Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..
Pesta Thai Kota Bharu memang tidak asing lagi di Kelantan. Malah setiap tahun mungkin dua atau tiga kali Pesta Thai Kota Bharu ini akan berulang di Kota Bharu, Kelantan. Akui, makanan di Kelantan kebanyakkannya dipengaruhi oleh negara jiran iaitu Thailand, namun semestinya masakan asli daripada negaranya adalah yang original. Siapa yang tak kenal dengan Tom Yam Thailand, pedas, pekat, masam - pendek kata, kaw habis !
Mek agak bertuah kerana mengajak spouse ke AEON Mall Kota Bharu pada 30 Julai 2019, sempena cuti Pertabalan YDP Agong. Pada awalnya mek tak tahu pula sedang berlansungnya Pesta Thai Kota Bharu diperkarangan AEON Mall Kota Bharu. Lepas dah pusing satu mall, dah nak balik dah pun tetiba dengar pengumuman katanya sedang berlansung Pesta Thai Kota Bharu di perkarangan AEON Mall Kota Bharu. Jadi, apa lagi. mestilah terus terjah.
Info berkaitan Pesta Thai Kota Bharu :
Lokasi :
Perkarangan AEON Mall Kota Bharu
Tarikh :
30 Julai sehingga 04 Ogos 2019
Bilangan gerai :
+- 40 gerai yang terlibat
Jenis barangan jualan :
Makanan dan minuman daripada Thailand.
Produk kraftangan Thailand.
Seller original Thailand.
Perbezaan dengan Pesta Thai Kota Bharu sebelum ini :
Pesta Thai Kota Bharu di AEON Mall Kota Bharu fully organized oleh kedutaan Thailand, bukan melalui orang tengah yang buat roudtour Pesta Thai di semua negeri.
Pesta Thai Kota Bharu di AEON Mall Kota Bharu ini 98% original Thailand.
Sedikit gambaran mengenai Pesta Thai Kota Bharu :
Tiger cry = harimau menangis, nama daging bakar bersama sos yang padu
Daging bakar bersama pencicah padu pedas masam masin manis
Somtam, originally from Thailand
Kerabu kerang, kerabu kaki ayam
Teh tarik Thailand, padu beb. Hanya mereka yang pernah rasa sahaja tahu bagaimana padunya
Kepelbagaian Kerabu, kecur liur tengok kerabu-kerabu ni
Original Aiskrim Kelapa, rasa lemak manis
Aiskrim kelapa asli, pelbagai topping
Pulut mangga, RM7 untuk satu bekas
Churos dengan pelbagai perisa
Hasil kraftangan Thailand
Baby Crab, pelbagai perisa. Di goreng rangup
Ayam Bakar Susu, ramai bagi feedback di FB yang ni paling sedap, rugi tak cuba
Salad organic, hasil tanaman yang organic
Kedai kopi yang di - brew OTS
Somtam, nampak simple, sekali makan berdesip
Kopi ni hampir sama dengan Starbucks, padu Latte nya
Sawaddika
Kalau korang berkelapangan, boleh la ke Pesta Thai Kota Bharu. Bagi mek yang tak asing lagi dengan Pesta Thai ini memang rasanya biasa-biasa sahaja tapi kalau korang yang betul-betul nak merasa bagaimana masuk 'pasar Thailand' di Kota Bharu, boleh jemput ke perkarangan AEON Mall Kota Bharu. Paling tidak pekena Som Tam original Thailand, barulah tak cukup air nak bagi hilang pedas. Gituu.
Sekian ..
Ya allah terujanya akak tengok kerang fresh tu ha..hidup2 lagi kerangnyaaa
ReplyDeletewwow..bestnya..:)
ReplyDeletePesta thai kt aeon start buko pkul brapo ?
ReplyDeleteWah! semua ori dari Thailand ya kalau dekat teringin jugak nak terjah
ReplyDeletetakde plan buat kat ganu ke diorang ni. semua makanan nampak sedappp
ReplyDelete