KRONOLOGI KEHILANGAN NORA ANNE DI MALAYSIA

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Kisah yang agak gempar berlaku kepada negara kita pada awal Ogos 2019 adalah dengan kehilangan pelancong warga asing di Negeri Sembilan. Pada mulanya mek juga tidak begitu mengikuti kes ini, namun setelah berhari-hari dan setiap hari ada perkembangan mengenai kes ini, tertarik juga untuk mengetahui perkembangan lanjut kisah adik Nora Anne. Pertama kali dengar nama ingatkan Malaysian tapi tengok mak dia dalam TV, matsaleh. Lepas google baru faham dan tahu siapa Nora Anne.

Biodata Nora Anne :


Nama penuh : Nora Anne Quoirin
Jantina : Perempuan
Umur : 15 (2019)
Negara asal : Ireland
Nama Ibu : Meabh Jaseprine Quoirin


Kronologi kehilangan Nora Anne :

03 Ogos 2019 :

Nora Anne bersama ahli keluarganya selamat tiba ke Resort The Dusun Pantai Hill, Negeri Sembilan untuk bercuti. Difahamkan mereka ke Malaysia untuk bercuti selama dua minggu.

04 Ogos 2019 :

Pada jam 8 pagi, ahli keluarga Nora Anne menyedari yang Nora Anne tiada di bilik penginapan mereka. Ahli keluarga Nora Anne melaporkan kehilangan kepada kakitangan resort. Dengan bantuan pemilik resort, berita kehilangan Nora Anne dilaporkan kepada pihak polis.

Operasi SAR terus dimulakan dengan bantuan Unit K9, Jabatan Bomba dan juga Kontijen Polis Negeri Sembilan.

05 Ogos 2019 :


Resort The Dusun Pantai Hill Negeri Sembilan dikawal ketat oleh RELA.

Unit Udara PDRM dan Platun Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras juga turut mengikuti SAR ini.

Kawasan SAR meliputi Gunung Berembun dan Sungai Berembun.

06 Ogos 2019 :


SAR diteruskan dengan kekuatan anggota 159, dengan pelbagai jabatan dan agensi.

07 Ogos 2019 :

20 orang saksi dipanggil untuk memberi keterangan termasuk ahli keluarga Nora Anne sendiri.

Kali terakhir Nora Anne dilihat adalah dengan berpakaian dalam sahaja.

Hari ke 4 SAR diteruskan dengan kekuatan anggota 206 dari pelbagai jabatan dan agensi keselamatan.

08 Ogos 2019 :

Kekuatan anggota pada hari ke 5 bertambah kepada 247.

SAR pada hari ke 5 menggunakan rakaman suara ibu Nora Anne. Bait rakaman adalah 'Nora darling, I love you, Mum is here'.

Khidmat helikopter dengan kamera pengesan juga turut digunakan pada SAR hari ke 5.

09 Ogos 2019 :

Hari ke 6 SAR, bantuan pasukan elite PDRM iaitu KOMANDO VAT 69 dengan kekuatan 2 pegawai dan 21 anggota yang lain.

Penduduk tempatan mula mengadakan solat hajat bagi memudahkan pencarian Nora Anne.

9 biji DRON digunakan bagi membantu pencarian Nora Anne.

10 Ogos 2019 :

Radius pencarian Nora Anne dikecilkan daripada 6km kepada 4km.

Masyarakat orang asli sekitar juga turut memberi bantuan dengan pencarian dan usaha mengikut adat mereka.

11 Ogos 2019 :

Hari ke 8 SAR, sukarelawan pendaki turut menyertai SAR untuk mencari Nora Anne.

12 Ogos 2019 :

Kekuatan anggota pada hari ke 9 SAR adalah seramai 348.

Keluarga Nora Anne menawarkan ganjaran RM50,000 untuk mereka yang menjumpai Nora Anne.

Pasukan polis dari Ireland, Perancis dan England turut berkerjasama dengan PDRM dalam misi SAR Nora Anne.

Perawatan dan perubatan Islam juga turut membantu dalam pencarian Nora Anne.

Pengamal media juga turut dipelawa untuk menyertai SAR Nora Anne pada hari ke 10.

