PERSIADAAN MENYAMBUT TAHUN BARU ISLAM

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Dalam bahang kita nak sambut kemerdekaan negara ke 62, masih ada lagi satu sambutan yang kita semua umat islam akan menyambutnya iaitu Awal Muharram, Tahun Hijrah yang baharu. Selamat datang 1441H. Awal Muharram ini akan kita sambut dengan baik insyaAllah pada hari Ahad, 01 September 2019 ini. Jom kita recap sedikit sebanyak apa yang sepatutnya kita 'prepare' untuk menyambut tahun baru dalam islam.


Doa Akhir dan Awal Tahun


Dibaca ketika selepas waktu Asar sehinggalah sebelum masuk waktu Maghrib pada hari akhir Zulhijjah. Fadilat membaca doa ini sebanyak mungkin adalah terlindung daripada tipu daya syaitan dan moga-moga diberi keampunan untuk dosa yang telah dilakukan pada tahun lalu.


Doa Awal Tahun dibaca mulai waktu Maghrib 1 Muharram sebanyak 3x. Fadilatnya juga hampir sama iaitu meminta perlindungan daripada malapetaka dan tipu daya syaitan. Semoga kita semua terlindung dan diberi ketaqwaan yang lebih pada tahun mendatang.

Qiamulail & berpuasa 10 hari pada awal Muharram

Antara amalan sunat lain untuk menyambut kedatangan tahun baru islam adalah dengan mengadakan qiamulail dan juga berpuasa 10 hari pada awal Muharram. Dalilnya mek tak dapat sahkan tapi qiamulail dan puasa sunat sahaja sudah cukup untuk menampakkan kebaikan, ganjaran pahala dan permulaan yang baik pada awal tahun hijrah. Kalau boleh diamalkan sehingga ke hujung tahun, alhamdulillah. Kalau tak boleh, buat setakat yang boleh. InsyaAllah sama-sama kita mencari pahala untuk bekalan akhirat nanti.

Kalau semua dapat buat perkara di atas, memang Islam kita hebat. InsyaAllah. Ada juga orang yang rasa nak buat tapi katanya limited sebab tak ke masjid. Tak semestinya. Kita boleh sahaja buat di rumah, bersama keluarga mahupun sahabat yang lain. Lagi elok jika kita ada buat makan-makan sikit selepas selesai semua tadi bagi meraikan tahun baru islam. Kiranya macam adakan kenduri doa selamat untuk kita hadapi sepanjang tahun ini. Moga-moga diperkenankan.

Sekian ..

10 comments

  1. Informasi ini sangat bermanfaat. Apalagi buat generasi penerus kita terutama umat Islam. Saya pun inshaAllah akan mengamalkannya. terimaksih sudah berbagi info bermanfaat seperti ini.. Jazakallah Khairan..

    ReplyDelete
  2. Salam , selamat menyambut awal Muharram, semoga kita lebih baik dari sebelum ni

    ReplyDelete
  3. Adeh. Terlupa pulak nk baca doa ni. Tak ada org ingatka pulak. Lambat baca entry ni 😅😅. Selamat menyambut kemerdekaan Malaysia dan awam muharram ye. Moga tahun ni lebih baik dari sebelumnya

    ReplyDelete
  4. Tq for sharing, doa ni mmg bagus utk kita amalkan, jika kita nk mulakan bisness atau buka kedai elok bermula dgn thn baru ni

    ReplyDelete
  5. selamat tahun baru maal hijrah. tak sangka kejap je masa berlalu kan. perkongsian menarik untuk kita amalkan kat di tahun baru ni

    ReplyDelete
  6. selamat tahun aru hijriah, semoga di thn ini kita bisa menjadi pribadi yang lebih baik lagi

    ReplyDelete
  7. Baru I tau sekarang yg sambut Maal Hijrah ni kena ada preparation jugak. Thanks for sharing the knowledge :)

    ReplyDelete
  8. I'm extremely impressed with your writing skills as well as with the layout on your blog. Is this a paid theme or did you customize it yourself? Anyway keep up the nice quality writing, it is rare to see a great blog like this one these days ..

    my web page; 대구오피

    ReplyDelete