PESTA WAU PERINGKAT ANTARABANGSA KALI KE 37

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Pesta Wau Peringkat Antarabangsa bukan lah kali pertama berlansung di Pantai Geting, Tumpat, Kelantan. Tapi pada 2019 ini adalah kali ke 37 sambutan ini diadakan. Sebelum-sebelum ini pun mek ada menghadirinya namun tidak dijadikan sebagai entry khusus maka kenangan pada tahun sebelum ini kian pudar begitu sahaja. Jadi, tahun ni tak nak berulang lagi kesilapan lalu maka mek letakkan di dalam blog mek ini sebagai kenangan dan juga informasi kepada korang.



Pesta Wau Peringkat Antarabangsa ini bukan sahaja orang Kelantan yang menyertainya. Malah ada lebih 14 buah negara lain seperti China, New Zealand, England, Korea dan lain-lain lagi menyertai Pesta Wau ini. Wau sememangnya sinonim dengan permaianan tradisional negeri Kelantan akan tetapi disambut baik oleh orang warga asing untuk menyertainya. Walaupun mereka tidak me-reka wau bulan seperti orang tempatan, tetapi rekaan mereka amatlah kreatif.


Program anjuran Pusat Penerangan Pelancongan dan Kebudayaan (TIC) ini memang membuka ruang kepada penduduk tempatan untuk menjana pendapatan dengan menganjurkan Pesta Wau Peringkat Antarabangsa di Pantai Geting, Tumpat, Kelantan. Bukan sahaja penduduk Kelantan yang datang malah yang Terengganu dan Pahang juga turut hadir sama untuk memeriahkan pesta ini. Mek sendiri tak lepaskan peluang untuk menjadi saksi kehebatan pesta ini.

Gambar-gambar di bawah ini adalah antara yang sempat mek rakam ketika hadirkan diri ke Pesta Wau Peringkat Antarabangsa kali 37. Pesta ini berlansung selama 3 hari dari 29 hingga 31 Ogos 2019. Sepanjang tempoh 3 hari pelbagai program yang ada contohnya Wau Bercahaya, pertandingan lain-lain untuk kanak-kanak dan wanita. Yang sempat mek tengok adalah Majlis Perasmian dan Penutup Pesta Wau Peringkat Antarabangsa kali ke 37.

  







InsyaAllah tahun hadapan kalau diperkenankan lagi, dapatlah dianjurkan lagi Pesta Wau Peringkat Antarabangsa ini. Sempena dengan #visitkelantan2020 boleh lah korang rancang untuk datang ke Kelantan pada berlansungnya pesta ini. Untuk maklumat lanjut korang boleh tengok laman sesawang TIC untuk tahu info semasa program yang dijalankan di Kelantan. Boleh lah korang blok tarikh untuk ke sini. Banyak lagi tarikan di Kelantan. Jom #visitkelantan2020 .

Sekian .. 

17 comments

  1. Wah, menariknya festival ni. Macam-macam bentuk wau ada. Anak-anak suka lah kan tengok wau yang unik.

    ReplyDelete
  2. Dari Korea pun join! Memang international habis. Terbaiklahhh Wau sekarang ni. And kita baru tengok kawan kita shoot untuk promo Wau ni kat Kelantan. Cantikkkk sangat! Couldn't wait untuk promo tu keluar jugak.

    And definitely kena go Kelantan ni! I tak pernah go Kelantan tapi teringin nak pi!

    ReplyDelete
  3. Menarik sangat ada macam-macam jenis wau yang kita dapat lihat kat sini dengan pelbagai bentuk serta juga pelbagai negara yang sertai.. Kita nak juga tengok buat lah kat KL tahun depan hehehehe bagi orang seluruh negara dapat tengok..

    ReplyDelete
  4. Suka dengan event mcm ni. Best bila tengok di langit penuh dengan wau. Tak sangka ya negara lain pun ada yang sertai. Terima kasih atas perkongsian ya

    ReplyDelete
  5. Bestnye. Nanti nak repeat lagi pegi kelantan tahun depan. Boleh tengok pesta wau.

    ReplyDelete
  6. Wow seronoknya.. best dapat pergi tgk pesta wau ni. Sesekali bawa anak2 untuk belajar tentang permainan tradisi ni. Wah cantik-cantik dan unik

    ReplyDelete
  7. Selalunya pesta wau kat Pasir Gudang kan...Tapi tak kisahlah kat mana pun, yang penting evemt macamnie memang best...

    ReplyDelete
  8. Tak sempat nak pergi hari tu.. kalau tak mesti best ni

    ReplyDelete
  9. Seronoknya tengok muka 2 beradik tu menikmati suasana festival wau. Kat pasit gudang pun ada tapi festival layang2. Lama dah nur tak pergi. 3 tahun agaknya. Paling gah bila tengok wau berterbangan di udara. Dengan bunyi dia lagi. Wow sgt!

    ReplyDelete
  10. Syok nya. Sekarang ni musim berangin ke di nung? Pesta wau kat ganu besenye hujung tahun

    ReplyDelete
  11. Wahhh menariknya festival ni. Syok kalau banyak tempat anjurkan festival ni. Secara xlangsung leh bg pendedahan pd anak2

    ReplyDelete
  12. Keren yaaa, banyak layangan besar yang terbang. Buat instagramable bagus juga ini. Ditambah buat pendidikan anak usia dini. Mereka pasti seneng berbaur dengan acara ini..

    ReplyDelete
  13. Syoknya dpt tengok kt pesta wau.. Kita dulu suka tengok tp sekarang tak kesampaian dah.. Sbb dh jarang ada... Dulu kecik2 selalu jakun dgn wau terbang ke atas. Hahah

    ReplyDelete
  14. Best betul..macam-macam jenis wau boleh tengok.. Seronok bebudak tu.. Banyak angin.. Menarikla.. Lama tak main wau ni.. Dulu kecik2 buat sendiri.. Haaha

    ReplyDelete
  15. Wah.. ada fedtival Wau Antarabangsa nedti best tgk mcm2 ajtiviti kat sini

    ReplyDelete
  16. Tak penah lagi tengok depan mata. Teringin jugak. Mesti anak happy tengok. Hope ada rezeki pegi kelantan. Macam2 ada kat sana sampai kuali pon ena pakai dari kelantan taw. Hehe..

    ReplyDelete
  17. Pernah sekali tgk pesta wau camni tapi masa tu kat kedah! Memang menarik

    ReplyDelete