KEWARASAN DAN EMOSI KITA MAKIN TERGANGGU, TIDAK STABIL

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Terasa nak kupas isu semasa yang berlaku dalam sehari dua ini. Hangat di sosial media Facebook mengenai berita kemalangan arwah Syed Danial. Pada mulanya mek hanya mengintai sepintas lalu di Facebook. Yelah, berita kemalangan memang setiap hari ada dan di-upload pada Facebook. Macam dah lali sangat dengan berita kemalangan yang berlaku di serata negeri dalam Malaysia. Ada yang teruk, ada yang biasa-biasa dan ada juga yang macam cari maut sendiri.

Berbeza pula dengan kemalangan yang di alami oleh arwah Syed Danial. Cerita yang ramai netizen tak dapat rungkaikan. Siapa yang salah, siapa yang mulakan dahulu. Terlebih hebat, kemalangan ini melibat dua kaum di Malaysia dan dijadikan sebagai modal pula kepada netizen yang agak rasis. Ditambah pula dengan netizen yang gemar kaitkan sekeliling dengan politik. Maka, cerita kemalangan arwah Syed Danial ini menjadi hangat juga pada mek.

Saksi yang hanya melihat 5 saat


Cerita kemalangan arwah Syed Danial ini memang kekurangan saksi. Kalau ramai sekalipun yang lalu lalang di tepi highway, yang ramai itu jugalah yang mengambil tindakan berdiam diri - tak nak masuk campur. Ada rakaman dari netizen yang lalu lalang merakam kejadian di mana arwah Syed Danial dan Uncle Chinese tu sedang berperang mulut, ditengah mereka ada seorang lelaki yang cuba menenangkan kedua-dua pihak. Namun, tiada siapa yang tahu, kesalahan awal itu siapa pencetusnya.

Dua kaum, di-rasis-kan


Arwah Syed Danial, Islam dan melayu. Uncle Chinese sememangnya Cina Malaysia. Menyakitkan hati bila cerita kemalangan arwah Syed Danial ini di-rasis-kan, kononnya Cina lah yang bersalah sebab angkat kayu baseball nak pukul arwah Syed Danial. Dan ada juga yang cakap arwah sempat mempertahankan diri dan merampas kayu baseball tersebut dari tangan Uncle Chinese tu. Kemudian berlaku pula Uncle Chinese dengan sengaja melanggar arwah Syed Danial. 

Bila dah tersebar, kata-kata dari Melayu mengutuk keras tindakan Uncle Cina. Dan Cina juga tak kurang mengata Melayu yang bagaikan samseng jalanan. Ini semua netizen yang berkata-kata, yang meninggal, sudah meninggal. Yang ditangkap, mengaku tidak bersalah pula. Akibat dari cerita kemalangan arwah Syed Danial, ramai netizen yang panas hati dan mengata / berbalah di dalam sosial media.

Rasis dan politik

Paling tidak menyenangkan mata dan hati mek bila komen di sosial media melibatkan politik. Kononnya, tengoklah nanti apa hukuman Uncle Chinese tu dapat nanti, DAP akan tentang habis-habisan kalau Uncle Chinese tu dapat hukuman berat. Seolah-olah mencabar akta-akta yang ada di Malaysia. Kononnya juga, politik lebih berkuasa berbanding akta-akta yang ada. Mesti peguam akan pusing sana dan sini untuk ringankan hukuman Uncle Chinese.

Pendek akal, cetek pemikiran daripada mekyunie

Mek bukanlah peguam, bukanlah saksi kejadian, bukanlah di mana-mana pihak walaupun arwah Syed Danial adalah seagama dan sebangsa dengan mek. Cuma, bagi mek, semestinya ada kesalahan daripada kedua-dua pihak. Siapa yang boleh jamin yang arwah Syed Danial tidak menghamburkan kata-kata kepada Uncle Chinese. Dan siapa boleh jamin yang Uncle Chinese adalah lemah lembut bila bertutur dengan arwah Syed Danial.

