CORETAN AIDILADHA 1440H

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..
Coretan aidiladha 1440H sekadar nak simpan buat kenangan. Nanti boleh di tengok balik bila dah agak berumur nanti. Tapi, kalau ikutkan kebiasaan, mek memang suka tengok posting mek yang pada tahun sebelum-sebelum ini. Nak juga tahu, pada tarikh ini, tahun lepas apa yang mek tuliskan. Secara tak sengaja, tengok throwback secara manual. Bukan kerana Facebook yang ingatkan. Daripada situ mek rasakan setiap apa yang mek buat, perlu di-blog-kan, di samping memberi info-info yang berguna kepada pembaca yang lain.

Setiap raya, memang mek akan balik ke rumah spouse terlebih dahulu bagi menghormati dia anak sulung kepada keluarga. Ececec, baik benor bunyinya tu. Tapi sebenarnya mek mengambil keputusan untuk tidak berebut disebabkan nature family mek dan family spouse pada pagi raya adalah sangat berbeza. Sebelah mek, lepas zohor baru kami akan keluar beraya / kunjung mengunjungi sanak saudara. Manakala family spouse pula, pagi raya sehingga tengahari sahaja. Zohor tu dah dirumah masing-masing.

Maka, tak perlu berebutlah nak ke rumah siapa dahulu. Setiap tahun, nature-nya macam tu.

Aidiladha Day 1







Raya pertama, senang aje budak-budak ni bangun sebab dah bagitahu yang hari ini hari raya, kena bangun awal sebab nak pakai baju raya. Alhamdulillah, elok semuanya bangun jam 6.30 pagi. Kami bertolak ke kampung spouse dalam jam 7.15 pagi. Sempatlah sampai untuk solat aidiladha. Tapi mek tahun ni tak ambik kesempatan untuk solat aidiladha. Rugi pahala dibiarkan begitu sepi. Di kampung spouse, ada 3 ekor lembu untuk dijadikan korban. So memang spouse dah sibuk selepas balik dari masjid.

Di kampung spouse sehingga jam 2 petang, kemudian kami balik ke rumah untuk mandi dan solat dan rehat juga. Lepas Asar dalam jam 5 petang baru bertolak balik ke rumah Mummy mek pula di Tanah Merah. Agak lewat tapi seperti jangkaan, lepas Asar tu lah semuanya dah recharge. Masa mek sampai di rumah, Mummy sedang siapkan makan malam. Tentunya lauk pada aidiladha adalah berasaskan daging. Lepas makan malam, terus balik rumah untuk sambung berehat.

Aidiladha Day 2


Raya kedua macam seronok sangat dengan jemputan yang ada. Mek dapat dua jemputan makan-makan. Satunya Majlis Akikah dan lagi satu Majlis Perkahwinan. Kedua-duanya rakan sepejabat. Ada juga satu jemputan di Tanah Merah, Majlis Akikah juga. Tapi yang tu memang awal-awal cakap tak dapat nak pergi sebab dah plan nak ke belah Pasir Mas dan juga Bachok. Laluan yang tidak sehaluan. Sebelah Utara, sebelah lagi Selatan.

Keluar rumah memang jam 2 petang. Pagi tu mek mendapat penyakit sinus yang mana rasa sakit kepala yang amat disebabkan selsema yang mek alami. Raya kedua ni adalah day 5 mek selesema. Memang sakit kepala yang teramat sangat. Sujud pun tak boleh lama sebab rasa semua darah kebahagian dahi. Pagi tu spouse yang tanak nasi and goreng daging bagi anak makan. Mek hanya sempat mandikan anak-anak kemudian pengsan sehingga ke tengahari.

Yang sempat hadiri kenduri adalah satu sahaja, semestinya yang paling dekat iaitu Majlis Akikah di Kg Kutan, Tumpat. Itu pun sampai rumah kawan mek dah jam 4 petang. Bila spouse tanya, masih nak ke Bachok ke, rumah kenduri kahwin, mek dah agak kalau redah jugak jem yang ada mesti sampai jam 6 petang. Alamatnya minum air je la dengan pengantin. Batalkan niat, so buat aktiviti sendiri sahajalah untuk penutup aidiladha kedua.

Aidiladha Day 3


Hari ni dah kerja. Bila masuk ofis masih ramai yang bercuti. Dan kami-kami sahajalah yang ada. Seronok juga tak ramai orang, tak bingit. Tapi kerja memang banyak jugak yang pending sebab nak sign dia ni, dia tu pulak takada. Anggaplah hari ini kerja untuk house keeping / buat kerja lama yang tak siap / selesaikan report / selesaikan failing. Kemudian reward diri dengan makan sedap-sedap seperti McDonald sebab kedai masakan panas kebanyakkannya masih lagi tutup.

Itulah coretan aidiladha 1440H oleh mek. Korang pula macam mana? Seronok ke, tak seronok? Kalau ada entry tentang aidiladha korang, jangan lupa kongsikan di ruangan komen. Boleh share menu yang korang masak, atau mungkin ada kejadian yang tak boleh dilupakan, atau apa sahajalah yang boleh dikenangkan. Yang tidak baik, usah diceritakan dan usah dikenang. Okei.

