SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE 62, MALAYSIA

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Selamat Hari Kebangsaan yang ke 62 korang ! Alhamdulillah, dah 62 tahun kita merdeka. Dah 62 tahun bebas daripada penjajahan mana-mana negara ke atas kita. Tetiba mek rasa seronok nak baca buku teks sejarah tingkatan 3. Dulu masa sekolah tak adanya nak suka baca buku teks sejarah. Rasa mengantuk lah, tak best sebab tak boleh nak bayang orang dulu tu macam mana. Haa gitu. Bila dah meningkat dewasa ni, elok pulak boleh bayang perjalanan mereka.

Terlebih menjadi patriotik pada tahun ini bila anak dah mula masuk taska dan tadika yang mana mereka menyambut Hari Kebangsaan ke 62 tempoh hari. Walaupun mek tak menyertai sepenuhnya tapi bila anak balik dan nyanyi lagu merdeka, tengok bendera pun seronok, rasa 'its time untuk aku hidupkan balik suasana merdeka'. Sambutan merdeka yang last meriah adalah pada 2009 sebab tu tahun last sekolah. Since that, sendu.

Jadi tahun ni, alhamdulillah sokongan padu juga daripada spouse untuk sambut merdeka dengan betul-betul merdeka. Tapi kami tak adalah patriotik sehingga pakai sedondon. Cuma alhamdulillah spouse sanggup jugaklah tunggu malam ambang merdeka dengan mek dan anak-anak semata-mata nak merasai malam ambang merdeka yang pernah kami sambut meriah di sekolah dahulu. Dan memori di sekolah itu berputar kembali. Hargailah zaman sekolah anda.


Malam ambang merdeka di Kelantan tak kurang hebatnya. Ada juga nyanyian, ada juga bunga api dan ada juga tarikan-tarikan lain di sekeliling perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke IV. Orang makin ramai bila jam 10 malam. Mek yang dari waktu Isyak ada kat situ memang agak kremmm jugaklah kaki berdiri teman anak main kereta mainan. Yang sing along lagu-lagu ni mek tak minat sangat kecuali masuk lagu merdeka. Itu semangat lah nyanyi sama-sama dengan orang sebelah.

Sambutan Hari Kebangsaan kali ke 62 peringkat negeri Kelantan diadakan di jajahan Tanah Merah. Itu mek tak join lah sebab seawal pagi nak kena pergi. Dan tentunya memang akan ramai orang, nak parking pun susah, jalan banyak tutup. Daripada terseksa, mek memilih untuk tengok perarakan di peringkat kebangsaan iaitu di Putrajaya. Tapi menerusi TV lah. Sekurang-kurangnya tengoklah adik-adik pakai baju bendera berarak cantik, manis.


Bukan bendera terbalik ye, bendera tu sebenarnya bendera yang melintang ke bawah. Bila ambil gambar nampak pelik

Doa mek pada Malaysia, semoga tahun mendatang kita diterajui dengan kepimpinan yang hebat dalam agama dan bangsa. Jangan lupa janji-janji yang telah kita buat pada awal dulu. Tiada apa yang patut berubah dan tiada siapa yang boleh ubah. Kalau ubah juga maknanya kita tak hormat perjuangan orang dulu dalam menuntut kemerdekaan negara. Setiap perlembagaan, rukun harus diikuti oleh semua bangsa, mengikut hak masing-masing. Kalau tak suka, ya, sila berhijrah.

Semoga juga isu politikal di Malaysia menjadi lebih baik di masa hadapan, kalau boleh mula dengan sekarang.

Sekian ..

PERSIADAAN MENYAMBUT TAHUN BARU ISLAM

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Dalam bahang kita nak sambut kemerdekaan negara ke 62, masih ada lagi satu sambutan yang kita semua umat islam akan menyambutnya iaitu Awal Muharram, Tahun Hijrah yang baharu. Selamat datang 1441H. Awal Muharram ini akan kita sambut dengan baik insyaAllah pada hari Ahad, 01 September 2019 ini. Jom kita recap sedikit sebanyak apa yang sepatutnya kita 'prepare' untuk menyambut tahun baru dalam islam.


