Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..
Episod #jalanjalangenting disambung lagi. Entry kali ni mek nak share di mana pulak mek #makanmakan di Genting Highland. Mek dan Sis Gee sampai ke Hotel First World dah petang. Mungkin dalam jam 3 petang macam tu kami check in dan terus masuk bilik untuk solat dan rehat sekejap. Biasalah, check in tu penting untuk tengok kondisi tempat tidur malam tersebut. Kot lah ada tak elok, boleh terus mintak tukar. And paling penting adalah untuk membersihkan diri.
Dah siap semua lepas Asar kami turun ke lobi First World Genting. Dalam jam 5.30 petang. Pada mulanya kami nak ke GHPO melalui cable car di Sky Avenue tu sahaja. Bila naik, elok pulak dia tutup untuk maintainance. Maka tiada rezeki nak try cable car yang baharu. Terpaksa lah berjalan jauh juga untuk dapatkan cable car yang lama di nun sebelah sana (bangunan yang berlainan). Elok sampai, beratur kemain panjang melimpah ruah daripada tempat beratur yang disediakan. Trip to GHPO dibatalkan.
Waktu Maghrib dah menghampiri. Seperkara bila travel, mek tak suka waktu Maghrib masih lagi merayau. Samada stay dalam bilik ataupun carilah kedai makan untuk berlindung sekejap. Mek tak tahu kenapa tapi rasanya waktu Maghrib ni waktu paling kritikal. Setan banyak so emosi atau apa-apa sahajalah boleh terjadi dalam sekelip mata. Jadi kami bincang untuk berteduh di Nene Chicken memandangkan itu adalah fast food baru yang mek nak cuba.
Waktu lebih kurang 7.15 malam. Genting Highland memang sejuk. Seingat mek dan Sis Gee, Cameron Highland pun tak sesejuk Genting Highland. Dan memang sedap sangat tengok orang sebelah makan steamboat, berasap tapi rasanya menyamankan. Tapi rasanya kedai sebelah Nene Chicken Genting Highland tu non halal so kami tahan bau je lah bila mereka grill dan steam makanan diaorang. Nak pindah masuk dalam kedai Nene Chicken, tak disediakan table for eight.
Pilihan menu yang ala carte
Bila masuk Nene Chicken, pertama yang mek bayangkan adalah pilihan makanan yang dalam bentuk set. So bincang dengan Sis Gee, ambik beberapa set untuk dewasa and beberapa untuk kanak-kanak supaya dapat merasa semua hidangan yang ada di Nene Chicken. Tapi meleset gaiss. Bukan itu cara hidangan di Nene Chicken. Kebanyakkan datang dalam ala-carte. Kalau ada yang ber-set pun untuk masa-masa tertentu. Entahlah, kalau dalam bab menu ni mek macam agak kecewa.
Harga yang agak pricey
Soal harga, mek macam dah agak sebab makanan di Genting Highland sememangnya lebih mahal daripada di bawah sana. Cuma kalau mahal pun mungkin beza dalam 2 - 3 ringgit. Untuk Nene Chicken ni, disebabkan tak datang dalam set, datang dengan ala carte jadi harganya agak mahal lah untuk complete-kan satu hidangan tu. Contoh, air lain, ayam lain, fries lain so total dalam RM25 macam tu. Air boleh refill dan pilih mana korang suka.
Rasa berlainan dengan fast food lain
Seterusnya, rasa bagi Nene Chicken. Pertama yang mek cuba adalah fries. Masuk mulut rasa 'lain daripada yang pernah aku makan'. Okei, lulus dah menu pertama. Makan pula ayam 'lain daripada yang pernah aku makan'. Total rasanya berbaloi lah untuk satu fast food baru walaupun harga agak tinggi sikit daripada mereka yang lain. Untuk spouse yang ambil burger pun dia bersetuju yang Nene Chicken ada rasa mereka tersendiri.
