. Tak viral pun, cuma signature Terengganu.
Rojak Kateh
Rojak Kateh ni pun makanan yang signature kepada Terengganu. Takkan ada ditempat lain. Kalau ada pun maknanya orang Terengganu lah tu yang jualnya. Ini pun satu jugak menjadi bahan gelak tawa beramai-ramai / jemaah. Kalau ikutkan makanan Rojak di Kelantan, ianya banyak bahan yang dicampurkan bersama, contohnya Rojak Mee, ada mee kuning, ada taugeh, ada kuah kacang, ada timun batang. Namun berbeza dengan Rojak Kateh.
Lupa nak bagi tahu korang yang Kateh ni sebenanrnya daging lembu yang dagingnya pada bahagian kaki. Kiranya macam muscle lembu lah. Kalau kami di Kelantan panggil Keting. Kalau korang di negeri masing-masing mesti ada juga namanya cuma mek je yang tak tahu dengan lebih mendalam. Rasa Rojak Kateh ni seperti colek keropok lekor, ditambah air menjadi cair sedikit dan dimakan dengan daging lembu yang direbus empuk. Haa gitu, sedap jugak lah.
Lokasi Restoren Lempeng, Marang
Restoren Lempeng, Marang ni senang je nak cari. Tepi jalan betul-betul, dekat sangat dengan Ce' Wer Chalet . Tepi Restoren Lempeng ni Pantai Rusila, Marang. Tempat mek photoshoot baru-baru ini. Nampak samar-samar / 40% Pulau Kapas daripada Restoren Lempeng ni. Bagi mek, satu tempat yang korang kena datang dan cuba sendiri signature Terengganu walaupun kedainya biasa-biasa dan tak viral. Tapi hidangannya tu legend, tak banyak kedai dah yang ada menu sebegini. Google Restoren Lempeng, keluar maps, nombor phone dan segala maklumat lain.
Sekian ..
keting.
ReplyDeleteaida pernah makan di kota bharu. sup.
ok la. like it.
marang ni aida kerap lalu if balik dari tganu ke melaka.
pot utk aida & asben singgah beli kepok dan satar.
tapi tak pernah stop makan2 kat kedai, mek.
one day maybe aida kena try, kan :)
tq for sharing mek. lempeng ni sedap di makan bila2 masa kan.
Wahhhh kalau sup urat keting pernah la cuba tapi kalau keting buat rojak first time dengar ni. Lempeng ni selalu saya makan dengan sambal tumis ikan bilis.
ReplyDeletesedapnya. akak memang suka makan lempeng ni. cicah pula dengan kuah kati, emphh puas hati. owh ada ya rojak urat keting ni? belum pernah makan lagi.
ReplyDeleteOwh rojak keting.
ReplyDeleteLempeng kelapa tu nampak sedap
Sedap ni lempeng nyor cicah dengan kari. Mau bertambah dibuatnya haha. Kalau ke sana nanti nak cubalah makan kat restoran tu
ReplyDeletewww.maisarahsidi.com
Ok pergi terenganu nanti bolehlah try makan dekat sini. Nampak sedap lempeng tu.. Fav lempeng cicah kari tau!
ReplyDeleteAduhaii.. AM mmg suka makan lempeng nie.. Mmg makanan kegemaran.. Kalu dapat dua keping AM balun sorg.. Nnti ke Terengganu, am nak cuba juga la.. Nmpk sedap..
ReplyDeletewah.. lempeng.. favorite harraz ni.. dah lama tak makan lempeng.. rojak keting tu unik.. TB tak pernah makan lagi.. kalau sampai terengganu leh la try makan sini
ReplyDeleteselalu jugak makan lempeng kelapa masa study dekat uitm segamat dulu. rojak kateh tu nampak sedap lah! First time tahu kewujudan dia, boleh masuk dalam list wajib cari ni
ReplyDeleteSedapnye lempeng..trus lapar tgok lempeng tue nak2 time ujan mcm nie..lagi sedap kalau dapt cicah ngn sambal tumis ikan bilis..
ReplyDeleteSedap ni! Dulu cx ingat lagi masa dtg jenjalan ke ganu rumah roomate. Sarapan pagi³ dah hidang nasi dagang..hehe bilalah dpt pergi ganu lagi
ReplyDeletetak pernah makan lempeng nyior..tapi nampak sedap ni..kuah dia pekat betul ye..kene cubalah kalau pergi jalan2 sana..
ReplyDeleteSedapnya lempeng kat sini. Suka dengan kari dia nampak pekat dan sedap. Blh rekomen restoran ni kat sesiapa yg suka lempeng
ReplyDeleteNampak sedap lempeng tu...tmabah pulak kuah cicah dia menarik...kalo p terengganu boleh laa singgah kt sini merasa lempeng ni..
ReplyDeletewa the food serve at Restoren Lempeng, Marang look really delicious. I shall give it a try in future.
ReplyDelete👍
ReplyDeleteDah lama tak buat lempeng kat rumah, but the one you ate at kedai looks more delicious
ReplyDeleteKenapa la buka nie waktu cenggini? Nie yang buat lapo balik nie (walhal tadi dah bekpes memacam)
ReplyDeleteSedapnya lempeng tu - cicah siap ada
Lama betul tak gi ganu lah. boleh lah masuk kedai ni dalam list kalau nak makan kat sana.
ReplyDeleteLama tak makan lempeng.. Kalau org Kedah panggil peknga... Sedapnya.. Lagi2 yg arwah tok buat.. Fuhh rindu btul
ReplyDeleteWhat is a blogging site where people give a lot of quick feedback?
ReplyDeleteMy site : 휴게텔