MENANG VOUCHER PETROL SEMPENA MERDEKA KALI KE 62

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Sempena bulan kemerdekaan ini, tentunya banyak peraduan untuk kita semua cuba, seterusnya jika ada rezeki, dapat lah menang hadiah, kan? Siapa yang tak suka dengan hadiah. Walaupun kecil nilaiannya, tetap seronok sebab dapat hadiah. Ini pun mek nak war-warkan satu peraduan / kempen yang korang boleh sertai untuk menang VOUCHER PETROL RM50 ! Kalau mek, dah penuh satu tangki kereta. Boleh jalan-jalan sempena cuti merdeka nanti.


Nak tahu lanjut tak? Baca sehingga habis terma dan syarat yang korang perlu patuhi :

Langkah pertama : Daftar MyBSN 


Untuk korang yang belum ada akaun MyBSN, korang perlu daftarkan di website BSN dan ambik First Time Registration seperti dalam gambar di atas. Bagi mereka yang dah ada akaun MyBSN, korang boleh skip step ini dan terus login untuk membuat pembayaran bil.


Sebelum korang daftar, haruslah bersetuju dengan terma dan syarat yang pihak BSN tetapkan. Baca sehingga habis ye. Kalau tak nak baca, rasa panjang sangat, skrol sehingga ke bawah kemudian tekan 'accept' seperti dalam gambar di atas. Baru lah korang akan ke page seterusnya.


Di sini korang kena isikan butiran diri, akaun korang dan yang paling penting ada KAD ATM. Kalau tak ada kad ATM, perlulah ke cawangan terlebih dahulu untuk dapatkan kad ATM. Tapi mek percaya, sekarang semua dah ada kad ATM, kan? Sebab arahan Bank Negara Malaysia, setiap pemegang akaun simpanan perlu ada kad ATM. Jadi isi sepenuhnya dan tekan 'next' untuk dapatkan pengesahan akaun. Ikut sahaja arahan, tak susah dan tak pening pun. Crystal clear punya arahan.

Langkah kedua : Add bil anda ke 'Favourite List'


Bila dah dapat login, korang perlu ke 'My Favourite List' seperti dalam gambar di atas. Ini bagi melayakkan korang untuk sertai peraduan ini. Kalau korang tak buat sebagai favourite, transaksi tadi tidak akan diambil kira dalam peraduan / kempen ini. Kiranya korang hanya bayar macam biasa je lah. Rugi lah kan. Alang-alang tengah ada kempen ni, baik 'add to favourite' terus.


Bila dah tekan 'My Favourite List', tekan pula 'Favourite Bills' kemudian 'Add Bill' atau 'Add JomPAY Biller'. Kalau mek, mek lebih senang guna khidmat JomPAY sebab diaorang pakai kod. Disetiap bil yang kita dapat ada JomPAY kod. Kalau bil korang takada, boleh lah ambil 'Add Bill' biasa. Kaedahnya sama sahaja. Tetap bayar bil dan tetap sampai kepada akaun mereka. Ikut apa yang memudahkan korang.

Langkah ketiga : bayar bil melalui 'Biller Bank' atau 'Jom Pay'


Dah 'add to favourite', sekarang boleh lah membuat pembayaran bil. Ambil sahaja 'bill payments' seperti di dalam gambar dan masukkan butiran bil yang korang nak bayar tu. Mudah sahaja. Tapi jika instruction yang mek bagi ini memeningkan korang, boleh hubungi 1300881900 untuk dapatkan bantuan. Pihak khidmat pelanggan akan membantu korang untuk selesaikan pembayaran bil ini. Dan kalau korang ada apa-apa persoalan lain pun, diaorang akan jawab. 

Syarat untuk menang

Penyertaan bagi bilangan entri paling banyak akan dipilih sebagai pemenang. Sekiranya terdapat jumlah penyertaan yang sama, transaksi dengan nilai bayaran bil paling tinggi akan dipilih sebagai pemenang.

