GRAND OPENING RUMAH RONALD MCDONALD DI HUSM KUBANG KERIAN

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Grand Opening Rumah Ronald McDonald di HUSM Kubang Kerian. Bulan lalu mek dah up satu entry mengenai pembukaan Rumah Ronald McDonald di HUSM Kubang Kerian. Untuk korang yang tak pernah baca lagi, boleh KLIK SINI untuk baca Pembukaan Rumah Ronald McDonald di HUSM Kubang Kerian. Boleh lah tengok kitaorang bergotong-royong sehari sebelum menerima tetamu pertama Rumah Ronald McDonald di HUSM Kubang Kerian.



06 Ogos 2019, sekali lagi mek dijemput untuk merakamkan detik Grand Opening Rumah Ronald McDonald di HUSM Kubang Kerian. Kali ini, menjadi tetamu utama adalah Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato' Mohd Amar Abdullah sekaligus merasmikan Rumah Ronald McDonald di HUSM Kubang Kerian. Ini merupakan kunjungan kali pertama YB TMB ke Rumah Ronald McDonald di HUSM Kubang Kerian. Yang menarik minat mek adalah pada ucapan perasmian YB TMB.

Kata YB TMB Kelantan :


Apa yang dibawakan oleh RMHC ini adalah mengikut ajaran Islam. Sumbangan yang diberikan ini dikatakan dalam bahasa adalah sebagai derma namun dalam Islam ianya boleh diterjemahkan dalam Sedeqah, Waqaf, Zakat dan juga Hibbah. Keempat-empat terma itu disebut dalam al-quran yang mana ganjarannya adalah berlipat kali ganda dalam bentuk pahala dan juga rezeki di dunia.



Orang awam mengenali McDonald's melalui restoren mereka. McDonald's begitu sinonim dengan ayam goreng, burger, aiskrim dan juga mainan-mainan yang dikeluarkan pada setiap bulan. RMHC merupakan satu sisi lain yang perlu juga dipandang oleh semua masyarakat kerana ianya membawa perkara yang sejajar dengan kehendak Islam.



Rumah Ronald McDonald di HUSM Kubang Kerian merupakan satu model yang begitu baik dan bersyukur ianya berada di Kelantan, satu negeri yang dilabel sebagai serambi Mekah. Rumah Ronald McDonald di HUSM Kubang Kerian dibina melalui hasil derma rakyat Malaysia melalui tabung-tabung kecil di restoren McDonald's. Konsep sedeqah yang diamalkan oleh rakyat Malaysia.



Tentunya, organisasi dan syarikat juga tidak terlepas dalam memberi sumbangan bagi membina Rumah Ronald McDonald di HUSM Kubang Kerian. Ini juga yang dituntut oleh Islam iaitu Waqaf. Kebanyakkan syarikat sememangnya ada bahagian untuk dana sumbangan. Dan jika diperhalusi setiap sumbangan ini, ianya diistilahkan sebagai Waqaf. Setiap daripadanya akan mendapat keberkatan.




YB TMB berkata, jika semua organisasi pakat membantu RMHC atau dipergiatkan lagi badan-badan seperti RMHC, tentunya lebih banyak seperti Rumah Ronald McDonald di HUSM Kubang Kerian akan dibina. Semua ini telah disarankan dalam al-quran untuk kita sama-sama membantu dan sekaligus mengharmonikan negara kita dengan kepelbagaian kaum. Semoga dengan wujudnya Rumah Ronald McDonald di HUSM Kubang Kerian ini, akan lebih ramai masyarakat celik mata hati untuk membantu.

Kemudahan yang ada pada Rumah Ronald McDonald di HUSM Kubang Kerian :

Rumah Ronald McDonald di HUSM Kubang Kerian dibina dengan menelan belanja hampir RM4Juta. Segala kemudahan yang ada di dalam rumah ini memang dirapikan bagi menyelesakan ibu bapa dan juga pesakit yang menginap di sini. Mereka yang menginap di Rumah Ronald McDonald di HUSM Kubang Kerian ini bukanlah semalam atau dua malam namun ianya mungkin mengambil masa sehingga sebulan dan ada juga yang bertahun.