Doa Akhir dan Awal Tahun


Dibaca ketika selepas waktu Asar sehinggalah sebelum masuk waktu Maghrib pada hari akhir Zulhijjah. Fadilat membaca doa ini sebanyak mungkin adalah terlindung daripada tipu daya syaitan dan moga-moga diberi keampunan untuk dosa yang telah dilakukan pada tahun lalu.


Doa Awal Tahun dibaca mulai waktu Maghrib 1 Muharram sebanyak 3x. Fadilatnya juga hampir sama iaitu meminta perlindungan daripada malapetaka dan tipu daya syaitan. Semoga kita semua terlindung dan diberi ketaqwaan yang lebih pada tahun mendatang.

Qiamulail & berpuasa 10 hari pada awal Muharram

Antara amalan sunat lain untuk menyambut kedatangan tahun baru islam adalah dengan mengadakan qiamulail dan juga berpuasa 10 hari pada awal Muharram. Dalilnya mek tak dapat sahkan tapi qiamulail dan puasa sunat sahaja sudah cukup untuk menampakkan kebaikan, ganjaran pahala dan permulaan yang baik pada awal tahun hijrah. Kalau boleh diamalkan sehingga ke hujung tahun, alhamdulillah. Kalau tak boleh, buat setakat yang boleh. InsyaAllah sama-sama kita mencari pahala untuk bekalan akhirat nanti.

Kalau semua dapat buat perkara di atas, memang Islam kita hebat. InsyaAllah. Ada juga orang yang rasa nak buat tapi katanya limited sebab tak ke masjid. Tak semestinya. Kita boleh sahaja buat di rumah, bersama keluarga mahupun sahabat yang lain. Lagi elok jika kita ada buat makan-makan sikit selepas selesai semua tadi bagi meraikan tahun baru islam. Kiranya macam adakan kenduri doa selamat untuk kita hadapi sepanjang tahun ini. Moga-moga diperkenankan.

Sekian ..

PESTA WAU PERINGKAT ANTARABANGSA KALI KE 37

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Pesta Wau Peringkat Antarabangsa bukan lah kali pertama berlansung di Pantai Geting, Tumpat, Kelantan. Tapi pada 2019 ini adalah kali ke 37 sambutan ini diadakan. Sebelum-sebelum ini pun mek ada menghadirinya namun tidak dijadikan sebagai entry khusus maka kenangan pada tahun sebelum ini kian pudar begitu sahaja. Jadi, tahun ni tak nak berulang lagi kesilapan lalu maka mek letakkan di dalam blog mek ini sebagai kenangan dan juga informasi kepada korang.



Pesta Wau Peringkat Antarabangsa ini bukan sahaja orang Kelantan yang menyertainya. Malah ada lebih 14 buah negara lain seperti China, New Zealand, England, Korea dan lain-lain lagi menyertai Pesta Wau ini. Wau sememangnya sinonim dengan permaianan tradisional negeri Kelantan akan tetapi disambut baik oleh orang warga asing untuk menyertainya. Walaupun mereka tidak me-reka wau bulan seperti orang tempatan, tetapi rekaan mereka amatlah kreatif.


Program anjuran Pusat Penerangan Pelancongan dan Kebudayaan (TIC) ini memang membuka ruang kepada penduduk tempatan untuk menjana pendapatan dengan menganjurkan Pesta Wau Peringkat Antarabangsa di Pantai Geting, Tumpat, Kelantan. Bukan sahaja penduduk Kelantan yang datang malah yang Terengganu dan Pahang juga turut hadir sama untuk memeriahkan pesta ini. Mek sendiri tak lepaskan peluang untuk menjadi saksi kehebatan pesta ini.

Gambar-gambar di bawah ini adalah antara yang sempat mek rakam ketika hadirkan diri ke Pesta Wau Peringkat Antarabangsa kali 37. Pesta ini berlansung selama 3 hari dari 29 hingga 31 Ogos 2019. Sepanjang tempoh 3 hari pelbagai program yang ada contohnya Wau Bercahaya, pertandingan lain-lain untuk kanak-kanak dan wanita. Yang sempat mek tengok adalah Majlis Perasmian dan Penutup Pesta Wau Peringkat Antarabangsa kali ke 37.

