TERA SKINCARE BANTU PULIHKAN KULIT WAJAH


Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Dalam entry beauty kali ini, mek nak kongsikan satu lagi set penjagaan kulit wajah yang kian viral / menular pada masa kini disebabkan keberkesanannya yang mengatasi masalah kulit wajah dengan begitu baik sekali. Maklumlah, kita sebagai orang perempuan memang begitu menitik beratkan masalah kulit wajah supaya kita tampil di khalayak ramai dengan penuh yakin tanpa perlu malu dengan masalah kulit wajah yang kita ada. Hanya orang yang mengalami sahaja tahu bagaimana beratnya rasa untuk berhadapan dengan sanak saudara, lebih-lebih lagi dengan orang yang kita sayangi.


memperkenalkan, satu set penjagaan kulit wajah yang baharu untuk merawat kulit wajah - TERA SKINCARE

Apa yang ada dalam set Tera Skincare :

Untuk satu set Tera Skincare ada 4 produk yang asas untuk korang rawat kulit wajah korang menjadi lebih sihat. Dan 4 produk tersebut adalah :


Carrot Soap

Berperanan untuk mencerahkan kulit serta mengecilkan pori. Untuk Carrot Soap ni sesuai digunakan untuk semua jenis kulit.


Flawless Day Cream

Ini paling best, Flawless Day Cream yang mengandungi SPF 30, mampu untuk menjaga kulit wajah daripada sinaran UV, yang mampu juga untuk mencegah kulit daripada menjadi berminyak dan kering. Sesuai untuk dijadikan sebagai makeup based setiap pagi.


Stardust Night Cream

Krim malam yang mampu merawat kulit wajah dengan melicinkan, melembutkan, memudarkan jeragat dan menghapuskan jerawat. Pendek kata, Stardust Night Cream Tera Skincare untuk merawat kulit wajah menjadi lebih baik.


Soft Pearl Peeling Toner

Yang ini peranan utama dalam menjadikan kulit korang kembali baharu. Soft Pearl Peeling Toner berperanan untuk menanggalkan kulit mati pada wajah korang dan ianya juga akan meransang untuk pertumbuhan sel kulit wajah yang baharu. Proses ini mungkin akan menggelupaskan kulit wajah korang dalam tempoh dua minggu.


3 langkah mudah atasi masalah kulit wajah dengan set Tera Skincare

3 langkah mudah ini kalau korang implement / istiqamah dengan sebetulnya memang insyaAllah hasilnya akan dapat dalam masa dua minggu sahaja. 3 langkah mudah dengan Tera Skincare adalah :

Rutin pagi ; bangun sahaja dari tidur, bersihkan muka dengan Carrot Soap Tera Skincare. Kemudian sembur / apply Soft Pearl Peeling Toner Tera Skincare sebelum sapu Flawless Day Cream Tera Skincare. Hadapi cabaran seharian dengan penuh bersemangat.

Rutin malam ; sebelum tidur, bersihkan muka dengan Carrot Soap Tera Skincare kemudian sapukan Stardust Night Cream Tera Skincare bagi memberi rawatan semasa kulit wajah berehat pada waktu malam. Tidur dengan lena.


Kulit lebih glowing dan sihat dengan TERA SKINCARE

Mudah bukan? Mungkin antara kita sudah banyak yang mencuba produk untuk merawat masalah kulit wajah. Bagi yang masih lagi belum menemui produk yang betul-betul sesuai dengan korang, Tera Skincare antara produk yang diyakini pada masa kini. Untuk sebarang pembelian korang boleh buat di Shopee atau lebih senang ke IG rasmi Tera Skincare untuk dapatkan info sah dan nasihat-nasihat khusus buat mereka yang inginkan kulit yang benar-benar bebas dari masalah kulit wajah.

Sekian ..

4 comments