Kemudahan asas yang diberikan sepanjang penginapan di Rumah Ronald McDonald di HUSM Kubang Kerian :

Bilik penginapan yang memuatkan sehingga 4 orang dewasa.
Bilik permainan kanak-kanak.
Ruang TV.
Dapur untuk memasak (kadang bahan mentah pun ada orang sediakan).
Taman permainan untuk kanak-kanak.
Ruang makan bersama keluarga.
Ruang parkir kereta.
Bilik dobi.

Kesemua yang disediakan di Rumah Ronald McDonald di HUSM Kubang Kerian ini adalah hasil tabung yang kita semua letak di restoren McDonald's. Dan ada juga daripada syarikat-syarikat yang besar menyumbang sebahagian besar barangan dan perkakasan di dalam Rumah Ronald McDonald di HUSM Kubang Kerian ini. Yang pasti, setiap sen yang kita sumbangkan akan memberi senyuman kepada meraka yang lain. Mungkin kita tidak dapat melihat sendiri senyuman itu namun setiap daripadanya akan diberi ganjaran kepada kita kelak.

Lain-lain bantuan daripada Ronald McDonald House Charity (RMHC) di HUSM Kubang Kerian :

Untuk pengetahuan korang, Ronald McDonald House Charity atau lebih selesa dengan RMHC bukan sahaja menumpukan sumbangan dalam pembinaan rumah kebajikan dan bilik sensory sahaja malah mereka juga mempunyai peruntukan untuk rawatan-rawatan yang memakan kos dan risiko yang agak tinggi. Antara bantuan rawatan yang diberikan di HUSM Kubang Kerian melalui dana RMHC adalah pembedahan kanak-kanak sumbing bibir.

RMHC akan bantu pesakit dari kos perjalanan, pembedahan dan juga rawatan susulan sehingga kanak-kanak (umur 18 tahun ke bawah) tadi discharge oleh pihak hospital. Berapa pun kos yang perlu dibayar, ianya akan ditanggung sepenuhnya oleh RMHC. Tentunya dengan bantuan sebegini akan dapat meringankan bebanan keluarga pesakit serta memberi sinar baru untuk lansungkan kehidupan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang sememangnya tidak berkemampuan.





Mek harap dengan perkongsian mek tentang Rumah McDonald di HUSM Kubang Kerian dan apa yang RMHC sediakan kepada orang yang memerlukan, akan lebih ramai lagi antara kita ini yang menyumbang ke tabung merah kecil di restoren McDonald's. Atau kalau korang berdekatan dengan HUSM Kubang Kerian, korang juga dialu-alukan untuk mengunjungi Rumah Ronald McDonald di HUSM Kubang Kerian bagi menghulurkan sumbangan secara terus.

Jom bagi senyuman kepada orang lain juga ☺

Sekian ..

21 comments

  1. rumah mcdonald? sounds something new for me... congratulations on the grand opening of rumah mcdonald in husm..

    ReplyDelete
  2. selama ni curious juga tabung kecil tu digunakan untuk apa dan dekat mana. now I know. smoga ramai lagi yang boleh menyumbang walaupun kecil nilainya, harap dapat membantu.

    ReplyDelete
  3. Betullah. Saya tau McDonald tu makanan dia je. Ni baru tau ada sisi lain yg McDonald tawarkan. Bagusnya ia mengikut syariat islam macam sedekah sume tu.