  







InsyaAllah tahun hadapan kalau diperkenankan lagi, dapatlah dianjurkan lagi Pesta Wau Peringkat Antarabangsa ini. Sempena dengan #visitkelantan2020 boleh lah korang rancang untuk datang ke Kelantan pada berlansungnya pesta ini. Untuk maklumat lanjut korang boleh tengok laman sesawang TIC untuk tahu info semasa program yang dijalankan di Kelantan. Boleh lah korang blok tarikh untuk ke sini. Banyak lagi tarikan di Kelantan. Jom #visitkelantan2020 .

Sekian .. 

TAYAR KERETA ADA EXPIRY DATE?

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Korang pernah tahu tak yang tayar kereta ada expiry date? Maksudnya, walaupun masih tebal bunganya tapi jika dah cukup masa ianya sepatutnya ditukar dan tidak boleh dipakai lagi. Sepanjang penggunaan kereta, mek tak pernah tahu yang tayar ada riwayat yang perlu kita tukarkan. Ingatkan, selagi bunga tayar masih tebal, boleh lah menggunakannya sehingga bunga tayar itu menipis. Sangkaan mek salah. Bahaya bila masih menggunakan tayar yang dah tamat tempoh.


Kesan jika masih menggunakan tayar expired

Satu-satu tayar akan tamat tempoh setelah 4 tahun dari tarikh ianya dibuat. Jika korang masih lagi berdegil untuk menggunakan tayar yang dah tamat tempoh, korang perlu menanggung risiko seperti ini :

Tayar pecah dengan tiba-tiba ketika bergerak / pegun
Tayar menjadi rekah dengan tiba-tiba
Tayar menjadi bengkak dan boleh menyebabkan kereta tidak stabil ketika speeding

Risiko ini tentunya akan mengundang kepada maut jika tidak diatasi. Memang betul maut di tangan tuhan. Namun pencegahan juga perlu diambil perhatian. Lebih-lebih lagi jika kita membawa penumpang bersama. Contohnya mek yang membawa anak kecil bersama. Tak berlaku memang okei je, kalau berlaku mahu menangis meraung, menyesal tak sudah.

Cara nak tengok expiry date tayar kereta


Setiap tayar akan ada tarikh pembuatannya. Korang perlu perhatikan tayar korang seperti di dalam gambar di atas. Nombor yang tertera di atas adalah 2519 bermaksud tayar ini dibuat pada minggu ke 25 pada tahun 2019. Maka, untuk mengetahui expiry date bagi tayar ini adalah dengan tambah 4 tahun menjadikan expiry date bagi tayar ini adalah pada minggu ke 25 tahun 2023. Kalau sebelum daripada tarikh ini bunga tayar dah habis, itu pun kena tukar jugak.

Harga tayar kereta



Harga tayar mungkin akan berbeza-beza dari satu kedai dengan kedai yang lain. Mungkin berbeza sedikit sahaja. Dan harga tayar juga akan berbeza bila jenama yang berbeza. Bagi mek, korang perlu juga survey dalam dua atau tiga kedai untuk mengetahui harga tayar kereta korang. Mungkin dapat menjimatkan sedikit kos pertukaran tayar tersebut. Untuk mek, 4 quotation yang mek ambil dan paling okei di Perodua Servis (quotation perlu termasuk dari segi warranty dan juga servis yang disediakan).

Apa yang perlu dibuat jika tayar kereta ditukarkan


Tukar tayar nampak mudah namun ada beberapa perkara yang korang perlu tahu. Lebih-lebih lagi kalau korang perempuan (kut lah macam mek jugak noob tak berapa nak tahu). Untuk tukar tayar, pastikan :

Tayar yang diletakkan pada kereta korang yang dibuat pada tahun ini dan minggu yang terdekat dengan korang. Jangan ambil tayar stok lama, cepat pulak nanti korang kena tukar tayar (unless korang willing to).

