Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..
Percutian mek ke negeri sebelah pantai barat untuk sambut hari lahir mek dilajakkan lagi ke Bandar Sunway, Petaling Jaya. Selepas check out daripada First World Hotel Genting, mek terus ke Bandar Sunway Petaling Jaya pada jam lebih kurang 3 petang. Tiba di Bandar Sunway Petaling Jaya lebih kurang jam 6.30 petang memandangkan jalan sesak dan cuaca pula hujan. Walaupun agak lewat untuk check in tapi better late than never.
Mek memilih untuk ke Bandar Sunway Petaling Jaya disebabkan pada 07 Julai merupakan tarikh lahir spouse mek. Maka mek merancang untuk sambut sahaja birthday spouse di Sunway Lagoon. Bukanlah nak adakan kejutan pun cuma nak dapatkan tarikh lahir supaya mudah untuk ingat pada tahun akan datang. Kiranya cipta memories pada tarikh hari lahir. Bila ke Bandar Sunway Petaling Jaya, korang pun boleh bayangkan yang ianya satu bandar yang sentiasa sibuk !
Ketika memilih penginapan di Bandar Sunway Petaling Jaya, mek dah cakap dengan spouse yang hotel yang bakal kami menginap ini perlulah dekat dengan Sunway Lagoon memandangkan mek dapat agak trafik di sana yang sentiasa sibuk. Tak nak sangkut dalam jem lama-lama maka pilihan yang terdekat dengan Sunway Lagoon adalah menjadi tumpuan (seiring dengan amenities yang kami mahukan).
Amenities Hotel Amara di Bandar Sunway Petaling Jaya
Pada kebiasaan mek akan carikan pool untuk anak-anak tapi tidak pada kali ini memandangkan memang mek nak masuk Sunway Lagoon pada keesokan harinya. Maka satu amenities ditolak namun ditambah dengan yang baharu untuk melancarkan rutin sepanjang kami berada di Hotel Amara di Bandar Sunway Petaling Jaya. Seperti mek katakan tadi, Bandar Sunway Petaling Jaya senantiasa sibuk jadi seminimalnya mek nak kurangkan pergerakan mek.
Ini amenities yang mek cari ketika menginap Hotel Amara di Bandar Sunway Petaling Jaya :
Parking
Free Wifi
Restaurant
Parking. Ini adalah wajib memandangkan travel dengan kereta. Parking di Hotel Amara di Bandar Sunway Petaling Jaya ini agak terhad juga memandangkan parking hotel adalah termasuk juga parking Dewan Serbaguna yang berada di kawasan Hotel Amara di Bandar Sunway Petaling Jaya. Tapi masih lagi dalam kawasan hotel so agak selamat dan terjaga. Ketika mek menginap di sana parking tak menjadi satu isu. Parking - ‘thumbs up’.
Free Wifi. Yang ini sebenarnya / sepatutnya mek dapat akses internet dari dalam bilik mek sahaja. Tapi apakan daya ketika mek pergi, server / modem mereka baru sahaja dipanah petir (sebab cuaca hujan). Jadi mek sendu ketika berada di Hotel Amara pada malam tu. Tengok kiri tengok kanan tengok depan, tengok tv ajelah. Laptop tak on lansung dan blog tak update. Kiranya malam tu berkualiti lah dapat pillow talk dengan anak dan suami di sisi. Wifi - suppose to be good and excellent but …
Restaurant. Spouse mek jenis makan ikut masa. Kalau dibiarkan kebulur, lebih hebat gorgonnya daripada mek. Jadi restaurant dalam hotel adalah memang diperlukan bagi tempat yang jem sebegini. Di restaurant Hotel Amara di Bandar Sunway Petaling Jaya mek order mee goreng mamak, nasi goreng kambing, nasi goreng pattaya. Alhamdulillah semua menu rasanya okei dan berjaya dihabiskan. Restaurant - lulus.
Harga satu malam Hotel Amara di Bandar Sunway Petaling Jaya
Semestinya traveller on budget macam mek nakkan hotel yang cukup amenities dengan harga yang paling mengena dengan bajet mek. Harga untuk satu malam Hotel Amara di Bandar Sunway Petaling Jaya hanya RM100 (tidak termasuk sarapan). Harga bilik ini adalah untuk satu katil queen dengan keluasan bilik 20m kaki persegi (mek tak tahu nak ulas macam mana tapi cukup ruang untuk solat). Tak sempit untuk dua orang dewasa dan dua orang kanak-kanak.
