KENAPA HOTEL FIRST WORLD GENTING MENJADI PILIHAN

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Hari lahir mekyunie pada 2019, mek merancang nak juga keluar mengambil angin di negeri orang. Alhamdulillah, urusan mek nak ke Genting Highland ini dipermudahkan. Cuti senang lulus, nak bayar hotel pun tak sangkut, dan semuanya lah. Termasuklah ajak rakan travel pun senang nak on. Alhamdulillah. Caturan Allah adalah terbaik. 2019 mek nak menyambut hari kelahiran mek di Genting Highland. Bila sebut menyambut hari kelahiran, ianya bukan lah satu sambutan macam diva sangat menyambut hari lahir. Tapi ianya lebih kepada nak mencipta kenangan. Senang ingat, tahun lepas sambut hari lahir di mana. Dan sekurang-kurangnya boleh lah buat photobook untuk hari lahir mekyunie.


Hotel First World Genting, dari highway Karak pun dah nampak warna-warni

Bila sebut Genting Highland, perkara pertama yang terlintas di benak fikiran mek adalah hotel berwarna-warni. Yang kalau dari highway Karak / Bentong ni dah nampak gah di atas bukit sana. Hotel First World Genting pilihan terbaik, satu nama hotel yang sering menjadi sebutan dalam kalangan pelancong dan juga orang tempatan. Cuma, bila dah menjadi pilihan orang ramai ini harganya pun boleh tahan juga. Pada mulanya mek tak masukkan Hotel First World Genting pilihan terbaik ini sebagai salah satu pilihan hotel untuk dijadikan sebagai penginapan. Pun begitu setelah mengambil kira banyak perkara, Hotel First World Genting pilihan terbaik dan tepat.

Kenapa Hotel First World Genting pilihan terbaik semasa berkunjung ke Genting Highlands :



Hotel paling besar dalam dunia (dengan 7351 bilik)
Berdekatan dengan taman tema indoor (Skytropolis)
Berdekatan dengan Sky Avenue (tempat membeli belah dari 6,000 kaki aras laut, banyak jugak brand yang ada)
Berdekatan dengan Awana Sky Way (cable car yang terus turun ke Genting Highland Premium Outlet)
Restaurant makanan yang jarang diketemui di daratan ada di Sky Avenue
Tak perlu guna kereta untuk bergerak ke mana-mana


Rugi tak grab yang hanya ada di Malaysia


Kiri kanan depan belakang kebanyakkan tourist and chinese


Ruang lobi Hotel First World Genting


Memang banyak mainan, RM60 per sorang untuk akses semua game indoor


Giant Wheel indoor


Barangan branded memang banyak di Sky Avenue, Tom Ford adalah salah satu daripadanya


Godiva, beza RM2 dengan KLCC


Indoor Themepark, Skytropolis


Persembahan Batman yang ke 80 tahun. Sempat jugak tengok


Genting Sky Avenue tutup semasa mek pergi, so kena naik Genting Skyway


Genting Skyway, Cable Car yang pertama di Malaysia


Mek naik Genting Highland dengan kerata, park kereta di Hotel First World Genting

Banyakkan tempat menarik untuk dikunjungi di Genting Highland? Disebabkan kesemua di atas tadi, mek memilih Hotel First World Genting pilihan terbaik. Bukan bermaksud hotel yang disekitar Genting Highland ini tidak bagus namun untuk yang mempunyai anak kecil, untuk senangkan pergerakan ke tempat-tempat menarik tapi dalam keadaan agak terbatas, Hotel First World Genting pilihan terbaik. Barulah korang dapat meneroka Genting Highland dengan sepenuhnya. Dapat kenal macam mana Genting Highland sebenarnya, satu tempat pelancongan dari peringkat umur kanak-kanak sehingga ke dewasa.

Macam mana nak booked / reserv Hotel First World Genting pilihan terbaik ini :

Korang boleh terus booked / reserv bilik di website Hotel First World Genting pilihan terbaik.
Korang boleh tengok Traveloka atau Trivago atau Agoda atau mana-mana yang korang suka dan selesa untuk buat booking / reservation. Untuk Hotel First World Genting pilihan terbaik ini tiada pilihan untuk bayar di hotel, semuanya kena bayar semasa booking / reserv.
Korang boleh juga ke google.com dan taip Hotel di Genting, masukkan tarikh dan lihat sendiri harga yang google bandingkan.


Kiosk untuk check in, masukkan nombor booking sahaja


Kad akses dikeluarkan oleh mesin sahaja


Bilik yang agak semput, untuk semalaman okei lah


Kiosk for check out


Genting Group, Genting Highlands Resort

Jadi boleh lah korang pula merancang ke Genting Highland. Kalau yang dah biasa pergi mungkin korang boleh kongsikan tempat menarik yang ada di sekitar Genting Highland, mungkin tempat makan atau tempat #mustgo yang ada di sekitar Genting Highland. Apa-apa pun, untuk penginapan boleh menginap di Hotel First World Genting pilihan terbaik yang ada di Genting Highland.


Happy birthday mekyunie, 27 years old


Harap dapat kawan baik sentiasa okei


Sebaya, moga korang sentiasa dirahmati Allah


The girls

Sekian ..

7 comments

  1. bestlah tapi tak pernah sampai lg genting :(

    ReplyDelete
  2. bestnya sambut besday kat Genting..dah lama x pergi genting

    ReplyDelete
  3. Bestnya lama xnaik Genting. tunggu poket penuh dulu la

    ReplyDelete
  4. lamanya tak gi genting... lepas dia tutup outdoor 2 kali jah baru jejak..lepas tu tak naik2 dah..huhu

    ReplyDelete
  5. jumpa next episode holiday!hehe

    ReplyDelete