Sekian ..

20 comments

  1. Salam aidiladha mek. Nur tahun ni beraya di kampung nur di pontian. Seronok sbb dapat tengok pelaksanaan ibadah qurban dgn suami & anak. Suami pun join melapah dgn orang kampung. Nur join tengok sembelih je lepas tu balik tidurkan anak 😊

    ReplyDelete
  2. kita sama la mek.
    side aida pun kalau raya pertama, baik aidilfitri or aidiladha, akan keluar beraya.
    tapi side asben, aakn stay di rumah jer.

    bagi aida, raya ni kena meriah. kita yg memeriahkannya, kan.
    aida x brape suka bila raya, kita tak meraikannya. kena celebrate.
    adik-beradik aida mesti nak plan something during aidiladha.
    ia tak byk involve ziarah menziarahi. so, tak nak boring, kami wujudkan something.
    this year, kita celebrate besday famili yg lahir Julai. meriah. kecoh :)

    ReplyDelete
  3. Bestnya baca macam mana mek n keluarga enjoy raya korban haritu. Saya dan family tak kemana2 pun sebab bekerja. Huhu. Sambil2 tengok korban tu, boleh juga ajar anak2 apa objective dan pentingnya ibadah korban ni kan?

    ReplyDelete
  4. Uish terkejut Iza tengok gambar pakcik yg berlumuran darah tu. Iza raya kali ni balik rumah family husband jugak. tak balik rumah mak pun kali ni. memang turn dekat kuantan. dah plan macam tu so sama la. tak ada la nk berebut-rebut.

    ReplyDelete
  5. Best waktu raya ni kumpul ramai2. Itu je masa bersama. Hari raya, kematian. Selamat menyambut hari raya korban. Moga ibadah kita semua dterima

    ReplyDelete
  6. selamat hari raya haji... selamat ber holiday!.. hope u spent the day nicely and greatly.. such a meaningful celebration..

    ReplyDelete
  7. Mood raya still ada lagi nie. hehe. Semoga kenangan bersama-sama keluarga pada hari raya menjadi kenangan terindah

    ReplyDelete
  8. Mekk, Raya korban tahun ni Ruby beraya di KL je. Suami keja dah hari selasa tu.

    Dapatlah jugak merasa daging korban tahun ni. Tu pun kakak yang bagi.

    Yang area rumah Ruby ada korbankan lembu dgn kambing. Tapi kalo kupon tak de. Tak dptlah dagingnya. Hehe

    Daging yang kakak bagi tu. Ruby masak gulai daging. Buat pergi picnic kat pantai dan berbbq

    ReplyDelete
  9. Salam aidiladha. Setiap tahun pastinya selain Aidilfitri, aidiladha juga salah satu perasaan yang saya tunggu. Sebab boleh makan banyak daging. Haha, selain tu dapat tengok mcm mana ibadah korban dijalankan. Memang best.

    ReplyDelete
  10. Bestnya Raya Aidiladha pun ada baju sedondon hehehehe memang meriah lah rayanya best.. Tapi terkejut tengok pakcik tukang sembelih lembu tu habis lencun satu badan dengan darah sungguh menyembelih tu hehehehe tapi seronok kita pun cuti lama juga...

    ReplyDelete
  11. Seronoknya sambut raya meriah mcm ni. Kita sambut rumah mak mertua. Xde feel sambut raya. Hehehhe mujut dekat dgn rumah family ptg tu balik dptlah merasa suasana hr raya. Hehehhe. Saya tak brrani tgk sembelih.

    ReplyDelete
  12. wah meriah sedondon macam raya puasa. BBL pun tahun ni korban jugak. Baru je siap update entri raya haji tadi hehe Selamat Hari Raya Aidil Adha saya ucapkan kepada MekYunie sekeluarga.

    ReplyDelete
  13. Slmat hari raya aidiladha mek dan keluarga..wahh meriah raya mek tahun nie dpt tgok org sembelih lmbu..

    ReplyDelete
  14. selamat hari raya aidiladha... cantik bila pakai baju sedondon terutama sempena raya mcm ni..

    ReplyDelete
  15. Mmg seronok kalo rumah mak sendiri n rumah mak mentua dekat2....org kata sekangkang kera gituuu....xpayah berebut2 nk balik rumah mana dulu....

    ReplyDelete
  16. Kat sana raya mmg meriah, kak raya kat kl jer jrg blk kpg

    ReplyDelete
  17. Salam Aidil Adha.. Ktorg pun tahun ni buat korban.. Alhamdulillah dpt rasa daging kurban sdri n bg dekat sedara n kwan2

    ReplyDelete
  18. wah sempat lagi up entri raya haji...kita sempat amik gambar jer..seronokkan dapat abadi dalam blog...btw selamah hari raya qurban...

    ReplyDelete
  19. Selamat menyambut Raya Haji bersama keluarga tersayang. Meriah kat kampung kan.

    ReplyDelete