Yang berdekatan dengan Hotel Amara di Bandar Sunway Petaling Jaya
Sebenarnya banyak yang berdekatan dengan Hotel Amara di Bandar Sunway Petaling Jaya tapi mek je yang tak sempat nak pusing satu Petaling Jaya untuk recommend tempat menarik untuk korang terjah. Di bawah ini mek cuba senaraikan apa yang mek rasa perlu korang kunjungi bila ke Bandar Sunway Petaling Jaya. Kalau tak kunjungi, maka jadilah macam mek yang tak sempat nak teroka bandar Petaling Jaya walhal dah jejakkan kaki di sana.
Sunway Lagoon : 3.3 km (9 minit)
Sunway Pyramid : 2.6km (8 minit)
ICT Shah Alam : 17.4km (18 minit)
Airport Subang : 12.7km (15 minit)
Cara booking Hotel Amara di Bandar Sunway Petaling Jaya
Korang ada dua cara untuk booking bilik di Hotel Amara di Bandar Sunway Petaling Jaya :
Direct call Hotel Amara di Bandar Sunway Petaling Jaya @0356127896
Booking thru google @HotelAmara
Sekian ..
Memang bahagia duduk di sini sebab semuanya berdekatan ye tak. Makanan dia pun boleh tahan kan. Now, terus teringin nak staycation semula
ReplyDeleteIf pergi sunway lagoon boleh book hotel ni, dekat dah . Nice
ReplyDeleteDah datang sini ya. Nak bercuti ke tu?? Tapi kawasan tu senang access dekat dgn BRT cuma sesak sikit lah kalau bagai car kan.
ReplyDeleteBestnya bercuti dan celebrate birthday dengan cara bermandi manda di Sunway Lagoon & Hotel. PJ ni memang attraction dia Sunway Lagoon la. Selain daripada mall yang sangat banyak.. Saya memang tinggal tak jauh dengan Sunway ni. Ada la 5-6 minit perjalanan dari rumah. Haha. Saya pun tak tau nak suggest apa kat PJ ni.
ReplyDeleteThanks for sharing! Mind if I know what is the price ? Mcm best je~
ReplyDeleteBest gak ekk duduk kat hotel ni..murah pun murah, dekat pulak dengan tempat2 yg best2, tak payah nak tempoh jem yg mmg selalu kat area sana
ReplyDeleteBandar Sunway memang sentiasa sibuk. Perlukan kesabaran lebih sikit kalau drive kat sana huhu. Memang pergi sana akan cari hotel kat area Sunway Lagoon je. Nak cari makan ke nak shopping boleh gi Sunway Pyramid kan
ReplyDeletebaru tau hotel ni. yang penting bagi saya hotel ni biar selesa dan food sedap, servis pun kena bagus. lain-lain tu bolehla pejam mata.
ReplyDeleteWah dah sampai sini ehh. Kita tak pernah dengar nama hotel ni. Tapi tgk lokasi not bad sebab kat area sunway. Nanti boleh riki2
ReplyDeletewah.. lokasi Hotel Amara ni berdekatan dengan area-area menarik di sunway.. boleh la try menginap disini kalau ada keperluan nanti..
ReplyDeleteMmg strategik lokasinya. Semua kemudahan dan tempat menarik dekat dengan hotel. Terima kasih atas perkongsian ya
ReplyDeleteBetul, kalau ada plan masuk sunay lagoon seeloknya booking hotel yang tak perlu swimmping pool..bgusla hotel ni siap ada makanan semua ..takdela kebulur..hehe..dekat pulak dengan sunway lagoon
ReplyDeleteHarga hotel ni pun not bad utk standard room 1 queen bed.. Sbb kdg2 ada yg cas sampai rm100 kan... Tgok tmpt pun okay senang nk ke sunway lagoon juga..
ReplyDeleteOh thanks for the info, kalau nak bermalam kat area Sunway boleh check out this hotel.
ReplyDeletemacam pernah tengok..by the way happy bestday yer untuk spouse mek , seoga kebahagiaan milik mek dan spose mek hingga ke jannah...boleh ni nak staycation dekat Amara sebab dekat jer dengan kita...
ReplyDeleteNi kalau fefeeling nak staycation ni, boleh lajak ke Amara ni... menarik juga, dekat nak ke most of the attractive places gitu... happy belated birthday to your spouse ye mek... nanti, akan ku survey Amara Hotel ni... thanks for the info...
ReplyDeleteWah memang harga mampu milik lah. Kalau lia pi area bndar sunway boleh menginap di hotel ini
ReplyDeleteJalan dia..
ReplyDelete