RAMAI YANG MELATAH DENGAN CERAMAH ZAKIR NAIK DI KELANTAN

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Fuhh, Malaysia sekarang hebat dengan kontroversi. Lepas satu dan satu yang keluar. Ada yang rasa nak ambik port, ada yang rasa patut diabaikan. Selain dari membuat komen di sosial media yang mungkin hanya mengundang perbalahan sahaja, ada baiknya jika mek coretkan sahaja di blog. Ianya tetap peribadi namun terbuka untuk orang lain membaca. Dan mek pun tak pasti kenapa lately ni mek ambik port dengan isu semasa. Agaknya itu lebih seronok, kot.

Kisah Dr Zakir Naik kini menjadi trending di mana-mana portal berita, selain daripada cerita kematian Nora Anne. Yang pasti, kisah Syed Danial dah macam membisu selepas seminggu netizen duk kecam Uncle Chinese tu. Kini, kisah rasis berputar kembali namun ianya melibatkan betul-betul politikal yang hebat kerana kenyataan-kenyataan daripada pihak kementerian juga. Dan ianya bagaikan satu kejutan juga kepada mek walaupun mek bukanlah berminat dalam bidang politik.

Ayat Dr Zakir Naik yang menjadi kontroversi :


Selaku rakyat Malaysia yang coraknya adalah demokrasi di mana kata-kata rakyat adalah berharga kepada kerajaan dan setiap kata rakyat boleh dilontarkan (dengan pendapat yang hemat dan cermat) kepada kerajaan, mek juga terasa nak memberitahu kepada semua yang apa kita ketengahkan sekarang adalah tidak begitu seiring dan menyebabkan banyak yang pecah belah, ayat mudahnya adalah : setiap kenyataan daripada netizen berlainan bangsa semuanya dilihat bagaikan rasis.

Dari kisah Syed Danial, sekecil-kecil kemalangan namun yang membawa kepada kematian - dipolitikkan dan secubit unsur rasis menjadi perasa kepada kes ini untuk bertambah hebat. Kini, kenyataan Dr Zakir Naik pula dirasiskan dan dipolitikkan. Tapi cuba kita putarkan kembali klip video yang diucapkan oleh Dr Zakir Naik menerusi ceramahnya yang berlansung di Kelantan pada 09 Ogos 2019, akar / umbi ceramah tersebut adalah mengenai tersebarnya Islam. Kemudian Dr Zakir Naik ada mengatakan mengenai soal tetamu Cina yang perlu pulang sebelum dia pulang ke India.

Ulasan menteri mengenai kenyataan Dr Zakir Naik :


Ramai juga menteri yang 'melatah' dengan bait-bait ayat yang dinyatakan oleh Dr Zakir Naik. Tentunya mereka tidak senang dengan apa yang diperkatakan oleh Dr Zakir Naik. Malah kenyataan daripada Dr Zakir Naik di anggap sebagai mengganggu keharmonian kaum di Malaysia. Pada mulanya isu ini tidak begitu hangat namun bila campur tangan, kenyataan keluar dari mulut menteri, dan ada menteri yang menentang maka ianya menjadi hangat sehingga netizen pun turut mengeluarkan komen-komen di media sosial. 

Hebatnya juga bila beberapa negeri telah melarang Dr Zakir Naik masuk ke negeri mereka bagi mengelakkan daripada Dr Zakir Naik memberi ceramah, takut sekali lagi menyentuh sensitiviti perkauman di Malaysia. Lagi pula, kenyataan Dr Zakir Naik tempoh hari di Kelantan belum lagi reda, malah diperhebatkan lagi bila Dr Zakir Naik di 'jemput' untuk memberi keterangan di Bukit Aman. Hasil daripada soal siasat, Dr Zakir Naik pula meminta 4 menteri Malaysia untuk meminta maaf kerana mengeluarkan kenyataan seolah-olah Dr Zakir Naik menjadi punca tercetusnya isu perkauman ini.

Dan sehingga kini, tiada lagi permohonan maaf dari menteri yang terlibat. Dan Dr Zakir Naik juga masih dalam siasatan samada hak Penduduk Tetap yang diberikan oleh kerajaan terdahulu, akan ditarik balik ataupun diteruskan namun mengikut syarat lebih ketat. Sehingga sekarang juga, Dr Zakir Naik tidak disabit kesalahan atau akan dibicarakan. Pihak polis hanya menjalankan tugas dengan mengambil keterangan rasmi daripada Dr Zakir Naik sahaja. Dalam keterangan terbaru (19 Ogos 2019), Dr Zakir Naik meluahkan dan membuat permohonan maaf kepada rakyat Malaysia kerana kenyataan yang diberikan melalui ceramah di Kelantan tempoh hari, menyebabkan ramai orang salah anggap dan berperang mulut. Pun begitu, Dr Zakir Naik meminta untuk mereka yang tak menonton ceramahnya di Kelantan, perlu menonton secara penuh di Youtube bagi memahamkan isi kandungan / perkara yang dikatakan oleh Dr Zakir Naik.