Setiap pertukaran tayar perlu dapatkan kepala bar (penutup tempat letak angin tayar) yang baharu. Pastikan korang dapat yang baru, bukan yang recycle dari tayar lama korang.

Setiap pertukaran tayar, biasanya tayar yang lama akan diletakkan dibelakang dan yang baharu diletakkan di depan. Sebab kereta biasa adalah 2 wheels drive yang mana menggunakan tayar depan untuk menarik beban. Jadi tayar yang tebal bunganya perlu berada di hadapan.

Pertukaran tayar juga akan diturut serta dengan balancing tayar serta alignment. Ini bertujuan untuk betulkan balik dengan tayar baru. Jangan keluar dari kedai tayar / tempat servis kenderaan korang kalau dia tak buat semua perkara di atas.

**

Itulah sedikit sebanyak info yang mek dapat untuk dikongsikan bersama korang. Bila pakai kereta, istilah berjimat cermat tu jarang sangat boleh buat. Yang utama adalah keselamatan dan keselesaan. Bila pakai kereta yang high maintenance lagi banyaklah duit yang korang perlu spend untuk kereta korang. Kalau mampu, tiada masalah. Poket kita, kita sahaja yang tahu.

Sekian ..

PENGKREDITAN BSH FASA 3 PADA 28 OGOS 2019

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Semua sedia maklum dan ramai juga yang tertunggu-tunggu dengan BSH (Bantuan Sara Hidup) yang diberikan oleh kerajaan kita kepada mereka yang layak. Selaku banker, mek rasa tiada salahnya jika mek salurkan info ini kepada korang. Sedikit sebanyak info mengenai Pengkreditan BSH Fasa 3 kepada penerima. So tak adalah korang teragak-agak untuk dapatkan info. Paling mudah tak perlu ke BSN sehingga dua atau tiga kali untuk semak dah masuk ke belum BSH ni.

Cadangan 1 : Semak duit korang melalui MyBSN


Mek percaya mereka yang dah ada akaun BSN akan ada kad ATM. Korang daftar terus MyBSN supaya senang tengok duit dah masuk ke belum. Kalau dah masuk barulah ke ATM untuk buat pengeluaran. Cara-cara untuk daftar MyBSN boleh RUJUK SINI.

Cadangan 2 : Kalau duit korang tak masuk jugak, hubungi hotline LHDN


Call nombor : 1800882747 untuk semak samada duit korang dah 'dilepaskan' atau pun belum. Nak semak status korang layak atau apa-apa soalan mengenai BSH boleh hubungi nombor yang mek berikan tadi. Tak semestinya korang perlu ke cawangan LHDN untuk semak. Hubungi dan buat pengesahan sebelum serbu BSN.

Cadangan 3 : Duit dah masuk tapi kad ATM takada


Ini ambil masa sikit untuk korang buat kad ATM. Tak lama sangat pun. Mungkin dalam 10 hingga 15 minit sahaja. Kemudian boleh cucuk ATM untuk ambil BSH. Kalau korang nampak BSN tengah penuh dengan pelanggan, boleh buat pada hari lain. Jangan risau, BSH korang tetap akan ada tanpa diusik walaupun satu sen.

Tarikh kemasukan BSH Fasa 3: 

28 Ogos 2019 (berperingkat). Bagi lah masa sedikit pada LHDN untuk 'lepaskan' duit korang tu. Dalam tempoh seminggu, InsyaAllah akan dikreditkan sepenuhnya kepada rakyat Malaysia. Jangan risau, kerajaan takkan tarik balik BSH ni. Hanya korang perlu kesabaran sikit.

Akhir kata, jangan gaduh-gaduh, berebut-rebut atau apa-apa lah yang boleh mendatangkan pertelingkahan atau perang mulut ketika mengambil BSH. Diam-diam je, okei? Ada masalah kita bincang sama-sama. BSN sedia membantu anda dalam segala urusan kewangan anda.

Sekian ..

SAMBUTAN HARI MERDEKA DI HOMALEE 2019

Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..