Rating
Untuk Nene Chicken, mek bagi 3.5 bintang lah pasai depa win dekat rasa sahaja. Harga dan menu friendly tu belum improvise lagi. Segi deko outlet malas nak sentuh sebab mek rasa tak ada masalah sangat sebab kena faham lah satu lot kecik berapa sangat furniture yang boleh muat. Yang penting rasa tu tak sama dengan yang dah ada. Boleh dijadikan satu tarikan untuk mencuba dan boleh repeat pada masa akan datang. Harap depa sempat fix apa yang patut.
Sekian ..
Wah. Nene chicken. Lain mcm nama. First time dengar ni. Selain genting ada cawangan dia kan? Harap2 tak mahal mcm genting la. Haha. Ok tak makanan dia? Boleh layan next round ?
ReplyDeletesarah tengok ramai yang dah pergi makan kt nene chick ni semua kata sedap nak jugak try tapi ntahlah bila free nak ke sana kena ajak geng ni
ReplyDeletefirst time dgr nene chicken ..
ReplyDeleteHope nene chicken berkembang pada masa akan datang...nnt kot kot ada
Cawangan di Sabah, boleh try ni.
Tak pernah try lagi nene chicken ni tp selalu tgk kawan2 post. Nak try la nanti
ReplyDeleteTak pernah try lagi nene chicken ni tapi baca ni terus rasa nak try. Thanks for sharing! Will try soon
ReplyDeleteBaru tau kemujudan nene chicken ni. And dah lama tak naik genting. Naik genting nanti bolehla try nene chicken
ReplyDeleteTak pernah dengar Nene Chicken ni. Hehe tapi macam menarik juga. Fries nampak sedap. Boleh la cuba kalau pegi Genting
ReplyDeleteFirst time dengar nama nene chicken. Tapi tengok mek review menu dia sedap terliur pula nur nak try. Tapi kene cek dulu laaa cawangan kt johor ni kt mana
ReplyDeleteNama kedai pun dah menarik. Bagaimana rasa makanan pun tak tahu lagi seperti Naim dok melihat gambar sahaja. Apapun terima kasih share tempat yang menarik sebegini. Jika ada peluang boleh Naim pergi lepas ini. Terima kasih!
ReplyDeleteDah pernah cuba masa ke Genting Highland dulu. Not bad lah rasa dia..boleh diterima oleh tekak sis ni..hehehe. Biasalah..harga makanan or barangan kat sana mmg lbh mahal sikit dr di bawah..tapi tak ada pilihan, kena le hadap..hehehe
ReplyDeleteMacam lawak pun ada gak nama dia kan, Nene Chicken. First baca macam Nenek Chicken. Haha
ReplyDeleteRawlins pun tak gemar masuk fast food restaurant yang beli ala-carte.
Setuju! Menu dia agak memeningkan kepala sikit, nasib first time makan tu dengan kawan kita jadi dia lah tolong explain tang mana nak order bagai. And I like the taste sedap cuma kurang pedas kut but it's good too I tak galakkan sangat trend terlalu pedas sangat ni even kita ni kaki makan pedas. And certain branch generous gila bagi sos diaaaa hahaha.
ReplyDeletewahhh first time dengar nama brand ayam nie. tak pernah pula nampak sebelum nie. okay next time kita nampak, kita nak cuba. menu2 dia not bad. teringin tahu macam mana rasa ayam goreng dorg
ReplyDeletei tried this before.. it actually taste quite nice... yummy and delicious.. can go eat again...
ReplyDeletenama kedai ni agak cute dan catchy heheh..tak pernah lagi try makan kat sini...tapi nanti bolehlah bawa anak2 datang sbb mmg fav anak2 kalau ayam goreng ni
ReplyDeleteokay la tu not bad lah kalau RM25 je, nanti boleh try kalau pergi genting.
ReplyDelete1st time dgr nama nene chicken..ada kat genting je ke..nati ke sn blh try jugak
ReplyDeleteSkrg ni dh bermcm2 fast food wujud dh....kalo 20 tahun dulu susah nk cari....kd sekrg dh menyenangkan....nanti nk ajak ank bujang p makan sini...
ReplyDelete