Contoh 1 : A vs B

Jumlah transaksi A : 20 urusan bayaran bil
Jumlah transaksi B : 18 urusan bayaran bil

Pemenang : A

Contoh 2 : A vs B

Jumlah transaksi A : 20 urusan bil
Jumlah transaksi B : 20 urusan bil

Jumlah nilah bil A : RM150
Jumlah nilai bil B : RM180

Pemenang : B

Jumlah hadiah yang disediakan 

 62 pemenang x RM50 x 2 bulan 

Pemenang Ogos 2019 : 31 pemenang
Pemenang September 2019 : 31 pemenang

Setiap pemenang akan dapat RM50 VOUCHER PETROL

Tempoh peraduan / kempen 

1 Ogos 2019 sehingga 30 September 2019

Mudah sahaja, kan? Rugilah korang kalau tak cuba. Lagipun memang setiap bulan korang kena bayar bil, kan? Kalau yang masih lagi tak ada komitmen untuk bayar bil, boleh minta bil mak ayah atau jiran atau saudara yang terdekat untuk bayarkan bil melalui Bill Payments MyBSN. Tak perlu ke kedai atau cawangan, jimat masa, tak perlu beratur untuk selesaikan komitmen bulanan korang. Sekarang semua di hujung jari, kan? Jangan lupa untuk war-warkan kepada semua.

Sekian ..

20 comments

  1. eh rm50 berbaloi sgt full tank myvi kita sis hehehe rugi laa klu x join ni!!

    ReplyDelete
  2. Menarik ni! Boleh cuba buat . Cx takde bsn tp mak ada. Kot² ada rezeki untuk menang kan? Sikit² lama² jd bukit. Nak buatlah kang. Da alang² nak ke bsn ni

    ReplyDelete
  3. Kalau takde bank bsn pon boleh buat mybsn ni ke? Memang selalu bayar bil online. Minyak pon memang isi petronas. Hihi

    ReplyDelete
  4. wow i pun nak menang voucher petrol untuk pump petrol.. hehehehe.. selamat hari merdeka~

    ReplyDelete
  5. Wah, menarik juga join contest ni
    Hanya perlu pam petrol sahaja
    Semoga ada rezeki menang peraduan bersama petronas x bsn ni.

    ReplyDelete
  6. Wow!!!!!!!! This contest sounds great. Thanx for sharing the review with us. And you have a good day dear. Take care.

    ReplyDelete
  7. wahhhh semoga ada rezeki untuk yang join

    ReplyDelete
  8. Ehhhh berbaloilah kalau mcm ni. Seronoklah leh join suka2. Ada rezeki adalah kan. Boleh try join ni.

    ReplyDelete
  9. Kalau takda kad atm bsn boleh join ke? Mcm menarik pulak boleh dpt rm50 ni. Kalau boleh nak cuba jugak.

    ReplyDelete
  10. Eh. Rawlins nak kena aktif balik pakai BSN la nie.
    Boleh la nak join untuk dapatkan voucher tu kelak kan.

    ReplyDelete
  11. Menarik ni kebetulan mmg ada akaun bsn. Nanti nak register sng lps ni kalau nak berurusan. Tq for sharing

    ReplyDelete
  12. Alaa, kite takde akaun BSN. Boleh daftar jugak ke? Teringin gak nak cuba. Mana tau terpilih kan sebab 62 pemenang tu. Jimat duit minyak seminggu.. hehe

    ReplyDelete
  13. Voucher petrol pun best kan. Siapa nal bagi minyak free. Ruby pun nak join camni. Hahahaa

    ReplyDelete
  14. kalau jadi antara pemenang ni best weh..minyak free! sape nak bg kan.

    ReplyDelete
  15. weyyyyyyyy.. berbaloi sungguh ni !! sape nak bagi kan ? baik !! akak join sekarang jugak..

    ReplyDelete
  16. Macam best je ni. Tapi dah lama giler tak tengok akaun bsn. Akaun bsn ni guna ntah zaman bila ntah. Kalau kita ada akaun lama blh jugak ke?

    ReplyDelete
  17. Alamak..TB ada akan BSN dapti dah lama giler.. rasanya dah tak aktifi kot akaun tun sebab memang terbiar lama lepas semua duitnya telah dikeluarkan pindah ke kantung poket.. huhuhu.. boleh guna lagi ke akaun lama tu ye

    ReplyDelete
  18. Such a nice prize voucher to win! The registration process is so simply and easy now! I would like to try and win this petrol voucher!

    ReplyDelete
  19. airah memang dah daftar mybsn ni senang nak trace investment

    ReplyDelete