Sambutan Hari Kemerdekaan negara yang ke 62 tahun dah tak lama lagi. Dulu-dulu mek seronok bila nak sambut hari kemerdekaan negara. Maklumlah, setiap sekolah mesti akan ada majlis sambutan masing-masing, kan. Walaupun dulu tak adalah sampai pakai kustom tapi menyanyi sambil kibar jalur gemilang tu dah cukup buat mek rasa patriotik dan sayangkan negara. Di tambah pula dengan kuis-kuis yang dianjurkan oleh Kelab Sejarah sekolah, lagi 'hangatkan' suasana. Walaupun mek gagal dalam sejarah dari tingkatan satu hingga lima.

Bila dah kerja ni, korang pun tahu kan, tak ada dah sambutan kemerdekaan mengikut organisasi masing-masing. Paling patriotik adalah menggantungkan jalur gemilang di organisasi. Itu je lah. Menyanyi tak ada, berarak merdeka lagi lah tak ada (sebab bukan jabatan kerajaan yang wajib turun padang). Tapi tahun ni, mek saja-saja buat kuis sejarah pada ofismate mek, 36 orang yang mek tanya, hanya seorang sahaja jawapannya betul. Memang kita sebenarnya patut masuk kuis sejarah setiap tahun untuk ingat balik kisah sejarah merdeka.

Bila anak dah masuk taska dan tadika, kena pulak tadika yang aktif buat program, menyabut Hari Kemerdekaan adalah semestinya. Bila balik rumah tengok ada notes daripada kakak guru Amani yang menyatakan pada hari Khamis 22 Ogos 2019 adalah Hari Sambutan Kemerdekaan peringkat Taska dan Tadika Homalee, mek sangat teruja ! Bila dapat tahu yang anak-anak perlu pakai baju Jalur Gemilang pada Hari Sambutan Kemerdekaan, terus dalam kepala keluar macam-macam idea.

Mek bagitahu spouse tentang hal ini tapi dia kurang menyambut baik pada awalnya. Katanya anak-anak masih kecil, bukan tahu apa pun. Tapi disebabkan mek dah lama pendam perasaan nak sambut Hari Kemerdekaan pada usia sekarang namun tak dapat-dapat (bukanlah tak dapat, tapi tak semeriah waktu persekolahan dulu), terus mek justify sehingga spouse akur dan bersetuju untuk beli bendera dan terus ke tailor untuk jahitkan baju.


Well, ketika kanak-kanak ni lah kalau nak bagi peluang pada anak merasai nikmat sambut Hari Kemerdekaan. Bila dah tua, dah bekerja macam kita sekarang ni mana ada dah nak menyanyi lagu Jalur Gemilang, nak kibar Jalur Gemilang kat jalanan, nak tengok perarakan. Yang tahu, 31 Ogos adalah hari cuti umum, best rehat di rumah atau best rancang percutian ke mana-mana. Sebenarnya mek dah tak seronok dengan budaya itu.

31 Ogos adalah hari betul-betul nak sambut Kemerdekaan. Kalau boleh pagi nak tengok perbarisan, balik rumah nak tengok filem Kemerdekaan je semua. Lebih seronok kalau dapat adakan majlis Solat Hajat atau Solat Syukur sebab diberi Kemerdekaan. Susahnya orang dulu-dulu minta kemerdekaan dengan British. Susahnya nak dapatkan Malaysia pada hari ini. Disebabkan kesenangan yang mudah, kita lupa dan kita rasa tak perlu ambil tahu lah dengan sekeliling, yang penting hidup aje.


Amani dan Amzar memang teruja juga bila tengok baju Merdeka diaorang. Bangun pagi tu pun gembira je nak ke sekolah. Mummynya apatah lagi, memang dah lama tunggu saat macam ni. Berapa duit habis pada baju Jalur Gemilang pun tak kisah asalkan ada memori anak pakai baju Jalur Gemilang. Asalkan nanti boleh buat album kenangan, boleh tunjuk pada mereka bila dah besar nanti. Mummy work hard okei nak dapatkan baju korang ni. Do appreciate it.