Deem-kan politikal, bold-kan agama :

Mek bukan arif dalam politikal, mek juga bukan arif dalam agama. Kiranya follower politikal yang biasa-biasa namun bab agama kalau boleh nak polish bagi sampai layak masuk syurga. Mek tak bermaksud dalam entry ini untuk berhujah melawan menteri. Yes, sebab manusia ada pandangan masing-masing dan pegangan masing-masing. Cuma, bila isu agama dipolitikkan, di jadikan sebagai bahan untuk berpecah, mek rasa kita semua tahu apa perlu buat.

Kenapa diri kita sebagai muslim, meletakkan politikal sebagai sandaran melebihi kita pegang agama untuk memberi kenyataan. Mek sayangkan Cina dan India. Mek ada kawan Cina dan India dan kami di Kelantan ada lagi satu kaum Siam. Mek sayang mereka, mek berkawan dengan mereka malah papa mek juga Cina, Grandpa juga migran dari Australia, arwah Baba juga dari Pakistan. Adakah mek digelarkan sebagai lain-lain bangsa? Atau mek juga salah seorang 'tetamu' di sini? Tidak begitu maksud Dr Zakir Naik.

Kalau betul pun Dr Zakir Naik maksudkan Cina perlu pulang, apalah sangat kuasa yang ada pada Dr Zakir Naik? Pada hemat mek, kenyataan Dr Zakir Naik hanya mem-bold-kan pada mereka yang berasal dari tanah Cina dahulu. Dan masih ada lagi ke nenek moyang yang berasal dari negara Cina asal, masih hidup di sini? Kita yang dah pegang IC Malaysia kenapa nak melenting? Kenapa kita perlu bash, perlu hasut orang untuk membenci juga?

Dalam Malaysia, lebih banyak nak diulaskan, dibincangkan mengenai soal rakyat. Ini betul tugas politikal. Nak sangatkan ada kuasa pegang jawatan, jadi suluh kepentingan rakyat terlebih dahulu berbanding isu-isu rasis yang hanya bagai angin lalu je sebenarnya jika kita tidak memperbesarkan. Yang jadi makin hangat bila mana mereka yang ada jawatan berbunyi. Dah pegang IC Biru tu diam-diam dah la. Dr Zakir Naik tak kata kat kita pun.

Apa-apa pun, letaklah agama sebagai nombor satu dan politik akan menyusul jadi elok dan cantik. Mek percaya itu sangat-sangat kerana Rasulullah juga ada politikal Baginda tersendiri namun masih memegang umbi agama dalam setiap urusan dan pertuturan. Emosi kita kadang dikawal syaitan kerana kita bukan maksum seperti Nabi. Namun, sentiasalah beringat untuk tegakkan agama, jangan kerana bangsa, agama tergadai. Bangsa takkan dipersoal pada mahsyar kelak. Yang dipersoal adalah agama. Ingat tak?

Sekian ..

11 comments

  1. tak silap nyer, ZN da pohon maaf, kan,mek.
    dia kata, please dgr the whole of ceramah dia. jgn quote sebahagian. then we will know the truth.
    pada aida, meskipun aida lom dgr the whole, aida x rasa ZN perlu dilayan sebegini.
    skit dia ckp, seolah2 dia dah bersalah dari awal. x boleh.
    sabar.
    nilai.
    siasat.
    baru la diviralkan. baru la dibahaskan.
    main dia adalah agama, bukan bangsa.
    dan pe yg dia ckp adalah fakta, bukan auta.
    sedih aida bila perkara sebegini terjadi. bukan aida sebelahi ZN. but cara kita, malaysian, react to such a simple situation.
    before ada speech by ZN ni pun, kita memang ada problem on racism, kan.
    so, what???

    ReplyDelete
  2. I don't like those racist person like him. Always like to create something which is not true and makes Malaysians feel confuse.

    ReplyDelete
  3. Wo....... I don’t like to comment on political and racist issues. Btw, your writing is good. Keep up the good work. Take care.

    ReplyDelete
  4. Doa dan solat hajat kepada Allah. Kerana kerajaan sekarang tidak memihak kepada Islam secara totally. Sabar jela next PRU kita buat yang lebih baik.

    ReplyDelete
  5. Moga semua dibawah lindungan Tuhan. :)

    ReplyDelete
  6. Semoga negara Malaysia aman sentiasa. Tak perlu bersikap racist. Tak berani nak komen lebih pasal politik

    ReplyDelete
  7. Maaf kita tak ada apa nak komen pasal isu ini apa yang kita tahu Malaysia perlu jaga keamanan dan juga perkara yang telah termaktub dalam undang-undang serta jangan sekali melepasi batas kerana itu membuka ruang untuk pertelengkahan..

    ReplyDelete
  8. Xtau nk komen ape nie bab politik ke ape ke kite tak amik port la..huhuu..smoga negara malaysia aman sentosa

    ReplyDelete
  9. Tak ada apa2 yang sis nak komen, kang komen lebih2 nanti takut pula terjadinya fitnah, baik sis diam dr berkata kata. Apa yg boleh sis kata hanyalah semoga negara kita ini aman damai

    ReplyDelete
  10. Rawlins kalau boleh tak nak tau pun pasal menda sebegini sebab Rawlins sayangkan negara Rawlins dan rakan-rakan Rawlins semua. Moga dijauhkan segala malapetaka.

    ReplyDelete
  11. huda pun x minat nak amik port hal2 macam ni.. semoga segala urusan dipermudahkan la yer. dan malaysia aman damai jer xde isu2 yang buat rakyat keliru

    ReplyDelete