Cuma lagi, kita netizen yang mengeruhkan lagi keadaan cerita kemalangan arwah Syed Danial. Ditokok tambah, di tambah perisa mengikut emosi masing-masing, dicanang pula dengan kepelbagaian logik akal yang tidak dilihat dengan mata sendiri. Kenapa kita tidak mengambil jalan untuk mendoakan yang baik-baik. Ye betul kita berhak untuk komen sebab sosial media ada ruangan untuk KOMEN jadi KOMEN ADALAH HAK MILIK KITA SEMUA. Namun, perlukah komen yang menyentuh sensitiviti?

Persoalannya kenapa cerita kemalangan arwah Syed Danial perlu di-rasis-kan dan kenapa ianya perlu dikaitkan dengan politik? Kenapa tidak dipandang sebagai satu kemalangan jalan raya, dan berlakunya perang mulut sehingga menyebabkan kecederaan kerana hilang sabar seterusnya menyebabkan kematian pada salah seorang daripada mangsa. Dan tunggu saksi-saksi kejadian memberi keterangan. Sehingga itu, janganlah kaitkan apa-apa yang boleh mengundang perbalahan kita yang di luar ini.

Padahal setiap kemalangan ada insurans kenderaan masing-masing, kalau dah kemek, claim sajalah, tak usah bising / bingit / guna perkataan yang kesat / guna kaki dan tangan kononnya hebat. Pergi buat report, biar polis tentukan siapa yang salah, siapa yang kena penalti untuk claim, habis cerita. Jadi macam ni sebab nak tegakkan benang yang basah. Kononnya boleh lagi tunjuk hero. Tapi akhirnya apa yang dapat. Pengajaranlah buat kita semua. Tolong jaga emosi dan kewarasan dalam berfikir.

Komen? Ada, tapi reserve-lah sehingga ianya sahih.

Sekian ..

23 comments

  1. Ermmm sedihkan.. kalau gaduh macam tu bukan boleh baiki kereta tu. baik-baik tak de kemalangan jiwa. itu la terlalu ikut nafsu amarah.

    ReplyDelete
  2. Sedih! Bila baca semula kenapa perlu gaduh sampai menjadi pembunuh.

    ReplyDelete
  3. This is quite a sad case… I feel being rational and bersabar are two important things we need while dealing with problems especially in the high-stress society.

    ReplyDelete
  4. Sedihnye. Yang dah pergi tu tak akan kembali. Netizen tak perlulah bersikap rasis dan tak perlu la di politikkan. Masih ada netizen yang bersikap begini

    ReplyDelete
  5. Terbaca jugak isu ni tapi saya mcm biasa, hanya baca dan tak berani nak beri komen sbb semuanya masih dalam siasatan. Kalau nak komen tu mungkin dri segi netizen yg suka buat 'palatau', buat ramalan sendiri.

    ReplyDelete
  6. Memang sedih bila semua ni jadi. Benda boleh dibawa bincang tapi entahhhlahhh.
    Nitizen pulak mcm2 hal..suka betul buat ramalan..biarlah polis jalankan tugas, tak yah le nak kecoh2..tapi tulah..mulut manusia susah nk tutup

    ReplyDelete
  7. benda buleh bincang, kenapa sampai nak membunuh?

    ReplyDelete
  8. Tak tau nak komen apa kes ni...sangat menakutkan dunia sekarang..salah satunya takut tersalah lihat dan cakap, jatuh futnah..aduhhh takuttt..

    ReplyDelete
  9. Kes ini jika xdapat di settle di Mahkamah manusia, kita jumpa di mahkamah Allah di akhirat kelak. Naim amnya malas nak komen. Apabila kena dekat bangsa Melayu macam kita macam lambat apabila kes yang sama terjadi ahli bomba iaitu Adib , sampai sekarang tiada pembelaan. Hanya Allah sahaja kita berserah dan kerajaan jangan jadi kayu sahaja. haha

    ReplyDelete
  10. tak tau lah nak komen apa :(
    hanya mampu sedekahkan al-fatihah untuk arwah

    ReplyDelete
  11. Beginilah terjadi kalau tak gunakan akal pertimbangan yang waras.