Disebabkan mek terlebih patriotik tahun ini, maka mek rasa mek nak raikan Hari Kemerdekaan ke 62 ini dengan korang. Disebabkan mek rasa kita semua patut menghargai Malaysia dengan lebih, maka mek nak taja siapa yang jawab dengan betul soalan mek ini. Tapi pemenangnya hanya seorang sahajalah. Mek akan guna perkhidmatan random.org kalau jawapan yang betul lebih dari satu. Faham, kan? Kalau tak faham boleh DM mek kat IG.

Sekian ..

TIPS HILANGKAN KELEMUMUR MENGGUNAKAN SET SAFI SHAYLA

Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..

Kelemumur memang satu masalah kulit kepala yang boleh menyebabkan kegatalan dan juga keguguran rambut. Bagi mereka yang bertudung mungkin masalah ini dapat 'diselindungkan' namun tetap masalah ini tidak selesai dengan hanya melindungi. Bagi mereka yang tidak bertudung, masalah kelemumur ini mungkin menjadi lebih serius bila mana kelemumur dah mula berani untuk gugur, jatuh ke bahu. Bagi sesetengah orang, perkara itu dianggap menjengkelkan.

Kelemumur ini terjadi bukanlah kerana kita tak peka dengan kebersihan rambut. Mek percaya ramai dah sekarang yang peka dengan kebersihan diri. Come on lah, dah 2019 kot. Iklan bukan takat dalam TV je, di sosial media dah berlambak iklaneka untuk menjaga kebersihan diri. Sedikit sebanyak semestinya kita akan terikut untuk menjadi bersih, kan? Pada umumnya, kelemumur dikenal pasti menjadi masalah bila kulit kepala terlalu banyak mengeluarkan sebum seterusnya menyebabkan sel kulit mati di kepala menjadi kepingan. Pendek cerita, kulit kepala kita tak sihatlah bila ada kelemumur ni.

Cara - cara pencegahan memang banyak di kongsikan di media sosial dan laman sesawang. Ada yang mencadangkan untuk menghapuskan kelemumur secara alami dan ada juga mencadangkan beberapa shampoo untuk kurangkan masalah kelemumur ini. Tapi bagi mek, penjagaan dan pencegahan kelemumur ini tidak cukup dengan shampoo sahaja, ianya harus ada beberapa produk lain lagi untuk memastikan kulit kepala menjadi sihat. Barulah hilang segala penyakit kulit kepala, ye dak.

So, ini adalah perkongsian mek mengenai TIPS HILANGKAN KELEMUMUR MENGGUNAKAN SET SAFI SHAYLA :

Pertama : Minyak Rambut Anti Kelemumur Safi Shayla



Minyak Rambut Anti Kelemumur Safi Shayla ini bukan seperti minyak rambut yang lain. Ianya dirumuskan khas dengan ajen anti kelemumur untuk kurangkan penghasilan kelemumur serta ada unsur menthol bagi menyamankan kulit kepala daripada terus gatal dan tidak selesa. Cara gunanya senang sahaja, sebelum shampoo rambut, lumurkan Minyak Rambut Anti Kelemumur Safi Shayla ini di kulit kepala, urut dalam 3 - 5 minit (anggaplah macam spa rambut).

Kedua : Shampoo Safi Shayla Anti Kelemumur



Shampoo Anti Kelemumur Safi Shayla, mengandungi ajen untuk membasmi kulat-kulat yang boleh menjadikan kulit kepala tidak sihat seterusnya menjadikan kelemumur. Shampoo ini juga mempunyai unsur menthol bagi menyamankan kulit kepala dengan setiap basuhan. Selain daripada mengawal kelemumur, Shampoo Anti Kelemumur Safi Shayla dapat memberi kelembutan kepada rambut korang. Beralun elok je rambut tu nanti.

