DESIGN PRODUK SENDIRI DI CUSTOM.MY

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Design produk di custom.my? Bunyinya macam pelik sebab biasanya untuk buat satu-satu design bukannya senang. Kemudian boleh cetak dan hantar di depan tangga pejabat atau rumah secara terus? Aduh, servis apa yang menawan sangat ni. Custom.my merupakan salah satu web yang menyediakan kemudahan servis - design, cetak dan hantar produk yang tersedia kepada mereka yang memesannya. Tentunya sekarang, kita memerlukan perkhidmatan dihujung jari bagi menjimatkan beberapa kos yang lain.

Mek terjumpa website custom.my ini bila mula mencari perkhidmatan beg sekolah yang boleh dicetak untuk Amani dan Amzar. Yelah, bukanlah sebab nak lain daripada orang lain tapi disebabkan nak bagi nampak cantik sekaligus tidak tertukar dengan beg orang lain, maka design sendiri / cetakan sendiri diperlukan. Tambah lagi bila Amani sekarang dah ada 'taste'nya tersendiri. Kalau dia tak berkenan, memang takkan dipakai dan takkan dipandang.

Senarai produk yang disediakan oleh custom.my :

Yang ni masa buka website custom.my, memang mek agak teruja nak tengok satu-satu. Macam nak ada setiap koleksi pula. Antara yang ada di custom.my :



Kesemua yang ada dalam gambar ini, korang boleh design produk di custom.my dengan begitu mudah ! Pilihan pun banyak. Senanglah nanti kalau plan nak buat family day dengan officemate, design produk di custom.my, semua selesai. Dari design baju untuk family day dan mungkin cenderahati sebagai kenang-kenangan. Tak sabarnya nak plan family day untuk 2019 ni, dan tak sabar juga untuk tengok hasil design produk di custom.my.

Mereka yang berkolaborasi dengan custom.my :



Syarikat-syarikat besar juga telah design produk di custom.my. Ini bermakna kualiti yang diberikan oleh custom.my adalah bermutu tinggi, setanding dengan kehendak pelanggan. Bukan senang nak dapatkan kepercayaan daripada syarikat besar ni tau, sekali mereka mengambil tempahan bermakna ianya 'meets the quality'. Soal harga juga memainkan peranan. Bila kualiti seiring, harga pula lebih rendah, memang itu yang menjadi pilihan. Lebih-lebih lagi, boleh design sendiri.

Cara tempah produk di custom.my :


Untuk design produk di custom.my, tak susah pun. Korang boleh layari custom.my untuk design produk sendiri. Atau kalau korang rasa nak cakap dengan perunding / penasihat daripada custom.my, korang boleh telefon 055252144 atau emel je ke info@custom.my. Kalau nak terjah / visit kedai mereka pun boleh, alamat seperti yang tertera di dalam gambar. Yang penting, boleh design produk di custom.my.


Info tambahan. Korang boleh order sebarapa banyak yang korang nak. Secara pukal atau secara solo. Itu tidak menjadi syarat kepada custom.my. Walaupun korang design produk di custom.my dengan sehelai t-shirt sahaja, mereka tetap akan mencetaknya dan menghantarnya sehingga ke alamat yang telah korang tetapkan. Dan jika korang design produk di custom.my dengan secara pukal, pun tetap mereka akan mencetaknya dan menghantar ke alamat yang korang tetapkan.

Senang, kan? So apa tunggu lagi, jom kita design produk di custom.my, jadikan setiap barangan mempunyai signature kita tersendiri.

Sekian ..

15 comments

  1. bagus la custom.my ni, banyak pilihan yang menarik

    ReplyDelete
  2. kalau nak start bisnes sendiri pun boleh buat produk dekat web ni kan. mudah. tak payah nak hire designer untuk peringkat permulaan.

    ReplyDelete
  3. wah! tak sabarnya nak tempah sehelai dua! boleh lah acah acah designer. haha! nak design apa apa pun boleh kan?

    ReplyDelete
  4. mudah la lepas ni nak cetak baju..sehelai pun dorang terima kan.

    ReplyDelete
  5. Wahh! banyaknya pilihan dalam custom.my
    boleh pikir lah nak design baju family day nanti.

    ReplyDelete
  6. Zaman skang lebih happening if kita ada produk label sendiri.
    Baru lah on, kan.
    Baju, dekorasi, alatulis,... Mcm2 boleh kita personalized kan.
    Bagus. Praktikal. Mudah.

    ReplyDelete
  7. wahhh menarik ...nanti nak tempah jugak buat brand sendiri nak2 nama blog ...buat giveaway untuk follower bertuah gituu

    ReplyDelete
  8. Thanks u for sharing this future and beneficial element. Senang utk geng2 corporate yang selalu buat event mcm sy ni. Murah pun murah

    ReplyDelete
  9. Ada perkhidmatan sebegini memang bagus sebab akan memudahkan semua yang nak buat personalised gift dan doorgift kan.
    Senang la nak arrange acara kan

    ReplyDelete
  10. bagus ada servis yg mcm gini.. mudah nk guna time nk dptkan produk utk kasi hadiah dan sebagainya...

    ReplyDelete
  11. This is such a good idea… I can now customized my own door gift, cos I am going to host a birthday party next month, would be great then…

    ReplyDelete
  12. mudah dah zaman sekarang ni nak order produk sendiri yang custom pun boleh buat online je

    ReplyDelete
  13. Senang lah macam ni, nak custom barang apa-apa dah tahu nak buat dekat mana. Harap harga pun berpatutanlah.

    ReplyDelete
  14. Pernah guna servis dorg mmg terbaik la. Lagi lagi kalau nk bagi hadiah untuk someone special, senang nk customize and boleh dijadikan hadiah yang lain daripada yang lain. Hehe

    ReplyDelete
  15. menariknya kalau boleh customize mcm sarung kusyen ke kan. baru lah unik sikit hiasan dekat sofa. boleh cubaa ni.

    ReplyDelete