Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..
Julai 2019, mek memang bercadang nak ke Genting Highland memandangkan mek dah
lama sangat tak menjejakkan kaki di sana dan tentunya nak bawa anak-anak,
mencipta kenangan bersama. Pemilihan tarikh untuk ke Genting Highland adalah
pada tarikh lahir mek iaitu 5hb Julai. Cerita mek di Genting Highland akan
diceritakan pada entry yang lain. Entry ini khususnya mek nak kongsikan tentang
station durian di Raub. Satu tempat menjadi ‘harus’ untuk berhenti dan cuba
sendiri.
Gambar kenangan sekeluarga di station durian di Raub, harap ada rezeki lagi untuk singgah sini
Station durian di Raub ini tempatnya adalah di tepi jalan besar sahaja. Mek
rasa kalau korang datang dari Kelantan atau mana-mana jalan yang melalui pekan
Raub, semestinya akan perasan dengan station durian di Raub ini. Beberapa kali
mek duk lalu-lalang kat situ (setahun dua kali lalu pekan Raub), memang ada
cakap dengan spouse ‘best jugak kalau berhenti makan di station durian di Raub.
Baru lah feel makan durian, pilih dan terus makan.’ Tapi hint yang diberikan
itu tidak cukup menjadi. Sehinggalah pada kunjungan mek kali ini. Tik tok tik
tok signal ke kiri, untuk mencuba durian yang ada di station durian di Raub.
Harga durian semasa kunjungan mek ke station durian di Raub :
Musang King : RM28 dan RM35 per kg.
Durian Kg : RM13 per kg
Lain-lain durian : tak tanya
Mek ambik satu Musang King dan juga satu durian kampung. Musang King tu elok
beratnya 1kg. Yang durian kampung 1.8kg. Total yang dibelanjakan di station
durian di Raub adalah RM50. Musang King dapat lah makan seulas sorang, kecuali
mek dan spouse dapat merasa dua elas sorang. Yang kampung pun semua dapat
merasa dua ulas sorang. Untuk tujuan merasa, mek kira dah cukup okei. Kalau korang
hantu durian, mungkin itu tidak akan memuaskan hati korang.
Musang King, RM28 per KG
Tauke kedai durian yang mek singgah di station durian di Raub ni berbangsa
Cina. Mula-mula agak takut jugak, bukan apa, kang tak pasal-pasal kena semelih
harga dengan aso cina (aso dalam mandarin kalau tak silap mek mak cik ataupun
pak cik). Tapi alhamdulillah, Allah jagakan kami lagi, dipertemukan dengan aso
cina yang baik hati. Ada Musang King dia kopekkan satu untuk mek makan free je.
Mula-mula keberatan nak ambik, kang extra caj pulak. Tapi fikirkan sebab nak
makan, extra caj pun redha lah. Lepas dah total, tak ada caj tersembunyi dan
extra caj. Dapat diskaun RM1 dari aso tu. Alhamdulillah.
Tak jual sebakul ye, boleh pilih mana yang korang nak
Station durian di Raub memang banyak. Ada lebih 10 gerai sepanjang jalan. Cuma
pilihan di tangan korang. Kalau rasa boleh je singgah mana-mana, kedai aso ni
pun okei. Kalau rasa tak okei, boleh singgah kedai depan sana, kedai melayu
siap ada cendol durian lagi. Masa tengok kedai melayu tu, mek dengan spouse
macam terpandang sesama sendiri. Krik krik kejap. Tapi bila diingatkan balik,
rezeki aso tu dan rezeki mek juga dapat merasa Musang King secara percuma
walaupun sepangsa je.
Durian kampung, isi elok manis cuma warnanya pucat
Jangan lupa untuk berhenti di station durian di Raub, makan durian yang terus
dari kebun. Takdak istilah balik rumah tak boleh makan sebab isi rosak. Kalau
nak tapau letak dalam tupperware pun boleh. Bagitahu je aso tu nanti.
Sekian ..
Alhamdulillah dapat merasa durian best
ReplyDeleteharga nya tu nampak okay, aihhh lapa durian pulak ni hehe
ReplyDeletepuas hati jamu durian tuu...
ReplyDeleteni kalau taw ko tok laki dia g hahaha
ReplyDeleteNi yang haritu ada masuk MHI TV3 kalau tak silap..
ReplyDeleteMurahnya musang king dia..dah la aku hantu durian
ReplyDeletebelum puas lagi mkn durian thn ni..musang king mmg agak mahal tapi isi nya..fuh!! puas mkn
ReplyDeleteVery informative post! There is a lot of information here that can help any business get started with a successful social networking campaign. https://knowaboutdurian.shutterfly.com/
ReplyDelete