Ketiga : Refreshing Scalp Mask Dandruff and Itch Control Safi Shayla



Refreshing Scalp Mask Dandruff and Itch Control ni untuk penjagaan kulit kepala dengan lebih rapi. Maksudnya untuk 'lock' daripada sebum lebihan dan juga punca kegatalan kulit kepala. Best sangat pakai yang ni sebab ini pun salah satu rawatan ala spa dalam bilik air. Cara pakai senang jugak, sapu rata pada kulit kepala selepas shampoo. Urut kulit kepala dalam masa 3 - 5 minit jugak. Kemudian bilas dengan air bersih. Kemudian siap !

Mudah sahaja kan? Satu Set ANTI KELEMUMUR Safi Shayla ni korang boleh dapatkan di mana-mana pasaraya dan juga drugstore yang korang suka. Nak beli thru Shopee atau Lazada pun boleh. Cuma kalau korang beli di pasaraya yang terpilih, korang akan dapat Beg Bare Bears. Boleh lah digayakan pada anak-anak atau anak buah atau anak jiran atau anak siapa-siapa yang korang suka (sementara stok masih ada dan mengikut syarat pembelian). 

Jangan lengahkan lagi, selesaikan masalah kulit kepala korang dengan Safi Shayla. Mek sendiri memang berpuas hati dengan kesan yang diberikan oleh Safi Shayla. Bila kulit kepala kita sihat, rambut gugur pun dapat dielakkan. Jadi bestlah bila rapikan rambut, tak adalah tengok lantai penuh dengan rambut aje. Rimas, kan? Belum terlambat untuk korang mencuba Safi Shayla, 98% pengguna berpuas hati. Tak percaya, cubalah sendiri.

Sekian ..

RESTOREN LEMPENG MARANG

Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..

Entry ini mungkin ringkas sahaja kerana mek hanya nak share satu tempat yang korang #mustgo #mustvisit bila #jalanjalanterengganu . Ini cubaan kali kedua mek untuk ke sini memandangkan pada cubaan mek yang pertama adalah gagal dek kerana terputus bekalan elektrik. Yang mek nak sangat korang merasai sendiri adalah Restoren Lempeng, Marang, Terengganu. Lempeng yang dibuat bukan lempeng biasa-biasa namun signature kepada Terengganu iaitu Lempeng Nyior.

Bila sebut lempeng nyior, mek ingatkan lempeng kosong dan dimakan bersama nyior / kelapa yang diparut. Alah, macam kita makan pulut pagi lah (ke korang tak kenal rupa pulut pagi cam mano?). Tapi sangkaan mek memang meleset terus bila dihidangkan di depan mata sehinggakan mek tanya Sis Gee, 'mana nyior?' . Terus berdekah satu meja. Haa jom lah tengok gambar-gambar yang sempat mek snap untuk kenangan dan pemberitahuan kepada korang.

Lempeng Nyior



Lempeng Nyior ni sebenarnya nyior / kelapa muda yang diparut dan diadun bersama lempeng kemudian baru dibakar untuk dihidang. Dimakan pula dengan kuah kari seperti roti canai. Tahap sedapnya tu boleh menggantikan roti canai dan tak cukup sebiji. Kena dua atau tiga biji sorang lah. Eyh, atau mek je yang overload bab makan roti-roti nih. Tapi serius, kalau korang ke Terengganu kena singgah sini untuk merasai sendiri. Tak viral pun, cuma signature Terengganu.

Rojak Kateh



Rojak Kateh ni pun makanan yang signature kepada Terengganu. Takkan ada ditempat lain. Kalau ada pun maknanya orang Terengganu lah tu yang jualnya. Ini pun satu jugak menjadi bahan gelak tawa beramai-ramai / jemaah. Kalau ikutkan makanan Rojak di Kelantan, ianya banyak bahan yang dicampurkan bersama, contohnya Rojak Mee, ada mee kuning, ada taugeh, ada kuah kacang, ada timun batang. Namun berbeza dengan Rojak Kateh.

Lupa nak bagi tahu korang yang Kateh ni sebenanrnya daging lembu yang dagingnya pada bahagian kaki. Kiranya macam muscle lembu lah. Kalau kami di Kelantan panggil Keting. Kalau korang di negeri masing-masing mesti ada juga namanya cuma mek je yang tak tahu dengan lebih mendalam. Rasa Rojak Kateh ni seperti colek keropok lekor, ditambah air menjadi cair sedikit dan dimakan dengan daging lembu yang direbus empuk. Haa gitu, sedap jugak lah.