13 Ogos 2019 :


Jam 1.57 tengahari, para sukarelawan pendaki menemui jasad yang dipercayai mirip Nora Anne yang berada 2.5km dari Resort The Dusun Pantai Hill. Jasad tersebut ditemui tanpa pakaian.

8.55 malam, proses pengecaman dilakukan dan ahli keluarga mengesahkan bahawa itu adalah Nora Anne.

Perkembangan kes Nora Anne :

Untuk setakat 14 Ogos 2019, jam 2.30 petang, tiada dakwaan atau apa-apa tuntutan daripada keluarga mendiang Nora Anne. Pun begitu, peguam negara yang dilantik untuk kes ini, Sankaran Nair mengatakan semuanya perlukan keputusan laporan bedah siasat terlebih dahulu sebelum dipanjangkan / dibicarakan mengenai kes ini. 

Setakat 15 Ogos 2019, jam 9.50 pagi, laporan media mengatakan bahawa pihak Perancis juga membuka kes siasatan bagi kes kematian Nora Anne ini. Peguam Sankara Nair yang mewakili keluarga Nora Anne enggan mengulas lebih dan hanya berharap PDRM dapat memberi kerjasama sepenuhnya kepada pasukan siasatan Perancis.

15 Ogos 2019, laporan pada jam 2.00 petang, berita melaporkan bahawa kematian Nora Anne adalah kerana kebocoran usus. Ianya mungkin sebab sepanjang tempoh kehilangan Nora Anne, dia tidak makan dan mengalami stress menyebabkan ususnya bocor dan menjadi punca kematian. Bedah siasat juga melaporkan tiada kesan rogol terhadap Nora Anne.

16 Ogos 2019, tengah malam, jasad Nora Anne dibawa pulang ke Ireland. Pun begitu, ibu bapanya ingin mengadakan bedah siasat kali kedua di negara mereka sebelum semadikan Nora Anne. Pesuruhjaya Polis Perancis membuka kes siasatan kematian Nora Anne dan akan memberi kerjasama dalam bedah siasat seterusnya.

Sekian ..

24 comments

  1. kesian sgt kes nora ni, semoga dipermudahkan. ema datang singgah dari blog baru ematunz.blogspot.com, jemput singgah ye

    ReplyDelete
  2. owh baru taw pasal ni baca blog mek...

    ReplyDelete
  3. Bagus la mek buat kronologi kehilangan remaja ni. sgt prihatin. Syabas!

    ReplyDelete
  4. Kesian keluarga mereka. Datang sini nak bercuti tapi berakhir dengan tragedi yang menyedihkan ni. Takziah diucapkan kepada keluarga Nora Anne. Semoga mereka tabah.

    ReplyDelete
  5. Kesian kan nora anne ni sebab dia oku. Agaknya dia tersesat time kuar

    ReplyDelete
  6. Sedih kisah dia. Semoga keluarga Nora tabah menghadapi dugaan.

    ReplyDelete
  7. yeah I read in the news and saw tv news too. Very sad to know this happened. :( condolence to the family.

    ReplyDelete
  8. Sharing yang baik coz saya dah lama tak tengok tv. Coz perkongsian dari blog ni saya dapat info yang details tentang kehilangan Nora Anne ni, thanks for info.

    ReplyDelete
  9. aduhai. apa la yg sebenarnya dilalui oleh nora anne, kan :(
    kesian.
    team mencari dah lalu kat tempat mayat dia dijumpai sebelum tu. tapi xde.
    later, baru ada. ke mana lah di sebelum tu hmmmm...
    sesat. lapar. dahaga. aduhai :(
    percutian yg sepatutnya happy, menjadi tragedi.

    ReplyDelete
  10. Takziah kepada keluarga . Tadi ada tengok berita pukul 8,jenazah sudah di bawah keluar untuk di bawa pulang negara asal beliau

    ReplyDelete
  11. Abam turut sedih untuk keluarga anne. Moga tabah hadapi ujian ini. Dkt kawasan situ dikhabar memang byk kematian. Kawasan cerun

    ReplyDelete
  12. RIP Nora Anne. May she rest in the peace and her family take care too. This is sad but life goes on. Hopefully she is happy in another place now.

