Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..
Bulan Ogos 2019, siri #mekyunietravel on balik, alhamdulillah. Pada awalnya mek nak teroka Pulau Kapas, Terengganu. Dah plan banyak jugak dengan travelbuddy Sis Gee. Dah siap survey harga semua. Tapi lagi seminggu nak pergi, tetiba Sis Gee jumpa satu tempat yang agaknya lagi best dari Pulau Kapas. Bila mek tunjuk pada spouse pun spouse bersetuju untuk ke destinasi baru and batalkan niat untuk ke Pulau Kapas. So jom ke Asfa D' Village, Kg Kemasek, Kerteh, Terengganu.
16 Ogos 2019, bertolak jam 11 pagi ke Kerteh, Terengganu melalui LPT II, berhenti makan tengahari di Warung Kak Yah Nasi Dagang, Jerteh dan selamat tiba di Asfa D' Village Kg Kemasek pada jam 3 petang. Sedang elok dengan waktu check in. Setibanya di Asfa D' Village Kg Kemasek, memang mek dan spouse agak terpukau dengan tempat penginapan kami ini. Memang dah tengok thru gambar-gambar namun keterujaan mestilah lebih bila tengok depan mata sendiri.
Ruang parkir di depan bilik
Bilik penginapan yang bersih dan selesa
Kolam renang dah macam taman tema
Breakfast disediakan
Ruang santai / sembang di luar setiap bilik
Penginapan semalaman mek itu memang harus diberi rating 4/5 memandangkan anak-anak dan mek juga memang teruja serta rasa macam sayang nak tinggalkan bilik, walaupun Mesra Mall hanyalah 3 minit dari Asfa D' Village Kg Kemasek. Padahal mek dah plan nak ke Mesra Mall untuk tonton Boboiboy The Movie, dah siap cakap dengan anak-anak dah pun, tapi berendam dalam kolam lebih menarik minat anak-anak. Dan mummy pun lebih suka berborak dengan #travelbuddy sambil tunggu anak mandi kolam.
Korang yang nak ke sini, just search Asfa D' Village Kg Kemasek pada carian google.com . Akan keluar semua details Asfa D' Village kat situ. Selamat berehat di Asfa D' Village korang !
Sekian ..
Nampak pon selesa Mek. Seronok dapat bercuti
ReplyDeleteseronoknyaaa
ReplyDeleteNampak selesa sangat resort ni ye. Makanan tu jangan cakap la! Pulak2 nasi dagang kan?..pergh sedapnya
ReplyDeleteCantik lah.. Memang bilik dia cantik.. Siap ada swimming pool lagi. Suka sebab bilik dia tu siap ada banyak katil lgi.. Lengkap orang kata untuk yg ada anak2 ni kan
ReplyDeletePenginapan nampak sangat selesa. Feels like home giteww...lama dah tak turun ke Terengganu. Kalau ada cuti teringin juga nak ke sana.
ReplyDeletewow..mewah tmpat ni..::)
ReplyDeleteWah menarik ini kak. Jika Naim ada masa nak try menginap di sini. Best kan melihat suasana yang menarik sebegini. rating pun not bad akak bagi :)
ReplyDeleteSeronoknyaaa! Memang best bila dapat pergi holiday ke tempat yang selesa dam tenang macam ni. Accomodation dia pon terbaik. Suka tgk bilik dia. Cantik kemas shj.
ReplyDeletecantiknya homestay tu. sesuai sangat kalau jenis pergi trip 1 family ramai-ramai. siap ada kolam mandi lagi. budak-budak mesti lagi seronok kalau pergi sini.
ReplyDeleteterpikat aida dgn bilik nyer.
ReplyDeletethen pool tu. best. pool yg tak boring :)
siap ada tag tgn lagi ekk...
then barisan kerusi dok sarapan / minum ptg depan bilik tu.
sarapan nyer ohsem, mek. ada solok lada kegemaran aida :) love it.
Wahhhhh mata Nur paling bersinar bila tengok bilik dia. Kemasnya! Cantiknya! Kolam pun dah macam waterpark. Makanan pun nampak best dan menarik. Nikmat betul dapat bercuti kalau gaya mcm ni kan? Puas hati. Terus membuak-buak rindu dekat terengganu. Lama dah ni tak pergi. Last time pergi KT 2017. Fuh. Moga ada rezeki utk ke Terengganu lagi. Kut dpat pergi asfa Dvillage ni ke ��
ReplyDeletePerghhhh kolam ke water park tu? gila la..memang puas hati la kalau bercuti kat sana? Bilik pula tengok kat gambar memang puas hati....da macam bilik hotel harga RM800 ke atas...
ReplyDeleteWaaaaa cantiknya penginapan di Asfa D' Village Kg Kemasek ni. Tak sangka pulak kat terengganu ada macam ni siap da water park. Besar, selesa dan berbaloilah stay sini.
ReplyDeleteCantikla tempt dia.. Rumah besar dan bersih.. Siap ade sarapan lagi.. Sarapan pulak semua sedap.. Ada kolam rennag.. Kene bookmark. I.. Kot nak pergi kan..
ReplyDeleteCantik dan bersih tempatnya. Kemas ja ruangan dalam rumah. Tengok dari gmbr pun macam dah boleh agak, selesa tempat ni. Bolehlah nk ke sini kalau ada rezeki nnti.
ReplyDeletefuhh.. cantik betul tempat ni. siap ada breakfast lagi. Bukan main kerteh sekarang hehe.
ReplyDeleteBuat family day dekat sini mesti meriah. tapi tulah kena booking awal, takut penuh lak
Bilik besar & nampak selesa. Kalau ke terengganu boleh nak check in sini. Pool dia tu anak-anak confirm suka. Kena plan trip dengan husband ni. Family time!!
ReplyDeleteWow bestnya tempat ni nampak sangat selesa dan juga cantik menarik terbaik.. Kita nak juga datang heheh siap ada makan-makan lagi yang sedap-sedap lak tu hehehehe best-best...Harga juga boleh tahan tak adalah mahal sangat...
ReplyDeleteBetul. Cantik sungguh tempat ni. Selesa je tengok bilik tidur dan pool yang di sediakan. Thanks di atas perkongsian.
ReplyDeleteSelesanya tempat penginapan macam ni, memang dah lama rancang nak pergi holiday dengan family dekat terengganu. Bolehlah letak tempat ni dalam list.
ReplyDeleteSokmo tengok saim saim orang Kemaman pi bawa family mandi situ.. Nampak nice laa tempat dia.. Breakfast meriah gok tu.
ReplyDeleteselesa sangat nie penginapan di sini. kalau bercuti dan bawa keluarga besar, sesuailah menginap di sini. okay nanti kalau nk berjalan dgn family ke terengganu, kita boleh consider tmpt nie
ReplyDeletebilik sangat selesa!!!
ReplyDeletetengok bilik penginapan tu, macam tertarik pulak. cantik dan kemas. sangat selesa kalau nak bawak family dan budak2 travel kalau ada tmpat macam ni.
ReplyDelete