Lokasi Restoren Lempeng, Marang


Restoren Lempeng, Marang ni senang je nak cari. Tepi jalan betul-betul, dekat sangat dengan Ce' Wer Chalet . Tepi Restoren Lempeng ni Pantai Rusila, Marang. Tempat mek photoshoot baru-baru ini. Nampak samar-samar / 40% Pulau Kapas daripada Restoren Lempeng ni. Bagi mek, satu tempat yang korang kena datang dan cuba sendiri signature Terengganu walaupun kedainya biasa-biasa dan tak viral. Tapi hidangannya tu legend, tak banyak kedai dah yang ada menu sebegini. Google Restoren Lempeng, keluar maps, nombor phone dan segala maklumat lain.

Sekian ..

PHOTOSHOOT DI PANTAI RUSILA MARANG

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Mek rasa, mek dah ada hobi baru iaitu photoshoot di tempat yang mek terlintas nak photoshoot. Contohnya hari tu mek dah buat PHOTOSHOOT INDOOR PLAYGROUND . Takdelah cantik macam photographer yang belajar tinggi-tinggi. Takat nak puaskan hati mek, nak simpan sebagai kenangan tu boleh lah. Lagi pun mek photoshoot pakai phone je, bukan DSLR pun. Apa-apa pun, asalkan tidak menyalahi perintah agama, mek rasa ianya masih lagi okei.

So ini lah hasilnya :









Lokasi :

Pantai Rusila, Marang, Terengganu

Model cilik :

Aimy Amani, 4 tahun
Ammar Amzar, 2 tahun

Sekian ..

ASFA D' VILLAGE KEMASEK KERTEH TERENGGANU

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Bulan Ogos 2019, siri #mekyunietravel on balik, alhamdulillah. Pada awalnya mek nak teroka Pulau Kapas, Terengganu. Dah plan banyak jugak dengan travelbuddy Sis Gee. Dah siap survey harga semua. Tapi lagi seminggu nak pergi, tetiba Sis Gee jumpa satu tempat yang agaknya lagi best dari Pulau Kapas. Bila mek tunjuk pada spouse pun spouse bersetuju untuk ke destinasi baru and batalkan niat untuk ke Pulau Kapas. So jom ke Asfa D' Village, Kg Kemasek, Kerteh, Terengganu.

16 Ogos 2019, bertolak jam 11 pagi ke Kerteh, Terengganu melalui LPT II, berhenti makan tengahari di Warung Kak Yah Nasi Dagang, Jerteh dan selamat tiba di Asfa D' Village Kg Kemasek pada jam 3 petang. Sedang elok dengan waktu check in. Setibanya di Asfa D' Village Kg Kemasek, memang mek dan spouse agak terpukau dengan tempat penginapan kami ini. Memang dah tengok thru gambar-gambar namun keterujaan mestilah lebih bila tengok depan mata sendiri.

Ruang parkir di depan bilik


Bilik penginapan yang bersih dan selesa 






Kolam renang dah macam taman tema










Breakfast disediakan




Ruang santai / sembang di luar setiap bilik



Penginapan semalaman mek itu memang harus diberi rating 4/5 memandangkan anak-anak dan mek juga memang teruja serta rasa macam sayang nak tinggalkan bilik, walaupun Mesra Mall hanyalah 3 minit dari Asfa D' Village Kg Kemasek. Padahal mek dah plan nak ke Mesra Mall untuk tonton Boboiboy The Movie, dah siap cakap dengan anak-anak dah pun, tapi berendam dalam kolam lebih menarik minat anak-anak. Dan mummy pun lebih suka berborak dengan #travelbuddy sambil tunggu anak mandi kolam.



Korang yang nak ke sini, just search Asfa D' Village Kg Kemasek pada carian google.com . Akan keluar semua details Asfa D' Village kat situ. Selamat berehat di Asfa D' Village korang !

Sekian ..