    ReplyDelete
  13. Adajuga follow cerita dia ni. bagi saya kes dia ni nampak mengelirukanlah. apapon moga dipermudahkan urusan keluarga beliau

    ReplyDelete
  14. Antara kes yang melibatkan unsur misteri. Apa apa pun semoga kes ni dpt diselesaikan dengan cepat tanpa jejaskan mana2 pihak.

    ReplyDelete
  15. This is a really sad news, a family holiday turned out to be a nightmare, my condolences to their family.

    ReplyDelete
  16. sedih bila baca kornologi kehilangan Nora nie. percutian yang berakhir dengan tragedi. kesian pada parents nora. alhamdulillah persoalan kehilangan adik Nora sudah terjawab walaupun dgn berita yg menyedihkan

    ReplyDelete
  17. Kita memang follow rapat tentang kes Nora Anne ni dan sebagai seorang rakyat Malaysia yang prihatin memang sedih kesudahan kes ini. Namun tahniah kepada semua rakyat Malaysia yang sudi membantu tidak kita bangsa dan negara.. Moga negara kita terus di kenang oleh orang luar yang sangat prihatin...

    ReplyDelete
  18. Ramai juga pihak yg prihatin dan bekerjasama dlm SAR kes Nora nie yea.. Kadang2 takut juga bila trip percutian bertukar tragedi.. Moga keluarga lebih tabah terima berita kehilangan..

    ReplyDelete
  19. kan.. lepas baca n tgk berita baru faham

    ReplyDelete
  20. tak sangka VAT 69 pun join operasi SAR ni. Tapi confuse jugak kenapa family Nora ambil masa yang lama untuk tuntut mayat mendiang.

    ReplyDelete
  21. Saya Suryanto dari Indonesia di Kota Palu, saya mencurahkan waktu saya di sini karena janji yang saya berikan kepada LADY ESTHER PATRICK yang kebetulan adalah Tuhan yang mengirim pemberi pinjaman online dan saya berdoa kepada TUHAN untuk dapat melihat posisi saya hari ini.

    Beberapa bulan yang lalu saya melihat komentar yang diposting oleh seorang wanita bernama Nurul Yudianto dan bagaimana dia telah scammed meminta pinjaman online, menurut dia sebelum ALLAH mengarahkannya ke tangan Mrs. ESTHER PATRICK. (ESTHERPATRICK83@GMAIL.COM)

    Saya memutuskan untuk menghubungi NURUL YUDIANTO untuk memastikan apakah itu benar dan untuk membimbing saya tentang cara mendapatkan pinjaman dari LADY ESTHER PATRICK, dia mengatakan kepada saya untuk menghubungi Lady. Saya bersikeras bahwa dia harus memberi tahu saya proses dan kriteria yang dia katakan sangat mudah. dari Mrs. ESTHER, yang perlu saya lakukan adalah menghubunginya, mengisi formulir untuk mengirim pengembalian, mengirim saya scan kartu identitas saya, kemudian mendaftar dengan perusahaan setelah itu saya akan mendapatkan pinjaman saya. . Lalu saya bertanya kepadanya bagaimana Anda mendapatkan pinjaman Anda? Dia menjawab bahwa hanya itu yang dia lakukan, yang sangat mengejutkan.

    Saya menghubungi Mrs ESTHER PATRICK dan saya mengikuti instruksi dengan hati-hati untuk saya, saya memenuhi persyaratan mereka dan pinjaman saya disetujui dengan sukses tetapi sebelum pinjaman dipindahkan ke akun saya, saya diminta membuat janji untuk membagikan kabar baik tentang Mrs. ESTHER PATRICK dan itulah mengapa Anda melihat posting ini hari ini untuk kejutan terbesar saya, saya menerima peringatan Rp350.000.000. jadi saya menyarankan semua orang yang mencari sumber tepercaya untuk mendapatkan pinjaman untuk menghubungi Mrs. ESTHER PATRICK melalui email: (estherpatrick83@gmail.com) untuk mendapatkan pinjaman yang dijamin, Anda juga dapat menghubungi saya di Email saya: (suryantosuryanto524@gmail.com)

    ReplyDelete