PLAN KE SUNWAY LAGOON HASILNYA BERBALOI

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Sunway Lagoon, satu nama taman tema air yang memang tidak lagi asing dalam Malaysia. Bahkan jika pelancong luar datang sekalipun, salah satu tempat untuk dikunjungi adalah Sunway Lagoon. Dan kesempatan untuk ke Sunway Lagoon ini mek ambil ketika ke Genting Highland tempoh hari. Atau lebih tepat, plan untuk ke Sunway Lagoon ini adalah sempena birthday spouse mek. Beza birthday kami hanya sehari sahaja.

So melalui entry mek ni korang akan diperlihatkan apa yang mek dan keluarga bergembira di Sunway Lagoon. Mek pasti, dalam kalangan pembaca mek, masih ada yang belum berkunjung ke Sunway Lagoon, kan? Ke Sunway Lagoon kali ini merupakan kali kedua selepas 12 tahun lamanya. Kali pertama pergi bersama arwah papa dan mungkin itu adalah kali pertama mek ke Kuala Lumpur. Sunway Lagoon kini jauh lebih canggih dan mengikut trend semasa. Semestinya berbaloi untuk masuk dan cuba sendiri permainan taman tema air yang terbesar di Malaysia ini.

Info mengenai Sunway Lagoon :

Harga tiket :

Dewasa : RM138
Kanak-kanak : RM113

Beli online dapat lagi less RM5 untuk setiap tiket

Waktu beroperasi :

10 pagi sehingga 6 petang
Setiap hari

Jenis permainan yang ada :

Ada 6 tempat tarikan dengan lebih 100 permainan untuk korang cuba

Kemudahan lain :

Bersebelahan dengan Hotel Sunway
Bersebelahan dengan Sunway Pyramid
Kedai dobi
Tempat makan
Hospital Sunway


Pintu masuk ke Sunway Lagoon, pintu ni akan bawa tetamu terus ke Surf Beach


Pit stop untuk bergambar


Buka setiap hari, no rest day


Tiket untuk berempat, akses ke semua tempat, RM502


Itik yang menjadi simbolik kepada Sunway Lagoon


Lorong yang akan mulakan adventure korang di Sunway Lagoon


Yang ni dapat main free dengan setiap tiket yang korang beli, tapi untuk kanak-kanak je lah


Seronok la budak-budak sebab biasa dekat funfair tak bagi naik pun


Ini satu family boleh main, terasa lah duk di Sunway Lagoon sebab Apache Pots ni dari first time berkunjung dah ada


Ini nama pots besar yang satu family boleh naik


Kedai makan boleh tahan jugak banyaknya, boleh pilih ikut selera masing-masing. Nasi campur je yang tak ada


Untuk mek sekeluarga, kita orang first time merasa Marry Brown ni. Lebih sedap daripada Texas Chicken


Ini mek beli time promo je, kalau saje dahaga nak minum kopinya, memang tak


Paling teruja mestilah Amzar


Dah berani main gelongsor air


Seronok jadi budak, main tanpa segan silu


Sini barulah mek berendam tu pun tak boleh nak main gelongsor, guard ada


Yang dewasa memang challenging dan memang awesome ! 


Limited untuk tangkap gambar sebab tak beli cover waterproof


Time ni kakak dah pancit, so mek dengan Amzar je masih berseronok


Sebelum keluar sempat melawat Wildlife Park Sunway Lagoon


Macam biasa, penat pun masih lagi boleh layan kalau nampak binatang


Sunway Lagoon, berbaloi dari pagi sehingga tamat waktu beroperasi ligan dalam ni

Setahun sekali boleh datang ke Sunway Lagoon untuk bawa anak-anak merasa taman tema air terbesar di Malaysia. Cuma bila mek ke sini, untuk repeat, mek rasakan yang menginap di Hotel Sunway adalah lebih elok sebab senang nak akses ke semua tempat di Sunway. Macam mek tempoh hari, tak sempat nak visit Sunway Pyramid walaupun dah bersebelahan sebab penat di Sunway Lagoon. So jom ke Sunway Lagoon, salah satu destinasi percutian korang.

Sekian ..

6 comments

  1. Wah seronok la anak-anak dapat main air dekat sunway lagoon

    https://tarotthefool.blogspot.com/2019/07/lunch-at-cafe-hipster-red-card-bandar.html

    ReplyDelete
  2. mcm tau2 jer mek ni.
    Few days ago br borak dgn asben pasal sunway lagoon.
    Lom pernah g bwk anak. Teringin...
    Dulu kala aida gi time bujang :-)

    ReplyDelete
  3. bestnya..lama tak pergi SUnway lagoon..pergh harga dia boleh tahan erk..baru cadang nk pergi bawak anak-anak enjoy sini..

    ReplyDelete
  4. Nak bagi tau satu rahsia ni... saya ni orang Subang tapi tak pernah pergi Sunway Lagoon... hahahaha... tapi, bila tengok aktiviti yang boleh dilakukan macam nak pergi pulak rasa... cuma harganya wow!!! hehehehe... jom start menabung...

    ReplyDelete
  5. Tunggu anak besar sikit, baru ke sini lagi.

    Hari tue.. dorang just nak main air je.. tue pun kejab. terus memasing terus pengsan kepenatan.. satu kerja nak dukung dorang bawa balik hahaha dah la park jauh pula tue

    ReplyDelete
  6. lama tak pergi sunway lagoon, nak revisit dengan kawan kawan saya, tak pernah pergi petting zoo corner sana lagi, next time pergi dropby sana, selalu main dlm waterpark dah penat giler

    ReplyDelete