    ReplyDelete
  4. Bagus ada rumah mcdonald ni, membantu golongan yg sangat memerlukan ketika di himpit masalah. Ya Allah..kdg2 ada yg jauh dtg sb keluarga sakit tapi tak ada tempat menginap..nanti bolehlah mereka menginap disini

    ReplyDelete
  5. terbaik McD ni dengan adanya rumah mcdonald di HUSM boleh meringankan beban keluarga pesakit dgn penginapan murah dan banyak kelengkapan yg disediakan

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, dengan ada nya inisiatif mcm ni pastinya lebih bermanfaat untuk semua. Terima kasih atas perkongsian ya

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.. Semoga inisiatif seperti ini berpanjangan dan memberi manfaat kepada orang ramai

    ReplyDelete
  8. Ia memberi satu kemudahan yang baharu di HUSM. Semoga kemudahan sebegini memudahkan urusan orang ramai yang datang ke HUSM Kelak.

    ReplyDelete
  9. Bagus rumah Ronald Mcdonald ni.. Kita dlu masa kakak study kt HUKM.. selalu stay kt hostel dia.. Ada gak rumah Mcdonald ni... Bgus ada rumah ni at least org yg jauh2 tu boleh stay kt sni dengan hrga yg murah kan

    ReplyDelete
  10. Wah ROnald mcdonald dekat HUSM pulak. Memang memudahkan parent, sanak saudara boleh stay kat sini. Tahniah Mcdonald dan HUSM! :)

    ReplyDelete
  11. Wah. First time dengar rumah mcdonalds ni. Menarik la. Breakfast disediakan mesti ala2 mcd kan. 😅. Boleh cuba stay sana ni. Rare la rumah mcd

    ReplyDelete
  12. Tahniah kepada Mac Donald...dia sampaing omokan ramai yg ckp macd ni penyumbang peluru israel....tp dlm org dok kata mcm tu, mcd buka pula rumah kebajikan utk mereka yg xberkemampuan....jadi jgn laa prejudis terhadpa mcd...bc tetap sokong mcd

    ReplyDelete
  13. Wahhh akhirnya dah bukak. Taniah kepada McDonalds atas usaha membina rumah sebegini. Lebih memudahkan dan membantu ramai orang.

    ReplyDelete
  14. Satu usaha yg sangat murni dan bagus. Perlu perbanyakkan lagi rumah2 seperti ini utk perlindungan mereka yg tidak berkemampuan dan bernasib baik. Tahniah di atas pembukaan satu lagi rumah ronald mcdonald nie

    ReplyDelete
  15. Tahniah Mcdonalds.. moga akan buka lebih bnyk lg Ronald Mcdonald House ni kat negeri yg lain pula

    ReplyDelete
  16. Dah siap dah..alhamdulillah..bgus kan Mcdonalds buat macam ni..fikir tentang pesakit dan waris..tak perlu ulang alik..ada tempat seelsa berdekatan dengan pesakit..

    ReplyDelete
  17. alhamdulillah...sebenarnya janganlah kita raguilagi sumbangan mc donalds di negara kita...di sinii pun kita dah nampak sumbangan nye pada masyarakat kita

    ReplyDelete
  18. Bagus betul diorang buat rumah ni. hope akan membantu ramai orang lah nanti. memang satu usaha yang sangat bagus .

    ReplyDelete
  19. Patutlah selalu tengok tabung kecil kat McD tu kan :) Sangat bermakna juga sumbangan orang ramai dan syarikat lain dalam menjayakan projek ni :) Sangat berguna untuk kegunaan rakyat negara kita :)

    ReplyDelete
  20. Alhamdulillah,Tahniah MCD Malaysia diatas pembukaan rumah MCD ini. Sumbangan yang sangat penting dan bermakna.Rasanya ini pembukaan yang kedua.Harap lepas ni akan ada lagi banyak,Insyaallah

    ReplyDelete
  21. Tahniah atas pembukaan Rumah Ronald Mcdonald di HUSM ini. di harap dapat dipertingkatkan di serata negeri di semenanjung untuk kemudahan orang awam yang lain.

    ReplyDelete