DOA QUNUT, DALIL KENAPA PERLU MEMBACANYA

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Doa qunut, pernah tak korang terlintas kenapa kita perlu membacanya pada setiap solat subuh? Dan pernah ke korang tahu yang di Mekah, pada solat subuhnya tiada bacaan doa qunut oleh imam? Banyak hadis yang meriwayatkan cerita bagaimana timbulnya doa qunut ini oleh Nabi Muhammad. Kalau mek ceritakan di sini mungkin ianya menjadi panjang dan rasanya mek pun bukanlah yang pakar dalam pengriwayatan hadis ini.


Maksud doa qunut :

Sebelum dibincangkan dengan lebih lanjut atau terperinci, jom kita mendalami dahulu apakah maksud sebenar doa qunut yang diajar oleh Nabi Muhammad.


Kisah disebalik doa qunut : 

Doa qunut ini dibaca Rasulullah setelah kejadian pembunuhan al-Qurra yang mana seramai 70 orang yang dihantar oleh Nabi bagi mengajar satu kaum namun kaum tersebut membunuh kesemua utusan Nabi. Hadis meriwayatkan bahawa doa qunut ini timbul kerana Rasulullah begitu sedih dengan kejadian tersebut. Kalau ikutkan maksud doa qunut memang jelas menggambarkan Rasulullah begitu sedih sehingga mendoakan supaya hatinya kembali tenang.

Tertinggal doa qunut dalam solat subuh, apa perlu buat?

Ini memang ramai yang mengalami. Tapi mek juga yakin ilmu doa qunut ini telah kita pelajari ketika sekolah rendah dahulu. Cuma ini kiranya macam nak refresh balik. Peringatan bagi diri mek juga. Doa qunut asalnya hanya berlaku ketika Rasulullah sedih di atas kematian yang diutusnya untuk mengajar satu kaum. Kemudian ada hadis meriwayatkan Rasulullah hanya bacakan dalam tempoh sebulan sahaja doa qunut ini dan ada sahabat mengatakan Rasulullah tetap membacanya pada solat subuh sehingga baginda wafat.

Melalui apa yang telah kita belajar, jika pada solat subuh kita, tertinggalnya doa qunut, maka haruslah digantikan dengan sujud sahwi (sahwi dalam bahasanya bermaksud lupa sesuatu). Namun, jika sujud sahwi juga terlupa, adakah sah solat subuh kita? Jawapannya adalah sah kerana doa qunut bukan rukun pada solat subuh namun ianya perkara sunat yang dilakukan oleh Rasulullah.

Amalkan doa qunut pada solat subuh :

Seperti yang mek ceritakan di atas tadi, ramai juga rakyat Malaysia sekarang sudah tidak mengamalkan doa qunut pada solat subuh kerana terpengaruh semasa pengajian di Mesir dan ada juga yang terpengaruh dengan mereka-mereka yang mengatakan doa qunut ini sebagai satu bidaah. Tapi bagi mek, dengan maksud yang baik dan istimewa pada solat subuh, apa salahnya pada permulaan hari kita amalkan doa qunut. Demi kesejahteraan hidup kita juga.

Wallahualam

Sekian ..

3 comments

  1. Assalamualaikum..
    Salam ukwah dari saya untuk anda..
    saya sudah follow anda

    Jom follow blog https://www.iyaseo.id/

    Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
    Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
    Komen yang baik2 sahaja ye..
    Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..

    Terima kasih sekali lagi..ya

    ReplyDelete
  2. kena biasakan doa qunut..walaupun tak wajib kan? so anak - anak nak kena ajar dr sekarang..

    ReplyDelete