    ReplyDelete
  12. Betul.. Sedih sangat dengan kes ni... Dua2 pada saya salah.. Kalau tak.. Tak jadi kes kejar mengejar ni.. Kita yg netizens ni jangan cepat mnghukum.. Semoga yang bersalah disabitkan kesalahan yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan

    ReplyDelete
  13. sangat setuju dengan mek
    netizen yang becok2 tak tahu pokok pangkal cerita juga perlu banyak2 menahan diri daripada menambah-nambah komen2 yang lagi mencetuskan pergaduhan hadoiii

    ReplyDelete
  14. I to be honest tak nak komen, tak nak share or tak nak buat apa2. Sebab most cases jadi teruk bila ada netizen yg tak berkaitan buat ulasan akan make it worst. I just hope that the case selesai dengan cepat and benda ni jadi pengajaran buat pengguna jalan raya lain supaya tak ikut emosi.

    ReplyDelete
  15. Sedih dgn berita ini....harap kes dapat diselesaikan dengan baik....harap keluarga mangsa dapat pembelaan yg sewajarnya....dan harap yg bersalah dapt hukuman yg sewajarnya....ini bukan cerita ttg bangsa....tp cerita ttg diri individu itu sendiri yg gagal mengawal emosi sehingga menyebabkan kematian....

    ReplyDelete
  16. I rasa kita sebagai orang yang dengar dan tengok dari banyak sumber dan juga tiada punca sahih tak payah nak keluarkan apa-apa kenyataan biar tugas yang pakar dan berwajib... Agar yang salah dapat balasa dan yang jadi mangsa dapat pembelaan itu sahaja.. Jangan ganggu tugas sapa2 dengan buat spekulasi bahaya...

    ReplyDelete
  17. Sedih sebenarnya bila jadi kes macam ni. Tak berani nak komen apa-apa sebab kita bukannya ada di tempat kejadian dan biarlah pihak polis buat siasatan. Yang pergi tetap akan pergi. Yang bersalah biarlah undang-undang yang menghukumnya. Jadinya kes seperti ni memberi pengajaran kepada kita semua betapa pentingnya mengawal emosi.

    ReplyDelete
  18. Makin takut dengan dunia sekarang. Yaya rasa semua orang kena pergi anger management class. Andai kata kalau nak bertindak di luar kawalan, kita kena fikir family. Lebih2 lagi yang ada suami/isteri dan anak2. Semoga pesalah mendapat hukuman yang setimpalnya.

    ReplyDelete
  19. Bila bac asedih..tapi mala snak ulas..cuma boleh cakap bila dekat jalan raya seorang kene beralah..jangan ikut emosi..semoga roh ditempatkan dikalangan orang beriman..

    ReplyDelete
  20. Sebenarnya Lia pun tumpang sedih dengan kisah accident ni. Tapi banyak sangat rakyat malaysia mengutarakan pendapat sampai menikbulkan racist. Semoga kes ini disiasat lagi dan pesalah dikenakan tindakan. cukup pihak polis dan pihak tertentu yang buat ulasan dan kajian, nitizen baik berdiam diri dan doakan yang baik.

    ReplyDelete
  21. Kisah mmcm ni jrg berlaku terutamanya di uncle Chinese tu, biasa dgr samseng jalanan yg selalu buli org, mesti uncle tu hot temper orgnya.. dah sampai ajalnya dan kak ucapkan tahziah pd keluarga Ya.

    ReplyDelete
  22. yg aida faham.
    bila melibatkan kematian, yg hidup tu biasa nyer x kan terlepas.
    contoh nyer, mek, pencuri masuk rumah, kita bunuh dia di luar rumah. kita salah.
    tgk problem tu lebih mudarat kat sape.
    aida komen ni ikut resmi biasa undang-undang. tak berpihak kpd mangsa or chinese tu.
    wait and see lah.
    mcm2 versi cerita.

    ReplyDelete